PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Update : Idham Care sumbang dana Tabung Bloggers misi ke Sarawak

Jumlah Dana yang dapat dikumpulkan dari sumbangan pembaca blog (2 April 2011 : 6 pm) ialah RM4,299.10 sen.


Jazakallahu khairan khatira. 


27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Sebagai menghargai usaha murni dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Blogger Al Banjari bagi membantu jentera Pilihanraya Sarawak dengan ini Idham Care dengan sedikit kemampuan dana yang ada menyumbangkan sebanyak RM 500 kepada Dana Tabung Bloggers tersebut.

Kami juga mengharapkan dalam tempoh yang terdekat lebih ramai penyumbang akan menyalurkan sumbangan masing-masing bagi merealisasikan usaha murni tersebut.

Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi Idham Care.



HARI 4 : Prestasi sumbangan Dana Tabung Bloggers ke Sarawak
Update 2.15pm Fri April 01, 2011 : RM3,025.00
Jumlah Sasaran Dana : RM7,500.00

Terima kasih kepada penyumbang dan penderma jihad fi sabilillah yang ikhlas membiayai misi jihad blogger-blogger PAS/Pakatan Rakyat ke Sarawak. Insyaallah misi besar ini sudah hampir menjadi kenyataan. Diantara blogger-blogger yang bersama dalam misi ini :

Peringkat 1 [Tarikh : 5 April 2011(Selasa)]
1. Wak albanjari (http://albanjarionline.blogspot.com)
2. Cyberboron (Harimau PRK Bukit Gantang)
3. Tn. Hj. Anuar bin Hashim (http://perakite.blogspot.com)
4. Poy Lee Teck @ Imran Ahmad Baihaqi (Photographer)
5. Raja Ban Jir Bin Tengku Juh (http://www.kijang59.blogspot.com)

Peringkat 2 [Tarikh : 13 April 2011 (Rabu)]
Sekiranya jumlah dana mencapai sasaran seperti dirancang, 3 bloggers Pakatan Rakyat akan diterbangkan pada tarikh tersebut bagi membantu jentera PRN Sarawak. Insyaallah. Senarai pendek bloggers juga telah diputuskan. 

Delegasi bloggers ke Sarawak ini juga turut dibantu oleh team crew Cina Islam (2 orang bloggers rasmi CIL ) yang diketuai sendiri oleh YB Drs. Khalil Idham Lim ( Adun Titi Serong)

Kami juga mengharapkan dalam tempoh yang terdekat lebih ramai penyumbang akan menyalurkan sumbangan masing-masing bagi merealisasikan usaha murni tersebut. - Drs. Khalil Idham Lim/

Ringkasan Perbelanjaan :
Penerbangan 8 bloggers (RM3,500)
10 HARI tugasan 8 bloggers (RM4,000@RM500 seorang)

Kepada yang ingin menyumbang ke Tabung Dana, sumbangan anda sangat-sangat kami alu-alukan. Bantu Bloggers Pakatan Rakyat. Misi Rakyat untuk Rakyat. Nombor akaun Tabung sila rujuk dibahagian side bar kanan.

RON97 naik lagi. Menteri kata, bagus untuk kesihatan !

Mulai tengahmalam ini, RON97 naik 20 sen. Maka jadilah RM2.70 sen seliter. Rakyat Didahulukan ? Ptuihhh..! Insyaallah, selasa ini, aku nak ke negeri pengeluar minyak di Malaysia Timur. Sarawak merupakan pengeluar industri minyak dan gas utama di negara ini. Itu bukan aku yang sebut. Bapak menteri yang sebut macam tu. Negara kaya dengan minyak konon. Tapi minyak tetap mahal. Sudah lah insuran kenderaan naik ! Apa punya kerajaan ni ? 

Lepas ni menteri kata, nak jimat, jangan pakai kereta, naik jer basikal, basikal tak guna RON97. Tapi jika dia sebut macam tu, suruh dia kayuh dulu dari Bera ke Putrajaya. Rakyat nak tengok dulu..! Tahan ker tak..telor dia bergesel ! 



KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

(1) Eksklusif Sarawak @ ABO : kerusi MAUT ?

Apabila merujuk keputusan PRN Sarawak 2006 lalu, maka kita faham mengapa PAS memprolehi tambahan kerusi, iaitu di Muara Tuang dan Tanjong Datu. Jika di Muara Tuang, BN dah ada undi  'fixed deposit' 2000 undi Pos, di Tanjong Datu pulak Adnan Satim dapat hampir 90% undi dari yang keluar mengundi. Memang 2 kerusi ni kerusi MAUT !

Apa pun, tak mustahil PAS boleh buat kejutan di Muara Tuang dan Tanjong Datu. Sama macam masa PRN 2006, ramai yang jangkakan PAS akan hilang deposit di Beting Maro tapi keputusannya, calon PAS cuma kalah dengan majoriti 895 undi.

Akhir sekali  nak ingatkan bagi yang mungkin silap catur, dan berfikir bahawa majoriti 895 undi tu adalah kecil, Majoriti 895 undi di Beting Maro tu sebenarnya besar,  dimana ia 12% dari jumlah pengundi di situ, atau 15% dari jumlah yang keluar mengundi, satu angka relatif yang besar. (cenangau)

Apa jua keadaan dan situasi, lawan tetap lawan. Biar lelah kerana 'melawan', dari lelah 'mengawan'. Bab tu tinggal dulu, kita nak pi perang nih..! Perang sama BN Sarawak.



PRE-VIEW SARAWAK DAN PAS

Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid 2 kerusi DUN adalah kerusi maut bagi PAS manakala 3 kerusi lagi masih berupaya di lawan dan ditawan. Apapun, biarpun berhadapan dengan 'maut' di 2 kerusi itu, dan keyakinan semakin mengecil, kira-kiranya sudah angkat bendera putih bagi sesetengah pihak, itu bukan alasan yang seronok untuk puak BN sukaria. Hey..! Jangan kita kata BN hebat ? Jika benar hebat, hamparkan medan tempur ini tanpa undi-undi pos yang beribu di situ.

Apapun bagus juga saraf yang Adam Ahid cakap ini, biar nampak macam nak kalah. Baru kenyataan itu dapat dipolitikkan, kalau BN rasa mereka hebat,  PAS juga berhak rasa hebat, dan tetap guna psikologi gak, tak salah PAS bercakap macam dah kalah supaya musuh rasa mereka hebat.

Dan strategi ini kadangkala berkesan di dalam keadaan musuh berada dalam keadaan yang merasakan diri mereka kebal dan sukar untuk ditewaskan oleh pihak lain. Kekuatan Barisan Nasional dikatakan kebal di Sarawak dan untuk meruntuhkan tembok kebal itu, otak 'nyamuk dan agas' sangat diperlukan, serangan psikologi ler tu ! Perang saraf begini, sedikit sebanyak dapat melenakan jentera BN, apabila Pesuruhjaya PAS Sarawak mengakui kelemahan PAS disana.

Biasanya PAS jarang angkat bendera putih walaupun nasib sudah diketahui, PAS tetap juga melawan. Lawan tetap lawan, kalah dan menang itu belum pasti dan perlu ingat, mereka(BN) juga punya kelemahan,

Proses penamaan calon akan bermula 6 April ini, PAS akan bertanding di 5 DUN, Beting Maro, Senadin dan Sebayou masih memerlukan kemantapan 'strategi' untuk memastikan PAS menjadi penakluk kerusi ini.

Keputusan PRN 2006

N24 BETING MARO
Bolhassan Di @ Ahmad Di (menang) BN PBB 2,796
Alem Din PAS 1,901
Majoriti 895
Peratus Undi 65
Undi Rosak 45

N22 SEBUYAU
Haji Julaihi Haji Narawi (BN-PBB) (menang) BN PBB 3,748
Mohamad Akek PKR 1,300
Majoriti 2,448
Peratus Undi 68
Undi Rosak 86

N65 SENADIN
Lee Kim Shin (menang) BN SUPP 7,173
Chai Chook Fui PKR 2,374
Majoriti 4,799
Peratus Undi 57.74
Undi Rosak 127

N15 MUARA TUANG
Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (menang) BN PBB 7,863
Abang Ibrahim Abang Othman PKR 1,536
Jong Nyuk Chan Bebas/IND 415
Majoriti 6,327
Peratus Undi 73
Undi Rosak 195

N3 TANJONG DATU
Datuk Seri Adnan Satem (menang) BN PBB 4,545
Sobey Daud PKR 409
Larry Dominic Linang Bebas/IND 35
Majoriti 4,136
Peratus Undi 67
Undi Rosak 66

(source: http://cenangau.blogspot.com/2011/03/patut-pun-pas-dapat-5-kerusi-di-prn.html)

Beting Maro tetap jadi perhatian, BN pun masih ingat bagaimana Beting Maro menjadi pemangkin semangat PAS dalam usaha menambahkan cengkaman di DUN Sarawak. Bukan senang nak menang, tapi belum cuba belum tentu yang akan kalah, PAS..silap catur BN terhumban ke tebing sungai Sarawak.

Walaupun dimana PAS bertanding bukan kemenangan 'segera' itu yang mahu  dicipta.., pasal bukan mudah nak menawan kubu musuh dalam suasana kedaifan sendiri. Pelbagai tekanan dan cengkaman yang tak mudah dileraikan oleh PAS. PAS parti marhaen dan kerdil masuk bertanding di satu bumi asing dan tak pernah di letakkan masa depan yang cerah sebagaimana sekarang.

Tetapi sekarang PAS sudah boleh berbangga dengan segala penat jerih mereka, benih yg ditanam dah mulai berhasil. Pengundi Sarawak mulai kenal apa itu PAS dan siapa pemimpin PAS. Bukan mudah nak menakluk negeri Sarawak yang dicengkam penjajah ribuan tahun. Dan yang pasti PAS akan terus maju dan tanpa menoleh ke belakang,  PAS akan dapat bertapak dengan lebih kukuh lagi. Yakin dan percaya. Takbir [FZT]

Mahathir yang sekular !

Pandangan saudara Ibnu fadzil dari emailnya, mengenai kenyataan Mahathir, jelas menggambarkan kecelaruan pemikiran dan ceteknya ilmu Mahathir mengenai ajaran Islam. Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan ucapan dan pemikiran mahathir, ucapan diatas adalah pelengkap dan penambahan koleksi Mahathir yang sering mengeluarkan pandangan yang menghina Islam.


Sebahagian daripada kata-kata Mahathir yang dipetik dari Majalah al Islam, bulan Mac 2011

Sesunggunya Rasulullah diutuskan untuk melengkapkan ajaran Islam termasuklah satu sunnah yang diajar oleh baginda dalam soal politik dan pemerintahan seperti semasa baginda di Madinah. Ajaran inilah yang membayangi Jamaah Islam diseluruh dunia dan di malaysia adalah PAS bagi melaksanakan cita-cita islam tersebut.

Setelah wafatnya baginda Rasulullah maka, ulamaklah menjadi ikutan dan panduan umat Islam sehingga akhir zaman seperti Sabda Rasulullah " Ulama adalah pewaris kepada para nabi". Suka saya memetik satu tulisan dari Majalah Hidayatullah seperti dibawah:-

Majalah Hidayatullah, Desember 2007. Akhir-akhir ini banyak umat Islam yang sudah berani melecehkan para ulama dan tidak menghormati mereka lagi, ini adalah salah satu tanda akhir zaman…padahal dalam Islam, para ulama mendapatkan kedudukan yang sangat terhormat sekali. Diantaranya adalah apa yang disebutkan Allah swt dalam salah satu firman-Nya :

” Wahai orang-orang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rosul-Nya dan ulil amri di antara kamu ” (QS An Nisa’ : 59 )

Dalam ayat tersebut, Allah swt memerintahkan orang-orang yang beriman untuk mentaati Allah , Rosul-Nya dan ulil amri. Hanya saja ketaatan kepada Allah dan Rosul-Nya adalah ketaatan mutlak, sedangkan ketaaatan kepada ulil amri tergantung kepada ketaatan mereka kepada Allah dan Rosul-Nya. Adapun maksud dari ulil amri dalam ayat tersebut menurut Ibnu Abbas ra, sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Thobari dalam tafsirnya adalah para pakar fiqh dan para ulama yang komitmen dengan ajaran Islam. Sedangkan Ibnu Katsir berpendapat bahwa ulil amri di atas mencakup para ulama dan umara ( pemimpin ).

Ini sesuai dengan apa yang kita dapati dalam perjalanan sejarah Islam pertama, bahwa Rosulullah saw adalah sosok ulama dan umara sekaligus. Begitu juga para khulafa’ rasyidin sesudahnya : Abu Bakar, Umar, Ustman dan Ali, begitu juga beberapa khalifah dari bani Umayah dan bani Abbas. Namun dalam perkembangan sejarah Islam selanjutnya, sangat jarang kita dapatkan seorang pemimpin negara yang benar-benar paham terhadap Islam. Dari sini, mulailah terpisah antara ulama dan umara. Dalam posisi seperti ini, manakah yang harus kita taati terlebih dahulu, ulama atau umara ? Kalau kita perhatikan ayat di atas secara seksama, akan kita dapati bahwa ketaatan kepada ulil amri tergantung kepada ketaatan mereka kepada Allah dan Rosul-Nya.

Sedang orang yang paling mengetahui tentang perintah Allah dan Rosul-Nya adalah para ulama, dengan demikian ketaatan kepada para ulama didahulukan daripada ketaatan kepada umara, karena umara sendiri wajib mentaati ulama yang komitmen dengan ajaran Islam. Dalam hal ini Ibnu Qayyim dalam bukunya ” I’lam Al Muwaqi’in ” ( 1/9 ) menyatakan : ” Pendapat yang benar adalah bahwa para umara’ hanya boleh ditaati jika mereka memerintahkan kepada sesuatu yang berdasarkan ilmu, hal itu bisa terwujud jika para umara’ tersebut mengikuti para ulama, karena ketaatan itu hanya diwajibkan pada hal-hal yang baik –baik saja dan berdasarkan ilmu. Oleh karenanya, kita mentaati ulama, karena mereka mentaati Rosulullah saw, begitu juga kita mentaati umara’ karena mereka mentaati para ulama . ”

Semuga kita terus dilindungi oleh Allah SWT dari pemikiran yang karut dan sesat. (Cina Islam)



Update - Hari 3 : Prestasi Sumbangan Dana Bloggers Misi Sarawak

Salam bro Banjar, kalau tak ada duit saya cadangkan lebih baik wak duduk kat rumah saja lah. Buat lah artikel bodoh wak tu. Kalau ada duit lebih ha..baru la wak pergi.Tapi saya masih ingat, yang wak pernah berkata sudah mahu berhenti dari berblog. Kasihan blogger PAS, Presiden blogger PAS Perak, sengkek sangat. 
By Anonymous on update : ALBANJARI lancar Dana Tabung BLOGGERS ke ... on 3/30/11
Terima kasih kepada pencacai yang tolol kerana hantar komen diatas. Kami blogger PR pun tak mintak kat hang pun. 

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang ke Tabung Dana Bloggers Misi Sarawak. Setelah 3 hari dilancarkan, jumlah keseluruhan sumbangan fi sabilillah pembaca blog telah mencapai jumlah RM 1,225.00 (CIMB dan Maybank) setakat hari ini jam 3.30pm.

Walaubagaimanapun sasaran jumlah dana yang diperlukan masih sangat jauh dari sasaran. InsyaAllah..dengan baki ada tinggal 4 hari dari tarikh penerbangan yang dirancang, tabung dana akan bertambah tu, InsyaAllah, wak sgt. yakin dengan pertolongan Allah ! Dijadualkan misi ini akan terbang ke bumi Sarawak pada 5 April 2011. 


Apapun..yang berlaku, misi Bloggers PAS/Pakatan Rakyat tetap akan ke Sarawak. Mengikut perancangan, jumlah bloggers yang akan ke Sarawak mengalas misi besar membantu Pakatan Rakyat adalah seramai 4 orang blogger semuanya.

(*) Wak - sedang berpura-pura tidak 'pening kepala' walaupun sebenarnya kepala makin serabut. Jika sehingga esok jumlah sumbangan masih tidak mencapai angka RM1 ribu, maka Plan B terpaksa diambil. Terima kasih kepada Tn. Hj. Anuar Hashim, (Penang State) yang turut prihatin dan menyokong tabung dana ini untuk blogger-blogger PAS dan Pakatan Rakyat. Terima kasih juga kepada saudara Mustapha (Ikatan Anak-Anak Perak di Perantauan) yang memberi sokongan kuat misi bloggers ke Sarawak.

Semua nama-nama penyumbang DANA akan disenaraikan pada 4 April di blog ini (dengan izin) sebagai menghargai usaha besar membantu blogger-blogger marhaen. Walaubagaimanapun ada juga penyumbang yang tidak mahu dinamakan dan dipaparkan di blog, insyaAllah..wak pegang amanah itu. Salam dari albanjari.


(**) Hari ini wak dikejutkan dari email dan sms, bahawa ada sumbangan ke tabung dana ini turut datang daripada ahli UMNO yang menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat/PAS. 



Insyaallah kepada blogger-blogger yang menghantar email untuk mendapatkan script code banner Tabung Bloggers, pihak kami akan menghantar semua kod-kod itu apabila masalah bandwitdh dan bayaran menaiktaraf pakej sedia ada sebanyak RM553.70 sen* selesai dilakukan pada hari ini. Status : PULIH

(*) RM553.70 sen - bayaran kos naiktaraf dimaklumi, bukan diambil dari Tabung DANA.  

:: attachment ::

On Thu, Mar 31, 2011 at 8:44 AM, Sales - Exabytes wrote:
Dear albanjari,

Kindly refer below for the upgrade calculation.Thank you for your email.


Credit Balance From [EBiz Gold Linux-300GB] 

= RM 488.60 - [ ( RM 488.60 / 24 months ) x 12 months ] 
= RM 244.30 

Price the upgrade calculation would be at the below.

Upgrade cost to [EBiz Gold Linux Unlimited
= RM 798.00 - RM 244.30 
= RM 553.70

Next Renewal Date For [EBiz Gold Linux Unlimited] : 31 Mar 2013

The above was the best offer we could give to you and please give us confirmation on the payment for the upgrade. If you have any enquiries, please do not hesitate to contact us. Thank You!

Sincerely,
JW Tan 
Business Development Executive
MY - Sales Department
How am I doing? Email my Manager at feedback@exabytes.com.my

:: attachment ::

We really appreciate for your kindness. Here we confirm to upgrade for gold unlimited package. Soon for today i will proceed the payment after receiving the new invoice from you. Thank you.


On Thu, Mar 31, 2011 at 8:59 AM, 

update : ALBANJARI lancar Dana Tabung BLOGGERS ke Sarawak !

Prestasi Dana KLIK DI SINI


Lambaian jihad berterusan mengamit jasad kami para bloggers PAS dan Pakatan Rakyat,, untuk bersama-sama para sahabat lain berjuang fi sabilillah di bumi Sarawak. 

Rakan-rakan tak putus-putus sms dan hubungi wak, bila nak turun. Amboi-amboi hangpa.., ingat turun ke Sarawak tu macam turun tangga nak pi jamban kaa? 

Hadoiii..!! Ikut hati dan rasa, wak nak saja, angkat bendera 'putih' tanda 'surrender' untuk sama-sama membantu apa yang mampu. Sarawak memang butuhkan pejuang-pejuang untuk mengukuhkan kemenangan.

Pilihanraya Sarawak sudah tentu berbeza dengan PRK di Tenang dan juga di Kerdau. Peperangan di Sarawak, membawa makna besar dan harapan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat menguburkan penguasaan BN di Putrajaya kelak. Lebur BN di Sarawak, maka bertempiaranlah jerangkung-jerangkung BN mencari tanah baru untuk 'hidup'. Itu janji besar 'peperangan' ini.

Demi meneruskan hasrat dan misi islam PAS subur di Sarawak, wak akan bergerak ke Sarawak pada 5 April 2011, InsyaAllah. Seperkara ingin wak jelaskan di sini, dengan rasa berat hati dan malu, wak buka kepada semua pembaca dan sahabat blogger agar dapat membantu TABUNG DANA ini sekadar yang mampu bagi meringankan sedikit bebanan kewangan kepada blogger-blogger yang bersama misi ini kelak.

Sikit-sikit lama-lama cukuplah kot, (serah pada Allah swt). Wak buka TABUNG DANA BLOGGERS ini mulai hari ini dan kepada yang budiman dan pemurah ingin menginfaqkan dan membantu misi BLOGGERS ke Sarawak, sila salurkan ke akaun dibawah :

MAYBANK-158417021317
CIMB - 02060040624528

Sila smskan jumlah sumbangan anda ke 012-4026129 atau email wak ke - albanjari_online@yahoo.com 

Kali terakhir wak lancarkan misi dana bloggers ialah pada PRK Parlimen Bukit Gantang 2 tahun lalu. Ketika kemuncak penguasaan BloggersNetwork Perak bersama-sama blogger Mat Saman Kati (MSK) dan tumbangnya BN di Bukit Gantang.

Sekali lagi wak dengan malu, menyeru agar sahabat pembaca dapat kiranya menyumbang dan membantu TABUNG DANA BLOGGERS ini untuk merealisasikan misi bloggers Pakatan Rakyat ke Sarawak bagi membantu jentera parti dan menyalurkan berita muttakhir kepada semua. InsyaAllah.

Kepada Blogger, sila copy paste script* banner dibawah dan letakkan diblog masing-masing sebagai tanda sokongan kepada misi kami. Terima kasih.

SAIZ BANNER 280 - 300 WIDTH -


SAIZ BANNER 500 WIDTH -

Kepada rakan blogger yang mahu meletakkan banner diatas di blog masing-masing sebagai tanda sokongan dan menyokong tabung dana ini sila emailkan kepada albanjari_online@yahoo.com untuk penghantaran code html ini.  Terima kasih 



PESANAN FZT - Kepada yang tak pergi berkempen tolong berdoa atau bagiler bantuan seringgit dua untuk tabung bloggers. Bagilah mereka bantuan, kalau cakap banyak tak guna juga. Nak pergi berkempen itu memanglah jika boleh tak mahu susah-susahkan orang lain, molek jika mampu pakai duit sendiri, makan minum duit sendiri, pakai notebook pun duit sendiri, tapi dalam keaddaan sekarang, tabung ini kena juga dibuka untuk sedikit bantuan sahabat.

Jangan juga berputus doa,  berdoalah untuk kemenangan PAS dan PR di Sarawak. Benar.., menang kalah belum tentu tapi lawan tetap lawan.

Bantulah mereka yang turun berjuang, tanpa parang, pisau sabit cangkul bagaimanakan nak berlawan dengan jentera yg amat amat moden digunakan oleh musuh. tanpa sebarang kelengkapan pun tak guna berperang mati katak saja. jangan bicara hal perjuangan jika diri sendiri tak nak tolong sesama sendiri. kalau ada biskut kering tak habispun derma ajelah, kain tuala kain pelikat, air mineral, pembalut kepala, losyen penyegar kulit, atau apa saja yang boleh membantu pertugas pertugas PR di Sarawak. 

Kali ini PAS Sarawak akan bertanding dalam 4 atau 6 dun berbanding satu dahulu hanya satu beting maro, kalai ini dalam parlimen batang lupar pas akan bertanding 2 iaitu sebeyou dan beting maro, harapan kali ini amat cerah berbanding tahun tahun yang lalu, sambutan gerak kerja pas sarawak makin tersusun. langkah pas makin bergaya kalau menang disatu dun atau dun dun disarawak. kurangkan majoriti atau humbankan regim teyib memut ke hutan. biar teyib berkawan dengan ungka dan monyet pula, biar ungka dan monyet pula melibas teyib sebab merompak hasil hutan. biar monyet dan ungka ajar pulak teyib memut jangan rakus sangat menibai hasil hutan sampai gondol.

Solat Hajat Tolak Fitnah digeruni "pemfitnah" !

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

Beliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hendaklah digiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut gelak ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas itu video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

Sambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir

Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan daripada pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu daripada aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.



TAKBIR BERGEMA SELURUH STADIUM MALAWATI

SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat. - batuvskayu












[foto ehsan harakahdaily, edyesdotcom, batuvskayu - sumber greenboc]

Petaka Tsunami - Video Tsunami ke-2 membadai Jepun !

Berita gempa bumi hari ini sekali lagi menggemparkan Jepun, kesan kemusnahan yang mengerikan dari gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah meragut ribuan nyawa ditakuti berulang.

Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 mil sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjang Kesennuma Bay ketika penggera tsunami berbunyi.


Ombak air yang laju itu dengan cepat menyapu segalanya - termasuk kereta, kapal dan bangunan.

TERKINI: Ketika penggera amaran masih berbunyi di atas kota, arus air terus menghambat di sekitar Kesennuma Bay dan memasuki jalan raya.


Hilang sekelip mata: Dalam masa beberapa minit tempat letak kereta di dalam gambar sebelum ini telah ditenggelami air yang mengalir deras - menyebabkan penduduk tidak mempunyai cukup masa untuk bertindak.

Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.

Juru kamera amatur berjaya merakamkan arus air yang mengalir cepat. Penggera kecemasan berbunyi dengan diselangi rakaman suara memaklumkan amaran tsunami kepada penduduk Kesennuma.

Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.

Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini. Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain. Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik. (sumber dipetik dari blog http://rozisalehin.blogspot.com/)




2 ahli PKR disiasat? Kaya sangatkah mereka ??

Kekayaan didakwa meragukan. 2 ahli PKR disiasat SPRM? Huh?? Mohon pencerahan. Berita yang sangat pendek dari tv3. Macam takut-takut nak sebut pasal apa? Jika betul belasah jer laa..!

Kisah 2 : Misteri sangat ker kereta tu?


Kereta misteri yang membawa Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac is “benar-benar pelik dan tidak dapat dikesani”.

Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis”.

Semakannya juga mendapati, kereta Volvo Sedan yang berwarna emas tidak dapat dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ,” kata beliau apabil dihubungi hari ini.

Chegubard sedang menjelaskan tentang “pembongkaran” terhadap video seks semasa ceramah di hujan lebat bertemakan “Siapa Dalang Fitnah” di asjid Bandar Perda pada hari Sabtu lalu.

Chegubard, yang dijemput menonton video seks berkenaan telah membuat semakan kereta misteri itu pada hari Jumaat.

Beliau dan rakannya telah dibawa ke hotel di Kuala Lumpur pada petang hari Isnin dengan menaiki kereta yang di dalamnya ada dua orang lelaki berpakaian kemas.

Chegubard, berpeluang menyaksikan klip video itu sebanyak dua kali dari jam 8 malam.

Beliau ditunjukkan video berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Risda, Abdul Rahim Tamby Chik, seorang ahli pernigaan, Shazryl Eskay Abdullah dan seorang yang tidak dikenali yang hanya dipanggil “Tengku”.

Konspirasi Darjah Tertinggi

Chegubard menyatakan beliau yakin video seks itu adalah hasildari satu konspirasi darjah tertinggi yang melibatkan ahli politik tempatan.

Beliau percaya pihak terbabik dengan video seks itu tidak serius sangat di dalam tuntutannya agar Anwar dan isterinya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk meletak jawatan dengan pendedahan video berkenaan.

“Saya rasa mereka tidak seirus untuk memaksa Anwar dan Kak Wan berundur dari politik. Jika tidak, mereka tentunya dah bagi tape berkenaan kepada saya.

“Objektif mereka ialah untuk mengaibkan, memalukan Kak Wan dan keluarga, dan memfitnah PKR,” kata chegubard.

Beliau juga yakin beliau di pilih untuk menonton video berkenaan kerana para konspirator itu memikirkan “saya akan mengkhianati PKR berdasarkan perbezaan pandangan saya dengn pimpinan PKR waktu ini.”

Beliau berkata mereka cuba untuk memperalatkan beliau kerana beliau sentiasa lantang mengutarakan pandangan dan mengkritik segala salahlaku di dalam parti.

“Saya orang pertama untuk meminta Anwar berundur dari politik jika benar Anwar di dalam video berkenaan. Saya yakin orang yang saya lihat di dalam video sek hitam putih itu bukan Anwar,” tambahnya.

Beliau sedar beliau mungkin sudah melanggar undang-undang kerana menonton “blue film”, namun chegubard menyatakan beliau sentiasa bersedia untuk membantu pihak polis di dalam siasatan mereka terhdap kes ini.

“Namun sehingga hari ini, polis belum lagi memanggilnya,” katanya.



18SX : Bila masa aku tokey dan jual minyak 'belacak' nih bro?

Hello bro Hadi ! Untung kencang nampak? Rupanya dah 6 bulan buat operasi. Bagus..bagus ! Tapi aku ralat sikit ler, apsal tak maklum benda ni kat aku? Ala..aku bukan nak 'paw' komisyen pun. Tapi facebook perniagaan lu lain macam laa..!

Dekat 10 kali aku call number lu hari ni, macam tak aktif saja? Jadi jika rakan-rakan dapat telefon si Hadi ni, bagitau aku nak sebotol. Ini nombor henfon usahawan 'belacak' nih. 010 - 578 3302. Ker lu dah bangkrap? Hadoi..! Patut ler 2-3 menjak ni aku diterjah dengan orang carik minyak nih..? Cilakak punya olang. Rupanya ada juga usahawan yang minat nak guna brand, sama macam nama blog aku nih..!

Untuk pembaca albanjari online, KERAS DINYATAKAN DISINI bahawa aku tak terlibat langsung dengan perniagaan 'belacak' milik Hadi nih...! Jika ada yang berhajat sila call number tu. Tapi jika tak berjawab dan nombor tidak ada dalam perkhidmatan, nasib hangpa laa..!

Kepada usahawan Hadi, LEMBUT DINYATAKAN DISINI jika kamu nak aku iklankan obat kuat yang lu jual, jangan malu-malu hubungi aku menerusi email. Itu baru telus berniaga. Kau berniaga minyak, aku tolong lu sekadar iklankan produk lu..tapi berani ker lu nak beriklan di blog albanjari online ni? Pasal obat lu macam 'best' jer, aku tawarkan tapak tip top...IKLAN lu aku charge RM800 sebulan, ada berani ? Alaa..bukan banyak pun, lagipun untung 6 bulan meniaga tak kan tak mampu nak beli tapak iklan banyak tu..ye tak Hadi !

Tampalan minyak belacak Hadi, berjenama albanjari online lihat dibawah.

(*) Nak kena daftar blog aku ni kat Menara Maybank - di Jabatan Harta Intelek rasanya..tak boleh jadi nih..! Orang lain yang kaya, tapi aku..kayap !




Lucah gila..gambar di profile FB nih..! Sah kerja jerangkung nih..!!

Jerangkung UMNO - Dari kepala sampai ke "pelir" punya hangin bro..!

Artikel ini bikin jerangkung UMNO jadi PANAS. Elok pun sesekali jadi PANAS. Panas donia bro..! Tu belum rasa panas neraka lagi.  Kerana posting ini : Blogger UMNO - dah jenis otak letak kat kepala 'pelir' ! maka terbitlah komen dibawah. Mari kita raikan komen jerangkung UMNO untuk hiburan petang isnin. Jom !!

BLOGGER ALBANJARI , AL-JUBURI Nampaknya blogger UMNO jadi celaka lagi. Celaka menulis berdasarkan kepada fakta orang gila.Ker bangang jenis apa entah ! yang jerangkung-jerangkung 3 kupang UMNO ni fikir, aku pun tak tau. Tapi kenyataan bahawa dalam masa twitter tak dikemaskini itulah, sebab dan asbab nak mensabitkan Anwar melanggan 'betina' gebu made in china. Jenis otak letak kat kepala 'pelir'. ~ albanjari online

Beginilah rupa penulisan blogger yang diredhai Allah, yang menyokong parti Allah, mencarut dan maki hamun pun kerana Allah. Allah telah memberikan mereka tiket untuk melakukan apa saja atas nama perjuangan Pas dan Islam. Kerana itulah dari pemimpin mereka hinggalah ke pencacai perangainya sama saja. Siapa yang akan lupa dengan Nik Aziz wali selipar kerajaan bulan dengan celako! celako! celako! nya? Mendoakan pecah perut kepada pemimpin nombor satu negara? Dia lupa bahawa dia hanya pemimpin parti Pas yang peralatkan Islam dan bukannya pemimpin agama Islam seluruh dunia. Didunia Islam, pemimpin negara-negara Arab lebih mengenali dan menghargai Tun Dr, Mahathir kerana jasa-jasanya terhadap dunia sejagat berbanding Nik Aziz yang hanya merasakan dirinya hebat dan seolah-olah mencapai taraf nabi-nabi.

Apakah jasanya kepada dunia Islam? Fatwanya pun tunggang-langgang dan berasaskan kepada kepentingan diri. Kerana itulah bila UMNO bersahabat dengan MCA dan MIC mereka kata haram, tetapi bila mereka berpelukan dan mencium ketiak masam DAP mereka kata halal. Halal dan haram menjadi hak mutlak mereka dan parti mereka.

Yang sahnya mereka ini semua dari kalangan 'haramjadah'! Sama seperti blogger albanjari ini, disangka dia penjaga pintu syurga? Penjaga pintu sarkas pun dia belum tentu layak lagi. Mungkin dia rasa perkataan 'mencarut' itu dibolehkan kerana dia ahli Pas, tetapi dia lupa 'pelir' yang disebut tu juga adalah miliknya, milik Nik Aziz dan Hj. Hadi serta Mat Sapu yang berkhalwat dengan Normah di Hotel Perdana KB. Milik Anu arr 'pojaan'nya juga. Kita tidak hairan dengan Pas kerana Pas adalah tiket untuk poligami, tiket untuk berzinar dalam keretapi ,tiket untuk 'menyapu' duit Tabung Memali.

Kepada blogger Al-Juburi opppp, albanjari...cerminlah bontot kamu sendiri dulu. Pas bukan agama, pas adalah sebuah parti politik yang pergunakan agama untuk kepentingan diri dan kroni.

(*) Mesej ini dipaparkan di ruang komen dan dilulus terbit di sini.



" aku rela masuk neraka jahanam ! " tetapi..

Hebatnya kisah ini, cuma Allah tak kabulkan untuknya masuk ke neraka Jahanam. Baca seterusnya dibawah.



Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu.

Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam”. Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. 

Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, 

“Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya”. 

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, “Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi”. (sumber-http://smzblog.wordpress.com)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |