PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Jika Forum Perdana tayang filem 'blue' lulus di Parit Buntar ?

albanjari | Parit Buntar

Malam ini sebagaimana dijadualkan akan berlangsung FORUM PERDANA Anjuran Jawatankuasa Pembinaan Masjid Pusat Bandar Parit Buntar, tempat aku bermukim. Nak hitung jarak masjid yang masih dalam rangka pembinaan ini dari rumah pusaka keluarga aku yg berada di pusat bandar tu..sekadar sepelaung saja. Dekat sangat-sangat.

Khabar duka yg sampai pagi tadi, lain pula bunyinya. Boleh anjur Forum tu, TETAPI  tidak dibenarkan kutip derma orang ramai untuk bina masjid. Perh..! Oleh kerana janji aku tak mau nak mencarut untuk 44 hari sejak 2 minggu lalu, maka tak upaya bagi aku nak mencarut maki mangkuk2 yg tak gemar tengok rumah Allah tu siap. Apapun maki dan carut tu..tetap aku lontarkan dari dalam hati. Bagi kat cenangau jer lah..maki depa di blog !

Memang hasrat penganjuran majlis itu bagi tujuan mengutip dana masjid. Kumpul dana untuk tujuan murni bagi menyiapkan masjid itu agar tidak terbelangkalai. Takpa..pertolongan Allah swt., itu akan turun juga..biarpun sejuta otak 'celaka' cuba mengagalkannya, InsyaAllah..!



(*) Bulan depan aku nak mohon permit anjur Majlis Pertunjukan Video Lucah bikinan Trio T di dewan tu, tapi sapa yang nak tengok perlu bagi duit derma kat aku. Dapat duit derma..aku nak bikin kenduri makan kat surau-surau dan masjid umno..bagi puak-puak tu 'makan' sampai kenyang buntang dari duit derma tu pulak. Biar nampak lebih 'kecelakaan'. Tak kan pejabat daerah tak boleh lulus kot?  

(*) Hoi..kemboja ! Kalau hangpa tak mau sokong PAS pun, jangan mengada nak cakap bukan-bukan kat parti islam yang kami dokong ni..! Ptuihh punya malaon...! Nak aku angkat 'banner' besar ker boikot hangpa yg melata cari makan kat bandar ni ? Huh..! Nasib baik aku tak carut..!  

Mengapa pula tidak boleh guna perkataan SALAM ?

Fadli Yusoff | Hujah
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.  Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM? Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna.

Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini. Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89) فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran: وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52) سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79) سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109) 

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah.. Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah.. Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT, إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"? p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Sumber : محمد فضلي بن يوسف :
20 Februari 2011 (http://facebook.com/mfadli11)


Najib enggan sertai polemik negara Islam, MCA bantah PAS !

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Datuk Seri Najib Razak petang ini mengelak daripada diheret dalam debat berhubung bantahan MCA, yang mengenakan syarat ke atas pelawaan beliau kepada PAS agar menyertai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri (gambar) mempelawa PAS menyertai BN tetapi Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam menutup pintu dengan mendakwa parti Islam itu mesti menggugurkan dasar negara Islamnya.

“Anda tahu, saya tidak mahu sertai polemik mengenai negara Islam sebab ada pelbagai tafsiran mengenai negara Islam,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.


Semalam, Dr Chua menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua berkata Najib sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau.

Kelmarin, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) ‘PAS ganti Umno’, realitinya ‘DAP ganti PAS’, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.


(18SX) Video Komedi - Sumpah "mubahalah" Kg. Milah !

Gempar kg. milah bila video v-tee hitam putih Dato' Karim tersebar merata ceruk. Tonton video dibawah sempena cuti hari Buroh. Layan saja..! 




Video - Temuduga Sumpah Mubahalah !

Di hari cuti, layankan jiwa sama satira pendek dibawah. Layan...!



:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |