PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Tak pasal blogger pencacai kena maki lagi ! Puihhh !!



Gambar yang disiarkan oleh blogger haprak di sini dan mstar salah satu media haprak Umno yang menyatakan sambutan "hambar" pada Konvensyen PR ke 3, yang kemungkinan di ambil sebelum majlis di mulakan..inilah kerja jahat media umno yg dianggap "hampass" oleh rakyat masakini ! 

Dan dibawah pula adalah keadaan dan suasana sebenarnya perhimpunan. Kalau nak menipu dan nak jilat pungkok Umno pun,agak agak la bro..! Jangan kerana nak bodek pimpinan Umno haprak lu orang sanggup hilang integriti dan maruah diri..lantas jadi bahan maki rakyat ! Puihh !!

* sumber ciplak dari Juragan blog.

Kompang koat di Parit Buntar, hebat bik mama Puihh !

Pada Sidang Media pagi tadi, Tukang Kompang Negara telah berjanji kepada seluruh warga Kerian, bahawa kerajaan negaranya telah meluluskan untuk bina Hospital Pakar di Kerian, dan duit utk bina hospital yang akan ramai pakar-pakar berurusniaga nanti juga tidak sedikit. Hampir setengah billion bro ! Hebat sungguh Tukang Kompang Negara beritahu.

Makcik pakcik, tok wan, tok ngah melopong dengar duit setengah billion utk bina hospital pakar. Baguih sungguh kerajaan kompang negara. Untuk hospital pakar BN sanggup berjanji dan berhabis setengah billion, tetapi untuk warga emas, kerajaan Kompang negara hanya mampu berhabis bagi setengah ribu saja. Antara setengah ribu dan setengah billion. Tak ubah hanya gula-gula nak tawan hati rakyat menjelang PRU13.

5 Tahun lalu, Pawang Kompang Negeri, Tajul Rosli pun datang bersama tukang-tukangnya yang kini hanya disebut sekadar tukang karut, dan turut sama berjanji untuk bina hospital, tapi hospital itu bukan hospital pakar, tapi disebutnya hospital parit buntar saja. Hebat sungguh Tukang dan Pawang kerajaan Kompang. Syok sungguh depa tabur janji, macam tabur benih padi, tapi bila tuai - semua dapat padi angin.

Janji Pawang kepada seluruh rakyat Kerian, bahwa jika menang calon BN (parlimen dan DUN) pada pilihanraya ini, ketika itu maka saya sendiri yang akan luluskan peruntukan bina hospital baru parit buntar. Pangg..meletop-letop hati orang kampung dengar kerajaan negeri Kompang bangang sebut sambil julur-julur jari suruh undi BN. Tak undi kalo..tak der hospital. Bomggok punya Pawang, ada kaa mintak undi dengan ugut dengan undi. Puihhh.

Dan hari ini, Tukang Pawang sudah upgrade janji yg telah dibuat oleh Pawang Kompang Negeri 5 tahun lalu, dengan tambah perkataan PAKAR plak. Bila dengar perkataan 'pakar', hangpa tau ka sapa yang layak nak dapat khidmat daripada hospital kategori macam tu ? Tok Ngah mak Ngah hang boleh dapat kaa..servis hospital jika hanya tiap tahun sekadar bergantung kepada hasil padi angin memanjang. Puihhh !!

Tukang Karut di tv malam tadi bilang 30 ribu rakyat turun sokong Tukang Kompang di Parit Buntar, kalau nak sebut 100 ribu pon takpa, apa nak kisah..sorang yg datang konpem dapat RM15 dari ketua Unit, sapa yang tak mau ! Puihhh...!!

*wak - Puihh..Puihh !!

18SX - Goyang "gerodi" bik mama hari ini !

Kompangnya kepada rakyat Perak semakin kuat dan deras hari ini. Dan hari ini pemberian RM500 BR1M itu juga yang diulang-ulang kepada rakyat yang diangkut oleh lebih 100 buah bas yang dibawa khas datang ke Parit Buntar. Hebat sungguh tukang kompang ! Juga lebat sungguh poket tokey bas..lepas ni !

"Tolak", "tahan" pastu baru "gerodi" ikut lagu 'kompang' APA MACAM ?

Pagi tadi tukang kompang, dan tukang mengompang juga hebat. Hebatnya depa sambil berkompang depa menari ramba lagi. Ini kira.., macam aksi tak mau kalah dengan muslimat 901 itu hari kaa? tajuk lagu kompang, " mari rambu ramba sama bik mama.," Kesian bapuk Tepeng, pagi-pagi dah kena halau balik, pasal tukang kompang mau pakai padang dan tasik. Huh ! Dahsyat !!

Aku tanya makcik baju merah, mulut lip lap lip lap sapu goi dan gincu, " banyak ka duit BR1M yang PM kompang bagi tu ? " Dia jawab, " bantuan BR1M RM500 tu banyakkk.., 7 KETURUNAN AKU MAKAN TAK HABIS..., hang tau ? TQ BN !" Perh..lain macam punya jawab ! Makcik ni orang umnuu kaa orang Pakatan ? Hahaha..! Jawab macam hempas kompang ataih kepala aku saja !! Puihhh..!!

Lain-lain foto goyang gerodi tukang kompang hari ini !





Hebatnya 'panglima melayu' vs. huduhnya 'pangludah' melayu mammu !

"Panglima Melayu" yang ghairah mahu meludah pada muka Adam Adli mungkin perlu menelaah kisah sejarah pada tahun 1968 ini, yang tercatat dalam buku berjudul Mahasiswa Menggugat, tulisan Muhammad Abu Bakar.

"Pada 21 haribulan, lebih kurang 500 orang Mahasiswa Universiti Malaya, selepas mengadakan majlis perjumpaan di hadapan 'Sudut Pidato' telah berarak menuju ke bangunan kedutaan Filipina di Kuala Lumpur. Apabila mendapati bahawa gate ke bangunan tersebut dikunci, mahasiswa-mahasiswa telah memecahnya dan memasuki kawasan kedutaan tersebut sambil menyanyi-nyanyi lagu 'Malaysia Berjaya' dan memekik-mekik mengutuk kerajaan Filipina. Bendera Filipina yang sedang berkibar pada masa itu telah ditarik dan tiangnya dipatahkan. Mahasiswa-mahasiswa telah bersorak-sorak mengutuk President Marcos dan menuduh beliau sebagai lanun yang ingin merampas Sabah - hak kepunyaan Malaysia."

Fahmi Reza, yang dikalungkan gelaran "pensyarah sejarah gerakan mahasiswa" tidak berhenti di situ. Beliau menceritakan apa yang berlaku seterusnya, di mana kumpulan mahasiwa ini berarak ke tempat kediaman Tengku Abdul Rahman, selepas lebih kurang satu jam di Kedutaan Filipina. "Perdana Menteri telah keluar dari rumah dan memberi ucapan memuji semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar. Ucapan Tengku telah disambut dengan tepukan, dan pekikan mengutuk Marcos," petik Fahmi Reza yang membacakan kisah tersebut.

Lebih 150 orang yang hadir dalam forum berjudul "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", semalam, menyambut ucapan Fahmi dengan tepukan dan gelak ketawa, apabila mengimbas bagaimana Adam Adli disifatkan oleh pimpinan dan media milikan UMNO sebagai bertindak "biadap", "tidak matang", "radikal", malah "ekstrem".

Turut hadir sebagai panelis adalah Adam Adli dan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, BEBAS Muhammad Safwan Anang. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu dipengerusikan oleh Syukri Razab dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Aunty BERSIH, Anne Ooi, dan bekas aktivis siswa yang pertama menyaman kerajaan kerana AUKU, Soh Sook Hwa juga hadir untuk memberi sokongan.

Fahmi Reza menganalisa, serangan peribadi terhadap individu bernama Adam Adli bertujuan untuk mengalih pandangan dari isu sebenar, dan memperlekehkan seluruh perjuangan gerakan mahasiswa. Malah, menurut pengamatannya, berita dalam Utusan Malaysia ketika melaporkan insiden turun bendera ini, hanya menyebut sekali frasa "kebebasan akademik", meskipun itu tema kejadian pada hari itu - itupun kerana pertubuhan siswa yang terlibat bernama "Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik".

Fahmi menyifatkan perbuatan menurunkan bendera berwajah Najib sebagai "taktik yang kreatif untuk menarik perhatian", mengundang hadirin untuk merenung mengapa siswa ini tidak menggunakan "platform yang baik" sebagaimana yang dipersoalkan pihak yang membantah tindakan Adam.

Adam hadiahkan aksi turun bendera untuk siswa

Watak utama dalam insiden "turun bendera Najib", Adam Adli mengisahkan bagaimana bosannya siswa apabila perjuangan mereka tidak dilayan kerajaan, sebaliknya hanya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah yang berjumpa dan menerima memorandum mahasiswa. Adam menganggap Najib selaku Perdana Menteri, perlu bertanggungjawab ke atas AUKU.

Ketika menjelaskan tindakannya pada 17 Disember 2011, Adam berkata, "Untuk mengibarkan sebuah panji perjuangan, kita perlukan sebatang tiang. Itu saja. Makanya, tiang yang paling sesuai ialah tiang yang dimiliki oleh orang yang kita sedang berlawan. Kita berlawan dengan Najib, berlawan dengan penguasa orang panggil, Perdana Menteri, itu tiang dia yang saya guna untuk naikkan academic freedom punya bendera, itu sahaja. Bendanya simple. Lima minit sahaja benda ni berlaku, tak ada pun berpijak-pijak, koyak-koyak, bakar dan sebagainya, itu bukan kerja saya."

Adam mengakui bahawa dirinya berpuas hati dengan aksi lima minit itu, sempat beliau tabik kepada panji perjuangan mahasiswa setelah dinaikkan. Malah, beliau mendakwa aksi itu dihadiahkan kepada mahasiswa, yang turut berpuas hati dan dinaikkan semangat kembali lantaran daripada perbuatan tersebut.

Adam yakin, orang yang mempunyai iltizam yang sama, akan buat benda yang sama jika diberi peluang sebegitu. Siswa berusia 22 tahun ini menafikan dirinya menerima arahan dari siapa-siapa, menyanggah tuduhan bahawa dirinya kuda tunggangan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Beliau menegaskan, mahasiswa bersedia melawan hujah dengan hujah, dan bersedia jika agenda kebebasan akademik yang diperjuangkan mereka ditentang, tetapi bukan ditentang dengan sesuatu yang tidak masuk akal seperti label kuda tungganggan pembangkang dan sebagainya.

Sebelum ini, Safwan Anang menjelaskan dua pendirian asas BEBAS, yang ditubuhkan selepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan menggantung jawatan Profesor Abdul Aziz Bari, berikutan kenyataan pakar perlembagaan itu yang mengkritik penggunaan kuasa Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya.

Safwan menegaskan, ahli akademik sama ada di dalam atau di luar kuliah, mempunyai kebebasan untuk menyatakan pandangan, mempersoal, menguji sesuatu pandangan yang pada pandangan umum, ia bersifat kontroversi, atau bersifat tidak popular. Keduanya, institusi akademik tidak berhak untuk mengambil tindakan atau menghalang kebebasan akademik di kalangan kakitangan ataupun mahasiswa.

Sebelum bendera Najib diturunkan...

Safwan mengambil kesempatan untuk menceritakan apa yang telah dilakukan oleh BEBAS, sebelum aksi "penurunan bendera Najib" mengambil tempat. Mereka pernah mengadakan forum, mengundang mantan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menggubal AUKU, Mahathir Mohamad untuk berdebat (namun undangan ditolak Mahathir), BEBAS pernah turun untuk berucap di speaker corner, mengadakan flashmob, roadshow dan sebagainya untuk menyampaikan mesej perjuangan kebebasan akademik.

Malah, BEBAS pernah menganjurkan forum, yang ingin mempertembungkan pandangan antara Zainal Kling dan Khoo Kay Kim dengan Abdul Aziz Bari dan Abu Hassan Hasbullah, namun berakhir dengan keengganan Zainal Kling dan Khoo Kay Kim menampilkan diri. Safwan tidak berpuas hati kerana suara BEBAS tidak diberi ruang dalam media arus perdana, sebaliknya apabila BEBAS menyediakan gelanggang untuk pertukaran pandangan, pihak yang mempertahankan AUKU enggan menampilkan diri. Keadaan yang sama berlaku, apabila Najib Razak selaku PM enggan berdebat dengan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, apabila BEBAS menyediakan pentas, malah siswa hanya ditemukan dengan wakil Pegawai Sulit kepada Perdana Menteri, apabila mereka tampil menyerah surat jemputan.

Safwan juga tidak berpuas hati apabila suara BEBAS yang mendesak pemansuhan AUKU tidak diendahkan kerajaan, sebaliknya diteruskan dengan perbincangan meja bulat "pindaan AUKU". Beliau berkata, tiada orang yang membawa agenda pinda AUKU, hanya pihak yang mendesak agar AUKU dimansuhkan, atau pihak yang mendesak agar AUKU dipertahankan.

Ketika menggulung ucapannya, Safwan berkata, "Mahasiswa berdiri atas ilmu. Apa yang meyakinkan kami semua berjuang sampai sekarang, kita punyai ilmu, kita punyai pengetahuan, kita baca sejarah."

"Saya nak simpulkan di sini dengan, takrifan sebuah universiti. Universiti adalah tempat berlakunya kebebasan mutlak. That is university. Dan realiti di Malaysia, terdapat banyak IPT, Institusi Pengajian Tinggi, tetapi tidak ada universiti. Atas faktor itulah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pun tidak relevan untuk diwujudkan di Malaysia."

"Kita bukan setakat tolak AUKU, kita bukan setakat tolak HEP (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam universiti), kita juga tolak KPT," kata-katanya disambut dengan tepukan hadirin di bawah pentas.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

SARA 1Malaysia, bantu rakyat atau bantu bank ?

Benarkah SARA 1Malaysia yang akan dibuka permohonannya mulai 30 Januari ini dapat membantu golongan rakyat berpendapatan rendah? Tak ada duit untuk melabur, bank2 terpilih menyediakan pinjaman sehingga RM5,000 dengan bayaran balik sehingga 5 tahun.

“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” Ujar Najib. Cuba anda terangkan bagaimana pelaburan begini boleh mendapat keuntungan bulanan hingga RM134 sebulan? - Apek

Hairan ! Kalau betul-betul ikhlas nak bantu rakyat yang marhaen, bantu ajela..! Tak pernah dibuat orang melabur dengan duit yang dipinjam, buat pening kepala aje..untungnya tak seberapa.., macam ni ke nak bantu rakyat ? Kamonn la bro !! Labur pada diri sendiri lagi bagus, buka gerai jual goreng pisang ke, burger ke, buka separuh hari je, untung bersih dah lebih RM50 sehari boleh dapat., APA MACAM ?

Jom 'mengondom' lepas 'Aroh Ganal' !

Malaysia akan menjadi pengeluar kondom terbesar dunia.Maka dari tu banyak lah peluang pekerjaan untuk rakyat bekerja di kilang kondon, dan seperkara lagi semakin ramai yang 'mengondom', bersama macam-macam perisa, ada perisa straberi, anggur, lemon, berry, huhu durian ? 

Perisa durian tak boleh laa..bro, nanti jiran tahu korang tengah ber'kebonnn'.., hahaha !

Selamat datang ke Perak buat PM terakhir negara ! Buat umnuu..yurk ramai-ramai datang ke 'Aroh Ganal'* yang terakhir juga di Bagan Serai tengahari ni..! Lauk kawah, gulai lembu fitlot depa kata? 

* Aroh Ganal (bahsa banjar) - kenduri besar 

Posting wak ni tak de tajuk !

Maaf ya kalian, hari ini wak benar-benar tidak ada masa untuk membuat posting baru. Jumpa semula esok !

ALLAH selamatkan keluarga saya ! - Wardina

AMPANG - "Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh ALLAH dan tidak diapa-apakan oleh perompak."

Demikian kata Wardina Safiyyah Fadlullah, pelakon dan model, ketika menceritakan detik-detik cemas sewaktu rumahnya di Bukit Utama 2 dekat sini, dipecah masuk tiga perompak bertopeng, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi ini disedari Wardina apabila tubuhnya digerakkan oleh perompak semasa dia tidur berseorangan kerana demam.

Wardina berkata, suaminya, Ikhwan Johari pula tidur bersama anak lelakinya di bilik lain dan tersedar apabila perompak tersebut turut menggerakkan suaminya.

Menceritakan saat cemas itu lagi, Wardina berkata, kerana terlalu takut, dia cuba melindungi dirinya dengan hanya berselimut.

"Saya cuba elakkan muka saya dilihat dengan berselimut kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diri saya dan hanya kalimah Allah yang saya mohon bantuan ketika itu.

"Kemudian perompak tersebut meminta barang kemas saya tetapi saya tiada barang kemas kecuali cincin pusaka nenek dan gelang hantaran perkahwinan yang saya serahkan," kata Wardina.

Katanya, kemudian tiga anaknya, suami dan seorang pembantu rumah berkumpul dalam biliknya dengan berselimut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan hati perompak tersebut dapat dilembutkan.

Dia menambah, sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya.

"Pada waktu itu juga, seluruh keluarganya nampak dengan jelas ketiga-tiga perompak tersebut termasuklah anak lelakinya yang meraung menangis dan kini dalam keadaan trauma dengan kejadian tersebut.

"Mujurlah semasa kejadian itu, jiran di belakang rumah saya menyedari sesuatu berlaku dan menghubungi pengawal keselamatan taman supaya menyiasat apa yang berlaku.

"Sebaik sahaja perompak tersebut dengar pengawal keselamatan tiba , barulah ketiga-tiga perompak tersebut beredar," kata Wardina lagi.

Sementara itu, Ikhwan berkata, kakinya telah dipukul dengan kayu dan 'screw driver' apabila cuba menjerit selepas sedar dia digerakkan oleh perompak.

"Saya telah memberitahu kepada perompak tersebut agar tidak menyentuh isteri dan anak-anak saya.

"Jelas perompak tersebut mahukan wang dan barang kemas sedangkan kami tidak menyimpan barang-barang kemas selain buku-buku, namun mereka tidak berpuas hati dengan alasan kami.

"Perompak tersebut turut meminta saya menyerahkan dompet tetapi bernasib baik saya tidak ada wang tunai yang banyak ketika itu. Antara lain barang yang dicuri adalah empat komputer riba, telefon bimbit dan barang-barang lain," kata Ikhwan.

Katanya, selama empat tahun keluarganya tinggal di Bukit Antarabangsa, inilah kejadian pertama yang berlaku ke atas keluarganya. Wardina dan Ikhwan mempunyai tiga anak.-SH

18SX - Mabuk kohong ! Untuk para isteri - Wajib baca !

Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri bukan saja syiok dipandang, malah rajin memandang*. Suami tidak peduli saamada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Foto : Maaf kerana tersalah letak gambar lagi, terletak foto ni la pulak..!

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la nak kata apa ! Takut nanti ada isteri yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi.

Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya.

Kerana itu, seboleh2nya...jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya. Kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer.

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Yang penting, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”.
_
Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.

Sekalipun berapa anak yang diperolehi. Suami tetap merupakan “Anak Sulung”, walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan.

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka juga boleh terlupa yang dirinya tua dan sudah bergelar suami. Wak cakap betul tu ! Ini kerana, walaupun sudah tua tetapi bila diasak dengan naluri yang sifatnya 'lelaki', maka jiwa mudanya pasti keluar kembali, kecuali suami-suami telah di tabir oleh keimanan yang tebal. 


Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan dirinya tua bila berhadapan dengan perempuan yang muda, lazimnya akan dibahasakan ssebagai ‘Pak cik’. Hal ini bukan saja-saja dibuat, tetapi adalah dengan sengaja di lakukan demikian bagi memadamkan segala keinginan 'baru'. 


Jika ada suami tiba-tiba terlupa sebut "pakcik" tetapi minta dipanggil 'abang', hmm..! Mabuk Kohong ler jawabnya..! Jika itu terjadi, maka ada isteri yang tiba-tiba jadi 'janda', atau yang tak boleh terima, pi toreh muka suami tanpa diduga. 

Seperti yang sering dinyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram, dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. 


Yang lebih hebat lagi, jika ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isterinya dirumah, kerja lain tak dak, dok mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Apalagi, jom la poligami..! Amboi..syokkk nampak ? Setuju mai komen, tak setuju pon boleh komen..lawan komen APA MACAM ?

VIDEO TONTON UNTUK MALAM INI - NASI LEMAK IBU DAN ISTERI, ENAK SEPANJANG HAYAT !


18SX - Kerana cinta awek, kote dia keras sampai ke liang lahat !

Nak kata tak dak kertas , melambak kertas hang boleh tulis. Nak kata tak dak papan hitam, papan hijau pun melambak. Yang gian sangat pi tatto kote tu aper ka jadahnya. Sekarang jalan dah kengkang. Macam beruk mat nyehh. Tuhan dah bagi elok-elok, hang bikin macam-macam kat situ. Sekarang anu hang dah tak boleh nak diselamatkan lagi, keras la ia sepanjang hayat. Malam keras, siang pun keras. Ini macam kalo, masuk lubang kubur pon kote hang dok keras lagu macam tu. Hambekkk..!! 

Foto kreatif jantan bangang boleh dilihat di -  KLIK DI SINI.



A 21-year-old Iranian man has a permanent semi-erection after having “borow be salaamat” (good luck with your journeys) and the letter “M” (his girlfriend’s initial) tattooed on his penis. The man, whose name is unknown, was diagnosed with nonischemic priapism — a condition resulting from the inability of blood to exit the penis. His case was detailed in the latest issue of the Journal of Sexual Medicine.

“In our case, most probably, the handheld needle penetrated the penis too deep, creating an arteriovenous fistula,” wrote the study authors from Kermanshah University of Medical Sciences in Kermanshah, Iran. A fistula is a connection between two organs or vessels — in this case an artery and a vein — that normally don’t connect.

“For eight days after tattooing, the penis was painful, and thus there were no erections,” the authors wrote. “After that, the patient noticed longer-than-usual sleep-related erections. This progressed, within a week, to a constantly half-rigid penis, day and night.” Men are advised to seek medical attention for an erection lasting more than four hours.

During a normal erection, blood rushes into the penis through the arteries to build up pressure and later leaves through the veins. But in nonischemic priapism, blood continues to enter faster than it can leave, causing persistent pressure and a permanent erection. The problem resolves naturally 62 percent of the time, the researchers reported. And when it doesn’t, men have the option of selective arterial embolism — a procedure that blocks the offending artery.

Instead, the Iranian man chose to have a shunt implanted to drain the excess blood, according to the report.

“Predictably, the procedure was unsuccessful,” the authors wrote. “Because of the painless nature of erections, moderately good preservation of erectile function during intercourses, and disappointment with former surgery, the patient has declined to undergo further therapies, and lives with his condition.”

Despite his permanent erection, the man has no regrets over his penis tattoo, according to the report. Nevertheless, the report authors advise against the practice.

“Based on our unique case, we discourage penile tattooing,” they wrote. - source ABC

TERKINI : AVANZA sepi sekeping hati ! Huhu..!!

AVANZA. Jika ada duit lebih tu, elok la hangpa beli sebijik. Kena plak anak ramai. Bukan apa, selesa sikit kalo nak gerak jauh-jauh, tak ler sesak macam sardin. Untuk anak ramai jer yer! Bukan bini ramai, kalo bini ramai - apa barang nak beli AVANZA.


Suka tengok susunan sabjek di dashboard dia, kemas dan elegen. TOYOTA bro ! Hmm..kalau ler rakyat Malaysia tak terikat dengan cukai tinggi dari kerajaan umnuu utk lindungi proton, rasanya ramai rakyat terutamanya hidup sederhana mampu pakai kenderaan ini.



Ikut nafsu aku, nak juga beli sebuah AVANZA ni. Tapi poket tak mengizinkan..kerja macam wak, gaji bukan tinggi macam kondo bela lembu..! Nampaknya nak kena tunggu 10 tahun lagi, rasanya harga seken-hen dah murah kot? Seterusnya layan foto dibawah. 




Price wise, the Avanza 1.3 is priced at RM64,590, the 1.5E at RM72,590, the 1.5G atRM77,290 and the 1.5S at RM79,590. These are on the road prices including insurance, for metallic colours. The options list has two items – Toyota Standard Solar Flim and an Aerokit. - PAULTAN.
1.3E-Dashboard
Seat-Config2
1.5S-Front
1.5S-audio
1.5S-(2)
Tilt-Steering
One-Touch-Tumble
1.5S-Dashboard
1.5S-Rear2
Seat-Config1
Wing-Mirror
BA6058_CMYK
1.5S
Seat-Config4
1.3E
Dual-Air-Cond-Blower
Dashboard-1.3E-
1.5G-with-Aerokit_Rear
1.5E
1.5G-Aerokit_Side-skirt
1.5G
Seat-Config3
Turning-radius
BA6069
1.5G-with-Aerokit_Rear
Boot-Compartment
DashUpperVent-044_main-Final_CMYK
CupHolder
1.5S-Rear

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |