MS805 - Komenter(1) Tsunami rakyat, tapi BN main bangsat !
Di wall politik banjar massa - memetik bacaan GE13 - Chinese Tsunami and Malays get money !, siapa yang mampu menyangkal ? Jika dikatakan, umpan duit itu sangat berkuasa bagi menentukan undi memihak terus kepada BN ? Mari raikan harga minyak yang tak boleh turun hari ini, 7 mei 2013, maaf aku menulis dalam keadaan muka yang sangat kelat.
Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.
Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dll--yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat. Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.
Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.
Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "