PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Muktamar PAS (12) - Imej 'orang kampung' Mat Sabu menangkan beliau ?



"Imej orang kampung yang dibawa oleh Mat Sabu, menyuntik undi besar kepadanya.." - SMS

Keputusan pemilihan jawatankuasa pusat PAS yang diumumkan hari ini menggambarkan bahawa 'tsunami' kumpulan Erdogan atau pro-Pakatan Rakyat telah melanda parti Islam itu. Asakan padu Erdogan turut menyingkirkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai selebriti PAS dan calon pilihan kumpulan pro-ulama, Ketua Penerangan Idris Ahmad. Di peringkat jawatankuasa pusat pula, sekurang-kurangnya 10 daripada 18 yang dipilih juga daripada kelompok Erdogan atau cenderung kepada kepimpinan Mohamad.

Tsunami besar ini selari dengan trend pemilihan dalam pemilihan muktamar di mana hampir semuanya dimenangi golongan wakil rakyat dan profesional. (kenyataan jahat oleh MKini)



Komenter 1 | Anuar Hashim
Perakite : Perak tidak mempunyai wakil yang memenangi kerusi AJK PAS Pusat.

Kesemua calonnya yang bertanding antaranya ialah YB Idham Lim, Haji Asmuni Awi dan Ustaz Haji Norazli Musa gagal mendapat tempat di hati perwakilan. Nampaknya di dalam senarai AJK terbaru ini, tiada wakil dari bukan melayu dipilih. Semua melayu !

Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin yang memperolehi undi tertinggi bagi kerusi AJK Pusat pada Muktamar lepas, menarik diri daripada bertanding kerusi AJK PAS Pusat kali ini. Beliau mempunyai potensi dipilih sebagai AJK jika bertanding. Namun Nizar memilih untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden tetapi kecundang.

Jika beliau bertanding hanya kerusi AJK, beliau sekali lagi dilihat mempunyai potensi besar muncul sebagai calon memperolehi undi terbanyak sekali lagi. Andaian ini berdasarkan keputusan yang diperolehi Datuk Nik Amar Abdullah yang kecundang bagi kerusi Naib Presiden apabila hanya memperolehi 321 undi, tetapi memenangi kerusi AJK dengan memperolehi lebih banyak undi iaitu 470 undi.

Muktamar PAS (11) - 'Takziah' kepada semua calon 'terpilih menang' !

Daripada banyak SMS yang masuk pagi ini, ini yang begitu mengejutkan. Wak salin tampal semula untuk paparan pembaca,
" aku mengisytiharkan bahawa semua urusan dan sumbangan aku untuk PAS dihentikan berkuat kuasa serta merta sebagai bantahan orang sunni memerangi syiah dan erdogan. Tindakan ini muktamad.." - SMS
Ada siapa yang berani komen? Ulasan ringkas melihat keputusan undi perwakilan, nampaknya TIADA seorang pun wakil didalam jawatankuasa PAS Pusat dari Perak. Apakah tindakan Nizar bertanding ke jawatan Naib Presiden itu satu kesilapan ? ulasan akan menyusul..



Analisa 1
Tinta MSO | Mohd Sayuti Omar



KEMENANGAN untuk Mohamad Sabu berbau sejak awal-awal lagi. Ada dua faktor ataupun gambaran yang bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu. Dalam catatan saya di kolom Arus Bawah dalam Siasah saya telah menyatakan sesuatu yang akan mungkin berlaku kejutan dan ia bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu apabila kedua tokoh al ulama Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu kompromi.

Tanpa kompromi salah seorang darinya menyebabkan ia bakal memberi bahana kepada golongan al ulama war satur ambia. Bila pepercahan undi di antara keduanya berlaku maka Mat Sabu akan menang dengan mudah. Tampak andaian itu tidak meleset. Mohamad Sabu mendapat 420, Tuan Ibrahim 399 dan Nasharudin 224. Jelas kalau undi Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur 623 ini bermakna Mat Sabu akan kekurangan undi sebanyak 200 undi.

Gambaran kedua bagaimana kedua calon al ulama itu akan hanyut ialah apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh ulama yang berada di nombor dua. Paling jelasnya Nasharudin.

Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja. Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad Sabu, atas beberapa sebab dan faktor.

Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap perwakilan dengan mengikuti jarum yang dikehendakinya.

Kenapa Umno sukakan kepada Mat Sabu? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana Umno mengira mereka ada modal besar bila Mat Sabu duduk di nombor dua. Mereka akan menggunakan isu peribadi Mat Sabu unuk bahan kempen pilihan raya. Isu moral yang mereka gunakan untuk melemahkan PKR dengan isu Anwar akan dipolitikan kepada Pas dengan menggunakan isu peribadi lapok Mat Sabu.

Mungkin perwakilan sedar atau tidak. Kalau perwakilan sedar hal ini tetapi mereka tetap mahukan kepada Mat Sabu sudah tentu mereka mengira isu peribadi lapok itu tidak memberi bekas. Jadi walaupun Umno akan tayangkan peribadi Mat Sabu khususnya mengenai kelancangannya berucap ia tidak menjadi bekas.

Dari sudut lain kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Sallahudin, Husam dan Mahfuz menjelaskan perwakilan bijak dalam menilai kepada tokoh yang berkualiti dari segi kerja untuk pargi. Perwakilan mahu kepada aktvis bukannya tokoh yang berimej saja. Perwakilan sudah lama memberi peluang kepada tokoh berimej ustaz yang hanya berdoa di tikar sembahyang saja.

Tidak dapat dinafikan baik Mat, Sallahudin, Husam dan Mahfuz merupakan tokoh yang kuat berkerja. Mereka ini dilihat senantisa berada di hadapan dan mampu menggerakkan parti. Mereka adalah aktivis yang berjaya menyelam kehendak anak muda dan berjaya pula menimbulkan isu dan tuntutan yang dingini oleh anak-anak muda. Barangkali kumpulan baru ini bolehlah dinamakan Masahusmah - dekat-dekat dengan nama Osama pakar perang psikoligi du abad ini. (sumber)

Muktamar PAS (10) - Keputusan Penuh Pemilihan PAS Pusat Sesi 2011/2013




PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN
Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu, Hj – 420 undi

NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Muktamar PAS (TERKINI) - PANAS BERAPI : Bravo ! Mat Sabu menang bergaya !

RASMI : 
Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden menewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasharudin Mat Isa. Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi. Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

NAIB PRESIDEN
Salahudin Ayub - 753 UNDI
Datuk Husam Musa - 660 UNDI
Datuk Mahfuz Omar - 616 UNDI



AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Muktamar PAS (9) - PANAS BERAPI : Mat Sabu menang bergaya !



Sumber hampir sohih memberitahu bahawa nampaknya makin kuat bunyi guruh dan makin dekat hujan nak turun pagi ini di Kg. Milah mengatakan ABANG MAT SABU DIKHABAR MENANG KERUSI TIMBALAN PRESIDEN. MENANG DENGAN JUMLAH UNDI YANG BANYAK. JIKA BENAR..DIUCAPKAN TAKZIAH!! NAMUN SABARLAH MENUNGGU SATU JAM LAGI BILA IA DIUMUMKAN !

Husam, Salahuddin dan Mahfuz juga dikatakan menang. Alamat jika benar.. maka mengeluporlah Umno dengan pejuang-pejuang ini, yang sememangnya digeruni lawan. Nampaknya Ustaz Derih dan Nizar gagal dalam 'perjudian' nasib di muktamar kali ini - albanjari@info



* Keputusan yang lain akan menyusul sebentar lagi.

PANAS BERAPI - Harussani ! Ini..apa cerita ? Ada masyukk ??

Ayooo..yooo ! Apa sudah jadi kolaan !!

“Saya dilantik sebagai penasihat syarikat Dina Group Sdn Bhd hanya secara lisan dan tiada dokumen berkaitan atau hitam putih sebagai perakuan,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, dia dilantik sebagai penasihat syarikat itu kira-kira empat tahun lalu selepas didatangi ahli lembaga syarikat berkenaan di pejabatnya. Menurutnya, penampilan dan kesungguhan ditunjukkan ahli lembaga pengarah syarikat itu menyebabkan beliau bersetuju dilantik sebagai penasihat.." - www.hmetro.com.my



"Kenapa umat Islam di Malaysia ini mudah terpedaya, termasuk golongan ulama? Skim cepat kaya Dina Group bukan sahaja telah memperdaya orang Islam di Malaysia, malahan 5000 rakyat Brunei ditipu hampir $100 juta. Melabur sajalah di surau, masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan jiran tetangga yang memerlukan di sekeliling kita.

DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI.
Cerita penuh klik di SINI

ARTIS TERPALIT TARIK PELABUR

KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group). Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.

BERALAS TIMBUNAN DUIT

KUALA LUMPUR: “Saya bukan saja pernah membawa wang RM300,000 dalam beg plastik yang dibimbit menaiki kapal terbang untuk diagihkan kepada pelabur di Sarawak, malah tidur saya juga beralaskan duit RM50 dan RM100,” kata bekas pekerja Dina Group Sdn Bhd (Dina Group) yang hanya mahu dikenali sebagai Johan. Menurut Johan, 28, yang berasal dari Kedah, sepanjang berkhidmat bersama pengasas Dina Group, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, yang kini diburu Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengambil pelaburan haram lebih RM200 juta, dia tidak pernah melihat mereka memasukkan wang tunai yang diterima daripada pelabur ke dalam bank.

Muktamar PAS (7) - Benarkah perwakilan diancam dilemma ?


Tiga orang calon ada di hadapan aku, salah seorang terpaksa aku pilih, dua lagi terpaksa aku tidak pilih. Ketiga-tiganya adalah pemimpin yang paling aku hormati, aku tidak mahu kehilangan salah seorang dari mereka dalam saf kepimpinan parti.

Sebab itu aku berjanji bahawa pemilihan ini bukan untuk membuang mana-mana calon, bahkan untuk memilih calon yang terpilih daripada calon-calon pilihan.

1- Tuan Ibrahim Tuan Man seorang yg agak baru dan kurang pengalaman dalam pentadbiran PAS, namun beliau memiliki keperibadian yang sesuai untuk untuk membimbing ahli PAS. Kurang ketegasan dan ideal untuk menggerakan parti merupakan kelemahannya.

2- Abe Mat Sabu merupakan seorang aktivis parti yang boleh dipanggil seorang penglima PAS. Ceramah dan semangatnya sukar ditandingi, bahkan hubungan istimewa beliau dengan dunia luar parti PAS merupakan aset yang bernilai kepada Parti. Hubungan beliau dengan rakyat marhaen dan akar umbi parti sukar untuk ditandingi oleh kepimpinan parti yang lain. Namun seperti Tuan Ibrahim, beliau tidak mempunyai latarbelakang pertadbiran parti yang boleh dibanggakan. Kelemahan paling besar Abe Mat adalah mudah terdedah kepada fitnah musuh.

3- Ust nasaruddin Mat Isa, Tim. Presiden PAS, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas sebagai pentadbir dalam parti. Perwatakan agak slow dan banyak bertahan dalam menghadapi serangan musuh. Tidak mempunyai krisma untuk memimpin parti, walaupun mempunyai sokongan dari ahli parti. Kelemahan dan kewibawaan beliau jelas sejak kebelakangan ini, dimana beliau dikritik hebat mengenai kerajaan perpaduan(UG). Kelemahan dan kewibawaan dipertikaikan bukan benar atau tidak tuduhan tersebut, namum kerana kegagalan beliau menghadapi tuduhan secara berhemah dan menangani tuduhan tersebut secara pemimpin parti.  - (sumber dari pengkomen)


Muktamar PAS (6) - Foto-Foto Pilihan Perasmian Muktamar hari ini









SENSASI Muktamar PAS - `Kickdefella' cari makan ?

Kickdefella sememangnya berdendam dengan YB Husam kerana tokoh PAS Kelantan itu tidak berbuat apa-apa apabila beliau dipecat dari PMBK. Beliau merasa hebat seolah-olah semua pimpinan PAS khususnya di Kelantan mesti gentar dengan Blogger seperti beliau. Barangsiapa yang memusuhinya pasti akan diserang habis-habisan oleh Blogger yang pernah dilabel sebagai penagih arak tegar ini. Lihat sahaja bagaimana beliau menghentam menantu MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ariff Fahmi ketika menantu MB Kelantan itu menerajui PMBK. Keluarga Tuan Guru Nik Aziz juga diserang oleh Blogger ini. Jadi, apa peliknya setakat menyerang YB Husam?



MUKTAMAR PAS yang sedang berlangsung kini merupakan tempat terbaik `Kickdefella' atau Syed Azidi `mencari makan'. Misi beliau yang secara tiba-tiba muncul dengan `berita sensasi' tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghancurkan musuh utamanya YB Husam Musa yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden PAS kali ini.

Dakwaan kununnya beliau menerima upah RM 350,000 daripada YB Husam hanya timbul disaat pemilihan di mana YB Husam akan bertanding. Adakah Kickdefella suka jika YB Husam memenangi pertandingan tersebut? Memetik laporan dari Malaysiakini, "Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju" (Malaysiakini).

Kickdefella sememangnya berdendam dengan YB Husam kerana tokoh PAS Kelantan itu tidak berbuat apa-apa apabila beliau dipecat dari PMBK. Beliau merasa hebat seolah-olah semua pimpinan PAS khususnya di Kelantan mesti gentar dengan Blogger seperti beliau. Barangsiapa yang memusuhinya pasti akan diserang habis-habisan oleh Blogger yang pernah dilabel sebagai penagih arak tegar ini. Lihat sahaja bagaimana beliau menghentam menantu MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ariff Fahmi ketika menantu MB Kelantan itu menerajui PMBK. Keluarga Tuan Guru Nik Aziz juga diserang oleh Blogger ini. Jadi, apa peliknya setakat menyerang YB Husam?

Tentang dakwaan Kickdefella itu telah dinafikan oleh YB Husam, bahkan beliau berkata beliau tidak pernah mempunyai wang sejumlah itu. Lojiknya, perlu apa YB Husam perlu memberi wang sebanyak itu kepada insan bertaraf Syed Azidi? Apa yang Blogger ini buat untuk menaikkan nama YB Husam di dalam politik jika benar beliau ada menerima wang itu? Setakat yang kita tahu, Blogger ini sentiasa menyusahkan PAS di Kelantan dan ini bermaksud Blogger ini mempunyai misi yang sama dengan Umno Kelantan. Justeru itu, tidak masuk akal YB Husam boleh memberi wang sebanyak itu kepada Blogger tiada hala tuju ini.

Dakwaan Kickdefella ini jelas menunjukkan beliau bekerja dengan puak yang tidak mahu melihat YB Husam berada di kerusi Naib Presiden PAS. Mengapa bahayanya jika YB Husam berada di kerusi tersebut? Jawapannya, kehendak Umno untuk bersama dengan PAS lebih sukar di masa akan datang jika YB Husam memenangi pertandingan kali ini, dan misi Kickdefella pasti akan gagal. (sumber/wfauzdin.blogspot.com)

PANAS BERAPI - Bila 'kafir harbi' tumpang cari pasal di musim muktamar !

Setiausaha agung Wanita MCA Chew Lee Giok tidak sepatutnya mempolitikkan isu sekecil ini. Tindakan mempersoalkan satu peraturan dalaman untuk satu majlis dalaman adalah satu sikap yang tidak menggambarkan keperihatinannya dalam budaya masyarakat majmuk dan amat bertentangan dengan kata-kata beliau yang dipetik oleh Bernama,

"Dalam sebuah negara berbilang kaum saya menghormati sepenuhnya kod pakaian Islam, tetapi kita juga mahu PAS menghormati adat dan pilihan oang bukan Islam" 

Apalah salahnya seorang bukan islam mengenakan pakaian yang sesuai dengan majlis orang Islam yang dihadirinya? Tambahan pula, tiada larangan dlm budaya orang cina untuk mengenakan tudung.

Apabila melihat skop yang lebih luas, saya juga mendapati dalam banyak situasi, wanita Islam diminta untuk membuka auratnya atas kehendak majikan, keperluan tempat kerja, dan atas pelbagai sebab. Dimana isu hak asasi dalam hal ini? 

Bagaimana dengan pembantu rumah warga Indonesia beragama Islam diarahkan supaya cuma berpakaian baju-T dan seluar pendek oleh majikan? Adakah dalam isu ini unsur menghormati tuntutan agama si pekerja diambil kira?

Apakah lagi urusan umat Islam yang akan dipersoalkan selepas ini? Dan adakah setiap kali ada suara yang mempersoalkan, orang Islam akan tunduk, memohon maaf dan berundur beberapa langkah?


Muktamar PAS (5) - Idham Lim, Salleh Man antara calon wajar diangkat menjadi AJK PAS Pusat

" Pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara untuk menangkis serangan-serangan UMNO sangat diperlukan oleh parti dan disini pemimpin-pemimpin seperti Husam, Mahfuz Omar, Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad, Khalid Samad, Khalil Idham Lim dan Mat Sabu begitu menonjol dan menyerlah.

Semoga slogan 'PAS Untuk Semua' akan muncul sebagai satu slogan yang akan dapat dinikmati kesahihannya oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan oleh itu saya harap pemilihan pemimpin parti yang akan dilangsungkan di Muktamar pada hari ini akan memberikan peluang semua perwakilan memilih pemimpin-pemimpin ini untuk sama-sama berjuang untuk Islam dan juga untuk rakyat Malaysia seluruhnya., "

Pilihan blog albanjari Online : AHLI JAWATANKUASA KERJA

[Muka Baru]
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Khalil Idham Lim, YB
3. Khalid Abd Samad, YB Hj.
4. Mahfodz Mohamed, Ustaz Dato’ Dr.
5. Mohd Salleh Man, YB Ustaz,
6. Mohd Taufek Abd Ghani, YB
7. Mohd Nasir Mustafa, YB
8. Muhammad Husin, YB Ustaz
9. Sa’ari Sungib, YB Hj.
10. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
11. Normala Sudirman,

[Muka Lama]
12. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
13. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
14. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
15. Lo’Lo Dato Ghazali, YB Dr.
16. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
17. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
18. Hanipa Maidin, Hj

Pilihan albanjari Online. Jika aku diberi pilihan, aku hanya kekalkan 7 muka lama (*) dan selebihnya kita ambil muka baru duduk disitu. Berani Berubah !  Yer..untuk berubah, kita 'UBAH' yang lama-lama tu dengan yang lebih 'bekerja'. Dan 11 muka baru yang aku pilih itu pula amat diharap agar gandingan ini akan memantapkan lagi parti seterusnya meletakan PAS/Pakatan Rakyat bersama menawan Putrajaya dan humbankan BN pada PRU13 nanti.

Daripada 11 muka baru yang ditampilkan, suka aku sebut, 3 senarai nama berwarna merah perlu diberi mandat memikul amanah dan tanggunjawab dalam AJK Pusat. Mengapa ?

1. Khalil Idham Lim, YB
Satu-satunya calon cina yang bertanding dalam senarai panjang AJK di muktamar ini. Kredibiliti dan wibawanya turut diakui oleh Zentrum Studies dengan meletakkan beliau sebagai pemimpin masa depan Pakatan Rakyat PAS Perak bersama Nizar Jamaluddin. Wajar letak seorang wakil cina yang beragama islam di situ bagi melihatkan slogan 'PAS Untuk Semua' bukan sekadar slogan.

2. Mohd Salleh Man, YB Ustaz,
Wakil PAS Pulau Pinang ini jangan dikesampingkan. AJK PAS Pusat perlu meletakkan wakil dari negeri itu bagi membawa suara PAS Pulau Pinang ke Pusat. Benar ! Sebelum ini AJK Pusat ada Dr. Mujahid Yusof Rawa, tetapi tanggungjawabnya lebih menumpu memperkasa DHPP. Tidak keterlaluan jika aku kata, Salleh Man jika diangkat (yakni menang) maka bererti perwakilan dan PAS seluruh negera telah memberi wadah baru kepada PAS Pulau Pinang. InsyaAllah ! (baca di sini)

3. Normala Sudirman,
Realitikan tentang janji-janji pemimpin dan penyokong ketika mengangkatnya menjadi calon di DUN Tenang tempohari. Angkat ikon ini ke dalam AJK Pusat. Selamat bermuktamar dan memilih pemimpin yang betul. Siiru 'ala barakillah.



albanjari | 3 Jun 2011
Muktamar PAS ke 57, 2011

Tidak sedikit kata-kata kesat dan lemparan fitnah dihala terus kepada calon ini oleh blogger-blogger UMNO dan Pro-kerajaan. Bacalah blog-blog mereka, akan ada serangan politik dan peribadi ke tubuh beliau.

Malah pemimpin UMNO khususnya di Perak juga tidak kurang yang membenci beliau kerana lantang dan bisanya ucapan-ucapannya baik di pentas ceramah mahupun di sidang DUN. Sejak 3 tahun lalu, political attacked itu silih berganti menghiasi pora hidupnya sebagai seorang ahli politik pembangkang, PAS.

Bulan lalu, kerana bermulut lancang membawa isu bomoh tuhanan UMNO ke sidang dewan, beliau secara rasmi menerima surat pengantungan hadir ke sidang DUN akan datang. Rakyat negeri Perak sangat menyedari akan gandingan mantap beliau dan DS Nizar. Setiap kali melontar isu-isu rakyat di dewan, pasangan 'duet' ini sangat digeruni, malah tabiat 'menyerang' kebobrokan UMNO di dewan sering disudahkan dengan meninggalkan konklusi yang memporak poranda kem BN di sidang DUN.

Khalayak melihat kualiti calon begini sangat diperlukan oleh parti malah kredibiliti beliau yang boleh berfungsi di peringkat tertinggi parti dan nasional tidak wajar dipandang kecil. Keberanian mengambil risiko dan tanggungjawab membawa isu besar rakyat terbanyak yang diwakilinya menjadi racun kepada Barisan Nasional.

Andai ditransformasikan kepada pentingnya calon ini diletakkan di kerusi AJK PAS Pusat, penulis melihat calon ini sangat signifikan dan dilihat tepat untuk dipilih, bagi meningkatkan dan menyumbangkan idea-idea baru untuk pembangunan yang dapat mentransformasikan isu-isu nasional berkaitan hidup rakyat semua kaum di negara ini dengan lebih lantang.

Pandangan penulis positif , biarpun beliau itu seorang yang berbangsa cina, tetapi beliau juga seorang ustaz, Yang Berhormat ADUN, Ketua Penerangan PAS negeri, dan Ketua Seketariat Pakatan Rakyat, wajar untuk beliau menegur keras begitu, kerana beliau tahu hukum, hujah dan dalilnya. Dan kapabiliti calon yang mampu berkelakuan seperti seorang pemberi nasihat dan boleh meniupkan semangat amat perlu diketengahkan dan ditonjolkan pada pemilihan di Muktamar Jun ini. Kerekter sebagai seorang ' public figure' PAS yang disegani lagi digeruni musuh itu ada pada salah seorang dari puluhan calon AJK PAS Pusat ini, iaitu Drs. Khalil Idham Lim Abdullah, calon tunggal bukan melayu yang dicalonkan.

Muktamar PAS (4) - PAS perlu panglima terbilang untuk ganti UMNO !


albanjari | Dynasty SS -
Itu la pasal, ramai sangat yang pi tanding, kesian pada perwakilan nak pilih siapa. Ingat senang? Ini bukan parti UMNO, undi perwakilan semudah kertas agong yang dibagi. Dalam UMNO, lebih banyak keping 'agong' lebih mudah menang dan perwakilan yang memilih pun dah boleh  pikir nak shopping di 1Utama. Tapi ini PAS bro ! PAS..atau nama betulnya parti islam semalaysia. 

Pengurus calon yang bertanding adalah orang yang paling sibuk sejak 2-3 hari ini. Malam ni aku rasa ada yang langsung tak tidoq. Huh ! Tugas berat untuk semua perwakilan. Nak pilih pemimpin terbaik parti..bro ! Pemimpin yang boleh menjadi 'panglima' untuk ganti UMNO pada PRU13. Pemimpin yang akan jadi 'panglima' barisan hadapan menawan putrajaya. Ketor lutut UMNO bro..!

Tapi nak pilih siapa ? Semua yang tanding..bagus-bagus belaka. Semua berdarah 'panglima'. Cuma untuk jawatan Naib Presiden jer perwakilan melihat pang'lima' jadi 'pang'enam'. Nak salahkan siapa? Mustapa Ali lagi ker? 

Hari ini, semua perwakilan akan bergelut hati dan jiwa, bergelut untuk memilih siapa yang paling terbaik dari semua panglima-panglima yang dicalonkan. Tabloid Siasah yang terbit pada pagi ini dah letak kerusi itu akan dimenangi oleh gandingan Husam-Idris-Salehuddin (HIS). Ikut baca orang putih, HIS tu rujuk kepada jantan. Selalunya panglima akan dipilih dari kalangan jantan-jantan perkasa. Ahh..! itu bacaan orang puteh. Bukan bacaan orang melayu PAS bro ! Nizar tu hangpa nak letak mana ?

Ini yang buat perwakilan lagi 'pusing'. Jika Nizar tak join the group, Salahuddin tu ada harapan boleh duduk selesa dengan undi yang seronok dikira. Tetapi..muktamar ini Nizar sudah letak nama disitu. Dia pun kategori 'panglima' jugak bro..! Malah jika dilihat pada sejarah tandingnya dahulu, dialah yang paling 'kaya' dapat undi perwakilan untuk jawatan AJK PAS Pusat. 877 undi lu ingat sikit ker? 

6 yang bertanding, 3 akan dipilih. Kelmarin aku letak nama-nama ini (Nizar -Idris-Husam) mempunyai peluang besar untuk eksyen pegang jawatan tu dan akan dipilih perwakilan. NIH la..panglimanya. HIS...ngko biar betul bro ! Iyer betul...iNIHlaa..panglimanya yang akan menang tempat tu. Tak percaya? Tunggu sabtu..pasal malam tu selalu keputusan lambat nak umum. Kena pulak jika ulamak tak ada dipilih perwakilan, lagi lambat ler keputusan nak keluar. Aljibranya..begitu ! Rujuk sejarah 2009...HIS..ngko ni dah lupa ker? 

Catatan malam semalam. Pilihan albanjari online. Gandingan NIH akan menang. Apapun meraikan majlis pemilihan hari ini, aku nak ucapkan selamat memilih NIH untuk jawatan Naib Presiden. Selamat memilih kepada semua perwakilan biarpun aku tahu semua tu dok bergelut mahu pilih siapa.  



NAIB PRESIDEN (gandingan N-I-H)

1. Nizar Jamaluddin
Pemimpin ini tak perlukan banyak kata-kata indah seperti dibawah. Orang kata, 'barang' yang baik tak perlukansangat kata-kata dan bodek. Lu pikir la sendiri. 

2. Idris Ahmad
Selain kedudukan sebagai tokoh berpendidikan agama yang popular dalam kalangan ahli parti dan aktivis, Idris Ahmad juga mempunyai kedudukan yang sesuai untuk mengimbangi komposisi naib presiden. Mempunyai kebolehan ceramah yang masih diperlukan untuk menyampaikan mesej parti. Mempunyai pengalaman peringkat nasional dan mendaki dalam organisasi PAS bermula dari bawah, termasuk pernah aktif dalam Pemuda. Merupakan pekerja parti yang setia dan berkemampuan serta mempunyai hubungan baik dengan akar umbi.

3. Husam Musa
Datuk Husam Musa terpalit dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang orang kuat kem Erdogan, dan pernah menunjukkan bercita-cita tinggi untuk menduduki kedudukan tinggi dalam parti. Tetapi, beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai naib presiden sebelum bertanding sebagai timbalan presiden. Kenyataan-kenyataan beliau merupakan antara yang terbaik, mengulas dan menangani isu-isu termasuk kewangan dan ekonomi, yang jarang sekali ditangani pemimpin lain dalam parti. Husam mempunyai wajah yang mampu meningkatkan imej parti di peringkat nasional dan boleh diberikan peluang sekali lagi.

Catatan Kembara - Antara naif di Dubai dan di KL

Zaini Hassan | Catatan perjalanan -
Dari New York saya singgah di bandar raya mega ini untuk beberapa hari. Kebetulan tiada penerbangan terus ke Malaysia dari New York. Dulu ada, kini tiada lagi. Rakyat Malaysia yang mahu ke New York misalnya terpaksa transit di beberapa lokasi negara lain sebelum ke negara tersebut.

Dubai ialah salah satu lokasi transitnya. Ia adalah salah sebuah emiriah dalam Emiriah Arab Bersatu atau juga dikenali sebagi UAE. Enam emiriah lain ialah Abu Dhabi (ibu negara dan pusat pentadbiran kerajaan), Sharjah, Ajman, Umm Al Quwain, Ras Al Khaimah dan Fujairah.

Negara ini ialah ahli Majlis Kerjasama Teluk Arab (GCC), sebuah perkumpulan ekonomi yang terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi dan Qatar. UAE mempunyai simpanan minyak keenam terbesar dunia dan mempunyai ekonomi termaju di Asia Barat, rakyatnya mempunyai kuasa beli tertinggi di Asia. Juga menikmati pendapatan perkapita AS$47,407 dan ditakrif oleh IMF sebagai negara sedang membangun berpendapatan tinggi.

Kali terakhir saya di Dubai ialah kira-kira 15 tahun lalu. Itu pun transit dalam tempoh sehari sahaja. Kini Dubai sudah berubah. Ia berubah 1,000 kali ganda sejak itu.

Di Dubai saya menginap berhampiran dengan Burj Khalifah, menara tertinggi di dunia, yang jika mahu tengok cucur atapnya setinggi 828 meter dari tepi menara itu, kita terpaksa mendongak 90 darjah ke langit. Kawasan penginapan saya di sini adalah sama seperti kawasan di sekitar KLCC, menara berkembar yang menjadi kemegahan semua rakyat Malaysia. Rata-ratanya dihuni oleh rakyat asing dan pegawai dagang yang sama-sama membangunkan negara ini.

Begitu juga rakyat Dubai, mereka juga cukup berbangga dengan menara itu. Barat juga cemburu dengan Dubai yang dapat membangunkan emiriah ini dengan cukup berjaya. Sehinggakan pada tahun lepas apabila ekonomi dunia merudum, Dubai dikatakan oleh Barat antara kawasan yang akan jatuh bankrap dahulu kerana kepesatan infrastrukturnya yang terlalu rancak. Mereka meramalkan Dubai akan menjadi bandar hantu. Tapi ia meleset.

Banyak musuh yang mahu melihat wilayah ini jatuh terduduk. Perlu diingat wilayah Arab kini sedang menghadapi satu keadaan yang paling getir dalam sejarah sosio-politiknya apabila kebangkitan rakyat tercetus satu persatu. Di kalangan negara Teluk yang terkena ialah Bahrain, yang paling hampir ialah Yemen, setelah Mesir dan Libya. Mereka mahu menjatuhkan pemerintahannya.



Kita tidak pasti apakah ia ada unsur-unsur luaran, atau faktor dalaman semata-mata. Tapi dalam politik dunia kini, macam-macam boleh berlaku. Salah satu rangkaian televisyen satelit Barat kelmarin menyiarkan satu forum bertajuk Arabvolusi. Atau revolusi yang sedang melanda Arab.

Barat mahu supaya rejim-rejim yang ada ditukar mengikut acuan demokrasi mereka. Ia termasuklah rejim-rejim yang didakwa mereka sebagai diktator, autoritarian, diraja dan pelbagai istilah lagi.

Mereka masih mahu terus membincangkan isu kebangkitan itu walaupun Palestin kini begitu beria-ia melobi kuat untuk menuntut kemerdekaan.

Namun, berbalik kepada Dubai. Saya berani katakan ia kini adalah sebuah negara maju dalam lingkungan Arab, mahu pun Asia yang lain. Bukan sahaja bangunan fizikalnya yang hebat-hebat, namun mentaliti rakyatnya dan para pekerjanya yang terdiri daripada orang asing, cukup tertib.

Bandar raya ini amat bersih. Tandas-tandas awamnya jauh lebih baik dari Malaysia. Pintu-pintu tandasnya cukup tegap, bukan kayu plywood atau plastik murah yang dipasang di tandas-tandas awam kita. Tiada contengan-contengan lucah dalam tandas awamnya. Kunci bilik tandasnya juga standard negara Barat.

Orang berkata, jika mahu melihat orangnya, lihatlah tandasnya. Kerana itulah saya membuat perbandingan itu kerana tandas melambangkan mentaliti masyarakatnya.

Sementara itu, jika mahu melihat mentaliti penduduk kotanya pula, lihatlah pemandu teksinya. Di sini pemandu teksinya terdiri daripada – sama ada – India, Bangladesh, Pakistan dan rakyat negara Arab yang lain. Mereka semua makan gaji dengan Pihak Berkuasa Pengangkutan Jalan Dubai (RTA), yang mengendalikan semua jenis pengangkutan awam – termasuk bot-bot teksi dikenali sebagai abra yang menyeberangi sungai di Dubai Creek.

Pemandu teksi di sini tidak cakap politik. Mereka bekerja ala pemandu kepada tuan. Kita duduk belakang, dia pandu dan sesekali beramah mesra. Sesekali terfikir lebih baik pemandu teksi kita hanya makan gaji dan terdiri daripada rakyat asing. Di New York juga pemandu teksinya adalah rakyat asing dari Pakistan, India, Arab, Cina dan lain-lain. Tiada insiden tipu pelanggan atau enggan pakai meter yang kedengaran. Semua teksi dilengkapi dengan mesin resit.

Jalan-jalannya di Dubai ini berkilat. Tiada langsung nampak tinggi rendah, dan lubang-lubang bercompang-camping. Bagi yang banyak berjalan, Dubai kini bukan lagi Dubai dulu, tapi mulai mengatasi banyak bandar raya ternama di Asia.

Saya sempat ke sebelah bandar Dubai lama yang menempatkan kawasan membeli-belah murah iaitu di Naif. Ia sama seperti Jalan Chow Kit. Tapi keadaannya cukup bersih. Walaupun ada kesan berkarat ludahan air pinang di tepi-tepi dinding, tapi lantai-lantainya bersih. Susah hendak cari sampah atau sisa-sisa makanan yang busuk yang tidak diangkat oleh ‘Alam Flora’ mereka.

Kita sanggup makan di kedai-kedai makan yang dikendalikan oleh orang Pakistan atau Afghanistan tanpa rasa was-was di situ. Pengendalian restorannya tertib. Kertas tisunya tersusun – bukan kertas tandas, dan bilik airnya bersih.

Kuala Lumpur harus mencontohi Dubai, walaupun difahamkan oleh orang di sini bahawa pembangunan Dubai baru, antaranya mengambil contoh pembangunan Putrajaya, salah satu mercu tanda bijak Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun ia kini lebih matang daripada Putrajaya.

Dubai terus berkembang. Sekarang pun pembangunannya sedang rancak. Kren-kren pembinaan tidak henti-henti bergerak di sekeliling daerah yang menempatkan Burj Khalifa dan Burj Al Arab di Jumeirah.

Jika dulu pembangkang kita mengkritik pembinaan Menara Berkembar Petronas KLCC yang dikatakan membazir, kini cuba lihat di sekeliling garis pusat 5 kilometer darinya, pembangunan mewah (kecuali Kampung Baru) tumbuh bagai cendawan, dan apabila dibuka untuk jualan ia habis direbut orang.

Begitu juga di Burj ini, bangunan sekelilingnya habis terjual. Burj menjadi pusat tarikan kerana keunikannya dan keagungan seni bina yang tiada tandingannya.

Saya sewa kereta dan memandu merentas lebuh raya gurun ke Abu Dhabi, kira-kira 100 kilometer dari sini, yang menjadi ibu kota UAE. Ia juga sama hebat dengan Dubai. Bangunan-bangunan pencakar langitnya juga cukup hebat. Namun, lebih penting ia mempunyai nilai estetika tersendiri yang sama seperti bandar raya utama yang lain.

Sebuah bandar raya yang baik harus mempunyai nilai-nilai budaya dan estetika yang tinggi. Ia bukan sekadar tempat untuk melihat bangunan-bangunan pencakar langit, tapi isi bandar itu dan orangnya.

Souk atau pasar-pasar tradisi di Dubai inilah yang mahu dilihat pelancong. Chow Kit, misalnya juga seharusnya sejak dulu lagi sudah menjadi salah satu tempat tarikan pelancong. Bas-bas lompat naik, lompat turun yang membawa pelancong harus berhenti di Chow Kit dan sekitar Jalan Raja Alang. Tapi syaratnya tandas-tandasnya, lorong-lorongnya haruslah sesuai.

Jika dulu, Chow Kit ada pasar malam ala Bangkok yang menjadi tarikan pelancong asing, kini ia susah mahu digambarkan. Toko-toko jamu, bakso dan apatah lagi sudah menguasai kawasan itu tanpa perancangan (?). Dan pasar basahnya juga sama seperti puluhan tahun dulu, belum berubah. Sampah-sarapnya juga seperti dulu. Saya tidak pasti adakah itu nilai unik dan estetika bagi Chow Kit, atau Kampung Baru dan lain-lain?

Namun, Dubai, New York mahupun kota rayaku, Kuala Lumpur tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Mana yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan dan perbaiki. - (sumber : fesbuk Zaini Hassan)

Muktamar PAS (3) - Penyokong Mat Sabu kena telan pahit-pahit!

albanjari | -
Cakap-cakap sesama sahabat mengiyakan bahawa pemilihan kerusi Timbalan Presidenlah yang paling sengit. Malah banyak andaian sudah kelihatan senget menyebelahi team pro ulama. Pro-perubahan yang meletakkan Mat Sabu mungkin terpaksa akur jika Mat Sabu tewas untuk kali ke-2. Malam ini dan sebentar lagi ada pertemuan penting di Bangi, dan aku panggil itu sebagai 'deklarasi Bangi'.

Apapun kandungan dan agendanya, maaf aku tak upaya nak detailkan. Namun ia berkaitan soal pemilihan pemimpin esok. Wow ! Malam yang panas di Bangi. Seperti apa yang aku prediksikan pada artikel sebelum maghrib tadi, penyokong Mat Sabu kena telan pahit-pahit!

Nak kirakan kehendak aku, aku juga mahu lihat Mat Sabu duduk di kerusi itu. Takpa..bagi la dia peluang untuk 2 tahun. Kita 'test' !! Tengok apa yang dia boleh bagi ! Tapi..siapa aku ? Sekadar boleh berfatamorgana. Kerana aku tahu, cakap-cakap halus, dan kenyataan dari orang kuat Dewan Ulamak menjelaskan lagi 'selera' perwakilan. Bukan mudah nak tukar makan nasi kepada makan spageti hari-hari. Kecuali 'keajaiban' berlaku.

Baca catatan awal di SINI. Blogger MSO dalam artikelnya menjelaskan lagi 'selera' itu. Baca dibawah. Nak buat macamana, selera melayu tetap akan makan nasi hari-hari !



Tinta MSO | Mohd Sayuti Omar

Nasharudin Masih Belum Kalah?
"Mat Sabu Mengharapkan Berlaku Perpecahan Besar Undi Nasha dan Tuan Ibrahim Man, Tuan Ibrahim Mengharapkan Undi Husam dan Undi Nasha. Nasha Pula Mengharapkan Undinya Kekal".

KEMENANGAN Nik Abduh untuk jawatan timbalan Dewan Pemuda Pas sedikit sebanyak memberi gambaran apa yang berlaku dalam muktamar penuh esok, pemilihan pemimpin.

Walaupun kemenangan itu atau barisan kepimpinan Pemuda bukan menunjukkan mereka menyokong mana-mana calon namun selera di dalam pemilihan dewan itu boleh dijadikan gambaran kepada apa yang akan berlaku esok. Dalam hal ini nampaknya selera orang tua tidak jauh bezanya dengan selera anak muda.

Bahawa ada selera untuk 'mengulamakan' Pas nampak jelas. Berdasarkan itu bahawa tokoh yang bermirip kepada ulama atau agamawan berpeluang untuk menang. Dengan mengambil kira keadaan ini, bermakna Mohamad Sabu kini sudah ketinggalan di belakang.

Kata seorang penyokong Mat Sabu yang 'ralik' membaca blog saya, kedudukan Mat Sabu kini sudah tenat. Ibarat kata kalau digunakan jet tiga tan pun Mat Sabu sudah tidak boleh naik. "Sheikh pada ana Mat ni sudah teruk, kalau buh (bubuh) jet tiga tan pun dah tak naik dah?" begitulah katanya.

Saya tanya dia kenapa mudah berputus asa, Mat masih ada peluang. Beliau terus menjawab; "susah sheikh Husam pun sudah mainkan dia," katanya. Saya terkejut tidak faham kenapa Husam sudah mainkan Mat Sabu.

"Dulu kawasan dia calonkan Mat kemudian dia pula nampak seperti sokongan Tuan Ibrahim Tuan Man, dah berat dah Mat... buh jet tiga tan pun dah tak naik," katanya sambil ketawa bergereket, ket ket kettt.

Terkeduh juga saya dengan kata-kata penyokong Mat ini. Dia... saya kenali sejak awal mahukan Mat bertanding jawatan tinbalan ketua. Dia optimis Mat akan menang kalau berdepan satu lawan satu dengan Nasharudin kerana penyokong Husam akan menyokong Mat. Itulah sebenarnya formula mudah yang dihisabnya, mengatakan Mat akan menang mudah.

Namun apabila Tuan Ibrahim masuk senario berubah. Mat ditinggalkan menangis sendiri. Ini politik. Tetapi dalam masa sama pula nasib buruk yang menimpa Pas turut akan berjangkit kepada orang lain. Kalau penyokong Mat ingin membalas dendam mereka akan mengajar Husam pula yang bertanding jawatan Naib Presiden. Kini kedudukan atau harapan untuk menang bukan saja tidak ada kepada Mat tetapi Husam juga akan merasai demikian.

Bukan saja penyokong Mat itu yang melihat harapan Mat Sabu sudah menipis tetapi orang lain. Portal berita yang sebelum ini jelas berkempen untuk Mat nampaknya sudah mengalih arah dan kiblat memberi kepada Tuan Ibrahim. Ini ada petanda-petanda jelas bahawa Mat dalam suasana tenat sedang di bawa ke ICU.

Berbeza dengan Nasharudin walaupun diasak kuat oleh para penyokong atau orang yang mengharapkan Tuan Ibrahim boleh menjadi alternatif kepada Mat Sabu untuk bertempur dengannya, tetapi beliau steady sahaja. Nasharudin masih boleh tersenyum dan menerima apa yang dilakukan ke atasnya dengan tenang. Dia tidak nampak tertekan apa-apa. Bagi Nasharudin seolah-olah mengira kekalahan sudah dalam tangan, kemenangan merupakan bonus. Jadi dai tidak begitu give-up.

Asakan dan berbagai cara memperlecehkan beliau kini menjadi modal kepada beliau, bila mana sudah timbul simpati kepadanya. Walaupun mulanya beliau dirasakan perlu berundur, tetapi kerana silap langkah dan teknik, perasaan itu sudah bertukar menjadi simpati. Simpati ini berlaku bila mana timbul gerakan untuk menyingkirkan dengan cara tidak terhormat.

Misalnya pujukan atau tekanan mental dikenakan kepadanya agar berundur dan memberi laluan kepada Tuan Ibrahim. Pemerhati dan perwakilan mengira kenapa harus dilakukan begitu kepada. Kenapa perlu ditolak beliau (Nasharudin) pada saat akhir selepas beliau membuat keputusan untuk betanding. Jarang orang membuka semula kain kafan setelah ikatan dikemaskan di kepala dan di kaki.

Tindakan itu bertentangan semangat demokrasi. Semacam ada niat untuk memberi kemenangan percuma kepada Tuan Ibrahim. Kita persoalan kalau betul hendakkan Tuan Ibrahim kenapa tidak disyurakan? Tindakan atau usaha untuk mengangkat Tuan Ibrahim ini pada saya kurang bijak kerana ia memberi impak kepada dua calon selain Nasharudin ialah Mat Sabu.

Mat Sabu beriya untuk menentang Nasharudin selepas diberikan kibaran bendera hijau yang kemudian disentap diganti dengan bendera merah semula. Apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Mat Sabu ini boleh menyebabkan Mat Sabu juga bertukar arah dan fikiran mengarah orangnya agar memberi kemenangan kepada calon lain yang dimaksudkan.

Pada perkiraan saya Nasharudin masih mampu mempertahankan kedudukannya. Jika diambil kira jumlah undi yang diperolehinya dalam muktamar dua tahun lepas, beliau masih mampu bertahan, Dalam muktamar dua tahun lalu beliau mendapat 480 undi mengalahkan Husam Musa yang mendapat 281 undi dan Mohamad Sabu 261.

Katakan undi dasar beliau itu merosot sampai 15 persen ini bermakna beliau masih ada undi asas sebanyak 408 undi. Katakan Tuan Ibrahim akan meraih kesemua undi yang diperolehi Husam 261 dan dicampur dengan undi Nasharudin yang merosot 15 pesen (72), ini bemakna tuan Ibrahim baru mendapat sebanyak 353 undi. Katakan undi Mat Sabu pula merosot sebanyak 10 peratus (26) undi dan undi itu pergi ke Tuan Ibrahim ini bermakna Tuan Ibrahim baru memperolehi 379 undi.

Kedudukan itu menyebabkan Nasharudin masih berada di hadapan dengan kelebihan sebanyak 29 undi.

Soalnya apakah kedudukan ini berlaku dan Nasharudin dapat mengekalkan undinya? Ada pendapat mengatakan undi yang diperolehi Nasharudin itu adalah undi golongan agama, di mana undi ini (480) akan terbelah dua apabila Tuan Ibrahim masuk 'menggantikan' Husam. Sekiranya berlaku pecah undi, semisalnya lebih 30 peratus undi asas Nasharudin lari kepada Tuan Ibrahim, menyebabkan kedudukan itu akan berubah di mana Tuan Ibrahim akan menang.

Perkembangan saat-saat akhir saja atau kalau ada sesuatu kejutan senario itu oleh berubah. Kalau suasana hari ini masih berterusan, Nasharudin dijangka akan dapat mengekalkan kedudukannya untuk penggal ke empat. Sementara kedudukan Mat Sabu pula akan terselamat sekiranya Tuhan menghendakkanya jadi begitu.

* NEXT Artikel dibawah akan menyusul sebentar lagi : 

Muktamar PAS (4) : PAS letak Ketua Penerangan PAS Pusat dari bukan melayu ?  
Muktamar PAS (5) : Kredibiliti calon bukan melayu islam serlahkan PAS For ALL 
Muktamar PAS (6) : Dato' Anuar Tan tarik diri, Drs. Khalil calon tunggal cina bertanding ! 

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |