PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PRK TENANG - HUJAN BERAPI : Ramai perayu undi UMNO hilang 'TELOR' !

Hujan yang mencurah-curah lebat yang turun sejak awal pagi tadi membuahkan rahmat kepada semua petugas dan perayu undi PAS dan Pakatan Rakyat yang bertugas. Kiri dan kanan jalan menuju ke tempat mengundi didominasikan sepenuhnya oleh penyokong Pakatan Rakyat. Takbir !

Kelibat Puteri langsung tidak kelihatan. Wanita UMNO yg berbaju merah dan bergincu merah juga gagal bertugas merayu undi. Kemana mereka ? Sebenarnya mereka ramai tetapi hanya merayu undi dari jauh, dari kaki lima kedai kopi dan kedai2 runcit berdekatan. Cuaca sejuk dan kedinginan berhujan ditengah hujan lebat menyebabkan ada sebahagian mereka kehilangan 'telor' sendiri. Dari tinjauan di tapak membuang undi, dapat dilihat majoritinya kedua tangan mereka masing2 diseluk ke dalam poket seluar sendiri dalam usaha mencungkil telor-telor mereka yg sudah tenggelam kencut kerana kesejukan.

Manakala Puteri Umno pula menjadi bimbang, bimbang 'nasi lemak' di dada mereka kencut jadi 2 kupang jika lencun berhujan berbasah ditengah hujan yg sgt lebat. Kemenangan moral untuk penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Semua perayu undi PAS tetap tidak berganjak baik lelaki atau muslimat, biarpun hujan yg turun lebat bagai air terjun. Hebatnya daya juang gerilya-gerilya PAS yang terus istiqomah tetap berdiri merayu undi ditengah hujan yg lebat. PAS akan menang ..insyaallah. islam tetap berada didepan.

Dan kini, hujan lebat terus turun sehingga sekarang. Perayunya(UMNO) terus bertempiaran. Kesian kat depa, depa takut air hujan rupanya. Hahaha..!

Sesungguhnya Allah swt. telah menurunkan air hujan sebagai tenteranya yg ampuh bagi memberikan kemenangan kepada islam. Kifarah buat UMNO kerana terlalu banyak menabur fitnah kepada calon jamaah islam. Foto terkini yang menunjukkan jentera UMNO semakin lumpuh dapat dilihat di blog Cina Islam yang baru diterbitkan. Takbir..!

Berita akan menyusul..!


[update]
kalau hujan berterusan begini alamak umno lebih cepat bungkus. di sk labis saluran habis dilibas pas. keajaiban sudah bermula, komputer jem, aku punya pun dah masuk air, nasib baik dapat diselamatkan. jika keadaan hujan berterusan bermakna pas akan mencipta sejarah. wahai pendokong penjuang penyanjung penjuangan islam teruskan bermunajat kepada allah dan sentiasa berdoa agar kemenangan akan menjelma dibumi tenang. sepanjang berlangsung prk dari tahun tahun kedahulu inilah pilihanraya kecik yang paling sejuk dan berair. jika peratusan turun bermakna cikgu normala sudirman akan dinobatkan menjadi ADUN baru tenang. muslimat pas terus menjalankan tugas mereka dalam hujan lebat. umno terus mengigil kesejukan. wanita umno tidak berani untuk turun berdepan dengan muslimat pas dilabis. umno akan hanyut dikala tenang dihambat hujan. rahmat turun kepada manusia yang mahu berfikir. pengundi tegar umno akan menyelamatkan nyawa dan harta benda sebelum menyelamatkan umno dari tumbang ditenang.

banjir dah mulai melanda. jalan segamat sudah dinaiki baiki. keadaan susah berjaga jaga. sekiranya hujan lebat mencurah ini berterusan bermakna umno bermimpi dalam kesejukan. jentera umno beku dalam hujan. muslimat pas terus bermain hujan menanti wanita umno dan puteri umno yang termenung kerana hujan tak menyebelahi mereka. pastikan pengundi felda tak akan keluar mengundi. mereka akan sibuk menjelang petang kerana air semakin naik. blogger umno hilang entah kemana. notebook dimasuki air. air masuk notebook bermakna kena beli baru le. operasi berkempen bertukar menjadi operasi menyelamat. selamatkan penduduk tenang dari banjir dan juga selamatkan penduduk tenang dari cengkaman umno. bomoh hujan pawang hujan yang dikatakan mampu menahan hujan akhir terpaksa berhujan kerana ramai nak menibai bomoh dan pawang yang dikatakan tak mampu menahan hujan bahkan mereka terpaksa berhujan bimbang dihantam teruk oleh penyumbang penyumbang.

muslimat pas dilabis terus mendominasi dikawasan labis. dikawasan bola keranjang dijadikan kawasan tempat pengundian. kerani menyemak gagal menjalankan tugas kerana notebook rosak terkena air. pengundi cina terus membawa gambar cikgu normala. pengundi india juga membawa gambar cikgu normala. muslimat pas turun ke sini dengan jentera tersusun untuk menghantar wakil muslimat ke dun negeri johor. Tenang pasti mengikuti jejak langkah teluk pasu jika hujan terus mencurah disini. lebat dalam masa puluhan tahun. apakah manusia belum mahu melihat kekuasaan allah ditenang. jika 75% keluar mengundi lubuk umno atau kubu kuat umno akan menjadi kubu air banjir buat umno. air banjir mengepung segala kekuatan umno disini. air banjir mampu membunuh semangat jentera umno seluruhnya. hujan makin lebat aku makin sejuk dan makin panas dan makin flu. aku pasti rebah sebagaimana yang lain. sebelum rebah pasti aku ingin melihat pas menang ditenang kalau tidak pun mengurangkan majoriti umno. pasti umno menyalahkan tuhan yang menghantar hujan yang maha lebat ke tenang. satu fenomena yang tak terjangkau oleh pemikiran manusia.

aku nak bergerak kemana lagi, hujan makin memberat seluruh kawasan makin dinaiki air. ada kawasan dah dinaiki air. pengundi umno akan dipindahkan segera. dan tidak mustahil kawasan yang dinaiki banjir akan membawa pengundi jauh dari peti undi. pengundi tegar umno pun pasti tidak mahu mengundi umno kerana nyawa dan hartabenda lebih penting dari umno. planning umno untuk berbuat sesuatu yang tidak baik disini akhirnya dihantar hujan semua bertaburan. aku hanya dibawah payung dilabis. sejuk mencengkam tulang. batuk mulai menyerang. tiada maklumat dari markas sebab komunikasi terputus dengan hujan lebat. poster makin banyak hilang dimata. bendera pun makin banyak tumbang. semoga umno tumbang ditenang.(FZT)

PRK TENANG - Secangkir kopi bersama Ringgo (Arrow)

Aku tahu dia itu Ringgo. Aku juga suka lentok dan cara dia menyanyi. Lagunya jua banyak menyimpan kenangan indah masa aku belajar di Shah Alam dahulu. 

(foto - Ringgo ditengah, kiri tu aku dan kanan tu jurufoto yg aku beri tugas di PRK Tenang)


Zaman aku bujang. Zaman aku yang nakal. Zaman seluar yg besar jadi ketat, dan senten'(kata orang Parit). Zaman jiwang rock kapak pun betul juga. Zaman tulis surat letak bedak bagi wangi-wangi kat awek, tak suci kalau setiap surat tak letak senikata lagu. Dan aku melalui zaman yang begitu.

Zaman itu mana ada email. Mana ada fesbuk. Mana ada MP3 atau MP4. Zaman itu juga tidak ada henfon. SMS jangan mimpi. Jangan buat lawak pulak nak cakap benda pelik macam MMS atau Twitter. Zaman aku itu semua belum ada. Zaman dimana UMNO sangat selesa dengan RTM. Bukak tv tengok RTM. Bukak radio ,bukak radio RTM. Jangan nak mengada-ngada nak cari Era, HotFM dan bagai lagi..tu semua bukan wujud dizaman aku. Tapi Ringgo dizaman itu sudah lunak melayan hati dan jiwa anak2 muda macam aku. Lagu-lagu dia leleh beb!

Jangan pula fikir bila dengar lagu Ringgo ketika itu air liur leleh berjurai-jurai. Tak betul tu, macam UMNO sekarang yg banyak jadi tak betul..sampai Chua Soi Lek pun jadi bangang sama. Pelik sungguh aku, kalau 'kote' tu dok kulop..jangan la bercakap mcm kote orang yg tak kulop. Jahanam ler jadinyer.

Pagi semalam lama aku berbual dengan Ringgo. Dari secawan teh..jadik 3 cawan. Dari sepinggan nasi blogger MS makan, jadi 2 pinggan dia telan. Macam-macam aku bual dengan dia. Hidup dia, family dia. dan kerier dia.

Rupanya dia lahir di Semanggol, Perak. Ibunya banjar. Tapi ayahnya berdarah Arab. Cuma bezanya dia dibesarkan di Pahang. Dijaga oleh keluarga angkat yg cukup baik kepadanya. Dia tahu semua itu ketika dia dah besar. Bila dia besar dan sudah tahu susur galur siapa dirinya, dia carik keluarga kandungnya semula. 

Seronok jadi macam dia, dia bilang. Pasal org lain cuma ada 1 emak dan 1 ayah, tapi dia ada double. Dia juga cerita macamana dia layan jamming masa muda-muda. Dia jadi budak band sejak dari tahun 1986. Dan tempat jamming dia tu rupanya aku juga tahu. Bro..! Tempat dirahsiakan okay..takut ada tokey kedai jamming perasan plak lepas ni. 

Aku tanya dia, macamana dia terlibat dengan PAS. Dia bilang dia join PAS sezaman dengan Amy Search. Tapi dalam ramai2 artis yg join PAS, hanya dia yg berani isytihar sebagai ahli PAS. yang lain, harap muka jer ganas..tapi teloqq..haluih(kecik)..takutt ! Takut miss soru..! Tu masing2 punya kuat la mahu declare bab2 parti ni bro..! dia bilang sama aku.

Rupanya memang betoi, lepas dia declare dia ahli PAS, semua show dia dgn tv, pentas dan apa bana lagi..all closed forever. Tu diaaa..! Hangpa nak tau..! Punya la takut tv1,2,3 dengan artis yg ada wadah PAS. Tapi dia pasrah, dia tahu rezeki bukan ditangan manusia, rezeki dia ditangan Allah swt. Dan sejak dia join PAS..show dia lagi sibuk dari dia jadi artis gelandangan dulu. Dia makin yakin dengan rezeki Allah. Tapi kena ingat..lagu dia sekarang banyak kepada menyeru manusia untuk ingat Allah. Bukan dok leleh dok ingat kekasih atau awek fesbuk. Tu dah berlalu katanya. 

Album terbaru dia, Renggo " Raja Syahdu" baru seminggu di pasaran. Ada 7 lagu dalam album tu. Semua best-best belaka. Nak rasa feel sentuhan Ringgo, kena la beli. Selama dia berada di Pekan Labis dan DUN Tenang, ribu2 keping jugak dah jalan beb ! Pak Aji pun suka layan lagu dia. Lentuk beb..lentuk ! Lentuk yg menginsafkan. Sekeping pra-pelancaran ini album dijual dengan harga RM10 hinggit jer. Sama nilai dengan sekotak rokok "Gunung Dun" tu. Dari dok beli "Gunung Dun" baik lagi beli album ni. Album Ringgo dijamin tidak  mengeluarkan asap penyebab kanser. betoi ! 

Ada perkara yg seronok dan sedih dia cerita kongsikan bersama dengan aku. Bila dia cerita seronok, seronokla kita..tapi bila dia bukak bab citer sedih..leleh beb..leleh.., aku yg kental ni pun boleh leleh..! Takpa..masa masih panjang, aku akan kisahkan suka duka hidup dia di blog ini nanti. Kena mohon izin dulu pak..! Baru gratis hasilnya..ehekk..! bersambung..

(*) Ole2 pagi yang segar dari Pekan Labis, DUN Tenang, Johor untuk pembaca blog albanjari online.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |