PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

seluar setan makin terlondeh...! Musa Hitam senyum saja ka ?

Tun Musa: “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya.

Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu.

Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?

Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”.

Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!”

Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.

Zaman berubah seperti juga manusia.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Prolifik Massa (1) : Anak Muda itu Anak Hingusan ?

Gegaran Yang Tidak Pernah Di Duga !

Bagi sesetengah kita, anak-anak muda hanyalah budak hingusan yang semangatnya hanya sekadar seketika, semangat 'suam-suam' dan apabila mereka meninggalkan alam pelajar maka seluruh semangatnya dan idealismanya akan ditinggalkan dibelakang. 

Namun bagi saya yang pernah melalui zaman 'kuasa pelajar' saya melihat ianya adalah pembentukan identiti perjuangan bagi pelajar yang jika dipupuk dengan baik akan menjadi gegaran kepada pemerintah, sekali gus boleh menumbangkan pemerintah jika betul dan cukup skala gegarannya. 



Sejarah tidak pernah berdusta. Kerajaan komunis terbesar seperti China turut merasai gegarannya di Tianemen Square hasil kebangkitan mahasiswa yang berani mencabar pemerintahan kuasa besar satu masa lalu. Di Mesir, kebangkitan yang dikenali sebagai pemberontakan tanpa ketua digegarkan oleh anak-anak muda hingga tumbangnya regim Hosni Mubarak yang zalim.

Harus di ingat ! Anak-anak muda ini tidak boleh dipandang remeh, jikalau tidak masakan mereka mampu mencabar pemerintah yang dengan segala aparatusnya cuba menginjak kebangkitan mahasiswa. Malaysia pada tahun 70an menyaksikan kebangkitan anak muda dari kalangan mahasiswa dan pelajar mencabar kegagalan pemerintah menyelesaikan soal kemiskinan dan peminggiran masyarakat petani di Baling, Kedah. 

Buat pertama kali, Mahasiswa di bawah pimpinan Anwar Ibrahim ketika itu mengirim isyarat yang jelas bahawa kami mahasiswa memerhatikan anda. Episod perjuangan Mahasiswa selanjutnya dikekang dengan adanya AUKU kerana pemerintah tahu bahawa jika dibiarkan suara mahasiswa terus bersuara dan peristiwa Baling dan seumpanya akan mengancam pemerintah sekali lagi. 

Sejak itu diperkenalkanlah AUKU dan kerananya pelajar diperkasamkan dan ditempoyakkan sehingga aktivism kampus menjadi mondom. Penglibatan pelajar dengan politik dianggap taboo dan mesti dibersihkan. HEP menjadi mata dan telinga pemerintah untuk memastikan pantang larang politik dikawal sehingga HEP yang sepatunya menggalakkan perkembangan menyeluroh pelajar menjadi pusat SB dan kepentingan politik pemerintah untuk memastikan tidak berlaku gegaran yang membahayakan. 

Sewaktu zaman malap menguasai kampus, hanya PAS dilihat senantiasa memastikan aktivism pelajar diberi suntikan melalui interaksi kader-kader PAS di kampus dengan kepimpinan parti. Tidak kurang juga kader-kader PAS yang dibuang kampus dan diambil tindakan disiplin kerana penglibatan mereka dalam mencipta gegaran-gegaran berskala kecil untuk menyatakan kepada dunia, bahawa kami Mahasiswa masih bernyawa dan mengumpul potensi. 

Zaman reformasi di penghujung 90an, lewat 14 tahun yang lalu telah menyuntik semangat baru kepada gerakan pelajar di mana secara tidak langsung reformis menyebut tentang perlunya AUKU ditarik balik. Isunya hari ini ialah kebebasan intelektual dan penglibatan pelajar dalam membentuk wacana kebebasan yang menjadi tonggak perjuangan era reformasi. Pada saat ahli-ahli politik PR menerjah tembok kuasa yang memenjarakan jiwa merdeka rakyat, tiba-tiba kita digegarkan dengan tindakan pelajar yang bernama Adam Adli menurunkan bendera berwajahkan Najib Tun Razak di Pejabat Agung UMNO. Tindakan Berani yang memalukan UMNO ! 

Perbuatan itu berlaku dalam perarakan pelajar untuk menyerahkan memorendum mendesak kerajaan menghapuskan AUKU. Adam tiba-tiba menjadi perhatian oleh sipemuji dan sipengkeji, kata kesat dan mulia bercampur baur dalam suasana Gerakan Mahasiswa mahukan perhatian dan cetusan kebangkitan. UPSI yang kurang menyerlah aktivism pelajarnya sebelum ini tiba-tiba diperkenalkan oleh Adam. Rakan-rakan Adam yang lain seperti Safwan dan lain-lain memilih untuk jalan berisiko demi membebaskan Mahasiswa dari cengkaman AUKU. 

Mereka bukan saja berani, malah mereka mempunyai nilai pengorbanan yang tinggi hingga mendorong mereka melakukan apa yang mereka lakukan dan mahukan untuk generasi akan datang. Bung Karno pernah berkata: 'berikan aku 1000 orang tua akan ku cabut semeru dari akarnya, berikan aku 1 anak muda nescaya akan ku guncangkan dunia! ' 

 * sumber utama bahan dipetik dari blog Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) ** sumber foto dari fesbuk Hadie Menchester (Media Perak)

 

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |