PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Pra-PRU13 - Surahan Petang : Jangan sampai katak Behrang mengamuk !

Surahan Petang | radens albanjari 
12.4.13 | Sunway Seberang Jaya - 


Kali terakhir aku bertembung dgn wajah kocok ini lewat 3 tahun lalu. Apa tidaknya..jika tak kocok, tak mungkin BN Perak sanggup jadikan ia antara 'bini-bini' yang ditatang penuh ketika merampas kuasa di Perak lewat 4 tahun dulu. Dari 3 bini yang disonglap terus dari PKR dan DAP oleh Umno ketika itu, bini berkulit gelap ini sangat dijaga makan minumnya. Cakap saja..apa yg ia mahu..pasti akan dikabulkan oleh Umno Perak. Hebat si-kocok ini dalam mengurus urusniaga politiknya dengan UmnoBN ketika itu.

Memang Cemerlang ! Dan Nizar pun jatuh tahta dari menjadi MB Perak seterusnya runtuh penguasaan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Itulah dia, Jamaluddin Mohd Radzi.., dari seorang posmen menjadi YB dan Exco.

Itu dulu. Tetapi kini beliau tak ubah seperti kain buruk. Seperti tidak dipedulikan lagi oleh UmnoBN Perak. Hasratnya untuk bertanding kerusi DUN Behrang atas tiket BN seperti menyalak bukit. Khidmat kamu sudah tidak diperlukan lagi. Terimalah nasib dan karma kamu. Biarpun Najib ada bilang, wakil Bebas boleh bertanding atas tiket BN, tetapi hanya untuk wakil Bebas seperti Katak Ali, dan Zul Kulim. Titik. 

Dan kerana itu, Jamal jadi meroyan. Bini tengok pun jadi pening. Apa tidaknya..siap berpantun, seloka sekarang. Walaupun begitu, masih ada penyokong UmnoBN yang masih simpati seterusnya melobi agar katak behrang ini dibenarkan bertanding di N59. Atas dasar budi itulah maka terpacul kata-kata sinis menyindir Umno Negeri dalam berbagai versi. Aku suka versi ini, yang ku petik terus dari FB pencacai. 

" kalau dia boleh bagi sebuah negeri pada kita...kenapa kita tak boleh bagi satu kerusi pada dia...lagi pun dia dah service kat situ....sanggup ke kita nak bertanding dgn org yg pernah menyelamat kan kita dulu? Yg pernah membela nasib kita...bela maruah kita...org yg dah berkorban utk kita...besar sangat ke permintaan dia berbanding dgn apa yg dia dah bagi kat kita....mustahil sangat ke permintaan dia utk kita tunai kan.... "

Hakikat yang terpaksa ditelan kini oleh beliau. Umno itu memang busuk ! Dan kerana itulah maka, hampir 3 ribu masyarakat dan pengundi DUN Behrang telah menandatangi memorandun sokongan kepada Jamaluddin Mohd Radzi bertanding pada PRU13 ini, dan sekiranya Barisan Nasional tidak memberi guna pakai lambang Barisan Nasional, beliau akan tanding atas tiket BEBAS. Penyokong beliau akan terus meningkatkan jumlah sokongan kepada 5 ribu, yang mana sekiranya beliau bertanding atas tiket BEBAS, maka undi BN akan hilang hampir 7 ribu di DUN Behrang. Bukan sikit tu !  

Dan inilah cara sang kodok ber'niaga', 
dan..ini juga cara katak ugut umno/BN,
ini ayat jelas bagitahu katak mintak duit,
ini bahasa katak bagitau sama najib, kalau tak mau katak bertanding, najib kena hulur RM (RM itu bukan rosmah mansor ok), ini juga satu isyarat sopan katak bertransformasi dengan najib, i hep u, u hep mi..! Hahaha...!

Mari kita lihat, UMNO-BN Perak ada telur atau tidak..bila kena ugut begitu. Sekarang..apa macam ?

Nota kata Surahan Petang ini, hayati apa yang dituliskan dibawah..dan cari kebenarannya bersama diruang komen ;

" jangan kita hairan jika kita lihat orang politik di saat sekarang mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihan raya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media. Mengukir senyuman sampai sengal pipi..."

"..jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang(pemimpin), apabila ketagihkan kuasa, mereka sanggup berbuat apa saja...asal kekal berkuasa, "

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

Pra-PRU13 - Surahan Pagi ! Gelang Patah Putrajaya, BN makin gelabah !

radens albanjari
Sunway Seberang Jaya | 12.4.13 -

Pagi yang nyaman. Langit mendung. Tanda hujan mahu turun lagi. Andai hujan turun hari ini, bermakna akan basah semingguan akan datang. Hari ini kan hari Jumaat, hari orang-orang munafik paling tak gemar ke masjid. Yang faham..fahamlah, yang tak faham..sudahhh ! Apa ader hal ?

Sarapan ringkas aku pagi ini diterpa sapaan-sapaan rakan yang ada ku kenali, dan ada yg langsung tidak ku kenal. Bila warung dihurung manusia lapar, maka sesaklah dengan sosok tubuh berebut kerusi. Hei..ingat di DUN Sg. Acheh dan DUN Alor Pongsu saja ka berebut kerusi.., budaya melayu goblok...gemar berebut. Mungkin kalo tak berebut, tak seronok dan tak meriah..gitu ? Gila !

Apapun kisahnya, topik 'Surahan Wak' pagi ini bukan nak kisah hal berebut-rebut kerusi, mampuih pi la kat hangpa ! Aku nak bersurah tentang 'hebat'nya PAS yang berani melangkau ke hadapan. Menyepak terajang segala risiko demi berjuang untuk rakyat dari terus dizalimi oleh sang penguasa paling durjana di mukabumi ini. 

Mengapa aku kata hebat, mai sini aku nak bersurah. Sallehuddin Ayub, wak tabik sama lu ! Lu memang ganteng. banjar bilang, kamu ini 'wanik' ! Kerana ke'wanian' kamu itu, kamu bisa saja senyum lebar sekarang. Kamu memang manusia yang pandang peluang yang bukan pandang kebiasaan. Apabila kamu pulang ke 'gagang', bermakna % undi orang muda kepada Pakatan Rakyat dan PAS semakin memuncak untuk tumbangkan BN dan Umno di Johor. 

Hey..surahan ini belum habis bro ! Aku juga mahu bilang lagi dengan 'kewanian' kamu itu juga, memaksa orang paling kuat kecinaannya(bukan aku bilang, aku sampaikan saja..itu umno yang bilang), malah dia ini yang dilabel paling komunis oleh pencacai dan gerombolan umno goblok sudah ikut kamu ke Johor. Bila dia isytihar lawan BN di kerusi Parlimen Gelang Patah, 85% undi orang cina  swing kepada Pakatan Rakyat. Tak hebat ker ?

Husam Musa, mahu saja aku bilang dia ini sangat strategis. Bila mandat diberi untuk tanding di kerusi Putrajaya, terus kamu melangkah gagah. Pencatur politik umno melihat kehadiran Husam di Putrajaya kini adalah 'musibah' besar kepada runtuhnya kekuasaan UmnoBN akan datang. Peratusan tinggi penjawat awam dan imigran dari Kelantan yg mendiami Putrajaya pasti solid beri undi untuk Husam. Ditunggangi pula dengan masalah dalaman dan salahlaku pemimpin umno sekarang, Putrajaya bisa saja jadi kudapan yg lazat buat Husam. Siapapun lawan Husam di Putrajaya, akan merasa bahang untuk kalah. Cemerlang sungguh caturannya..., kerna ini caturan politik untuk menang cantik !

Cukup dahulu sampai di sini 'Surahan Wak' pagi ini, esok kita cerita lagi..ada tugas lain yg mahu digalas...berjumpa semula dalam segmen 'Surahan Wak' pagi esok di sini. Ingat..PRU13, peluang terbaik untuk lenyapkan kekuasaan BN dan UMNO ! 

translations : 
* wanik - berani | surah - kata | umno - najis 
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |