PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

N.28 : (edisi malam) - Kalah di Kerdau, tapi undi PAS bertambah

Majoriti kemenangan BN melimpah ruah. Melimpah di Merlimau, me-ruah di Kerdau. Yang pasti PAS kalah di Kerdau dan Merlimau. Tidak sia-sia Umi Habisda dan Daud Kilau datang ke Kerdau. Lepas ni show 2 ekor ini mesti lebat lagi padat jika ada lagi PRK. Ini ikon bagi UMNO. Tanpa ikon ini ada di dalam majlis UMNO, UMNO boleh gigit jari saja. Power gila, ikon ini. Sepower Kajol dan kotak ajaib.

BN pertahan DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 undi. Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad raih 5,060 undi, calon PAS Hassanuddin Salim, 2,336 undi. BN pertahan kerusi DUN merlimau dengan majoriti undi sebanyak 3,643. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, Pas Yuhaizad Abdullah 2,319

Kata fzt, perjuangan ini belum selesai. Kerdau akan terus dicowboykan dan Merlimau akan terus dilemaukan oleh UMNO. Bersorak sorai setan malam ni. Lagu 'gila judi, dan cek mek molek' akan diulang 200 kali oleh gomo sambil gelek ponggong hangit di bawah khemah berlambang dacing. Syiok sungguh kerana BN menang, dan dapat kalahkan PAS. Yang pasti setan 300 kali lagi seronok bila fitnah sudah jadi halal dalam ugama UMNO.

Kecewa ? Ahh...itu sekadar perasaan dan nafsu. " Perjuangan ini perlukan jiwa yang besar ". Kalah atau menang itu bukan lagi urusan kita, serah saja kepada Allah swt. Ukuran menang seorang yang berjuang untuk islam bukan diukur dengan neraca nafsu manusia. Ingat itu..! PAS memerlukan pejuang yang punya jiwa yang besar lagi kental. Jika badan saja besar seperti parpukari, tapi tidak memberi manfaat kepada agama, adalah baik dihumbankan saja ke hutan sawit di felda yang melata di Kerdau ini.

Buat semua penyokong PAS, kita tak kesal dilahirkan menjadi penyokong dan petugas Parti Islam Semalaysia. Masih ada pengundi yang menyokong kita, biarpun yang menyokong kita sekitar 2,336 undi di Kerdau, itu tandanya masih ada rakyat yang sudi bersama kita, kita akan terus mara walaupun seribu halangan mendepani kita. 

Kalah dan menang itu anugerah Allah. Tidak perlu berdukacita. Di sepanjang PRK Kerdau kita ada benda yang kita menang iaitu kita tidak tinggal solat subuh berjemaah di markas-markas, walaupun mata merah bagai polong. Itulah kemenangan hakiki kita. Kalah tak bermakna kita akan bungkus, kita akan terus survival.

Untuk Dato' Tuan Ibrahim, PesuruhJaya PAS Neg. Pahang juga Pengarah PRK Kerdau ini, terima kasih atas layanan baik Tok Guru kepada kami, blogger-blogger PAS dan Pakatan Rakyat yang berhuni disepanjang kempen di Kerdau. Halalkan makan dan minum kami. Takbir..! Allahu Akbar.(fzt/albanjari)


N.28 : (edisi malam) - Yang Tersirat dan Tersurat

Satu yang menarik dalam pilihan raya di DUN Kerdau ini ialah cara kempen UMNO/BN. Sepanjang kempen berjalan.... rasanya tidak ada apa-apa cacat cela yang kita nampak pada calon PAS iaitu Hasanuddin Salim. Sebab tu dia tak kena hentam.

Yang teruk kena hentam ialah Anwar Ibrahim dan setelah telah tak lut.... mereka hentam pulak Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau. Kononnya.... dia mengambil kesempatan atas kesempitan seorang peneroka dengan membeli tanah orang tersebut, menggunakan nama isteri beliau.

Ya Allah.... tak habis-habis mereka buat fitnah. Namun... penafian serta penjelasan yang dibuat oleh si tuan badan, orang yang sebenarnya membeli tanah tersebut telah memberikan satu tamparan kepada UMNO.(FB-Ahmad Phak Lang)


:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |