Perisytiharan Perang Ke Atas Al Banjari Online
Disuatu masa yang lalu...,
Monday, March 30, 2009
Perisytiharan Perang Ke Atas Al Banjari Online oleh blogger Perak Bangkit !!
Sebelum itu krew Perak Bangkit ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Al Banjari Online kerana telah menjadi seorang blogger pro Pakatan yang paling popular. Namun itu tidak bermakna dia seorang pemedia yang baik malah tulisannya terlalu plain dan tak sedap dibaca. Al Banjari Online juga tak reti menulis dengan gaya bahasa yang dipenuhi lenggok kerana gaya bahasanya tegak sesaja.
Nak muntah juga baca artikelnya yang mengandungi adegan pujian melampau dan melambung-lambung. Pembaca pasti akan merasai tekak loya kerana Al Banjari Online dipenuhi dengan tulisan bodek godek-godek.
Al Banjari Online sebagai individu adalah seorang yang wataknya gila glamer.
Dia juga menggambarkan dirinya sebagai seorang yang terlalu perasan. Cas bagus kata ore lamo! Pendek kata Al Banjari Online ini miliki akal yang pendek. Sependek apa sahaja yang pendek, pendek benar akal Al Banjari Online.
Di dalam Pakej Persiytiharan Perang ke atas Al Banjari Onlne, Perak Bangkit akan menikamkan serangan saraf kepada Blog tersebut. Kredibiliti blogo Al Banjari Online akan sedikit demi sedikit terhakis dan dihakiskan.
Dia akan pasti jadi jiwa kacau yang bilau sasau. Kerana ini pernah terjadi kepada Mat Saman Kati, si orang tua bangka nak mampus perasan tantintun. Perasan yang dia kunun terkunun hebat gamaknya tapi hanya gamak sahaja. Mat Saman Kati kini sudah lumpuh lenglau. Blog Mat Saman Katinya telah dimatikan olehnya sendiri atas alasan nak ceburi bidang media kunun bunun. Lalu diciptakan Perak Express yang kini telah down sindrom. Itulah gamakanya kerana asyik menconteng jiwa di tengah kekacauan minda!
Ramai juga Bloggers Network punya geng telah disantau balau oleh serangan saraf Perak Bangkit. Antara yang dah terkiok ialah Ummi Hani dan Sya Reformis. Begitu juga dengan Perisik Rakyat yang dah hampir kojol. Serangan saraf Perak Bangkit cukup halus bak rambut namun tajam menikam. Jiwa pembaca pro Pakatan bagaikan dihiris sembilu buta tiap kali Perak Bangkit mentintakan bicara.
Al Kalam Bil Maksud. Terkolam pro Pakatan tersuyut-suyut. Bagai keli yang mabuk plankton. Atau tersedak menyudu palet.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
0 comments:
Post a Comment