PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016


Catatan Haji & Umrah | 2014 | Kisah 1

Alhamdulillah, seminggu selepas selesai musim haji tahun itu, saya dan isteri serta jemaah haji yang lain di Maktab 97, Hotel Burj al-Gandhura masih diberikan kesejahteraan kesihatan oleh Allah SWT untuk menunaikan ibadat umrah.

Walaupun jemaah haji negara lain sudah meninggalkan Tanah Haram, jemaah haji Malaysia masih ramai di sana menunggu penerbangan pulang masing-masing.


Masjidilharam yang semakin lengang memberi kesempatan kepada jemaah haji yang masih tinggal untuk menunaikan umrah. Pada suatu malam, saya dan isteri sekali lagi menaiki bas ke Masjid Tana’em untuk berniat ihram umrah dan solat sunat ihram di masjid itu, kira-kira setengah jam perjalanan dari maktab kami.


Kami bersama 40 penumpang bas lain dikenakan tambang 12 Riyal Saudi Arabia (RSA) seorang. Turut bersama kami ialah Izzat Ishak yang baru berusia 25 tahun. Izzat bertubuh besar dengan berat kira-kira 90 kilogram.

Itu ibadat haji pertama bagi saya dan isteri, tetapi yang kedua bagi Izzat. Kali pertama beliau menunaikan haji ketika berusia 18 tahun semasa mengikuti kedua-dua orang tuanya ke Tanah Suci. Kali ini, sekali lagi beliau bersama kedua-dua orang tuanya.

Setibanya di Masjid Tana’em, saya dan isteri segera memasang niat umrah. Masjid itu terletak dalam kawasan tanah halal bersempadan Tanah Haram. Untuk berniat umrah, jemaah perlu keluar dari Tanah Haram.

Selepas selesai solat sunat ihram, saya dan isteri menaiki semula bas untuk ke Masjidilharam. Kami duduk hampir dengan Izzat. Bagaimanapun, saya agak pelik melihat Izzat sibuk mengira sekepul wang Pound Mesir (EGP). Tangan kirinya memegang telefon bimbit kecil.


Jumpa duit

“Tuan Haji Hassan, saya jumpa duit ini dalam masjid tadi. Berikat dengan telefon ini. Saya tanya jemaah haji dekat-dekat situ duit siapa, tapi dia orang kata bukan duit mereka. Macam mana ya, mungkin dia akan telefon nombor ini,” katanya agak cemas.

Saya menenangkan Izzat yang nampak panik dan memberitahu beliau wang itu mesti dipulangkan kepada tuannya. Kami mengira wang itu yang semuanya berjumlah EGP3,000 (kira-kira RM500).

Tiba-tiba telefon yang dijumpai Izzat berdering malangnya beliau tidak memahami apa yang diperkatakan lelaki yang menghubunginya kerana lelaki itu bercakap dalam bahasa Urdu. Izzat meminta lelaki itu mencari rakannya yang boleh berbahasa Inggeris.

Bas yang kami naiki semakin menghampiri Masjidilharam. Telefon dijumpai Izzat berdering lagi dan kali ini terdengar suara lelaki bercakap dalam bahasa Inggeris. Lelaki itu akan menunggu Izzat di menara jam kecil di dataran luar Masjidilharam bertentangan pintu King Abdul Aziz.

Tiba-tiba wajah Izzat berubah cemas dan terpacul dari mulutnya: “Subhanallah. Alamak, saya terlupa pasang niat umrah. Macam mana ni?” tanyanya.

“Subhanallah. Jangan pasang niat sekarang sebab kita sudah masuk ke Tanah Haram semula. Jika Haji pasang niat dan buat umrah juga, Haji akan dikenakan dam seekor kambing (400 Riyal). Lebih baik Haji tak buat umrah malam ini. Insya-Allah malam esok Haji buat,” ujar saya.

Izzat lega mendengar penjelasan saya dan tidak putus-putus mengucapkan Subhanallah atas apa yang berlaku. Beliau tidak menyangka dilanda kekalutan selepas menjumpai wang itu membuatkan beliau terlupa berniat ihram umrah.

Namun, saya memujuknya dengan menyatakan bahawa Allah SWT mengutuskan beliau untuk membantu lelaki yang tertinggal wang di masjid itu. Wajah Izzat kembali berseri apabila beliau menyatakan hajatnya melakukan tawaf sunat dan mengucup Hajar Aswad.

Selepas tiba di Makkah, saya dan isteri melangkah masuk ke dalam Masjidilharam melalui pintu King Abdul Aziz, manakala Izzat terus ke menara jam kecil untuk bertemu lelaki yang menghubunginya, memulangkan wang serta telefon bimbit yang dijumpai itu.

Keesokannya, ketika menikmati makan tengah hari di maktab selepas menunaikan solat Zuhur di Masjidilharam, saya dan isteri menemui Izzat di lobi hotel lalu kami bertanyakan mengenai perjumpaan beliau malam tadi.

“Alhamdulillah, saya jumpa lelaki Mesir berumur kira-kira 50 tahun. Dia tak boleh berbahasa Inggeris, jadi dia bawa kawannya berbangsa Pakistan yang boleh bercakap Inggeris. Dia ucap terima kasih kerana dapat balik duit dan telefonnya yang hilang,” jawab Izzat sambil tersenyum.


Rahsia tersembunyi

“Alhamdulillah, mungkin ada rahsia tersembunyi mengapa Allah melorongkan saudara jumpa duit itu walaupun disebabkan itu saudara terlupa pula berniat umrah. Kita serah kepada Allah SWT saja rahsia kejadian itu,” pujuk saya.

Izzat tersenyum lebar, sambil ketawa kecil beliau berkata mungkin Allah SWT menguji kejujuran dan sifat amanah dalam dirinya dengan melorongkan beliau menjumpai duit serta telefon bimbit itu. Katanya lagi, disebabkan jemaah yang terlalu ramai, beliau gagal mengucup Hajar Aswad walaupun selepas berasak-asak hingga terasa sengal tubuh.








" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |