PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Blogger@Sarawak : SEMASA 'baju lama udah luya dikena' ! Latest Result

8 malam : Keputusan Tidak Rasmi : BN 50 dan PR 21 
Snippets :
Pakatan gagal untuk menafikan BN kemenangan majoriti dua pertiga. Seperti yang dijangka, terdapat peralihan sokongan besar di kalangan pengundi Cina kepada pembangkang. Tetapi sokongan dari masyarakat Iban belum mencukupi untuk memboleh PKR merampas beberapa kerusi yang ditandingi di kawasan luar bandar.

albanjari | Beting Maro
Aku suka mengambil kata-kata Iban ini, " baju lama udah luya dikena " yang membawa maksud 'baju yang lama diguna sudah makin kabur sudaa..", harapan untuk Sarawak Baru. Dan harapan itu semakin menjadi kenyataan. Dominasi undi BN kian pudar dihati rakyatnya. Beting Maro, biarpun PAS kalah, namun calon PAS berjaya menambah undi daripada 1,901 undi (2006) kepada 2,578 undi hari ini. Pertambahan lebih 600 undi daripada PRN lalu. Keputusan tidak rasmi Beting Maro : KLIK DI SINI. SARAWAK-OFFICIAL: BN wins in Beting Maro with a 391 majority.


Dari apa yang aku lihat di Sarawak, PAS mulai hari ini wajar menjadikan semua DUN yang ditandinginya sekarang dijadikan 'anak angkat' PAS Pusat bagi persediaan PRN Sarawak untuk 5 tahun lagi. Usaha mengembangkan islam melalui PAS harus diusahakan secara berterusan. Alangkah hebatnya mulai sekarang akan berbondong-bondong ustaz-ustaz muda dan para ulama PAS dari Semenanjung mula berdamping erat di seluruh pelusok Sarawak.

Dan kehebatan islam dan syiarnya pasti mampu melahirkan sokongan yang padu untuk PAS dan andai berlaku kemenangan PAS kelak, itu merupakan satu bonus terbaik dari Tuhan untuk PAS dan pejuang-pejuang agamanya untuk islam lebih berkembang maju di bumi Sarawak. Walaupun kalah kita teruskan perjuangan. Islam pasti menang, Islam pasti cemerlang dan Islam pasti gemilang ! ALLAHUAKBAR !!



(*) Update Terkini Keputusan sedang dikemaskinikan di sini..! Sila RE-FRESH page ini.

4 comments:

  1. Anonymous said...

    Ia mesej jelas penolakan muslim sarawak secara total buat pas...kebiadapan cara pas dan pkr dlm berkempen , kesilapan anuar brahim menistiharkan baru bian kristian totok pertama bakal ditabal menjadi KM sarawak, dan kebodohan pas menjadi unta dan baghal DAP dlm memenagkan DAP di kerusi cina melayu adalah jawapan kepada PRN sarawak kali ini....bersiap sedialah kerana PRU 13 bakal menyusul dlm oct nanti....pemimpin pas jelas perlu bertanggungjawap kpd ahli ahli nya akan berita yg sering diwar warkan di blog2 akan kejayaan 3 kerusi di sarawak yg di percayai dlm genggaman...masuk angin kluar asap...percaya sgt pada anuar ibrahim...itulah jawapan kepada solat hajat pas...

  2. Anonymous said...

    ko gilo apo.. tak tengok ke kerusi pembangkang dah bertambah.. tu maknonyo pembangkang dah mulo meraih undi dari rakyat.. ni baru DUN..esok kalau PRU 13 mahunya tambah kerusi Parlimen ..bahaya tu.. PRU 13 tak boleh buat tahun ni.. banyak kerja nak kena buat ni.. kasi tarik balik undi diorang kat kerajaan.. kena tengok dulu apa masalah diorang ni

  3. Anonymous said...

    apasal dgn solat hajat??????tak boleh ka? solat tu memohon kepada Allah agar dibukakan mata hati masyarakat terhadap perjuangan. kalau menang kira bonus n berkhidmat dgn sebaik mungkin, Kerana Allah. komen manusia bangang . Tuih 33x

  4. Anonymous said...

    ada undi pos membantu 18,000 lebih boleh lah cakap, kalau tidak hanyut bn

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |