Kopi Pahit Tahi Musang vs. Askar Mesir Paling Jahanam !
Rakyat Mesir nie dah gila agaknya...makin ditembak, dibunuh, disiksa, dibom..makin galak mereka berdemo. Mereka gilakan 'syahid' !. Kita kat sini gila apa pulak ? Yang betui..termasuk laa aku masih dok 'gila' beraya...hoi kawan-kawan, agak-agak korang kalo mati ber'raya' mcm kita ni alamat mati 'pahit' la kot ?
Aku tunggu sampai jam 10.30 pagi sekarang ini, kerajaan Malaysia masih bisu dalam hal Mesir. Ker depa nak kita luku dulu baru boleh nak bunyi ?
Atas prihatin wak kepada insiden jahat kudeta Mesir bunuh rakyat sendiri maka pagi ini wak batalkan untuk minum kopi tarik "anak janda" tapi...wak cuba minum kopi pahit Luwak, biar muka nampak pahit...sepahit wak tengok muka askar mesir yang jahanam kohong tu..puihhh !!
* Nak rasa kopi pahit Luwak Tahi Musang, mai raya rumah wak..raya ni tiada Barbican, atau Rich okay !!
Kopi Luwak : Jenama kopi yang biasa kita minum pasti memberikan perasaan yang mendatar apabila meminumnya setiap hari. Bagi penggemar tegar kopi pasti mereka turut tercari-cari jenis kopi yang jarang sekali boleh di dapati di kedai biasa. Hanya boleh didapati di kawasan pergunungan dan juga di kepulauan kecil sesebuah negara yang mana mereka adalah pengeluar paling banyak untuk jenis kopi yang pelik.
Walaupun harga yang agak tinggi berbanding kopi biasa, namun ianya bukanlah menjadi satu masalah untuk para penggemar kopi untuk merasai keunikan rasa dan juga bauan kopi yang lain daripada yang lain.
Kopi Luwak
Kopi yang berasal dari Indonesia ini dirumus khas dari tahi binatang musang yang mana pada mulanya menjadi baja tanaman ladang kopi. Kemudian menjadi bahan utama untuk membuat kopi kerana kuantitinya yang banyak suatu ketika dahulu. Jangan risau, kopi ini telah di dipastikan pembuatan serbuknya terjaga dengan mengambil hanya yang baik sebelum dipanggang untuk dijadikan sebuk kopi.
Kopi ini menjadi antara kopi termahal dan pelik di dunia, Di Indonesia harga kopi ini mencecah RM 400- RM 600 sekilogram. Kopi ini adalah kopi yang diambil daripada najis musang yang memakan buah kopi. Musang ini hanya makan buah kopi tanpa diberi makanan lain. Maka najisnya adalah 100% kopi. Majlis Ulama Indonesia suatu masa dahulu, kalau tidak silap gua awal tahun ini telah mengisytiharkan kopi tahi musang atau kopi luwak halal diminum.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
0 comments:
Post a Comment