PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Malaysiaku Yang Aman ! - Di tembak lagi ???

Kepada rakan2 diluar sana, jika dapat elak-elak kan dari kena stop di simpang ada traffic light. Cari la jalan yang 'lurus' ! Kepada tokey2 restoran yang banyak duit, jangan parkir kereta mewah hangpa depan restoran, parkirlah di balai polis. Sekarang musim penyamun guna pistol, jika zaman samseng kampung dusun dulu, paling ganas pon depa samun pakai topeng jaaa..ingat tu !

Kawan-kawan yang syok jual emas dan ada kedai emas, cuba jangan eksyen sangat dok tunjuk emas besaq-besaq@signboard kedai, siap lip lap lip lap lagi...takut nanti dengan hangpa 'lelap' terus. Cuba berpura-pura sket, macam syiah tu....tulis kat signboard hangpa tu kata, " Kami Tidak Menjual Emas, cuma kami hanya ada gigi emas " insyaAllah penyamun tak kan gamak samun gigi emas korang...percayalah !

Dibawah ni dikira kes terpencil jugak kaa ? 

Peniaga Yang Mati Semalam Sebenarnya Ditembak, Bukannya Ditikam Dungun: “Saya menjerit sebaik melihat darah membasahi badan suami,” kata Nor Zuedawati Umar, 25, apabila melihat suaminya terbaring tidak bernyawa selepas dipercayai ditembak penjenayah di tempat letak kereta berhadapan Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar, dekat Kampung Cacar, Paka, di sini, semalam. 

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditembak selepas bergelut dengan suspek yang disyaki mahu mencuri pacuan empat roda Toyota Hilux milik mangsa, jam 4.30 pagi. 

Dalam kejadian sama, wang RM10,000 hasil jualan lima cawangan restoran milik mangsa serta kenderaan berkenaan turut dilarikan. Ketika kejadian, mangsa yang juga pemilik restoran berkenaan dalam perjalanan dari kedainya untuk memasukkan wang hasil jualan ke bank sebelum didatangi suspek dan berlaku pergelutan. ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke hospital. Nor Zuedawati berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa suami selepas dimaklumkan adiknya, Mohd Zulropia, 21, yang pulang ke kedai jam 7.30 pagi. 

“Ketika itu, saya berada di tingkat atas restoran sebelum terdengar adik menjerit memanggil nama saya dan memaklumkan suami cedera dipercayai akibat ditembak. “Sebaik turun, saya terkejut melihat keadaan suami berlumuran darah dengan beberapa kesan cedera di dada. “Saya berada di tingkat atas dan tidak mendengar pergelutan atau bunyi bising yang berlaku antara suami dan suspek sehingga dimaklumkan adik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Menurutnya, menjadi kebiasaan suaminya keluar rumah pada jam 4.30 pagi untuk memasukkan wang hasil jualan perniagaan sebelum ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh. Katanya, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga dan tidak menyangka penjenayah bertindak kejam hingga membunuh suaminya. “Isteri mana tidak sedih melihat keadaan suami yang lengkap berpakaian baju kemeja, kain pelekat dan berkopiah dalam keadaan tertiarap serta tidak bernyawa. 

“Walaupun pemergian arwah begitu mengejut, namun saya reda dengan kejadian menimpa suami,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia empat bulan dan empat tahun itu. Ditanya mengenai perubahan pelik suaminya, Nor Zuedawati berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan perubahan pelik, malah dia dan suami sempat berbual dan bergurau sebelum masuk tidur jam 1 pagi. 

  " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |