PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PRK TENANG : PANAS BERAPI - Tok Ai bukan "winnable candidate", Muhyiddin Yasin terima padah !



Laporan PANAS BERAPI@TENANG kembali lagi pada pagi ini dengan paparan menarik. Apa kata Datuk Seri Najib Tun Razak tentang calon pilihan 'last minute' Muhyiddin ?

" ..tradisinya calon UMNO dipilih  dari kalangan mereka yang berjawatan dari dalam parti atau pun yang layak ( payung terjun ) atau sesiapa sahaja yang boleh diberikan peluang bertanding pasti akan menang, itu cerita 20 tahun yang lalu..tetapi suasana politik kini, itu bukan lagi 'rule of thumb' dalam BN..saya tidak berupaya memberikan angka peratus yang besar untuk calon pilihan ( Muhyiddin ) untuk menang.." Najib Razak.

Muhyiddin pula berkata, " Jangan perlekeh calon lawan, " merujuk kepada kesilapan beliau yang menyebabkan Perdana Menteri berang dengan keputusannya tidak memilih Haslinda Salleh yang dilihat PM lebih layak dan berpeluang cerah untuk menang di Tenang.

Memang sah UMNO kini sudah menjadi satu parti yang sangat lemah. Perdana Menteri sendiri telah mengesahkannya apabila beliau tegas menyatakannya kepada pemberita dan beberapa blogger UMNO selepas berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 300 pelajar daripada keluarga miskin dalam Parlimen Pekan di Bangunan UMNO di Pekan, Pahang kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "UMNO-BN memerlukan calon yang boleh menang, 'winnable candidate', untuk bertanding di mana-mana kawasan, sehingga di kubu kuat Johor sekalipun, tetapi bukan Azahar Ibrahim dicalonkan untuk DUN Tenang,"

" beliau bukan calon terbaik ( winnable candidate ) untuk bertanding di (situ ), ini kerana beliau bukanlah seorang tokoh UMNO yang menonjol di Tenang, cuma arwah bapanya Ibrahim Daud yang merupakan orang kanan dalam parti itu..tetapi itu dahulu.." ujarnya apabila diminta mengulas lanjut mengapa beliau (PM) tidak bersama-sama pucuk pimpinan tertinggi parti itu di Pusat Penamaaan Calon kelmarin.



Penamaan calon telah dijalankan di Dewan Majlis Daerah Labis yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat dari PAS, Normala Sudirman, 38, dengan calon BN dari UMNO, Mohd Azahar Ibrahim, 39 dalam pilihan raya kecil Tenang 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya jam 11.20 pagi.

Lagi berita akan menyusul..

(*) Sumber diterbitkan oleh Agensi Berita ABC: Agensi Berita Choilek Gigi Cap Kote Kulop

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |