PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PRK TENANG : Cangkir kopi@ABO - jatuh berdosa jika tak jadi UMNO di Labis

Sudah 2 hari Pekan Labis dan sekitarnya telah di'baldi'kan dengan air hujan. Mencurah-curah. Hujan rahmat bilang orang Labis. Dan pagi ini juga langit terus gelap dan hujan masih renyai2 turun.

Jika sebelum ini cuaca yang panas terik langsung tidak memberi keseronokan kepada ketua-ketua cawangan UMNO dan jentera MCA disini. Ini kerana mereka terpaksa memberi peruntukan dan belanja air lebih dari biasa. Bila lebih duit belanja keluar, kurang la masyukkk bro ! Maka hujan yg turun ini sangat disukai oleh gerombolan. Jangan juga lupa, untuk menyapu dan menyamun yang membudaya didalam UMNO, hujan juga jadi rezeki terbaru buat gerombolan.

Mengapa hujan 2-3 hari ini di Tenang ? Sedangkan di Tangkak, Segamat, Yong Peng dan sekitarnya terik panas cuacanya mampu merekahkan kulit. Jika ditanya kepada orang agama, maka jawabnya itulah barokah dan berkat ramainya hadir orang-orang alim dan ulama' ke Pekan Labis di DUN Tenang. Mereka datang bukan seperti Jauhi Chawla datang , mereka ini (ulama') yang sentiasa melakukan solat tengahmalam di setiap malam, memohon kemenangan Islam dari Tuhannya. Setiap malam beratus dan beribu jamaah berterusan bersolat hajat di Tenang sampai hari pembuangan undi. Itu yang digeruni UMNO. Hujan rahmat yang turun ini jua sangat dekat dengan doa orang PAS di Labis yang serba kekurangan, pusat-pusat operasi di 12 UPU gerakan islam di sini bukan seperti bilik gerakan UMNO. 

Hari ini TGNA pula akan datang, Ceramah Mega di Dataran Air Panas. Cantik pilih tempat tu. Sesuai namanya. Biar makin panas dan bercelaru kempen UMNO. Apa tidaknya, UMNO di sini bukan sama dengan UMNO yang ada di Kota Sarang Semut, Kedah jauh sekali macam yang ada di Pasir Salak, jangan pula bandingkan UMNO di Labis dengan UMNO di Pulau Pangkor, bezanya macam langit dengan bumi. UMNO di sini adalah UMNO tulin yang partinya lahir beranak di sini. 

UMNO di sini melihat semua yang kerajaan UMNO buat semua sangat betul dan derhaka jika menolak UMNO. malah jatuh 'berdosa' jika tidak jadi UMNO.

UMNO diluar Labis jenis telor kecutt.., takut. Jangan kan nak ajak berdebat, ajak minum kopi sama-sama pun dah gayat. Tapi tidak di sini. UMNO di sini jangan buat pasal. Jangan buat pasal nak ajak debat, depa sahut, UMNOnya berani, tapi jangan pula kata pejuang PAS tak berani face to face. Jika nak cerita tak cukup kajang bro..apa yg telah berlaku.

Ringkasnya kerana beraninya mereka berdebat baik dikedai kopi, warung tepi jalan dengan pejuang-pejuang mantap PAS (baca orang-orang muda agama dari Dewan Ulama') maka dihujung kisahnya ia banyak menguntungkan PAS sebenarnya di sini, sebelum ini mereka sudah jauh tersesat dan disesatkan oleh UMNO sebagaimana UMNO menyesatkan MCA berkaitan islam. Jangan pula terperanjat jika banyak undi UMNO bralih kepada Cikgu Normala.

Tahniah dan syabas buat semua jentera PAS yang bekerja 300 kali ganda dari biasa di Tenang ini. Mereka wajar untuk berkerja keras begitu. Apa tidaknya jika ada imam UMNO jadi semakin sesat  di sini. Itu nanti aku cerita pulak..

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |