PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PRU13 - Pandiran Malam : Idham Lim pukul habis di Kuala, PAS semakin sukses !

Ikuti catatan penulis Harakah berkaitan peluang PAS di Parlimen Kuala Kangsar.
 
Calon PAS Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim sedang sibuk berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Ulu Kenas ketika Johari Jaafar menghubungi beliau untuk menentukan tempat sesuai kami menyapanya.

Kami solat jamak di Masjid Ridzwaniah, bersebelahan Kolej Melayu Kuala Kangsar sementara menunggunya. Dua kenalan baru yang saya jumpa petang itu kelihatan yakin dengan mood pengundi Perak. 

"Kami hanya mahukan kerajaan yang pernah kami pilih pada 2008," kata seorang darinya. "Saya jangka peluang PAS cerah di Kuala Kangsar ini, bukan kerana faktor calon Bebas, Kamilia Ibrahim tetapi masanya sudah sampai untuk rakyat berubah. Larut juga berpotensi tetapi saya lebih yakin Dato' Seri Nizar akan jadi MB selepas 5 Mei nanti," katanya sambil membilang jumlah kerusi Dun yang bakal dimenangi Pakatan. "Insya-Allah, boleh sampai 35 kerusi Dun," katanya.

Hujan mulai turun ketika kami melewati bulatan untuk keluar dari bandar Kuala Kangsar, menuju tempat Idham Lim. "Biar kita ke sana, jangan ganggu calon bertemu penduduk," kata saya kepada Munizam Zamri, jurufoto sambilan yang berkejar dari Seberang Perai.

Saya perhatikan Idham berkulit cerah tambah bercahaya wajahnya semasa menceritakan cabarannya bertanding di Kuala Kangsar. "Saya lebih suka berbicara soal cabaran dan bukannya peluang," katanya.

Dia nampak komited dan yakin dengan keupayaan diri untuk bersama-sama melakukan perubahan, dan lebih penting "membantu penduduk setempat" yang dihimpit pelbagai masalah.

Dia menggariskan lima tawarannya, termasuk berkaitan pembinaan Jambatan Manong, yang sudah melalui tiga kali majlis pecah tanah tetapi belum siap juga. Kedua, pengangkutan awam dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga yang daif dan uzur. Juga mengenai penempatan kampung baru dan kampung tersusun yang tidak mendapat hak milik kekal, selain masalah perparitan.

Walaupun "orang baru" tetapi Idham kelihatan amat arif dan masak dengan masalah masyarakat yang bakal diwakilinya nanti. Saya yakin Idham dan juga calon PAS Dun Manong. Haji Jamil Dzulkarnain, bekas Ketua Zon Bank Simpanan Nasional Kawasan Kuala Kangsar yang turut bersama kami petang itu mempunyai peluang cerah. - Hdaily/

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |