betoi...kepala hotak hang !!
bicara#marhaen : dah seminggu aku tak ke pasar. Dan hari ni aku ke pasar. Bukan ke pasaraya, atau ke pasar kemboja.., tapi ke pasar awam ! Kat situ hang nak apa..semua ada. Kata orang kalo nak cari bini pun boleh saja, nak anak dara atau janda. Lu suka !
Tapi bukan itu nak aku bukak cerita...bro ! Bukan...!! Aku nak berkisah tentang duit RM50 hengget, marhaen macam aku ini..boleh beli apa. Jom...!!
(A) Situasi meja ikan Apeng :
Ikan Duri RM10 sekilo. Siakap kolam RM16 sekilo. Sardin RM10 sekilo. Ketam kaler oren RM16 sekilo. Ketam Biru RM24 sekilo. Sotong RM16 sekilo. Udang kertas RM25 sekilo. Kerang RM4 sekilo.
"mak aii..kalo macam ni, tak makan ikan aku ! Gila baban punya mahal harga ikan sekarang..! " getus hati. Tapi kalo tak dibeli ikan...apa lauk anak2 aku yg 5 orang kat umah nak makan ? Mana ada dah zaman sekarang ni orang makan nasi lauk garam. Garam pon dah mahal, dulu boleh ler sekati 15 sen. Sekarang ?
Sudahnya aku beli 3 ekor ikan duri, dan bila ditimbang, hambek kau, RM14.50 untuk lauk sebanyak itu. Lauk marhaen. Itu saja yang aku mampu. Alhamdulillah...dan aku bersyukur kepada kerajaan kerana negara ini kekal aman tak macam di Syria atau Iraq. Kalau tak...belum tentu aku dapat ke pasar beli ikan duri.
Ikan duri bukan macam ikan bawal tambak atau ikan kerapu bro ! Ini ikan kategori ikan orang miskin. Rasa daging ikan yg sangat tawar. Tak reti masak, kucing pon tak mau layan. Tak reti basuh..hanyir piang la hang makan nanti. Nak tak nak..buat kari jer yg okay. Nak buat kari kena la sediakan macam kat bawah ni pulak..baru kari ! Jom..!
(B) Gerai Sayur :
Kacang Bendi 1/2 kilo - RM4.00
Rempah Ikan Alagappa 2 pek kecil - RM1.60
Santan kelapa - RM3.00
Jumlah : RM8.60 sen
"bang..tadi anak-anak pesan, depa nak makan buah anggur. Lagipun dah lama abah tak beli buah tu...! " bisik isteri masa aku bayar duit sayur kat apek tadi. " Ye ker ? kalau macam tu jom kita ke gerai buah..! "
(C) Gerai Buah :
Anggur Merah (ada biji) - RM12 sekilo.
Anggur Merah( takdak biji ) - RM15.90 sekilo
Anggur Hijau( takdak biji ) - RM17.90 sekilo
Anggur kusam - RM10 sebungkus plastik.
Mahalnya buah anggur sekarang. Tak macam dulu lagi..tapi bila fikirkan anak2 yg nak makan..lagipun depa tengah ngadap exams..tak sampai hati nak kecewakan bebudak tu, kesian depa. Mau tak mau..kena beli juga...sudahnya aku jinjing juga buah tu sekilo dgn harga RM12.00 Nak harap cukup memang tak cukup puas buah banyak tu kalo 5 orang makan. nak buat macamana...banyak tu jaa mampu aku beli !
Untuk lauk goreng aku pilih ikan keli saja...itupun sekarang sekilo dah cecah RM7 hengget. Apa nak buat...dgn ahli keluarga aku yg seramai ini, sekilo tak cukup bro..beli la aku ikan keli tu 8 ekor, dengan harga RM9.80 sen.
Untuk Hidangan Tengahari ke Malam :
A+B+C+ Ikan Keli = RM14.50 + RM8.60 + RM12 + RM9.80
Jumlah Belanja Pasar rakyat marhaen macam aku = RM44.90 sen untuk sehari. 30 hari ???
Itu belum lagi campur duit parkir swasta Majlis Bandaran kat pasar...kurang2 kena parkir RM2 hengget tu biasa bro..! Adesss...!
Inilah nilai duit RM50 yang kita bawa ke pasar setiap hari. Belanja pasar seorang marhaen untuk bagi makan anak bini. Ada siapa kesah ?
Dengan pendapatan sekadar RM1,800 sebulan, mat bangla lagi mewah duduk di Malaysia hang tau ! Tapi nak buat macamana, cakap lebih pon tarak guna..nanti bapak menteri akan cakap..."kalau tak suka duduk malaysia, pi berambus duduk kat Colombia kaa mana..! " - hang mau ??
Nota#marhaen : Dengan kenaikan harga barang, dan petrol sekarang...rakyat semakin miskin di negara sendiri. Tapi...errr, " alaa...baru miskin...belum sampai tahap papa kedana..kan ! betul tak ? " - betoi kepala hotak hang !!
Foto sekadar hiasan. Sumber : google
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "
0 comments:
Post a Comment