PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Edisi Kena Baca ! - Jadilah mayat yang eksyen bila di alam kubur !

Tazkirah#blog : Rasulullah S.A.W. pernah bercerita tentang alam kubur mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia . Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kubur lelaki tersebut yang amat dekat dengannya. 

Lalu lelaki itu bertanya kepada makhluk tersebut: Siapa kamu wahai makhluk? Jawab makhluk tadi kepada lelaki berkenaan: “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”. 

Berbakti kepada Ibu bapa melalui Al-Quran 
Mendengar kata-kata makhluk tersebut, barulah lelaki yang di dalam kubur itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya lelaki itu telah dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah S.W.T. Betapa gembiranya lelaki tersebut setalah beliau dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. 

SILA KLIK FOTO SEBELAH UNTUK IMEJ LEBIH BESAR

Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga yang teramat indahnya kepada lelaki itu. Allah juga telah memerintahkan kepada malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut. 

Terkejutnya ayah dan ibu lelaki tersebut sambil berkata: “Wahai Malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”. Jawab Malaikat; “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidupnya.” 

Masya-Allah… ruginya kalau kita tidak mempelajari dan membaca Al-Quran semasa hidup kita ini. Baca satu huruf Al-Quran dapat 10 ganjaran pahala Benarlah Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W. dan Kalam Allah S.W.T. yang maha suci. 

Bukan sahaja membaca satu huruf dari Al-Quran mendapat 10 ganjaran pahala, malahan Al-Quran akan dapat menjadi ‘peguam’ kita di hadapan Allah SWT kelak. Dalam kisah ini, kita dapat mempelajari satu lagi cara untuk berbakti kepada ibu dan bapa kita, iaitu dengan membaca Al-Quran. 

Berbanggalah kita dengan nikmat yang Allah S.W.T. turunkan ini, dan sama-samalah kita mengambil peluang dengan membaca Al-Quran setiap hari. Bacalah sekurang-kurang satu ayat (kalau tak mampu nak baca panjang-panjang). Biar sedikit dan berterusan dari banyak tapi buat kadang-kadang. Semoga dengan membaca dan memahami Al-Quran kita akan dapat menentukan Kemana ROH Kita Selepas Mati, InsyaAllah. 

Nota:
Kita tak berkira untuk beli rokok sebungkus RM12 sehari atau lebih RM300 sebulan semata-mata untuk nampak maskulin. Kita juga tak berkira langsung beli henfon beribu-ribu untuk nampak berteknologi. Kita juga langsung tak mau kira jika majlis kahwin kita barai berbelas ribu untuk nampak gah dimata manusia..tetapi kita sangat BERKIRA..,
untuk membeli senaskah al quran untuk kita baca yang mana itulah teman kita.. ketika kita di alam kubur. Ingat ! rokok, henfon, ipad..tablet, bini cun..laki macho..tak boleh kita nak bawa jadikan teman bila dah jadi mayat kelak. 

PENGHANTARAN PERCUMA MELALUI POSLAJU KE SELURUH MALAYSIA. DAPATKAN TERUS DARI KAMI SENASKAH AL QURAN DIGITAL PADA HARGA RM250 YANG SAH LULUS SEMAKAN PIHAK KDN. 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |