PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Kisah#Bahari 18SX - "kerana tetek awek, cikgu jatuh parit lagi"

Kisah#bahari : aku pun tak tahu pasal apa zaman aku kecil aku begitu teruja dan memuja pemimpin-pemimpin negara ketika itu. Malah dizaman kecil persekolahan ku di sekolah rendah, aku lebih mengenali siapa itu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan beberapa nama besar yang lain. Sungguh aku teruja. Bukan sekadar teruja..malah wajah2 mereka juga kerap menjadi 'mangsa' utk aku lukis, bila ada sabjek "Lukisan" di kelas masa itu. Ingat lagi buku 'Tawarikh' Darjah 4 dan 5 ? Ketika itu buku teks ini menjadikan nama2 besar itu sebahagian daripada isi kandungan wajib tahu dan wajib baca murid-murid di sekolah rendah dan kebangsaan melayu.

Biarpun aku masih kanak-kanak, tetapi aku tahu bahawa trend kacamata tun razak, jadi ikutan cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah2 khususnya di daerahku. Kelasss....gitu ! Sambil menunggang vespa..cikgu-cikgu dizaman itu sangat tampan dilihat bila berkaca mata begitu. 

Anak-anak dara kampung yg rumahnya berada di tepi-tepi jalan yg menjadi laluan utama cikgu-cikgu ini pulang dari sekolah begitu sengaja menanti di tepi jalan bersama niat-niat yang aku rasa tergaul bersama berahi mahu berlakikan cikgu. Aku sedar ketika itu, cikgu dan askar jadi buruan buas anak-anak dara kampung untuk dijadikan suami. Ada siapa yg mahu menyangkal ? Betul kan...apa yang aku tuliskan ! 

Tahun 70an dan awal 80an, kebanyakan jalan-jalan kampung ketika itu tidak bertar. Hanya diturap dengan tanah merah. Bila panas berdebu, bila hujan becak tak ubah macam di dalam sawah. Selalunya jalan-jalan kampung ini di tepinya memang berparit. Orang sekarang bilang 'terusan'. Dan disetiap rumah, bilik-bilik air atau pelantar mandi dibina ditepi-tepi jalan dan mengadap parit. Ada yang berdinding dan ada juga yang tak berdinding. Jika berdinding pun sekadar dinding atap nipah sekeping dua. Parit ketika itu adalah sumber utama orang kampung nak mandi, masak dan basuh berak. Air paip masa tu belum ada. 

Dan kelebihan pelantar-pelantar mandi yg 18SX ini diguna sepenuhnya oleh anak-anak dara kampung untuk menonjolkan keseksian mereka ketika mandi manda. Bayangkan...anak2 dara mandi yg hanya berkemban, dengan tetek yg membungkam...kulit putih melepak, rambut panjang terurai...prap...prapp..mencedok air sambil menonggek-nonggek...perh...memang menyelerakan nafsu. Aneh...masa cikgu-cikgu ni balik dari sekolah ler baru mereka sibuk berkemban nak mandi. 

Seperti cerita pak non taman semarak,  sampai ada cikgu terjun dengan vespa-vespa ke dalam parit gara-gara asyik tengok depa mandi berkemban. Aku rasa cikgu tu tengok 'benda' lain kot ! Kisah bahari. Yang jika diingat semula...bisa mengukir senyum dan sengih mereka-mereka yang pernah hidup dizaman itu. Panjang mukadimah tulisan petang hari ini. Apapun ia tetap menjadi satu nostalgia indah untuk dikenang. 

Kembali kepada keterujaan aku kepada pemimpin-peminpin negara ketika itu, Tun Razak antara pemimpin yang begitu aku kagumi. Lagipun ramai saudara ayah dan ibuku menyahut seruan kerajaan menjadi peneroka di tanah-tanah Felda. Kalian tahukan kaitan Felda dan Tun Razak. Tak perlu aku nak cerita. 

Disebabkan aku begitu kagum dengan beliau, mendorong untuk aku ingin tahu tentang keluarganya sekali. Dan ketika aku disekolah menengah, orang yg kini ku kutuk dan perli itulah yg pernah aku kagum satu masa dahulu. Nak tahu ? Itulah si Najib Razak bini rusmah.

Adakah pembaca blog ini ingat, disekitar bulan April 1984, majalah Keluarga telah menyiarkan temubual bersama Toh Puan Tengku Puteri Zainah Binti Tengku Eskandar, iaitu isteri (kini bekas isteri) Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato' Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (kini PM Malaysia selepas Pak Lah). 

Temubual oleh penulis bernama Hasnifalina itu dilabelkan sebagai "Eksklusif", mungkin kerana Tengku Puteri Zainah jarang atau pun tidak pernah ditemubual oleh pihak media cetak sebelum itu. Walau bagaimanapun, hasil temubual "eksklusif" itu tidaklah begitu menarik pun melainkan hanya tajuknya (seperti tajuk entri ini) yang boleh dikatakan sedikit mencuit hati. 


Tengku Puteri Zainah agak segan untuk bergambar bagi disiarkan dalam majalah. "Badan saya gemuk sikit, tak payahlah ambil gambar", kata beliau yang ketika itu baru selesai berpantang selepas melahirkan anak ketiga. Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi khabar angin yang biasa melanda kerjaya politik suaminya, Tengku Puteri Zainah menjawab, "Khabar angin memang perkara biasa dalam politik, samalah seperti gossip di kalangan artis. Yang penting kita harus dapat membezakan yang mana satu khabar angin dan yang mana satu khabar betul".


Tengku Puteri Zainah juga dikatakan bergiat dalam beberapa persatuan wanita atau pertubuhan sukarela yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan orang kenamaan (contohnya isteri-isteri wakil rakyat) dengan rakyat biasa. Beliau berpendapat, hubungan erat dengan rakyat adalah perlu kerana "rakyat juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya seseorang menteri itu". - sumber google

Itulah sebahagian butiran tentang Najib Razak dan isterinya yang aku kenal dahulu. Kenal melalui majalah, ketika belum menjadi perdana menteri. Tetapi kini...jika ada cerita-cerita tentang si najib dan isterinya...boleh bikin muntah darah. Loya berbulan-bulan...meluatnya aku...bukan lagi tipu-tipu. Selamat Membaca dan terima kasih.

*wak albanjari - " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |