PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Petrol bakal naik lagi - kata kerajaan ! pundekkkkk..!!

Ikut suka hangpa la BN oi ! Tu pun ramai yang bangang dok puja BN dan UMNO. Lepas ni menteri kapunden kata, kurangkan guna kereta dan minyak petrol, alternatif lain sila guna basikal (pasai basikal nak guna minyak pun - minyak gris jer..calitpun bukan hari-hari !) pundekkk...!!

Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron,
rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan..


Harga petrol mungkin naik?
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini. Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global. 

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.

5 comments:

  1. perjalanan pulang said...

    hancurlah... ada basikal tak ?

  2. mr edz said...

    kerajaan tertekan? ayat macam gampang

  3. Anonymous said...

    Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi..

    Jin said: "Boss! Haga petrol maybe naik laiee!"

    " Yg hang kalut apa pasai, hg pakai keta ka?"

    " Tak la, nanti suma haga barang lain pun ikut naik. Mampuih la lagu ni..!"

    " Lantak la..! 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Apa-apahal pun rakyat yg kena dulu, pencapaian depa tetap depa utamakan."

    " Boss! pelan-pelan sikit suara tu!"

    " Biaqpila..! Apa nak sorok-sorok. Globalisasi konon...Macamla kita ni mangkuk sgt, taktau kira duit. Yg dok pi ajaq bagi subsidi banyak2 tu sapa suruh. Suma benda bagi subsidi. Sampai nak berbini pun bagi subsidi. Kononnya tu suma nak tolong rakyat...Piiirrah! Teori economi mana depa pakai ni! Macam projek buat titi Matang Pasiaq itu hari. Tender harga RM60 ribu, kontraktor yg susah payah buat dari awai sampai siap cuma dpt RM22ribu ja...! Mana pi yg balance tu, agak2 Jin kot yg telan!"

    " Aiikk! aku pun kena, Boss! "

    " Dah takdak duit, suruh rakyat tanggung. Macam2 cara depa guna. Sampaikan dari celah-celah pokok pisang pun depa dpt duit"

    " Macamana tu ...!?"

    " Tuuu... sapa2 yg bawak keta ikut jln Sg Bogak- P.Buntaq tau sgt dah. Depa dok menyorok dlm hutan pisang, buat penggambaran filem...SAMAN EKOQ !!!"

  4. ujaine alto said...

    mmg bongok kera.. jaan nih.. kita pengeluar & penjual la ngok.. bila harga naik keuntungan mesti naik.. dah bnyk untung cover la subsidi tuhh... bongok..

  5. Mentadak said...

    sapa la yang bodo lagi dok undi puak-puak bangan ni....aku tonggang RM100 dlm civic aku tak penuh tangki...sial betul..

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |