PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(2) PRK. N05 Tenang - Halau Anwar Ibrahim ?

13 Safar 1432H |

Tiba-tiba hati jadi panas. Apakah tulisan yg dikirim melalui email ini putih suci bersih hatinya, atau sekadar satu tulisan 'celaka' untuk memporak perandakan jalinan baik pemimpin didalam Pakatan Rakyat.

1. Albanjari Online mohon agar 'pencerahan' dapat dilakukan segera oleh PAS Johor apakah benar persepsi tulisan berwarna 'merah' dibawah itu benar atau hanya satu tulisan yang mempunyai niat 'jahat' disebaliknya.

2. Siapa Wan Nasuha ini ? Atur tulisannya, lain macam saja...! Baca tulisannya dibawah.

[..] Saya ingin mengucapkan syabas kepada pucuk pimpinan PAS kerana telah memilih seorang muslimat, Puan Normala Sudirman, untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri pada 30 Januari akan datang. Alhamdulillah, kepimpinan PAS telah memberi pengiktirafan sewajarnya kepada Dewan Muslimat.

Peluang Puan Normala untuk memenangi PRK ini amatlah cerah, Insya-Allah. Ini berdasarkan kepada kelayakan akademik beliau, perkhidmatan beliau sebagai guru di kawasan Labis dan perhubungan erat beliau dengan masyarakat tempatan, terutama dengan masyarakat bukan Melayu.

Johor merupakan kubu kuat BN tetapi pencalonan Puan Normala akan menggugat dominasi politik BN di Labis. Jika ramai orang meramalkan Puan Normala akan hanya dapat mengurangkan majoriti BN, pada hemah saya calon muslimat ini akan memenangi PRK tersebut, Insya-Allah. Kemenangan PAS di PRK tersebut akan memberi semangat baru kepada PAS untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 di Johor.

Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada pemimpin, aktivis dan penyokong PAS untuk mengerakkan satu kempen pilihan raya yang berhemah dan berkesan. Barisan pemimpin PR yang turun untuk berkempen mestilah yang dapat diterima oleh semua golongan masyarakat dan tidak membawa mudarat kepada usaha-usaha PAS untuk menang.

Untuk tujuan tersebut, saya ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk melarang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim daripada terlibat dengan kempen PAS di Tenang. Penglibatan beliau akan membawa persepsi negatif kepada para pemilih. Kredibiliti beliau sekarang amat diragukan oleh rakyat dan beliau kini merupakan satu liabiliti kepada usaha PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Keputusan pimpinan PAS Johor meminta Anwar Ibrahim supaya tidak menghadiri majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin adalah keputusan yang amat tepat, dan saya rasa saya tidak bersendirian dalam menyokong penuh keputusan ini.

Saya berharap pucuk pimpinan PAS akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada cadangan di atas dan saya sudahi dengan doa agar calon PAS, Puan Normala Sudirman akan menang pada pilihan raya kecil ini.

Sekian. Wasallam.

Wan Nasuha bt. Wan Hassan
(kiriman email dari sumber asal - Ureka.Asia)

4 comments:

  1. Anonymous said...

    PAS kena bekerjasama dgn Anwar utk tawan Tenang dan Malaysia...

    Takyah nak mimpi la gerak2 sorg2 nak lawan UMNO ngan BN...lau x, masa Anwar kt sg buloh dulu, PAS dah menang besar..

    ckp biar la realistik sket...

  2. nasik kandaq said...

    salam.......

    Tulisan yg macam nie...dari satu sudut memang nampak ok.....

    tapi kalau seorang itu penyokong PAS sebenar....dia tak akan tulis macam nie....ada kilau dalam kilat...

    keroja macam nie cuba nak 'spin' mind set orang ramai...untuk melihat BN menang sebenarnya...bukan ikhlas nak kata PAS menang.........

    kenapa Anwar tak boleh datang?...siapa kata 'reputation' anwar dah merudum??.....nampaknya penulis nie sajalah berfikiran begitu......

    Dalam pakatan.....kita perlu berkerjasama antara komponen dengan matlamat utama menjatuhkan gerombolan.....kena faham yang nie....

    emosi persendirian dgn alasan yg sendiri direka adalah sangat memalukan...........

  3. Anonymous said...

    Sorry la tapi dah x mimat dengam aource ureka.asia
    Tak habis2 isu lepasvpemilihan haritu... Muak beb...

  4. Anonymous said...

    "Kalau macam tu mai kita boikot saja PAS". Itulah saat yang ditunggu pemimpin UMNOgk. Jangan termakan umpan burger Mc Don lagi.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |