PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Jika Blogger kena pelempang, Anwar kasi rotan !

Kamus pendita peribahasa melayu Ngok bilang - cubit peha kanan, peha kiri pun akan terasa sakitnya. Tiunaseng loorr...bikin sesat minda budak sekolah ker jadah ? Sekarang loo cubit peha kanan loo tu kuat2..ada nampak berbirat kat peha kiri loo? Kalo ada..memang Umno loo..! Umno kan suka bilang benda yang takda..jadi ada..!

Tapi kes kat bawah ni, benda ada jadi takder..! Apa yang ada, dan apa yang tak ada..jangan tanya aku, atau tanya sahabat wak si Anak Sungai Derhaka, tapi tanya kat Anwar Ibrahim !  Bukan kecik blogger nak cop bukan-bukan kat bos sendiri, setakat level gomo, takat sebut benda gomoi dalam kelambu, buleh laa...tu kan stendet dia loorr!

Wak pun tak suka sangat 'ronggah' kelambu orang, tapi kalo kelambu tu se'kaler' oren, sikit sebanyak birat jugak hati bila layan kes bukan-bukan yg berlaku dalam pemilihan PKR 2010. Ini sikit sebanyak buleh bikin orang 'atas pagar' goyang lol..kalo goyang 'gerudi' itu syiokkk...tapi kalo goyang lain, buleh mampuih bro!  So ? Sampai masa untuk kita sedut peribahasa alaf baru ni - Tiada rotan, pelempang berguna juga ! 

(*) Sekarang nak pelempang siapa ? Pelempang bagi kat blogger..Anwar Ibrahim kasi 'rotan', ada berani ?


[..] Walau apa pun teori dan persepsi, masing2 boleh membuat penilaian tersendiri. Dari pendapat gua, jika dakwaan yang sebegini berat disiarkan oleh blogger, maka menjadi tanggungjawap pimpinan untuk menyiasat dan memperbetulkan keadaan. Bukannya menjadi “bangau oh bangau” menuding jari terhadap blogger.

Kebanyakkan Blogger tidak mendapat apa2 manfaat dari “kenyataan liar” ini, apatah lagi mendapat sebarang bayaran untuk menjahanamkan partai. Ada dikalangan blogger yang rapat dengan kepimpinan dan mendapat akses tertentu, ada juga blogger yang melihat sendiri korupsi yang berlaku dan sebagai contoh, bagaimana politik wang berleluasa dalam pemilihan kali ini secara jelas dan terang. Bagaimana wang RM100 dihulurkan kepada setiap pemilih. Jadi bukankah ini amalan lapuk dari umnoapco yang diserapkan dalam parti.

Contoh…, ini ada satu cabang (kawasan parlimen YB), yang dulunya semasa kempen pilihanraya hanya memperuntukkan RM22 ribu sahaja, tetapi untuk pemilihan cabang menghabiskan RM200 ribu untuk kempen.... banyaknya duit dia… tapi bukannya duit dia pun… hahaha…!

Justeru itu, kepada Dr Syed Husin Ali, janganlah menghina blogger setelah mendapat kuasa, blogger menegur kerana sayangkan partai dan tidak ingin melihat apa yang selama ini diperjuangkan menjadi sia-sia belaka akibat salahlaku dan permainan kotor segelintir pimpinan atasan akibat mabuk kuasa dan gila jawatan. (Bro Isa-IkutSukaAku blog)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |