Bob Lokman - zaman remajaku yang sarat bersama lagumu !
Zaman remaja aku banyak dipengaruhi oleh lagu-lagu sentuhan bob lokman bro ! Chemistry lirik-lirik lagu dengan rockers macam aku, memang kuat betul masa tu. Zaman meledaknya lagu-lagu ROCK dan rockers. Nampak ganas, tapi liri k lagunya, cintun-cintun meleleh..!
Syahdu beb..layan sensorang ..kena pulak zaman tu memang zaman dahsyat gua, yang 16 jam asyik melepak di studio. Tapi bukan di studio muzik, studio TRP [KSPU] di UiTM Shah Alam, (sekarang disebut Fakulti Senibena, Perancangan dan Ukur). Sambil layan idea, drawing..telinga dok layan lagu WINGS.
Sudahnya mini compo gua selamba badak, dihumban pak guard yg tak reti nak senyum ke bawah bangunan. Cis...! Bayangkan nasib mini kompo gua yg dihumbankan dari tingkat 5 jatuh ke bawah bukit KSPU..barai bro ! Sedih wooo..!! Nangis gua bro..! Tapi gua nanggis dalam tandas jer ler ! 2 jam kurung kat dalam tu ! Nostalgia..!
Aku ingat lagi hebatnya Kumpulan WINGS kerana pengurus kumpulan WINGS ketika itu adalah Bob Lokman. Album pertama WINGS, 'Hukum Karma' meletop macam pisang goreng bro ! Tak dapat beli yg ORI, gua belasah beli yg cetak rompak ! Apa aku ada kesah..! Janji rock.
Jika di Kolej Kediaman Delima, ITM Shah Alam, tempat aku duduk 3 tahun disitu, tiba waktu tengahmalam , bebudak yg tak tido dok melalak dengan lagu-lagu hasilan bob lokman bro..! Tapi nak hebat lagi, boleh ushar ke blok Kolej Perindu, sana lagi hebat..sampai ada yg kena kejar dengan penyapu oleh pak guard..sudahnya jatuh tergolek ke bawah bukit..hahaha ! Hebat zaman tu bro..! Tu pasal aku kumpul lagu-lagu sentuhan bob lokman dalam skrol blog aku kat bawah ni..! Yang nak layan - teruskan layan.
TAMAN RASYIDAH UTAMA - Bob Lokman
RENDANG TAK BERBUAH - Bob Lokman
ISABELA - Bob Lokman
PADA SYURGA DIWAJAHMU - Bob Lokman
RENDANG TAK BERBUAH - Bob Lokman
ISABELA - Bob Lokman
PADA SYURGA DIWAJAHMU - Bob Lokman
Dan hari ini, bila dia serahkan borang PAS, aku orang paling gembira. Go Bob Go!..lepas ni Afdlin Shauki pulak akan menyusul dengan beberapa artis lagi.
Biar ternganga geng-geng UMNO yang kata si bob lokman ni entah siapa..memang ler bob lokman tu bukan Siti Nurhaliza. Bodoh betul puak Umno ni. Bodoh macam lubang bontot shypool yg dah macam-macam DNA bertapuk kat situ. Cukup banyak ni dulu..nanti aku rajin aku sambung lagi..!
Biar ternganga geng-geng UMNO yang kata si bob lokman ni entah siapa..memang ler bob lokman tu bukan Siti Nurhaliza. Bodoh betul puak Umno ni. Bodoh macam lubang bontot shypool yg dah macam-macam DNA bertapuk kat situ. Cukup banyak ni dulu..nanti aku rajin aku sambung lagi..!
Aura Bob Lokman di Himpunan Pemuda PAS 30K
Bob Lokman bilang, " kesian dgn org2 melayu yg kaya dan pandai. Penat mereka berusaha di dunia, penat pula merangkak kalau dpt ke syurga atau lebih tenat pula kalau 'homestay'nya neraka. Tak salah kaya dan pandai, tapi mengapa menolak Ulama'. Bukan semua, tapi mereka yg derhaka. Bertaubatlah...! "
" Benarlah dunia ada ujian. Berkata benar ada ujian. Marah yg benar ada ujian. Berbuat baik ada ujian. Mengutuk pada yg patut ada ujian. Yg paling halus, pujian adalah ujian.
Susahnya melihat tanpa dosa, susahnya berkata tanpa dosa, susahnya berniaga tanpa dosa, susahnya bekerja tanpa dosa, susahnya berehat tanpa dosa, susahnya puasa tanpa dosa, susahnya sembahyang tanpa dosa, susahnya berdakwah tanpa dosa, susahnya merdeka tanpa dosa namun lebih susah bila ada rasa TIDAK PERNAH BERDOSA.."
Susahnya melihat tanpa dosa, susahnya berkata tanpa dosa, susahnya berniaga tanpa dosa, susahnya bekerja tanpa dosa, susahnya berehat tanpa dosa, susahnya puasa tanpa dosa, susahnya sembahyang tanpa dosa, susahnya berdakwah tanpa dosa, susahnya merdeka tanpa dosa namun lebih susah bila ada rasa TIDAK PERNAH BERDOSA.."
Foto lain akan menyusul..
Bantai PAS, syiokk ker? dan petugas PAS kena berubah? pundek la luu..!!
Elok benar kalau pak katib baca, jawapan balas dibawah. Bukan apa, jika sekadar menulis dari ruang bilik yg berangin sejuk di rumah, apa sangat yang boleh dilihat dan mahu diubahkan. Atau sekadar mengalas dslr besaq gedebak cup cap cup cap ambil gambar di setiap PRK, tak guna juga. Wak rasa pak katib pun dah lama tak join turun dan beraksi di setiap PRK kan ? Periuk nasi kena jaga juga..lebih2 lagi sekarang Muhyiddin dah gemar sangat hantar warning kat geng-geng cikgu sekolah..ye dak !
spr sudah menetapkan bahawa kerdau dan merlimau akan dijalankan serentak sekaligus menambah spekulasi bahawa pilihanraya sarawak akan berlangsung dalam bulan april 2011. persiapan terakhir spr disarawak akan menemui penghujungnya bulan mac 2011. kerdau dianggap pengacau kepada persediaan spr untuk melaksanakan pilihanraya disarawak. kerdau dan merlimau disatukan. dalam masa yang sama pembangkang kembali berbuih buih kerana terpaksa berpecah dua untuk menawan merlimau dan kerdau. yelah dengar kata sahabat seperjuangan pas perlu berubah dan seperti biasa ia adalah pandangan peribadi bukan pandangan lain lain. aku masih tak faham kepada maksud pandangan peribadi. kalau pandangan setan macamana pula. masih dengan sikap begitu sampai bila bila.
"Samada sedar atau tidak, pengundi telah dan sedang membuat penilaian. Perubahan adalah perlu. Yang takut berubah akan kalah. Yang pasrah dengan kekalahan akan tetap kalah. berubahlah untuk berjaya" ini adalah pandangan peribadi penulis untuk dikongsi bersama sama direnungi " dicilok tanpa kasihan dari blog albanjari" pak katib.
ini jawapan aku kepada pak katib. pak katib mungkin orang bijak pandai yang terlampau telus mata memandang, mungkin pemimpin pas tidak nampak dengan kebijaksanaan dan pandangan peribadi pak katib, dan aku menjawab bagi pihak pemimpin yang terlampau sibuk mengira kekayaan dunia beli kereta mewah, naik fortuner, beli alphard. biarlah aku jawab sebagai orang yang tak nampak sangat keburukan pemimpin sebagaimana pak katib yang berjiwa rakyat marhaen.
pak katib mungkin berbicara dengan bulan dan tidak berbicara dengan ketelusan dan ketidak upayaan untuk memerintah tanpa sumber ekonomi yang kukuh. kenapa pas kalah digalas, kenapa pas kalah ditenang kerana apakah wakil rakyat pas tidak menjalankan tugasnya di kawasan masing masing. pak katib rasa bila jadi wakil rakyat, automatik duduk atas duit, semua benda bukan perlu duit, tanpa duit serba benda tak jadi. kita ambil contoh mudah je, kalau rumah terbakar, nak bina rumah paling bangang pun 20ribu itupun taraf ayam dan kaldai duduk. jadi apakah yb pas mampu beri 20 ribu sekaligus, atau paling koman hulur 100, seratus jadi apa kayu kekuda tak boleh beli, jadi dimana disilap kalau yb pas tak mampu beri sebanyak mana umno beri, pak katib tahu siapa taja umno, yg taja umno yg duk naikkan harga barang tulah. pak katib duk marah kepada pemimpin pembangkang duk rok cetong yb pas ni tak ambik cakna penduduk, dengan duit gaji campur elaun yb tak mampunya nak beri derma pun. mampus sampai kesudah yb pas.
bagaimana pas nak jadi molek, bila sebut pasal duit je, semua dah kosong kerusi mesyuarat, kalau menang seperti dikelantan, pak katib igt tok guru nik aziz dgn exco duk atas timbunan duit emas bekarung karung ke. jimat, potong sana, singkat disini, azab dan sengsara nak memerintah kelantan yang miskin dan hutang beratus juta. semua negeri yang pembangkang menang seperti kedah, kelantan terengganu dirampas royalti tak mampu bermewah dan nak menjalan apa yang dikehendaki oleh pak katib. sebab apa yb tak perform sebab kekangan ekonomi, tapi ada orang macam pak katib tahu. tahu kutuk adalah. aku bukan pemimpin aku bukan hidup atas kerja politik, nak datang bertugas duit sendiri bukan duit parti. parti pulak berhutang dengan pertugas, sampai kecerah parti hutang. ada pak katib tahu, yang pak katib tahu berubah berubah berubah tang mana yang nak berubah kalau duit tak ada. yb dah tak boleh perform sebab janji tak boleh tunai kerajaan negeri yilex duit tabungan, karput mampus. ada pak katib ambik tahu ambik cakna tak ada pun, ada fikir camno nak jana ekonomi parti pas tak ada.
tanya wak albanjari ada dia claim duit pas pergi bertugas di tenang, gi dengan yb idham lim belum tentu wak albanjari tidur hotel kelas berbintang bintang, nampak bintang aku rasa ada.
jadi untuk pak katib aku berkongsi pandangan peribadi aku sebagai penyokong pas, yang tetap hidup untuk terus berjuang walaupun orang kata perlu berubah. berubah kepala hangguk apa duit sesen tak ada dalam kocek. mungkin pak katib ada formula untuk semuanya. mana lah tahu.
Buat sahabat FZT, wak nak betulkan sikit disini, (baca tulisan BIRU diatas), bab tidur2 ni..malu wak nak cakap, tapi jika ditanya kepada geng Unit Amal yang bertugas didepan Rumah Kedai( Dataran Cikgu Mala) tu tempohari di Tenang, mereka memang tahu kereta siapa yang setiap malam dok parking tepi jalan mulai jam 3 pagi dan minta petugas Unit Amal yang bertugas disitu, kejutkan 'manusia' yang tidur di dalamnya agar dikejutkan setiap jam 5.30 pagi, kerana pukul 6 pagi dah nak solat jamaah dengan ustaz Idris di Markaz Induk Penerangan Pekan Labis.
Geng Unit Amal disitu dah hafal sgt dengan muka 'manusia' ni, cuma mereka tak tahu manusia itu namanya wak 'albanjari'. Sampai ke sudah...! Pak katib rasa, nyenyak ker tidur dalam keter ? Tu belum citer tidur di tepi highway beberapa malam ketika bertugas di Tenang. Alas perut dengan maggi cup..dan roti. Tapi ada aku kesah ? Minggu ini, aku akan bergerak ke Merlimau dan Kerdau pulak..!
Jika ada sahabat nak infaq stok maggi dan roti, bagus jugak..! Tapi ada ker?
Buat blogger pak katib, wak nak ajak pak katib turun sekali dengan wak ke Merlimau dan Kerdau..kali ini. Hubungi wak di 012-4026129. Wak tak janjikan bulan bintang dan penginapan sejuk berangin..tapi kalau nak ter'berak', jamban di masjid dan stesyen minyak, itu ler tempatnya. Ada berani ?
Buat blogger pak katib, wak nak ajak pak katib turun sekali dengan wak ke Merlimau dan Kerdau..kali ini. Hubungi wak di 012-4026129. Wak tak janjikan bulan bintang dan penginapan sejuk berangin..tapi kalau nak ter'berak', jamban di masjid dan stesyen minyak, itu ler tempatnya. Ada berani ?
"dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara.." Bob Lokman
" Kini aku menjadi ahli PAS.." Bob Lokman. Dihadapan lebih 30 ribu anak muda.
Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.
Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.
Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia.
Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka.
Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH.
Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN". Skrol dan baca seterusnya dibawah..
Assalamualaikum.
ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.
Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.
Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.
Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".
Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.
Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.
Sekian dulu sebagai introduction untuk blog ini, hingga bertemu lagi dalam tulisan selepas ini, Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.
Biarkan 'bulan' bicara....!
Biar "BULAN" Bicara. Bicara tentang apa? Tentang warna hijau didokong sebagai lambang sebuah pertubuhan yang memperjuangkan islam atau tentang dasar parti yang perlu diubah supaya mengikut kehendak semasa atau Bulan hanya mampu menyinar di gelanggang sendiri.
Perlukah adanya satu perubahan secara total bagi mengemerlapkan sebuah parti yang berlambangkan bulan ini sekali gus menjadi seperti bintang yang sentiasa bersinar bukan setakat di Kelantan dan Kedah tapi mampu menyelinap masuk dengan potensi dan keupayaan sendiri di beberapa buah negeri lain.
Peranan dan hala tuju PAS perlu lebih moden dan mampu menjadi jenama yang cukup kuat untuk sentiasa diingati. Istilah "Ayam sabung" untuk sesetengah penceramah tidak lagi releven buat masa sekarang. Peranan "ayam sabung" tidak boleh dilihat sebagai penggempur lagi kerana masyarakat sekarang sudah mempunyai doktrin baru yang disedut dari kecanggihan teknologi internet dan disedut terus melalui hujung jari. Masyarakat tidak lagi mudah dimomok dengan jenaka-jenaka kosong dalam setiap siri ceramah tapi lebih kepada intipati sebenar perjuangan dan jaminan masa depan. Jaminan yang bukan setakat hadir ketika kempen pilihanraya tapi secara terus menerus selagi bergelar wakil rakyat.
Persoalan-persoalan begini seharusnya dilihat sebagai perkara yang perlu dikaji dan diteliti. Kekalahan PAS dalam beberapa siri pilihanraya kecil dan yang paling menyedihkan apabila Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi Galas yang sebelum ini di bawah PAS sedikit sebanyak memberi kesan psikologi kepada penyokong PAS dan pengundi pengundi atas pagar. Mereka ini akan menilai keupayaan sebenar PAS. Apakah hanya beralasankan projek projek segera Barisan Nasional dan janji janji BN yang menyebabkan kekalahan PAS di Galas telah cukup untuk menutup kelemahan PAS. Apa yang perlu sebenarnya adalah melihat secara menyeluruh keupayaan sebenar PAS di kawasan terbabit. Apakah masalah rakyat sebelum ini dipertimbangkan sewajar mungkin atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Sejauhmana mesranya wakil rakyat terdahulu? Apakah masalah rakyat didengar dan diambil tindakan.
Belum reda dengan kekalahan di Galas, sekali lagi PAS ditumbangkan di Tenang dengan majoriti yang besar. Penurunan jumlah undi yang memihak kepada PAS sekali lagi memberi tamparan hebat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Sekali lagi suara-suara sama berbunyi. Pelbagai alasan mula timbul dan pelbagai andaian yang menyebabkab kekalahan mula tercipta. Sekali lagi kita mencari di mana silapnya. Calon yng silap atau demokrasi dan hak bersuara di Malaysia sudah tercemar dan ternoda. Kekalahan di Tenang mungkin tidak lah dirasai sangat oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana Tenang merupakan kubu kuat UMNO yang juga berada di negeri yang tertubuhnya UMNO, tapi PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil iktibar dari kekalahan ini dalam pelbagai aspek.
Keupayaan jentera PAS dan Pakatan Rakyat serta kaedah mengambil hati pengundi apakah bersesuaian dengan "trend" sekarang. Apakah hanya kerana beras sekampit dan kain pelikat cap gajah sudah memadai untuk memujuk pengundi menerima PAS. Mungkin belum sempat untuk muhasabah dan membuat penilaian secara mendalam kerana ada dua lagi PRK yang menanti iaitu di Merlimau dan Di Kerdau. 17 PRK sudah pun berlalu sepanjang penggal PR 12 ini dan khabarnya boleh dicatatkan dalam "Gennius book of record" .
Samada sedar atau tidak, pengundi telah dan sedang membuat penilaian. Perubahan adalah perlu. Yang takut berubah akan kalah. Yang pasrah dengan kekalahan akan tetap kalah. berubahlah untuk berjaya.
sekian wassalam
Pak Katib
18 Februari 2011
** ini adalah pandangan peribadi penulis untuk sama sama direnungi***
Brengsek !! Blog PR cuba disabotaj lagi !
Usai solat jumaat, ramai sahabat tidak dapat masuk ke blog TT, malah ada sms bertanyakan mengapa? Mungkin henfon tt sudah jem, hingga limpahan sms itu masuk ke henfon wak pula. Tak kisah laa..! janji rock !
Nampaknya ada cubaan sabotaj keatas blog tt. Lain macam ni beb ! Tiap bulan depa ni bikin jahat apa hal? Bulan lepas blog kedahlanie. jahanam dan jatuh longkang. Sebelum itu blog wak yg asal 'politik banjar' juga jahanam dikerjakan oleh hacker. Ni sapa punya kerja ni? Macam sial jer !! Dibawah mesej tt untuk semua. Content Warning kat bawah ni apa jadah plak ?
sebentar tadi ada percubaan untuk mematikan tukartiub dari bergerak, percubaan ini telah dipatahkan. yang menulis surat kepada tt kerana gagal masuk tt, dan bertanya apa terjadi? diucapkan terima kaseh. juga terima kaseh kepada tim teknikal tukartiub, selamat bertukartiub!!!
PANAS BERAPI - Boiprenk Paris Hilton tipu bank Malaysia RM19 juta?
19 juta bro ! 19 juta. Bukan RM19 hinggit. Kah..kah..kah ! Dato', Tan Sri Umno mana plak yang bikin gila ni..! Kalau macam tu punya banyak, sumpah bukan Mahfuz yang gi pinjam. Tuan Guru Haji Hadi pun mustahil nak buat lawak pinjam duit RM19 juta kat bank.
Apa ? Mat Saman Kati? Hang jangan bikin loklaq kata orang Kedah. Lu ingat kalau takde endorse kroni-kroni atas nama UMNO, senang ker nak lepas loan bank banyak macam tu? Jangan plak kata aku fitnah plak.
Aku ada pengalaman gak tengok kes macam ni, kes tibai duit bank dan lari malam. Pastu salahkan orang lain. Chitt..poodah ! Bukan sikit bro, RM10 JUTA bro ! Wakkakaka..! Lingkup Bank Bumiputra. Boleh bank tu (lokasi-dirahsiakan), bila (chairman company tu rapat giler dgn si'mudah lupa',) just angkat call jer bro, angkat call..petang, esok loan approved penuh gemilang dan terbilang. Bukan sikit..juta bro. Alasan chairman tu org kuat' mudah lupa'. Kroni ler tu!
Kes macam ni, UMNO jer yang suka buat. Kalau berani sanggah ler fakta aku ni. Biar nanti aku baraikan ber-episod2 salah guna kuasa puak2 tu dalam menjahanamkan bank bumiputra. Wakaka..!
(*) Apa nak jadi, bank bumiputra pun dah lingkup, dengan nama2 masuk dalam lubang kubur.
18SX - Blogger cun yang buat Papa Gomo mel#nc#p sensorang !
Jika blogger ini lahir di Malaysia, tentu akan hangat dan lebih mendebarkan jiwa raga. Jiwa lelaki bisa jadi rentung. Jiwa UMNO akan hangus dibakar. Lemak-lemak Parpu dan Gomo akan kering disedut hingga kurus kering tinggal tulang. Hebatnya blogger muslimat ini. Bagus kalau dapat dijemput blogger ini datang ke Malaysia. UMNO tak kan sudi jemput blogger ini. Nak mampus !
Err..! Takpa..wak cuba usahakan kot dapat bawa blogger cun ini ke Merlimau dan Kerdau. Apapun pagi ni nak fesbuk dulu dengan minah ni. Huhu ! ( Kalau dia dapat datang, rasanya, mau lengang kem blogger UMNO di PRK Merlimau..pasai dok meleleh ayaq lioq layan punya la jambu blogger 'power' kelahiran Mesir ni..!
Selebihnya baca apa blogger keretaburuk kata dibawah, melalui paparan muat turun klip videonya di youtube, pada 16 Januari lalu, telah mampu menggerakkan rakyat keluar rumah turun ke jalan raya. Dalam rakaman video itu Asmaa menceritakan tentang empat warga Mesir yang membakar dirinya sendiri sebagai bentuk protes terhadap kemiskinan, kelaparan, dan kezaliman yang dilakukan pemerintah. Ini satu idea yang baik untuk diaplikasikan di Malaysia. Awek-awek cun sekalian ayuh luahkan ketidakpuashatian anda terhadap kekejaman, kezaliman yang telah diperlakukan terhadap rakyat oleh UMNO BN di dalam laman sosial youtube dan di facebook.
Pasti para pemuda bangun melawan. Bunyi macam lawak bodoh. Bodoh-bodoh pun ia adalah perkara yang serius bagi UMNO BN sehingga kerajaan rejim mahu memperluaskan akta mesin cetak meliputi facebook, twitter dan youtube. Semestinya individu seperti Asmaa adalah berbahaya kepada kerajaan bersifat diktator.
Asmaa yang datang ke Dataran Tahrir secara bersendirian dalam protes, sambil memegang poster yang tertera nombor telefonnya dan mengajak mereka yang lalu lalang di Dataran Tahrir bergabung dengannya tetapi hanya tiga pemuda sahaja bersamanya ketika itu. tetapi malangnya, seperti amalan negara-negara diperintah oleh rejim macam Malaysia juga, mereka berempat ditangkap oleh polis Mesir.
Setelah dilepaskan, Asmaa bertambah semangat dan menyeru rakyat turun protes. “Orang-orang yang mengorbankan dirinya sendiri ini (empat orang Mesir yang membakar diri) tidak takut mati. Tapi kita takut kepada pihak berkuasa. Bayangkan! Apakah Anda juga seperti itu?”
“Saya tidak akan membakar diri. Jika pihak berkuasa yang akan membakar saya, biarkan mereka datang dan melakukannya. Kalau Anda lelaki sejati, datang dan bergabunglah dengan saya pada tanggal 25 Januari.” Asmaa betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir. Di Malaysia belum ada lagi awek mencabar kelakian pemuda Malaysia.
“Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya pada tanggal 25 Januari,” demikian ajakan Asmaa dalam rekaman videonya. Betul-betul mencabar kelakian pemuda Mesir! ayuh awek Malaysia!
“Kehadiran Anda bersama kami akan membuat satu perubahan. Ajaklah jiran, teman dan keluarga untuk datang. Jangan hanya duduk di rumah dan menonton berita atau berfacebook yang hanya akan merendahkan kita.”
“Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah,” ujar Asmaa. Hebat Asmaa !
PANAS BERAPI - Tok Ai, jangan hang pulak mati, please !
Bro ? Izrail SMS ker ? Nampak muka macam tak 'tenang' jer ?
Belum pun habis BN meraikan kemenangan di PRK Labis. Belum pun sampai sebulan Adun Tenang, Azhar Ibrahim berkhidmat sebagai Adun. Belum pun hilang warna merah tanah kubur Datuk Sulaiman Taha.
Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung. Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur.(Isa)
Azmin - nak aku sumbat mulutmu dengan tahi ker?
"..Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.
Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” baca seterusnya dibawah.
Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” baca seterusnya dibawah.
PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu. Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.
Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.
“Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.
Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.
“Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.
Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.
PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.
Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.
Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.
Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina.
The True Story - Adakah Malaysia mahu menjadi seperti Tunisia?
Malang menimpa seorang warga emas berumur 56 tahun di Pengkalan Kubur. Beliau dipukul sampai mati tanpa belas kasihan oleh 4 orang anggota UPP manakala seorang remaja berusia 19 tahun yang menjadi saksi kejadian ditembak sebanyak 2 kali, 1 tembakan di dada & 1 tembakan diperut.
Berita pertama keluar di RTM 1 jam 5 petang tadi, dilapor "pihak berkuasa berjaya mematahkan sindiket penyeludupan beras TERBESAR di Kelantan" sedangkan ketika berita itu disiarkan, bedah siasat pada mayat Pakcik Sa'aid masih belum dimulakan lagi, dan pada jam 11.00 malam tadi baru selesai.
TPU (Topeng Perak Unmasked) yang sempat menziarahi rumah keluarga Arwah Pakcik Sa'aid mendapati keadaan rumah keluarga Arwah agak uzur. Timbul persoalan bagaimana boleh seorang penyeludup beras TERBESAR tinggal di rumah sendiri yang hampir runtuh..?
Persoalan kedua yang timbul pula ialah mengapa saksi utama kejadian, seorang remaja berusia 19 tahun ditembak..?
Tragedi berdarah ini berlaku pada pagi tadi pada lebih kurang jam 8.00 pagi. Pakcik Sa'aid telah ditahan oleh 4 orang anggota UPP dan selepas itu telah dipukul sehingga meninggal dunia. Semasa anggota UPP memukul pakcik Sa'aid, sorang anak saudaranya telah lalu berdekatan tempat kejadian dan telah lihat apa yang berlaku. Lalu dia pulang ke rumah untuk melaporkan kejadian yang berlaku. Ini menyebabkan orang kampung yang mengenali Pakcik Sa'aid menjadi marah dan kemudiannya mereka berkumpul lalu pergi ke Hospital Kelaboran.
Sebaik tiba di Hospital, kelihatan 4 orang UPP yang memukul Pakcik Sa'aid turut berada di sana, remaja itu terus menunjukkan kepada orang kampung - " Inilah anggota UPP yang pukul Pakcik Sa'aid,". Orang kampung yang marah cuba untuk mendapatkan penjelasan mereka, bagaimanapun 3 orang anggota UPP itu terus melarikan diri. Manakala sorang anggota UPP yang telah terkepung terus melepaskan 2 das tembakan pada dada dan perut remaja itu.
Keluarga arwah mengakui perbuatan Pakcik Sa'aid itu menyalahi undang-undang, tetapi apa perlunya membelasah orang tua berusia 56 tahun sehingga mati..?. Adakah negara ini tiada undang-undang?
Atau pihak berkenaan mahu rakyat Malaysia turun di jalanan seperti di Tunisia & Mesir. Jangan lupa pemberontakan rakyat Tunisia bermula apabila seorang pemuda lulusan ijazah berniaga buah tanpa permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.
Adakah Malaysia mahu menjadi seperti di Tunisia?
Teruk sangatkah taraf hidup rakyat sekarang?
Semalam saya mengisi minyak kereta di Shah Alam. Sewaktu sedang beratur untuk membayar, ada seorang hamba Allah ni tiba-tiba mengomel mengutuk Najib dan kerajaan UMNO BN atas alasan tidak berjaya mengawal harga minyak.
Boleh dikatakan 100% mereka yang beratur di stesen tersebut untuk membayar juga memberi respons yang sama kepada statement dari hamba Allah tadi. Termasuk ada 2 orang dari keturunan Cina dan ada 4 atau 5 orang Melayu saya rasa. Satu statement dari hamba Allah itu saya masih ingat, "Kita jangan bagi BN menang lagi next election, kita cuba pulak PR."
Kemudian saya ke sebuah pasaraya untuk membeli barang keperluan. Sewaktu beratur untuk membayar, di hadapan saya ada sapasang suami isteri juga sedang beratur. Saya dapat lihat, si isteri dan suami sedang berbalah untuk membeli barang keperluan. Saya tidak dapat mendengar dengan jelas, tetapi dari tindakan si suami, saya dapat rasa si suami tidak bersetuju untuk membeli barang-barang tertentu tetapi si isteri mahukan juga. Akhirnya si suami mengalah dan terus meletak barang-barang di kaunter bayaran. Bila cash register memberi total angka RM108.40, tiba-tiba si suami meminta cashier untuk membuang 2 ekor ayam yang bernilai dalam RM12. Jadi total yang si suami kena bayar cuma RM96 lebih. Pada kiraan saya, si suami cuma ada RM100 sahaja dan beliau tidak mampu membeli lebih dari itu.
Petang sebelum pulang ke rumah, saya singgah ke gerai goreng pisang di tepi jalan di flat berdekatan Kota Kemuning. Sewaktu saya hendak membeli goreng pisang, keropok lekor dan kuih-muih, ada seorang hamba Allah yang saya rasa baru turun dari bas kilang dan ingin pulang ke rumah flat yang berdekatan. Hamba Allah ini bertanya harga goreng pisang. Kakak yang menjual itu memberitahu 4 untuk RM1. Dia minta 2 aje dan terus memberi RM0.50 kepada kakak tersebut.
Adakah hidup rakyat Malaysia majoritinya susah sangat sekarang ini???? Menitis air mata saya bila melihat keadaan ini.(Fatamorgana71)
Kereta ini sesuai untuk yang takut MATI !
Kenderaan ini dibuka untuk tempahan. Edisi Terhad. Hanya untuk yang takut MATI dan yang banyak DOSA kepada rakyat sahaja.
LONDON - Kereta Jaguar XJ X351 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Britain, David Cameron, dilengkapi pelbagai ciri istimewa bagi menghalang serangan pengganas, lapor sebuah akhbar semalam.
Banyak ciri tersebut dirahsiakan tetapi kereta mewah berharga £200,000 (RM977,309) itu dilaporkan memiliki perisai kalis bom, tayar masih boleh bergerak walaupun pancit, tingkap kalis peluru dan bekalan oksigen untuk digunakan dalam serangan kimia atau biologi.
Kereta itu juga dipercayai dilengkapi senjata yang boleh digunakan petugas keselamatan untuk membalas tembakan sekiranya mereka diserang.
Kereta XJ X351 itu mampu memecut selaju 264 kilometer sejam kerana ia dijana enjin petrol berkuasa tinggi dengan kapasiti 5.0 liter yang berupaya mengeluarkan 503 kuasa kuda (hp).
Kenderaan itu jauh lebih berkuasa berbanding Jaguar XJ standard yang cuma mengeluarkan 385 hp.
Satu kelemahan kereta tersebut adalah ia menggunakan banyak petrol iaitu 3.78 liter petrol untuk jarak 36.8 kilometer manakala pengisian tangki penuh memerlukan belanja sebanyak £104 (RM507).
Jawapan chedet vs. selipar jamban - dua-dua ke jamban !
Dibawah jawapan yang chedet bagi mengikut logik akalnya. Dan dibawah sekali, dari jawapan chedet adalah jawapan aku untuk jawapan bangang dia. Jawapan aku cukup ler dengan 'selipar' jamban. Enough..bro !
JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ
1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.
2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.
3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.
4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.
5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.
6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.
7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.
8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.
9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.
10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.
11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.
12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.
13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.
14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.
15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.
16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.
17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?
18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.
19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.
20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.
21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.
22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.
23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.
24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.
25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?
26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.
28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.
29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat);"Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.
30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."
32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.
33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.
34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.
35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.
36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.
37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.
38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.
39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.
40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.
41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.
42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atautheory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.
43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.
44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?
45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?
46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?
47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.
48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?
49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Jawapan yang diberi memang boleh di'pakai', tapi dipakai macam selipar kat atas ni, pakai untuk dibawa ke jamban. Stop !
chedet Oh chedet, muarghh !!
Masa Tun Mahathir jadi PM dulu, dia adalah ahli politik yang paling gurkah-gurkah politik di'port' minat dan respek. Akan ikut dimana saja function-function yang ada Tun Mahathir kalau disekitar sebelah utara.
Satu benda yang gurkah-gurkah politik ini sudah nampak jelas tentang Tun ini ialah, hari ini dia kata A. Bila tiba esok, benda yang sama dia boleh kata B atau C.
Pernah dalam satu perjumpaan dengan masyarakat cina bila dia bercakap tentang perlembagaan negara, dia ada kata yang perlembagaan negara tidak memperincikan tentang bangsa seorang Perdana Menteri dan dia juga telah membayangkan yang siapa tahu mungkin satu hari PM merupakan seorang dari bangsa cina. Apa lagi? Gemuruh lah cina-cina yang ada pada function tu tepuk tangan bagai nak rak. 2 jam lepas tu, bila ada function dengan orang-orang umno atau orang-melayu pulak, dia kata yang mana boleh gugat hak keistimewaan orang melayu. Jangan cuba-cuba nak gugat walau satu inci pun! Maka berteriaklah orang-orang melayu yang ada masa tu ... Hidup Mahathir! Hidup Mahathir!
Kah..Kah..Kah..yang bangang kita orang melayu. Bukan itu saja...macam-macam lagi...
Dalam satu buku baru yang diterbitkan tentang Tun Mahathir, mereka telah 'quote' dia kata yang dia ada buat perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum operasi lallang dibuat dan telah memberi jaminan kepada mereka yang mereka tidak akan ditangkap.
Bila ada orang tanya dia semula kes tangkapan dalam operasi lallang ini selepas mereka membaca buku itu, Tun Mahathir memang 'champion' dan cekap dalam pusing dan putar untuk selamatkan diri dan kata (atau tuduh?) bukan dia yang arah tangkap, tapi polis yang arahkan mereka-mereka ini di tahan dibawah ISA.
*Tak kan aku sorang kot nak sangkut? nak sangkut..biar semua orang sangkut!
Bila Lim Kiat Siang dengan Karpal Singh pula kata yang Tun Mahathir tak ada jumpa mereka berdua, Tun Mahathir 'kona' lagi ...., dia kata pula benda dah 20 tahun lebih, manalah dia nak ingat, manalah dia nak cam kan muka-muka yang dia jumpa. Kah..Kah..Kah..
Nak play safe pula, Tun sudah pusing balik kata... apa kata orang-orang yang dia ada jumpa 20 tahun dulu tu yang sebelum ditangkap tu tampil dan membuat pengakuan. Kah..Kah..Kah.. nampak? sikit punya champion ka?
(sumber) dollah yankee - guarkah-gurkah dapat rasa yang Tun Mahathir ni kalau boleh nak jadi PM sekali lagi..!