PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Ada sapa nampak, aku punya 'telor' haa ?

Nak jadi seorang ketua kena ada 'guts' atau kena ada telor. Tapi tidak bagi Najib yang gurkah-gurkah politik di'port' telah melabelkan dia memang seorang ketua, tetapi ketua yang tak ada telor, sebabnya sampai sekarang dia masih tidak berani mahu bubarkan parlimen dan adakan PRU-13. Setelah di riki-riki, memang sah dia tak ada telor sebab sejak awal tahun 2011 sampai lah hari ni dah pun masuk awal tahun 2012, PRU-13 yang kita semua tak sabar menunggu tak nampak bayang pun.

Jika beliau adakan PRU-13 sebelum bulan Julai tahun 2011 yang lalu terutamanya pada bulan Mac, pasti beliau akan menang besar sebab pada masa itu Pakatan Rakyat (PR) sedang kucar-kacir dan belum dapat berdiri di atas tapak yang kukuh lagi. Masa itu Bersih 2.0 belum pun memaparkan tuntutannya kepada kerajaan.

Namun demikian, kesilapan Najib melengah-lengahkan sampai sekarang ini bukanlah satu langkah yang bijak sebab selepas pemilihan parti yang diadakan oleh PAS, PAS telah bertambah kuat sementara PKR dan DAP masing-masing telah pun mengorak langkah untuk memperbaiki kedudukan mereka. Kini ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini sekarang telah berada diatas 'terra firma' atau permukaan bumi yang kukuh, orang putih kata berada 'on solid ground'.

Punca nya adalah disebabkan oleh Najib sendiri yang tidak ada telor atau tak berani nak menebang pokok, mengikut kata peribahasa Cina. Apabila seseorang hendak menebang pokok, kapak yang dihayunkannya mesti sampai tepat untuk memukul sasaran tetapi Najib hanya berani menghayun kapak 'halfway' dan selepas itu menarik balik pergerakannya semula. Ini bererti beliau tidak berani 'go for it', seperti setengah orang yang suka cakap-cakap dan bermegah-megah tetapi pada masa yang ditetapkan untuk beraksi, orang itu pergi berkelah di tepi pantai ataupun duduk dalam rumah sahaja.

Najib sekarang cuba membuat sesuatu untuk mengawal kenaikan harga barang yang masalahnya semakin bertambah teruk. Tetapi kenyataan dari kerajaan menunjukkan bahawa tiada satu orang pun mempunyai rangka pelan yang jelas. Semuanya samar-samar, kabur dan tidak mempunyai halatuju. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan langsung tiada idea bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

Oleh kerana masalah harga barang naik, Najib tidak berani mengadakan PRU-13. Ini memang akan memberikannya imej sebagai seorang pemimpin yang kurang keberkeyakinan. Berbanding dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, walaupun dengan caranya yang tersendiri dan tunggang-langgang serta caca-merba, Badawi bagaimanapun telah berjaya menetapkan tarikh pilihanraya umum.

Dengan pendirian sebegini, ramai rakyat Malaysia terutamanya dari golongan yang miskin dan berpendapatan rendah hanya boleh tunggu, lihat, harap dan berdoa. Ramai daripada mereka pun telah menggelengkan kepala tanda rasa kecewa, fedup dan bengang dengan Kerajaan BN/umno.

sumber dipetik dari blog dollah yankee

Bezakah Hj. Tempirai dan Hassan Ali ?

Kata orang UMNO di Ampang - Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.

Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecuali KEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.Persetan lah dengan alasanPERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas! Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.

Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agendaKUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI? Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?

Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya. Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampangmemperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.

Tengok saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.

Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi dengan MENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORM untuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.

Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya. Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA! Jadi persoalan nya...APA KE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..??? - sumber lagi-pasal-jelajah-hassan-ali-di-ampang.

Kata Wak - Macam dah jadi 'parasit' plak dah dia ni. Burukkan PAS di pentas umno? Tu pasal aku rasa setuju saja apabila Dato' Tuan Ibrahim gesa DHA kosongkan kerusi Adun yang dimenanginya diatas tiket PAS 4 tahun lalu. Tetapi beranikah Hasan terima cabaran ini ?

Jawap WAK plak - Dia tak akan berani kosongkan kerusi itu. Sama macam kes kerusi Kulim-Bandar Baharu, Hj. Tempirai Bagan Serai, Pasir Mas dan sewaktu dengannya. EGO orang politik memang macam tu, MALU? Jangan mimpi laa jika sifat 'malu' itu ada pada pemimpin mcm ini. Akhir kalam..ambik nih..Puihhh !!

Pas desak Hasan letak jawatan Adun

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri. By: Ayid Hassim

DHA Tour - 200 kapcai, 2 ribu horang..dasattt ker bro ?

Kata Dato' - Alhamdulillah, program di Kg Bukit Belimbing semalam sangat berjaya. Saya di sambut dengan iringan 200 buah motosikal anak-anak muda. Majlis yang di anjurkan oleh penduduk kampung itu berjaya menarik lebih 2 ribu orang. Yang paling mengembirakan saya ialah penglibatan Timbalan Ketua Cawangan PAS dan ahli jawatankuasanya dalam penganjuran majlis tersebut termasuk memberi ucapan bersama-sama saya.

Kata Rakyat - Wah hebat, Dato'! Lebih hebat dari Anwar. Tak de canlah Anwar jadi PM, gigit jarilah. Dato' boleh jadi PM ganti Najib nanti. Tapi parti Jati kena bertanding dlm PRU-13 nanti. Parti Jati kena menang majoriti. Semua pemimpin dan ahli parti Jati mestilah Ulamak supaya tidak jadi seperti PAS yang Dato' kata 72% bukan Ulamak.

Kata ahli PAS - orang-orang pas flexible...diaorang pergi semua majlis orang ..tak kira majlis siapa pon..untuk dengar semua pihak..baru buat penilaian..kalau cara kita betul dgn cara islam...pasti kita akan di sokong,,,orang islam kena bijak menilai,,,bukan hanya mendengar apa yang diucapkan,dan terima bulat2 tanpa buat penilaian.

Kata Wak - Ada penyokong DHA suruh si Hasang Ali pi saman wak, ker jadahnyer ? Puihh..!!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |