PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

KL yang 'GILA' - (18) Kematian pertama mangsa bom asap ?



TERKINI - KEMATIAN PERTAMA TERCATAT SUDAH.

Suami kepada ketua wanita setiawangsa telah kembali kerahmatullah sebentar tadi akibat tersedut sedutan gas pemedih mata yang berlebihan. 

SUAMI KEPADA KETUA WANITA PKR CABANG TITIWANGSA, BAHARUDIN BIN AHMAD TELAH MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI AKIBAT TERJATUH KERANA SESAK NAFAS ASAP GAS PEMEDIH MATA. KEMATIAN INI MENJADI TAMPARAN HEBAT BUAT NAJIB  DAN PDRM SENDIRI ! Jenazah masih berada di bilik mayat Hospital KL. 


Dan dibawah, kaki pulak patah ! Siapa bagi patah ? Tengok jer v-tee dibawah.


Berita lain akan menyusul.


Tuan Guru Hj. Hadi dibebaskan sebentar tadi ! TAKBIR !!

Bebaskan Hadi Segera Sebelum 1 juta Ahli PAS Ke Bukit Aman.


Hanya 2 Pilihan. Bebaskan TGHA atau 1 juta ahli PAS akan turun ke KL dalam tempoh 24 jam. PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman. Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis. Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.

* Menerima panggilan telefon meminta semua ahli PAS dan Pakatan Rakyat berhimpun di IPK Kuala Lumpur sekarang. 

TERKINI JAM 7.30 PM
RELEASED !! - Bersih 2.0 chief Ambiga Sreenevasan and PAS president Abdul Hadi Awang were released at 6.30pm today after giving their statements to police at the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters (IPK KL). Speaking outside of the IPK KL, Ambiga congratulated Malaysians for turning out in force.

“What I can say is, again, syabas rakyat Malaysia, we were not intimidated.

“This is no longer just about electoral reform. What we have achieved today was the rakyat's wish to have a sophisticated democratic process. It has opened the rakyat's eyes, that is what has been achieved,” she said.

She was the first among the seven who are detained at the KL headquarters to be released. The seven were Ambiga, Hadi, Bersih steering committee members Maria Chin Abdullah and Jude Rubis, PKR supremo Anwar Ibrahim's younger daughter Nurul Iman, and two others. KL CID chief Ku Chin Wah said that all detainees will be released by tonight.

“We hope to release all those in Pulapol (Police Training Centre) in stages by 6.30pm today and by 9pm for those at Jinjang and IPK,” he said. Ku said that those in Pulapol will be taken back to where they were arrested and released there.

KL yang 'GILA' - (17) Tumbukan 'knock out' untuk Patriot dari BERSIH 2 !





Takut giler aku bro..! Takut kapunden bila baca cogankata 'ganaz' gitu. Perh..!! Mau 3 hari aku demam nih !! Kah..kah..kah !!


Dengar cakap, ganas giler bro ! Setakat 200 meter jer boleh pergi, baik kunyah tosey lagi baik. PERKASA jugak yang cerdik, siap boleh pekena teh tarik 2-3 kole di restoran dekat stadium Titiwangsa sambil tonton tv. Kesian aku tengok geng Patriot ni. Depa ni daftar ROS ker? Ker pertubuhan haram jugak ? Takpa..lain kali cuba lagi, mayb BERSIH 3 boleh dapat langkah jauh sikit, dari 200m ke 400m lompat berpagar kot pulak. Jiwa kental taik kucing !! 



Tahniah BERSIH. Anda semua (peserta himpunan aman ini) memang hebat ! Tolong jangan bandingkan kehebatan rakyat yang menjunjung BERSIH dengan rakyat Pat'turot' di atas. Tak terjangkau akal bro ! Jauh sangat. 

Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar. *Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan. Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters. (dari Cina Islam).



FOTO PALING COOL !
Lepas bergasak, shakehand 
settle bro .. !
Ini gambar paling cool ..
Kita tak sombong dengan polis !

foto ehsan wartamaya.
** nak tunggu apa cerita pencacai umno malam ini ! Bukan apa..nak tambah gelak dari persembahan lawak paling murah diberikan oleh team pat'turot ! 

KL yang 'GILA' - (16) Petisyen BERSIH kini berada di pintu istana ! TAKBIR !!

Jikalau TUAN GURU HJ HADI tidak dibebaskan, PAS akan membuat himpunan Sejuta ! TAKBIRRRRR. TGHA berada di dalam trak polis setelah ditahan lewat sejam yang lalu.

Berjuang habis-habisan sehingga titisan peluh terakhir. Dan BERSIH memang mantap...ramai orang bukan melayu dari cina dan india turut berhimpun. Senario yang mengerunkan Umno. Harapkan Patriot, dah terklepot tengah jalan. Harapkan mamak lagi tak boleh harap ! Fikir capati dan tosey dia saja. KJ jugak yang kena bedal.

Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0. Strategi BERSIH yang bergerak dari pelbagai arah berjaya mengelirukan sekatan pihak berkuasa. BERSIH mantap ! MATLAMAT SEMAKIN HAMPIR.




PAS memberi tempoh 24 jam supaya pihak berkuasa membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan. Tahniah diucapkan kepada semua penyokong himpunan aman bersih walaupun ditutup segenap penjuru, itu hanya perancangan manusia.. Namun tanpa jangkaan UMNO tiba-tiba dianggarkan lebih 100,000 turun bergerak dari berbagai arah dan disegenap penjuru. Hebatnya BERSIH, dan kartun nya Patriot serta Perkasa. 



Ribuan pendokong BERSIH dari bukan melayu yg hadir bersama serta ucapan berapi Dr. Hatta dan pimpinan lain, seusai menyanyikan lagu Negaraku. 

Himpunan BERSIH kini telah pun selesai. Peserta mula bersurai. Namun penyokong PERKASA terus cemerlang apabila hampir 20 ribu ahli nyer, (oppss..20 orang saja sebenarnya) dilihat sedang syiok menghopey di sebuah restoran berhampiran Stadium Titiwangsa. 


Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen. Sedikit kecewa kerana Presidennya langsung tidak kelihatan.  Apa nak buat, katak mana berani main hujan, panggil hujan okay laa..tu dah kerja rutin dia bro !

PENUTUP - TUMBUKAN 'KNOCK OUT' UNTUK PERKASA, PATRIOT daripada BERSIH 2 ! 

Apabila aku melihat senario kebangkitan BERSIH 2.0 dan keberanian rakyat-rakyat Malaya walaupun dihalang dengan pelbagai cara, aku mula tertanya, adakah aku dalam golongan majoriti atau minoriti?

Maka tersemat rasa kagum atas keberanian pemimpin dan rakyat berjuang menegakkan apa yang mereka percayai.  Maka, BERBANGGALAH MEREKA-MEREKA YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARI SEJARAH 9 JULAI 2011.

Malu pada dunia? Persetan pada mereka. Bukan mereka pernah kisah pada nasib kita.
Dari dinding blog ini, satu standing ovation buat mereka yang berani.

Tahniah buat PDRM yang menjalankan tugas dengan "berhimpun" lebih awal dari BERSIH 2.0 dan Patriot. Mana PERKASA? Takkan menjadi penonton BERSIH 2.0 saja, dan sekaligus memberi tumbukan knock-out kepada Patriot? Harapkan kawan, kawan tinggai kawan ! - dipetik dan diedit dari tulisan blogger Harimau Menaip di sini. 

* Aku yang semakin letih ! Tetapi penuh puas. 


KL yang 'GILA' - (15) Patriot mengaku kalah dan lari lintang pukang !

Dilaporkan polis gagal mengawal kumpulan Bersih yang bergerak dari KLCC melalui Jalan Ampang untuk ke Stadium Merdeka. 

Dilaporkan polis hilang sabar dan memukul peserta Bersih di sana. Mengapa polis tidak layan patriot macam polis hentam aktivis bersih? 


Puluhan ribu rakyat prihatin daripada pelbagai kaum dan agama sedang berada di "medan tempur" dan kini berdepan gas pemedih mata menuju ke stadium merdeka.

Adakah cara tembakan gas pemedih mata terus ke DSAI itu sebagai dari rancangan membunuh ? - dan itulah yang disoalkan oleh Lawrence Lau di FBnya. 



Patriot dilaporkan mengaku kalah dan membuat kenyataan untuk menarik diri daripada berhimpun dan menuju ke Stadium Merdeka.

Dari tinjauan kelihatan hanya 100 ahli Patriot kelihatan bersama Arman Adha semasa membuat keputusan itu. Manakala KJ dipercayai dibawa ke Pulapol oleh pihak polis. Semburan air kimia terus diledakkan kepada peserta BERSIH. Hujan terus turun. Seorang pekerja gereja membuka pintu pagar beri laluan kpd peserta BERSIH setelah polis melepas tembakan dari water canon yang bertubi-tubi. Serangan polis masih berterusan ke atas peserta Bersih di Menara Maybank.



Penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal selesai bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa mereka GAGAL melawan himpunan BERSIH yang berjumlah ratusan ribu yang kini masih bergerak ke stadium, sedangkan mereka hanya mampu  bergerak sejauh 200 meter sahaja di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan kedudukan mereka itu yang masih jauh dari destinasi tumpu di Stadium Merdeka menyebabkan mereka mengalah. 


KL yang 'GILA' - (14) Jangan sampai ada yang 'mati' Ratusan ribu bro !! !


Kereta perisai dan jentera polis sedang bergerak untuk bertempur dgn rakyat jelata. Saifuddin Nasution kini berada di Puduraya dan para penyokong BERSIH di kawasan itu masih lagi bertahan.

Umpama air tsunami yang besar - hanya itulah yang dapat disebutkan. Ratusan ribu kini berada di tengah-tengah bandaraya KL menyokong BERSIH. Hujan lebat yang turun memberi kelebihan kepada peserta BERSIH kerana semburan air kimia langsung tidak berkesan kepada peserta yang hadir.

Sehingga kini hampir 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita. Turut disahkan ditahan ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan MP Pantai Dalam, Nurul Izzah telah ditangkap polis. Sasterawan Negara, A. Samad Said berjaya dalam kumpulan kecil melepaskan diri ke Stadium Negara.



Wajah-wajah mamak patriot. Macam ni nak berjuang? Boley jalan la lu ! Polis serbu masuk sebuah hospital bersalin di Pudu untuk memburu peserta Bersih yang disyaki berlindung di situ. Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk SAmbiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

LAPORAN LANGSUNG:

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5​577 dan alamat pintas www.itv.com. Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU. Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.

2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.

2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar. Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.

2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

KL yang 'GILA' - (13) Himpunan mula mengalir darah ?

Hujan lebat menyukarkan semburan air kimia Polis. Ini menyebabkan polis menjadi semakin bengis terhadap peserta BERSIH. Hadi Awang kini bergerak ke Menara Maybank manakala kumpulan Patriot kini disembur dengan gas pemedih mata di persimpangan jalan Pudu dan Jalan Bkt Bintang. " Ya Allah ya tuhanku lindungi bumi Msia ini dr kekejaman ini, berikan kemenangan kepada hambamu yg ditindas ini....syukur kerana menurunkan hujan., " - rakyat

DSAI dikasari polis, bodyguard anwar dipukul hingga pecah mulut! Tindakan yang dikira biadap dan kurang ajar !. Ayuh!!! teruskan kalian. Biar melimpah umpama air yang tidak mampu disekat. Semakin lama tersekat, semakin kuat kuasa rempuhan. Umno menempah saat terakhir. Jangan mengalah !

hujan rahmat turun mbasahi kl mhapuskan serangan gas + air dr fru....anak2 muda bersih bsemangat mredah hujan mhadapi FRU.

Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah ditahan polis semasa mahu keluar menuju ke Stadium Merdeka. Seramai 600 orang dilaporkan sudah berada di luar Stadium Merdeka sementara menunggu puluhan ribu lagi yang dalam perjalanan dari arah2 yang berbeza. Dimana namanya keadilan ini? Rakyat BERSIH kau zalimi, PATRIOT kau biarkan berdemo tanpa halangan...ini kah DEMOKRASI ?




UPDATE 2.55 PM :
Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berada di perkarangan luar KL Sentral dan sekitar Jalan Tun Sambanthan. Mereka berpatah balik ke KL Sentral. Antaranya yang berundur sendiri ialah Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin Pakatan. Peserta dari lebuh Ampang sekitar 20,000 orang kini memasuki Dataran Maybank dan menyertai kumpulan yang besar.

Kumpulan Patriot kini hanya tinggal kurang dari 200 orang sebaik sahaja melepaskan diri dari serangan gas pemedih mata polis tadi. Pemimpin PERKASA, mamak yg kuat bunyi langsung tiada kelihatan.




KL yang 'GILA' - (12) Arahan tangkap dikeluarkan. Peserta BERSIH tidak berganjak !

DARAH KINI MULA MENGALIR !!
Polis semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. Dilaporkan juga satu himpunan berasingan diadakan di KLCC dan ramai oleh peserta Bersih. Polis gagal mengawal dan berakhir dengan tembakan gas pemedih mata.

Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.


FOTO : Puluhan ribu membanjiri jalan Sultan dan Jalan Petaling yang kebanyakannya peserta bukan Melayu


Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank. 


Anwar Ibrahim, Ambiga, Hadi Awang, Wan Azizah dan Nurul Izzah bersama penyokong Bersih keluar dari Hotel KL Hilton untuk berarak bersama-sama para penyokong mereka ke KL Sentral sebelum menuju ke Stadium Merdeka. 

*Hujan semakin lebat tetapi peserta Bersih dilihat tidak berganjak. Polis memberi amaran kepada mereka supaya bersurai tetapi tetap tidak berganjak. Ada yang mensyukuri hujan sebab hujan telah menyebabkan gas pemedih mata larut dan air dari water cannon juga meresap.



MUTTAKHIR KINI JAM 2.30 PM :
‎"terkini.....seratus ribu di jalan pudu..semua rakyat sila maju ke sana sekarang" - Ustaz Riduan Mohd Nor. Darah kini mula mengalir !!


Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Hanya kurang 500 orang sahaja menyertai himpunan Patriot.

Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

Dilaporkan juga satu himpunan berasingan diadakan di KLCC dan ramai oleh peserta Bersih. Polis gagal mengawal dan berakhir dengan tembakan gas pemedih mata.

KL yang 'GILA' - (11) FOTO Perang air 'water cannon' sudah bermula !

Hujan renyai2 mula turun di KL. Pemimpin Bersih dan Pakatan kini telah bergerak ke Stadium Merdeka bersama-sama kumpulan dari KL Sentral. Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai di depan Menara Maybank untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

TERKINI JAM 1.55 PM - 2 helikopter terbang rendah di Pudu apabila peserta kembali berkumpul. Tak water cannon FRU menyerang peserta di depan Maybank. 

Ustaz Nik Bakri & Ustaz Marzuki ditahan oleh pihak polis! Kira-kira 1,000 ahli Pergerakan Pemuda UMNO menyertai perhimpunan Patriot bagi membantah perhimpunan haram Bersih 2.0

* banyak tu jer ??









Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong dan Khairy tiba di kawasan perarakan. Abdul Azeez menyusul lima minit kemudian.Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka.

Kini hujan renyai2 dilaporkan turun di KL. Para pemimpin Bersih sedang bersedia untuk meninggalkan hotel KL Hilton untuk membawa kumpulan peserta dari KL Sentral ke Stadium Merdeka

Hujan renyai2 mula turun di KL. Pemimpin Bersih dan Pakatan akan mula bergerak ke Stadium Merdeka bersama-sama kumpulan dari KL Sentral. Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai di depan Menara Maybank untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

KL yang 'GILA' - (10) Mat Sabu di tahan ? KJ belum muncul !

TERKINI ! - Demonstrator PATRIOT mula membentuk group di Jalan Bukit Bintang sekarang. Namun KJ masih belum muncul. Penyokong BERSIH kini sedang membentuk group yg semakin besar apabila 2 group sebelum ini telah bergabung, dan kini 2 group sedang bergerak untuk membentuk 'tsunami' BERSIH yang semakin besar. Kelihatan Dr. Mohd Hatta ketika bersama penyokong yg sedang bergerak ke Stadium Merdeka.



Polis mengesahkan seramai 540 orang telah ditahan setakat ini. setakat ini dilaporkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS telah ditahan tetapi belum disahkan lagi.

FRU dilaporkan mula melepaskan lagi gas pemedih mata dan water cannon ke atas peserta di laluan Puduraya. Lebih 500 Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berkumpul di hadapan BB Plaza, Jalan Bukit Bintang dan mengedarkan baju Patriot berwarna merah secara percuma. Mereka mula berarak dari Jalan Imbi menuju ke Stadium Merdeka sambil menyanyikan lagi, "Inilah Barisan Kita." Ia diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Pusat, Lokman Adam. Kelibat Khairy dan Abdul Azeez tidak kelihatan. Dilaporkan polis melepaskan bom pemedih mata dan ramai yang pengsan dan ada yang lari mencari perlindungan di bangunan Bursa Malaysia berhampiran Maybank / Pudu.

KL yang 'GILA' - (9) Najib kian bingung. Patriot, Perkasa masih berlatih silat !



Mana PATRIOT bro ? Tuan2 saksikan sendiri, najib bingung kerana kelibat patriot dan perkasa tidak kelihatan. Harap perot jer boroi !! Tapi penakut..! Polis melemparkan gas pemedih mata berhampiran Bank Agro/pejabat Majlis Peguam. Ramai berkampung di Pejabat Agong PAS, di jalan raja laut. 


Laporan di Jalan Hang Jebat : Kawasan tersebut dilaporkan tegang kini. Ini kerana demonstrator BERSIH kini berada kurang dari 100 meter daripada kawalan ketat polis. Kini kumpulan BERSIH telah bergabung di jalan H.S Lee yg membentuk group yg semakin besar. 


Terus akan diupdate sebentar lagi.

KL yang 'GILA' - (8) Baju Bersih jadi seluar dalam ? GO..bro..GO !! FRU kini bersedia gempur !

Maklumat Terkini - PATRIOT dan Ketua Pemuda UMNO akan berkumpul pada jam 1 tgh. ini di Bukit Bintang bagi menyaingi Himpunan AMAN Bersih 2 yang dijadualkan pada jam 2 petang selepas zohor. 

FRU sedang bersiap sedia kini untuk masuk ke stesen KTM KL. Laporan terkini dari masjid negara, hampir seribu anggota polis berlegar di perkarangan masjid negara, jumlah mereka dijangka bertambah menjelang zohor, dinasihatkan para pengunjung yang nak datang, datang dekat nak zohor. Datang awal kena halau atau kena tangkap. Kelihatan polis berpakaian preman atas masjid, ada yang tidur sedangkan tak boleh tidur dalam masjid - sumber kita


Tinjauan daripada medan lokasi, pemeriksaan ketat setiap warga rakyat dilakukan oleh anggota polis bagi mengelakkan ada warga membawa kereta kebal, kereta perisai di dalam beg. Kelihatan beberapa anggota polis (rujuk foto) meminta warga membuka beg sandangnya , apa yg dia bawa. Bro ! yang kena geledah ni hang kaa ?


MESEJ untuk wak : seb baik saya tak kene tangkap....saya baru smpai dari kg baru.....kat jalan tar saya nak gi sogo nak cari wak....kene halau macam kambing....beg saya di selongkar habis...badan saya.....baju bersih saya buat macam suar dalam...hahaha ! - blacktop head




KL yang 'GILA' - (7) Gas pemedih mata telah diletupkan di KLCC

Lebih 100 tangkapan telah di buat oleh pihak polis. Penutupan 100 % jalan-jalan berisiko termasuk jalan Hang Jebat, dan kawalan paling ketat di jalan stadium memperlihatkan suasana KL menjadi kawasan dan daerah polis hari ini. Berita lanjut akan menyusul. Terus bersama kami di channel Cover It live untuk mengetahui gambaran terkini Himpunan Rakyat Bersih dari KL. 


Tangkapan secara rambang telah bermula di KL Sentral pada jam 10.30 am. Semua penumpang LRT di lorongkan terus ke dalam trak polis yang sedia menanti di luar. 


Macam kambing turun dari reban, dibuat mereka pada rakyat.  Turun jer terus naik lori dan di bawa ke balai. KL yang GILA !


sumber foto : Ajijoi FB



"Dari diam diri kita mula simpati.. Dari memerhati kita mula membenci..
kita bukan bodoh sehingga tidak boleh menilai..Layan rakyat bagaikan melayan penjenayah..Ramai 'atas pagar' mula timbul keyakinan bahawa BN patut berundur dari kerusi kuasa kerana sudah hilang budi dan cara sebagai pemerintah yang terhormat" Dr Mohd Asri.



KL yang 'GILA' - (6) pakai kopiah pun kena tangkap ?

Asal pakai kopiah putih, tangkap. Asal turun dari LRT, tangkap. Asal laungan 'bersih' Tangkap..!! KL yang GILA !!

‎"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” -- Peguam PAS utk BERSIH


* KLIK COVER IT LIVE DI BAHAGIAN ATAS SIDE BAR KANAN untuk gambaran langsung Himpunan Bersih dari Kuala Lumpur. 



Pusat bandar raya Kuala Lumpur yang lazimnya sesak dengan lautan manusia dan kenderaan hari ini bertukar seolah-olah ‘bandar hantu’ dengan hanya dikawal ketat ratusan anggota polis di setiap pelusuk bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 petang ini. Sejak tengah malam tadi 30 jalan utama memasuki Kuala Lumpur ditutup dan pagi ini sebahagian besar anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan demonstrasi diadakan.

Tinjauan The Malaysian Insider yang sejak awal pagi berada di lokasi utama di Jalan Masjid Jamek dan Dataran Merdeka mendapati lebih 100 anggota polis sudah berada di sana.

Malah turut kelihatan beberapa trak meriam air di lokasi-lokasi berkenaan di mana anggota polis dan FRU bersiap sedia berdepan dengan peserta Himpunan Bersih 2.0 yang diketuai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan disokong oleh Pakatan Rakyat.

Selain di lokasi-lokasi tumpuan, polis juga menjadikan stesen-stesen LRT, Komuter dan Monorel untuk memeriksa penumpang yang menuju ke lokasi panas. Kenderaan-kendaraan yang memasuki ibu negara turut diperiksa.

Di Masjid Negara yang menjadi lokasi berkumpul PAS turut dikawal ketat oleh anggota polis yang mula berada di sana sejak awal pagi.

Selain itu, laluan masuk ke Kuala Lumpur juga turut dikawal ketat dengan polis melakukan pemeriksaan kepada kenderaan. Himpunan Bersih 2.0 semalam memutuskan untuk berhimpun di tempat letak kenderaan Stadium Merdeka walaupun polis sudah memberi amaran agar tidak mengadakan demonstrasi.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT, Komuter dan Monorel berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju. Sementara itu di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) keadaan masih lagi terkawal dengan pemeriksaan diperketatkan dengan bantuan polis bantuan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dijangkakan kelewatan akan berlaku di bas dari selatan dan pantai timur ekoran sekatan jalan raya yang diadakan. Dalam pada itu laporan Bernama Online juga menyebut suasana sekitar Kuala Lumpur setakat pukul 8.30 pagi ini kelihatan lengang berikutan beberapa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat.

Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dengan anggota polis berada di beberapa kawasan bagi mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup beberapa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke beberapa jalan lain.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Syed Putra, Jalan Bukit Petaling, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara. Kawasan di sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Bot, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Haji Taib.

Jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Sementara itu, perkhidmatan bas di tiga terminal utama di Kuala Lumpur beroperasi sementara di terminal lain sejak awal hari ini. Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta.

LAPORAN LANGSUNG:

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.

Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

KL yang 'GILA' - (5) Tekanan polis, Apakah bisa gagalkan Bersih ?


Sampai bila kita mampu membendung kemarahan manusia dengan Kuasa? Kemarahan datang dari hati.... hanya tindakan dengan hati yang mampu menyejukkannya.. jika tidak.... kemusnahan akan melanda seperti Mesir,Tunisia dan Libya... Jangan di halang air yang mengalir. Aliran kenderaan yang sesak menuju ke pusat bandaraya lewat tengahmalam tadi. - anak sengat



SEKAT JALAN, HOTEL DIGELEDAH,- Apakah bisa gagalkan BERSIH ?

Kebanjiran peserta Bersih 2.0 ke Kuala Lumpur telah menggusarkan pihak berkuasa. Biarpun banyak jalan-jalan utama yang ditutup, sehinggakan ada yang ditutup dengan menggunakan batu, masih tidak dapat menghalang kehadiran orang ramai untuk perhimpunan aman Bersih.

Polis telah memulakan tindakan agresif dan ganas dengan menggeledah bilik-bilik hotel sekitar KL seperti di Medan Tuanku dan Brisdale. Apa yang dicari? Baju-baju t Bersih dan juga orang-orang yang namanya tersenarai sebagai dilarang memasuki Kuala Lumpur.

Antara yang terlepas dan bolos daripada hotel geledahan pihak polis malam tadi adalah Chegu Bard, antara 66 orang yang tersenarai.

Orang ramai juga dinasihat agar berhati-hati apabila menerima pesanan ringkas (sma atau bbm) kerana pihak sb polis telah menggunakan handphone-handphone orang yang telah ditahan untuk menghubungi rakan-rakan mereka bagi mengetahui kedudukan lokasi di mana mereka berada.

Pihak polis telah memberikan amaran yang keras, akan menggunakan segala kuasa yang mereka ada bagi menghalang terjadinya perhimpunan aman Bersih 2.0 hari ini. Hayat BN yang masih berbaki perlu diselamatkan dengan apa cara sekalipun, walau ada rakyat yang akan menjadi mangsa.

Ramai yang berasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap peserta himpunan aman ini. Dilayan bagaikan penjenayah yang amat berbahaya. Seandainya pihak polis bertindak sedemikian terhadap penjenayah-penjenayah yang masih bebas berkeliaran, sudah pasti Malaysia akan aman damai. - Agensi

TERKINI !
Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo. Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan. Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.


LAPORAN LANGSUNG:

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am: Tune Hotel - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis. - (sumber : Malaysiakini)

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |