PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

We are all Adam Adli !

Asal nak serang pembangkang jer, mesti benda lucah. Asal nak serang pihak yang tak sehaluan dengan UMNO/BN jer, mesti fitnah sex.

Memang lahanat papagomo dengan parpu kari ni!

Lebih lahanat lagi jika kita menjadi tukang sebar fitnah tersebut semata mata kerana nak wujudkan berita sensasi di wall kita. - Tuan Speaker

We are all Adam Adli !

Talk-Talk Series (8) - Apa?? Kita akan kalah teruk PRU13..??

Selamat pagi Dato'..!
Setelah soal jawab semlm oleh..
Datuk Dr Hassan Ali..
Saya rasa kita akan kalah teruk PRU13..???
Kita hanya akan menang di Sarawak dan Sabah..saja!
Kenapa awak kata begitu..??
Datuk Dr Hassan Ali dah istihar semalam..!
Dato' tak perasan ker..???
Dia kata RAJA..ISLAM..MELAYU..!
Sarawak dan Sabah mana ada RAJA..!
Semenanjung semuanya ada, 'LENGKAP'..!

Oleh Na Rie albanjari

Talk-Talk Series (7) - Adam Adli... saya suka cara kamu berfikir !

" kita perlu ingat terjatuhnya sebuah rejim bermula pergerakan mahasiswa itu sendiri. 4 pelajar di indonesia mati ditembak oleh rejim Suharto yang berkuasa selama 30 tahun, dari situlah bermula kebangkitan rakyat indonesia untuk menggulingkan kerajaan yang zalim. 


Mahasiswa harus libat dlm politik bukannya duduk di bilik saja dan menerima saja apa yang berlaku di luar. insyaAllah.

Wak - Adam Adli... saya suka cara kamu  berfikir !



2 'Adam' yang hebat dan berani, lu ada berani ?

2 Adam memang hebat - menggegarkan - 1987 Peristiwa Prebet Adam di Jalan Tuanku Abdul Rahman - 2011 Adam Adli (Mahasiswa) mencatit peristiwa di PWTC .... APA MACAM? - Man Kadir

Wak - Harap anak wak yg juga nama 'ADAM' akan sama-sama hebat kelak, jangan kasi malu anak 'ADAM' yaa..!

PANAS - Akhirnya atok Ijat semakin 'mengalah'..!!

SHARIZAT : “Tiada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu dibuat. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan veteran dalam politik yang mencintai Barisan Nasional, saya tahu apa yang harus saya buat dan saya akan berbincang dengan (Perdana Menteri) Najib Razak” beritahu Shahrizat kepada wartawan pada hari Rabu.

Hahahaa!!... caittt ptuihh!!!, selepas menggulung berjuta2 wang rakyat, inikah cara mudah bagi kamu? - cahaya pejuang FB

bm.malaysia-chronicle.com
Selepas dikecam kerana salahguna kuasa dan skandal rasuah, Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah memberikan bayangan jelas bahawa beliau bersedia untuk m..


ABOagro (Siri 2) - Beli tanah macam nak kambus 'rumah' !

Wak Kebun albanjari
22.12.11 | Tanah Kebun

Hampir 3 bulan, gue rehat memblog. Sejak awal Ramadhan lalu. Sepanjang gue 'bosan' menulis itulah terbit idea untuk berkebun. Kebun cara gue. Nak menjadi gembala lembu, Atok Ijat hang dah pulun awal-awal. Rezeki dia.., dan bukan rezeki gue, lain la kalo gue ini Ketua Wanita umnuuuu.., mungkin kebun gue sudah berada di penthouse sebelah KLCC nun tinggi di awan.

Dan pasal lembu Ijat laa, sahabat gue radenjowo jadi merajuk sampai nak jual blog otai dio. Gue tanya dio, pasal apa sampai mahu jual blog? dia bilang..mau bikin modal bro..! Bikin modal utk bertanding jawatan Ketua umnuuu...akan datang ! Cuma...err..lahanat punyer buyer, blog menyengat gitu depa nak beli RM4K jerk..gilo ker apa ? Lain ler kalo RM4 juta ker.., boleh ler beli dan cucuk hidung semua ahli wanita umnuuu yg umngok undi dio, lepas menang dah boleh buka ladang atas kondo dan hidup kaya sambil tayang mercs baru ! huhu..!!

"wak, tadi gua call ofis sana sembang sama itu kerani, ada cakap lu mau cari tanah 'top soil' ada betoi kaa? " Ah Lee, kontraktor tanah call gue. Belum sempat gue jawab, dia tanya lagi, " Hey..lu mau bikin apa itu tanah haa..? " Hmm..gue cakap sama dia gue mau bikin kebun. Jawapan yang jujur terus dari gue ! " Haiyaa..gua ingat lu mau kasi kambus itu BN..hahaha !" Cilakak punya Ah Lee, main-main pulak, dengar sama itu Arman 'tetek', mampos luu..! mau sekali lagi dia bikin youtube kasi penampar lu punya muka, jangan main-main sama dia woo, itu level pang'lemau' maa.., oppps 'panglima' !

Gue mintak Ah Lee, hantar tanah sama serbuk batu., tanah untuk buat batas, dan 'habuk' batu mau bikin jalan antara batas - batas tanaman di kebun wak nanti. Tak ler lecah di musim hujan ni. Kebun pun mau style maa..!! Hahaha..!!

" Itu tanah 'top soil' sama itu 'habuk' batu arr..gua punya lori hantar sama lu esok pagi, lu sms lu punya alamat rumah, nanti senang gua punya lori mau hantar..berapa lori lu mau ? " Gue jawab, " lu sukaa...! " Dan bualan itu ditutup bersama dengan suasana berkocak-kocak hepi di dalam hati gue, sambil tak sabo dah nak ke kedai hardware untuk beli cangkul, topi, sarung tangan, dan aneka bagai untuk jadi seorang pekebun yang 'berjaya'. Jeng..Jeng..Jeng !!

Dan..ini yang aku dapat !! Gila punya Ah Lee, hang ingat gue nak kambus sekali dengan 'rumah' ker yang pi hantar tanah top soil sampai  6 tan. Itu belum lagi kat belakang tanah ni, 'habuk' batu, 10 tan bro !! Barai ler poket gue nak bayar..kalo ini macam ! Ikut harga pasaran mau dekat satu ribu gue nak kena bayar ! Tersontot kejap semangat gue nak jadi 'Wak Kebun'. !!


" Ah Lee ! Lu manyak gila laa.., lu hantar itu tanah sama habuk batu pakai lori tayar 10 apa pasal ? Lu mau kambus gue punya rumah kaa? haiyaa..! Banyak  maa..!! Sapa mau bayar itu tanah banyak-banyak ? Gue bukan Razak Baginde maa..dapat duit komisyen jual kapal selam yang boleh 'kaya' sampai mati ! Sekarang apa macam ?? gue telefon.

Ah Lee menjawab sambil gelak-gelak plak, " Haiyaa..! Itu tanah lu mau, gua sudah hantar, itu habuk batu pun  sudah ada tepi lu punya rumah..so apalagi, pi bikin kebun laa...! Itu harga, " lu sukaa...mau bayar sama gua berapa, gua bukan selupa itu MCA punya olang, mau makan 'koat-koat' ! Hahaha..!!

Ini macam susah maa, nanti kalo gue bayar lu RM10 hinggit lu mesti 'nyanyi' sama lain orang, cakap gue kedekut apa bagai ! Lu cakap laa..! - dalam hati mampoihhh la poket aku macam ni !!

" Haiyaa..lu kawan sama gua sudah lama maa, ini macam laa...lu bayar RM200 cukup, itu upah lori hantar sama upah pekerja 'carik makan' tuang dalam itu lori sudaaa..closed ! Gue terus aja setuju, Huh..!! Semangat gue nak ber'kebun' membuak-buak semula. Tadi dah janji sama bik mama mau ajak dia pergi carik benih nak cucuk tanam hujung minggu ni..! Bersambung..

Siri (3) ABOagro - Mari kita test tangan sapa yang 'panas' ! Minggu depan. * Siri ABOagro akan diterbitkan di blog albanjari online pada setiap hari khamis setiap minggu. Makluman


ABOagro@facebook - DI SINI  

Talk-Talk Series (6) - Mintak tolong, jangan 'selak' baju..okay !

Bila sinsing lengan terjumpa kondo di kuala lumpur,bila selak kain terjumpa kondo di singapura...lepas ni nak selak apa pulak ? Aku harap jangan pi selak baju pulak..!! Bukan apa..takut terjumpa 'bukit'...achummm, nak salah sapa bro ? - Sya Reformis

Wak - suka 'selak', orang kata bisa bikin ' awet muda' bila selalu menyelak. Betoi..!!



Siri baru di albanjari online - ABOagro !

Mulai minggu ini, albanjari online 2012 akan memasukkan satu lagi segmen terbaru buat tatapan pengunjung blog iaitu ABOagro. Topik yang membincangkan beberapa eksperimen dan kerja tani oleh penulis sendiri diatas tanah yang berkeluasan terhad khususnya di rumah-rumah taman dan kondo.

Beberapa teknik tanaman moden seperti tanaman aquaponik, hidroponik dan fertigesi cuba ditampilkan, walaubagaimanapun teknik tanaman ala 'purba' menggunakan tanah tetap tidak dikesampingkan.

Yurk..kita santaikan pengalaman penulis selama beliau 'hilang' beberapa bulan di sini, bersama tips-tips santai yang mengoda pembaca. ABOagro - santai sambil menyedap tekak !

Mula menemui pembaca mulai khamis ini, 22.12.11 jangan lupa bookmark, siri sulung ABOagro yaa..!

*wak - Asyik dok cerita politik sajaa..sesekali kita berubah angin, pasal apa? Untuk sihatkan jantung dan otak, hari-hari cerita politik boleh bikin cepat mati maa..!!

Bangga ker joget umnuu..ke mercu donia ?

" Kulop Tualang Sekah bilang, JIKA TAK DE UMNO, rakyat mungkin akan mati kebulor, jika takde umnu ikan kembong mungkin RM50 hengget sekilo,.."

Aku kata pula, JIKA TAKDE UMNO, joget 1Malaysia hanya bini rosmah jer yang dok berjoget, hebatnya umnu kerana semua dibawa ke mercu dunia, betoi tak bro !


Catatan - umnu tu parti menongkat donia, tu pasal tak sampai ke mercu akhirat. Ingat semua yaa pada PRU13, tendang umnuu..tukar KERAjaan sedia ada kepada kerajaan Pakatan Rakyat. ASAL BUKAN UMNO !


Talk-Talk Series (5) - Hayat umno dah macam pokok 'sawit' !

Siti Aishah Shaik Ismail bilang, 
" Tarikh luput kutuk UMNO pada January 2012 - dan tarikh lupus UMNO pula pada march 2012. " 
Ikut sejarah umnuuuu..baru,  kilang umno 'baru' ciptaan chedet itu telah dirasmikan pada 1986, ikut resam pokok sawit, lepas 25 tahun, pokok tu kena lupus dan dibakar hangus, betul tak ? Dan selepas march 2012, polis akan tangkap siapa kutuk pakatan dan blogger-blogger PR ! selebihnya ini aku yang tambah.

ABU - Asal Bukan UMNUUUUU...!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |