Poketku 'rabak' lagi..!!
Masuk hari ini , hari ke-3, aku tak berupaya nak update blog. Sejak rabu, khamis dan hari ini jumaat. Ada beberapa komitmen yang aku harus bereskan. Atas dasar komitmen, laptop wak terpaksa dikerah ON selama lebih 50 jam tanpa OFF. Solat, makan, tidur depan lappy. Dan akhirnya...ke kedai komputer juga ia pergi. Alhamdulillah, hayat lappy yang banyak jasanya ini kepada wak dapat diselamatkan. Thanks Allah.
Jika sebelum ini, wak agak rimas nak guna cooling fan stand, tapi mulai malam ini nampaknya wak terpaksa beri 'dos' tambahan untuk sejukkan lappy yang cepat panas nih ! Maka rabaklah poket, pasal brand CLIPtec itu bukan murah-murah. X-Perfect PRO lagi tuh !
Agak sedikit sukar dan janggal bila dah guna 'dos' nih. Taip jadi lambat. Apapun sedikit sebanyak mengagalkan juga kelancaran bagi kerja-kerja 'designing' yang melambak-lambak perlu dibereskan, due date customer pun semakin dekat. Huh !!
Dan pada minggu ini juga iklan-iklan yang telah lupus tarikh dan tidak diupgrade akan diLUPOSkan dari blog albanjari. Seperti janji wak, pada tahun ini 2012, wak hanya paparkan iklan di blog hanya dari software Flash Swissmax 3D sahaja. Untuk itu semua langganan dari pelanggan, banner iklan mereka, wak sendiri yang bangunkan menggunakan software terkini ini.
Khidmat banner wak tawarkan PERCUMA sahaja, cuma pelanggan perlu bayarkan sewa tapak bulanan atau tahunan. Pakej yang semurah RM50 sebulan dan semahal RM2400 setahun ditawarkan kini kepada semua pelanggan perniagaan dan perkhidmatan. Yurk..kita iklankan produk di albanjari online.
Hubungi wak di talian 24 jam 012-7125340 sekarang !!
Saat ayah pergi buat selama-lamanya !
"..bulan ini, maka genap 10 tahun ! Noktah masa yang mengubah 360 darjah hidupku. Hidup yang mengenal bahawa kematian itu adalah satu yang pasti. Segalanya berlaku begitu pantas. Masihku ingat, bila imam qariahku mengajakku hadir solat jenazah lewat 10 tahun lalu. Mukaku lantas berubah. bagaimana sehhh..? Sedang aku ketika itu, langsung tidak pernah melakukannya ?, " - radens albanjari
Temui siri baru Aku dan Kematian setiap pagi khamis di blog albanjari online mulai 23 Jun 2011 ini. Pengalaman jujur lagi ikhlas penulis selama 10 tahun menjadi seorang jemaah yang tugasnya, menyolatkan jenazah sebelum dikuburkan. Siri ini mengantikan kisah Mayat dan Iktibar yang pernah disiarkan di blog ini suatu masa dahulu. Insyaallah.
Anak-anakku,
Selimuti tubuhku, karena aku sedang berjuang melawan sakaratul maut
Tutupkan kedua kelopak mataku, agar aku dapat tenang
dari derita hujung ajal sebagai manusia
Sungguh..ia teramat lelah untuk ayah menanti saat itu,
saatnya waktu menjemput aku ke alam yang membebaskanku
dari derita duniawi.
Anak-anakku,
Lelah dan kuatir bukan lagi dusta,
kerana sakitku kian bertambah-tambah,
aku tahu anak-anakku bisa menangis
di saat nyawaku dihujung masa.
Anak-anakku,
jangan kamu menangis sekadar berdusta,
bersama syabu untuk menikmat neraka
Oleh: radens albanjari
albanjari - gue pingin 'bebas'..lorr !!
albanjari | -
Genap 20 hari pada hari ini, gue tak menulis atau memaki sesiapa di blog. Alhamdulillah..kini masih tinggal 24 hari lagi untuk gue merealisasikan blog gue ini bebas dari maki-makian, dan sumpah-sumpahan.
Genap 20 hari pada hari ini, gue tak menulis atau memaki sesiapa di blog. Alhamdulillah..kini masih tinggal 24 hari lagi untuk gue merealisasikan blog gue ini bebas dari maki-makian, dan sumpah-sumpahan.
Gue perlu berubah. Mengubah minda gue sekaligus ! Sebagaimana PR mengajak rakyat negara ini untuk berubah. Maka perubahan itu harus di mula-desarta oleh blogger macam gue juga. Dalam tempoh edah yang panjang ini, gue sedaya usaha untuk tidak memaki lawan mahupun kawan. Jika terbabas..anggap saja itu hanya gurauan senda yang tidak disengajakan.
Nah..! Niat untuk gue kembali menulis sejak khamis lalu, kini dapat direalisasikan semula hari ini. Jika tidak kerana masalah blogspot yang terkena 'wabak May13' sudah pasti jari gue jadi sibuk mengatur bicara lewat 2-3 hari yang lalu.
Seperti yang gue maklum sebelum ini, blog ini akan menerima 'warga' baru. Warga yang bakal mewarnai blog ini agar lebih meriah dan dilihat santai. Selamat datang untuk 'warga' baru albanjari - ABOtube (lihat dibawah artikel ini.
http://abotube.blogspot.com
http://abotube.blogspot.com
Makanya, mulai hari ini pelayar bukan saja akan upaya membaca tulisan - tulisan yang disiar terbit, malah dibawa bersama menikmati beberapa sitkom atau fiksyens komedi-politik, hatta lagu-lagu nostalgia zaman muda-muda dulu dalam bentuk video. Insyaallah, beberapa siri komedi-politik telah siap dan hanya menunggu waktu sesuai untuk diterbitkan nanti di sini.
Selamat kembali ke blog albanjari online buat semua pembaca.
Kisahnya yang HOT ! - during scheduled maintenance work Wednesday night, we experienced some data corruption that impacted Blogger’s behavior. Since then, bloggers and readers may have experienced a variety of anomalies including intermittent outages, disappearing posts, and arriving at unintended blogs or error pages. A small subset of Blogger users (we estimate 0.16%) may have encountered additional problems specific to their accounts.
Yesterday we returned Blogger to a pre-maintenance state and placed the service in read-only mode while we worked on restoring all content: that’s why you haven’t been able to publish. We rolled back to a version of Blogger as of Wednesday May 11th, so your posts since then were temporarily removed. Those are the posts that we’re in the progress of restoring. - Bloggerbuzz
Pihak google telah bertungkus lumus untuk memulihkan kembali Blogger, Now google masih restore post, comment etc. - indah.com





