PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

18SX - Perisai yang mana ?

[..] mengambil sedikit bahan dari fesbuk albrangi katanya - Awas, Wanita umngok sanggup jadi perisai......bukan ke lelaki yg patut jadi perisai pada wanita.." 

Sebelum kupas, nak tanya kejap bahagian mana yang depa nak jadikan 'perisai' tu? Kalo bahagian 'dada' memang ramai akan longlai...! wakakaka...!!

Agak-agak jadi perisai macam ni..okay kot? 


Ketuanan melayu dah out dated !

Persidangan umnO kali ni banyak bahan. Rupa pencacai umNO kian terserlah... orang kampung yang masih mengharap umNO pejuang dan pembela melayu harap tak lagi tertipu...janganlah bodoh piang kata orang kedah.... sampai pekak badak.

Apa kata Khairy...ketuanan melayu perlu ditukar kepada kepimpinan melayu...itu suara ketua pemuda. ketua wanita plak kata..ketuanan melayu dah tak relevan..ganti dengan kemuliaan melayu... puteri belum kata lagi..tengah berdandan kut, dok tengah pilih pewarna rambut...kan dah murahhh !

Kenyataan kedua dua sayap parti itu tanda mereka dah seiring dengan bos mereka dalam satu Malaysia. Yang tinggal terhegeh-hegeh dengan semangat melayunya ialah Muhyidin Yasin... Muhyidin tahu dia tak boleh idup tanpa melayu.... maklumle... lahir kat negeri kelahiran umNO..

Apapun ...mari kite ikuti gelombang dan ribut taufan perhimpunan agong umno... surat khabar pastinya tidak melaporkan kekalutan itu... namun bagi yang mengerti... pokok yang bergoyang tandanya monyet sedang bergaduhhhh...tak percaya?

(*) sumber - anak sengat

Sembelih pelanggan - Gian Sotong kangkung ?

17 September lalu saya bersama isteri dan dua anak pergi ke medan selera di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selepas lama tidak makan di medan selera itu terasa rindu pula sebab sebulan berpuasa dan berhari raya. Sesampai saja kami di meja gerai laksa, kami diserbu oleh beberapa peniaga yang menawarkan makanan mereka.

Saya meminta laksa dan isteri pula meminta sotong kangkong, selepas laksa sampai saya terus membayar harga makanan dan minum. Apabila sotong kangkong yang dipesan sampai berserta sotong bakar yang tidak dipesan, isteri saya bertanya berapa harganya, namun kata peniaga itu ‘makanlah dulu’.

Selepas selesai makan dan dikira harganya berjumlah RM32. Terkejut beruk isteri saya. Sotong kangkong yang lebih banyak kangkong dari sotong dan sotong bakar yang hanya antara tujuh dan lapan keping saja tetapi begitu mahal harganya. Inilah dikatakan ‘kena sembelih’, selalunya harga antara RM8 ke RM12 saja. Kami bukan orang jauh cuma tinggal di Seberang Jaya, Pulau Pinang ini pun boleh terkena.

Saya berharap pihak berkuasa berkenaan datanglah ‘melawat’ peniaga di medan selera ini dan pada gerai yang tidak mempamerkan tanda harga, ambillah tindakan sepatutnya. Apapun, kepada semua pengunjung sama ada orang tempatan atau luar, berhati-hatilah dan jangan malu bertanya harga makanan yang mahu di pesan. Jangan terkena sembelih seperti keluarga saya.

SENYUM TAWAR,
Pulau Pinang

p/s: gambar di atas sekadar hiasan. Sumber blog SuaraHati - IHakim
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.


Bekas TKM1 Penang, sudah ada title Dr..?

Dr. Mohd Fairuz ? Ker aku yang salah dengar, tapi itulah yang disebut oleh pembaca tv3 pagi ini. .ketika memberi liputan tentang kehadiran beliau yg sangat dialu-alukan oleh Umno ke Sidang PAU kelmarin. Jika betul dah ada title dr. tu aku ucapkan tahniah pasal hang  telah sempurnakan Ph.D tu..! Berapa banyak Ph.D dah ni...? Bukan ker hang dah ada 2 Ph.D ? Tapi tahniah dan bravo..!!

Hebat la hang sekarang, sudah setanding dan setaraf hebatnya dengan penyandang2 Dr. yang sudah otai, seotai Dr. Chua Soi Lek, barangkali ..ada harapan buleh dapat 'Datuk' plak kot lepas nih...!

(*) dR. ker Dr. ? Buat pencerahan sket ?? Konpiuss beb !! Laju giler Fairus selesaikan Ph.D dia, setahun jer ke..beb? Dahsyat..lu, betoi jugak yer..kalo tak dahsyat, tak jadi TKM1 la dulu yer ? 

Cerita mambang laut duduk atas tanah ?

Hey mambang tanah, mambang angin, mambang api, mambang di awan...gue seru nama loo untuk tidak ribut-ribut di tanah tempat duduk gue ini. hey mambang burut, mambang birat, mambang terang dan mambang gelap, terangilah diri hamba ini agar seterang lampu kalimantang.

Hey mambang hah..hah..hah, mambang hi..hi..hi, mambang hah..hah..hi..hi..hu..hu..hu, berkat Harussana dan sini muftiku, amankanlah negeri Pasola yang 'derhaka' ini untuk aku terus pegang kuasa. Puh sana...Puh sini..Puh situ...!

Foto sekadar hiasan. Apa cerita plak ni ? Hey mambang tanah, mambang jin, mambang pilihanraya, keluarlah dikau wahai si mambang...ada 2 pilihanraya untuk ko jalankan tugas wahai si mambang..pulut kuning ngan kari kambing mamak sebulan untuk kau wahai mambang...ala-ala latok si mambang zambley ?? Loorrr..!!

Bantuan CPR untuk ABO !

ESOK.., 20 Oktober 2010, maka GENAP sebulan blog (ABO) albanjari online yang asal yang beralamat di politikbanjar.blogspot.com terus-terusan tidak boleh dibuka oleh pembaca setianya. Selama 3 tahun blog itu beroperasi, hayatnya kini sekadar nyawa-nyawa ikan. Dan sudah tentu ribuan artikel yang terkandung disitu (data akhir - sebanyak 3,821 artikel) hanya sekadar kini bakal menjadi 'sejarah'.

Dari rekod yang diberikan oleh blogspot, ABO versi asal mula dimasukkan ke wad ICU Hospital Pakar Blogspot di US seawal 24 September yang lalu. Sejak dimasukkan ke wad, tanda-tanda untuk ABO pulih kadang macam stabil, kadang langsung tak stabil-stabil.

Macam-macam kaedah telah diusahakan, bantuan pernafasan mulut ke mulut juga turut dilakukan, bukan sedikit malah telah beratus kali dibuat-buat, bukan saja oleh para nurse-nurse cun secantik Altantuya, tukang mop, tukang sapu, hatta awek Rusia, Anna Chapman juga teus ikhlas menganggakan mulut membantu ABO, malah dimaklumi juga beberapa selebriti terkenal termasuk Tera Patrick yang balik ikut pintu belakang dari Indonesia minggu lalu juga turut hadir memberikan CPR bersama teknik2 terkini, namun nampaknya terusan GAGAL. Nampak jelas sungguh bahawa teknik-teknik CPR yang dipamerkan oleh mereka-mereka itu tak 'world' langsung. se-chokia stadium yang runtuh di Terangganu itu. 

Apapun diharapkan, agar ABO akan segera pulih dan sembuh dari terus diquarantinkan di Pusat ICU itu dalam kadar yang segera. Harap-harap ABO tidak mengada-ngada untuk meminta penerbangan khas Malaysia untuk membawa bik momma si 'permata' negara untuk buat CPR untuknya pula. Jika itu yang berlaku, dibimbangi ABO yang sedia 'nazak' akan bertambah nazak dan padam. Lemas terussss...!!

Untuk senarai website dan blog yang di blacklistkan oleh blogspot dan Alexa sila besarkan imej..atau terus ke situs (rujuk tampalan dibawah)


Senarai website yang diblacklistkan oleh Alexa boleh KLIK DI SINI.
http://sucuri.net/blacklist/alexa/2010/sep/blacklisted.txt



Nasib si Budusss...!



Cerita lanjut klik SINI.

Umno - Ahli Kitar Semula ?

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan dengan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan, hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno. 

Tujuan kelab ini, ialah untuk mewujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. Datuk Seri Najib sendiri menyatakan bahawa strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS. Seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi. Orang seperti beliau ini ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.

Sebagai mana sedia maklum kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kerana mereka ini orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca. 

Orang yang tidak bergantung dari maklumat 20” X 10” (televisyen) sahaja. Mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN. Ini yang menjadi kehairanan Presiden Umno, kenapa masih ramai pesara menyebelahi pembangkang. Jawapannya mudah, kerana mereka tidak mahu menghabiskan sisa hayat mereka untuk menyokong parti yang terkenal sebagai pengkhinat bangsa, agama dan negara.

Ustaz Idris Ahmad

Galas - Bisa UMNO akan digilis !

Usaha mendapatkan Kelantan daripada PAS adalah usaha yang berterusan. PAS mengalami sedikit kepincangan dalam pilihan raya kecil Manek Urai atas beberapa sebab dan satu sebab yang besar juga adalah krisis dalaman kepimpinan utama PAS. Akibat krisis Jentara Pilihan Raya PAS Kelantan tidak terfokus dan keliru terutama mengatur gerak kerja penceramah termasuk kepimpinan utama PAS.
Serangan peribadi ke atas Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga merupakan kesinambungan usaha-usaha UMNO dalam menjatuhkan PAS dengan "menumbuk umbi PAS" (Tok Guru Nik Abdul Aziz).

Pendededahan demi pendedahan kepincangan PAS Kelantan dengan bantuan seorang blogger yang agak mahir dalam perang saraf, iaitu kickdefella banyak membantu serangan ini dan secara tidak langsung ada maklumat yang disebarkan telah 'termakan'.

Masih membantu kekuatan PAS di Kelentan ialah batang tubuh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri. Serang secara peribadi, keluarga dan menantu cukup memberikan kesan mendalami berketetapan jika anda mememahami hadis nabi tentang finah dan pembukaan aib yang saya tak akan huraikan faktor dan sebabnya yang berkaitan rapat dengan krisis kepimpinan dalam PAS.

UMNO tak mampu menjatuhkan PAS kerana tidak ada individu boleh mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar. UMNO sendiri juga mengalami krisis dalaman di Kelantan yang berlanjutan sekian lama.

Kesempatan di Galas memberikan ruang DS Najib mengambil kesempatan daripada nasihat pakar politik untuk menarik Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li bukan sahaja menjadi masalah pada masa itu kerana pertentangan dan perbezaan pendapat malah Ku Li sendiri boleh berada di pentas PAS dalam isu Royati Minyak. Semua ini bukanya suatu yang baik bagi UMNO.

Kesempatan PRK Galas, dengan strategi yang bijak Najib boleh mengembalikan Ku Li untuk setia kepada UMNO malah Ku Li pula dijadikan senjata untuk menyerang dan merobek PAS secara teruk dalam PRK nanti.

Ku Li dijadikan bayangan untuk mengantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar nanti jika UMNO Menguasai Kelantan. Ini satu strategi yang baik.

Saya faham mungkin ada yang mengatakan tidak sama Ku Li dan Tok Guru. Ya itu memang benar sehingga ada joke yang pernah berlinggar dalam ceramah, jika Tok Guru Nik Abdul Aziz pergi solat Jumaat di Masjid UMNO. Semua khariah masjig ahli UMNO, termasuk Ku Li ada sama. Jika bilai memberikan tongkat mimbar kepada Ku Li sedangkan Tok Guru Nik Abdul Aziz ada di situ.

Nescaya Ku Li akan ketuk kepala bilai itu dengan tongkat mimbar seraya berkata "nate demo ni, Tok Guru ken ade!! ambe mano reti baco khutboh"

Saya amat setuju dengan tulisan Subky Latif.

" Tetapi PAS yang kosong tahun 1955 menguasai Kelantan tahun 1959. Namun satu kawasan Hulu Kelantan tidak dapat ditembusi PAS. Tengku Indera Putra, bekas Tengku Mahkota Kelantan yang bertukar menjadi orang politik dan ketua Umno Kelantan telah berkubu di kawasan itu.

Pengaruh istana yang begitu kuat di kalanagan penduduk setempat menyebabkan ia tidak dapat ditembusi PAS. PAS boleh bergerak sekencang-kencangnya di Kelantan tetapi tidak di kawasan yang di wakili anak raja sebagai ketua Umno.

Apabila Tengku Indera Putra berundur diganti pula oleh Tengku Razaleigh, juga seorang anak raja yang begitu dekat dengan Sultan. Sehingga hari ini bukan saja ia sukar ditawan PAS, bahkan orang Umno yang bukan kerabat raja tidak dapat menjadi pemimpin Umno setempat.."

Tapi dalam keadaaan kepayahan PAS di Gua Musang, ada satu fakta perlu diambil kira iaitu walaupun keistimewaan Ku Li pada Umno dan rakyat di Gua Musang, beliau tidak dapat menyelamatkan Umno di Galas pada pilihan raya umum 2008. Malah undi parlimennya sendiri pada ketika itu dikirakan kalah.

Ketika itu dia hanya dapat menyelamatkan dirinya saja. Kuatnya gelombangan serangan PAS, menyebabkan Ku Li mengambil strategi kalau tidak dapat pertahankan semua kerusi di kawasan itu, jangan hilang semua.

Faktor Sultan juga tidak boleh dilupakan di Gua Musang. Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah, nenda saudara kepada Tuanku Muhammad Faris Petra yang dipanggil manja oleh Baginda dengan nama Tok Ku Li, adalah seorang kerabat yang cukup dihormati dan yang pandangannya sering dirujuk oleh Tuanku selama ini.

Begitu rapatnya Sultan Kelantan sekarang dengan Ku Li boleh digambarkan pada bulan Ramadhan yang lalu Tuanku telah berbuka puasa bersama-sama Tok Ku Li Baginda di Kuala Lumpur. Pada malam menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri yang lalu pula, Baginda telah berangkat ke Palm Manor untuk beramah mesra dengan Tok Ku Li Baginda.

Tapi malangnya Ku Li tidak menghadirkan diri di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) yang penuh bersejarah pada 13 September 2010. Dengan tidak hadirnya Ku Li pada mesyuarat tersebut menyebabkan Ku Li terlucut jawatan sebagai ahli MPN mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

Adalah dimaklumkan bahawa dengan tidak hadirnya Ku Li menyebabkan hubungannya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V menjadi kurang erat. Krisis kesulatanan di Kelantan amat rumit untuk saya bicarakan di sini, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi PRK Galas.

Ku Li menjadi tidak rapat dengan Sultan manakala saya dimaklumkan pula Tok Guru Nik Abdul Aziz makin rapat malah ada maklumat yang hampir tepat mengatakan Tok Guru akan ke Mekah bersama Sultan Kelantan. Adakah mereka akan pergi bersama, kita lihat nanti tapi sekurang-kurangnya mereka akan mengeliling Kaabah pada masa yang sama.

Rakyat Gua Musang terbelah bahagi dalam hal ini. Saya tidak mahu menjangka tetapi sekiranya Sultan memainkan sedikit sahaja peranan Ku Li boleh jadi tidak lagi berbisa!!!!

UMNO habis modal, keringat dan wang lagi di Kelantan, dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS.


(*) sumber - BatuApi

Ini bukan puisi. Biarpun lewat tahun 1932 !

Kereta antik ini tersadai di seberang jalan berhadapan hotel Swiss Inn, Sungai Petani. Dilihat dari luaran, ia masih kelihatan OK. Tayarnya masih ada angin. Yang menghairankan, kuncinya tersangkut di ‘dashboard’. Tak takut kena curi ke?

XKDR…memang benarlah di Utara masih terdapat banyak khazanah pra dan pasca Perang Dunia Kedua. Setelah meng’google’ rupanya kereta model ini mula dikeluarkan pada tahun 1932 dan berakhir pada 1947.



‘Bumper’ kereta zaman dulu, yang diperbuat dari logam ber ‘chrome’, comel belaka. ‘Side mirror’, ‘night light’ dan ‘headlight’ juga comel.



‘Tail light’ dan ’signal light’ hanya dua ketul bonjolan di ‘mudguard’. ‘Reversing light’ belum wujud. Sekarang ni, tu dia…’tail light’ sampai ke bumbung. Pun begitu, masih ramai pemandu berperangai ala ‘homosexual’ - sondol belakang.



Dilihat dari sisi, jelas menunjukkan perkataan ‘aerodynamic’ masih sesuatu yang asing…cermin depan dan reka-bentuk ‘grill’ tegak hampir 90 darjah. Namun begitu, ’designer’ zaman dulu sudah mengerti makna ‘blind spot’ makanya wujud sebuah cermin (cermin ketiga) sebelah penumpang belakang…tidak seperti ‘designer’ kereta Perodua ‘MyVi’ dan ‘Hyundai Getz’ - ‘blind spot’ nya benar-benar membutakan pandangan.

Perhatikan perbezaan ‘desigh’ pintu era ‘datuk-nenek’ dibanding dengan era ‘Datuk, Datuk Seri dan Tan Seri’…pintu depan buka ke belakang manakala pintu belakang buka ke depan.

Teringat ‘design’ pintu kereta Fiat Marvelette JE8092 (ex CPO Othman ‘Radio Malaya’) milik E.M. Billy di KD Malaya Woodlands…bila memandu dalam cuaca panas, pintu depan direnggangkan sedikit supaya angin dapat masuk dan menyejukkan orang di dalam.



Cantiknya…headlight era dinosaur dibuat dari logam dan kaca serta menepati tujuan - untuk menerang jalan. ‘Headlight’ era ‘Gay’ dan ‘Lesbian’ dibuat dari bahan plastik, beranika bentuk dan berbelit dengan kepanjangan (ter’over’) hampir mencecah cermin hadapan.



‘Radiator grill’ kereta zaman sains dan teknologi dibuat dari bahan plastik tapi ‘grill’ Austin 10 ini dibuat dari bahan logam. Kalaulah kereta ini jatuh ke tangan mereka yang berduit dan berminat dengan barang antik…boleh kalahkan perawan dan janda berhias.

(*) sumber - Utuh Paloi Blog.com

Beijing to Jakarta ! Kobe Beef vs. Cut Tari ? Lorr..

Petang tadi wak diziarahi oleh anak buah wak dari Beijing, China. Kena jumpa wak katanya, sebelum dia berangkat ke Jakarta minggu depan. Macam-macam citer best, dari resepi sampai kepada petua.

Wow ! Tapi politik tetap tak tinggal beb ! Dalam banyak kisah, bab makan yg banyak disongehkan. Sempat ler juga belajar teori buat home made noddle.

Tapi yang tak boleh tahan bila dia bagitau dia bikin satay di Beijing guna daging "Kobe Beef" yang mahal nak mampus tu !

Rupanya baru wak tahu bahawa, ada spesis lembu yang diternak sehebat layanan untuk Queens. Air minum lembu yang diberi sejak kecil hingga matang bukan air paip beb..rupanya lembu itu diberi minum 'wain' dan ragutannya adalah pokok-pokok gandum kategori A. Tu pasal texture daging lembu itu tidak macam lembu ternak biasa, kalo tenderloin sekilo cecah RM1500 sekilo duit kito yeop !

Dan daging2 itu popular dengan tag Kobe Beef. Untuk makluman, orang islam diharamkan memakan daging lembu ini. Dah air minum pun 'wain' boleh faham ler macamana sembelihannya..! 100% lembu ternakan Kobe ini dimatikan menerusi renjatan elektrik..bagi tujuan melemahkannya...dan melapah.

Oleh kerana satay ini dibuat dari daging 'Kobe', ia merupakan satay paling mahal di dunia. 1 Set satay ini berharga RM800++ (duit kita). Gilo..!! Kalo ada yg nak makan satay paling mahal dan HARAM ini, silalah datang ke Beijing, China.






Home Made Noodle siap untuk dimakan. Tapi tak sedap katanya. Macam makan tepung yang direbus. Sedap ker kalo mee tu bahannya hanya tepung gandum yang dicampur dengan air abu sahaja ? Tapi pasal mee ni dibuat oleh chef taraf 5 Star, dan dihidangkan pula dimeja restoran hotel ternama, depan pulak awek se-cun Altantuya, huh..tunggu lagi ? ngapp...ler ! 

(*) Sebelum dia balik, harap2 dia tak lupalah pesan wak untuk dia sampaikan salam wak untuk Cut Tari di Jakarta..! Radenjowo jangan marah yaa..!!

Doa wak untuk Ibrahim Ali

Atas nama sesama makhluk Allah swt, wak titipkan doa kepada Allah swt. agar Ahli Parlimen Pasir Mas yang akan dibedah esok agar selamat menjalani pembedahan jantung dan seterusnya sihat dan dapat meneruskan perjuangannya..Amin !

 
Ya Allah, Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, Ya Tuhan ! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit/azab sakit  itu melainkan Engkaulah sahaja!

(*) Lupakan seketika sengketa. Ibrahim dalam 'gering', tak bagus untuk bertempur ketika beliau dalam sakit. 

(Update) Dulu Boikot, sekarang melutut ! Piirahh...!!

Pembetulan - ada yg buat lawak sms kat wak pagi ni. Gurauan pagi ahad..Cis..! Sori..albrangi..dan semua yaa !! 

Bila kita meluat dengan media arus perdana, kita cuba jauhkan diri dari mereka. Kita di bawah ni, cerita tentang betapa banggangnya berita yang dipertontonkan tiap hari kerana banyak berita mengarut dan berat sebelah. 

Ketika tu jugak la kita ni dilarang percaya, beli atau tonton. Boikot media arus perdana. CheWaahhh..memang syok dan bersemangat. Macam real - real jerkk..Pemimpin PR pun bukan main lagi. 

Dalam saluran alternatif depa dok pukui canang mintak kita boikot sama media ngarut arus perdana.Tapi rupanya depa ni hangat-hangat taik babi jugak. Bila tak setuju sesama parti, depa ni jugak la yang cari wartawan arus perdana untuk buat press conference. Maka keluaqkah muka muka pemimpin, minta kita
dengaq. Pemimpin PR ni bukan nya tak dak pilihan. Depa ada saluran alternatif yang boleh digunakan. Baik TV, akhbar atau pun internet. Tapi dok mengada ngada. Kononnya tak efektif. Tu pasai depa melutut depan lutut wartawan arus perdana untuk jilat kahak yang depa semboq dulu.

Waa'liwong yeop ! depan kamera, bukan main lagi. Tersemboq ayaq lioq depa. Mungkin alasannya, kita parti yang terbuka. Telus dan adil. Tak puas hati dgn pemimpin, kita boleh cerita. Tapi depa tak tau yang berita cam tu cepat keluaq. Manakala berita yang serupa berlaku kat parti musuh, media ni dok kambuih. Tak cerita dan tak dengar berita pun. Bagi rakyat yang ada akai boleh bezakan layanan yang tak seimbang ini.

Tapi pada yang pemikirannya manusia setaraf bontot lembu, depa pedulik apa?... Apa yang keluaq kat TV dan akhbar tu...tu la depa dok percaya. Kalu semua rakyat pandai, UMngok ni dah lama padam.Yang penting, kita boleh nilaikan sikap pemimpin PR itu sendiri. Cakap dulu lain, sekarang cakap lain. Dulu boikot, sekarang melutut.

Kita tunggu la pulak apa cerita depa masa kempen PRU yang akan datang. Apa lagi komen depa tentang musuh politik dan agen berita media arus perdana. Nak loq laq lagi ka?Sudah sudah la. Kalu pemimpin PR pun cakap pusing pusing, macam orang hilang akai, jangan la nak ajar kita untuk boikot arus perdana.Tu pasai la Tok Moh selalu pesan. Jangan ingat pemimpin Umngok saja bingai, tapi pemimpin PR pun apa kurang? Boikot arus perdana konon. Poorraaahhhciiiitttt !!! Muakakaka!!!

Kalu PR menang besaq pada PRU akan datang, jangan ingat kita suka 100% pada PR, tapi sebenaqnya kita dah benci pada UMngok. Pendek kata, kita tak dak choice. Kerna tak mau tengok Umngok, terpaksa kita undi PR. Muakakaka !!!Hampeh laa hang ...!Itu saja .... Adios..! - (radenjowo)

(*) Wak - gue setuju beb yg lu tulis..!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |