PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Dosa Kudeta ! Antara syahid di Mesir dan jihad di Perak !

Komenter Mat Saman Kati di wall FB, tulisnya :

Aku simpati dengan Ikhwan sebab aku pernah rasa kekecewaan dan kehampaan apabila kemenangan kita dirampas secara tak demokratik. Bila Perak dirampas oleh BN dengan kerjasama Sultan, aku boleh rasa macam mana sakitnya hati. Dan bila diajak melawan, aku pun turut "berjihad" dengan meninggalkan anak bini selama tiga bulan. 


Tapi yang melaung perjuangan hanya panas sekerat jalan. Tak ada sapa yang nak "syahid", tak ada sapa yang bersedia di penjara. Yang terus merana adalah mereka yang turun kejalan. Yang terus dibicara adalah mereka yang baring depan sultan. Manakala mereka yang menjerit tentang jihad dan perjuangan, sudah berulang alik ke Istana. 

* Komen Wak - aku nak komen apa ? Memang betui kata dia...!!

  " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Ayat Quran ini tidak dimakan api, celakalah kamu wahai ASISI !!


Ketika masjid di Rabiah terbakar angkara pengeboman tentera Asisi, dimana bukan sahaja struktur masjid terbakar, ia juga turut membakar sama penyokong Morsi yang berlindung disana bersama-sama naskah Al-Quran sehingga rentung. 

Dalam kebakaran itu, lihatlah akan peringatan Allah SWT, helaian yang terkandung ayat ini tidak seidikit terbakar, ayat itu bila diterjermahkan berbunyi, 

 " Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu "[Fussilat (41): 53-54] " 

Jika itulah yang Allah SWT telah tunjukkan, maka bersedialah penzalim-penzalim sekelian, Asisi dan tentera kamu,  kalian memang menempah celaka laknat Allah yang tidak terbanding ...tunggulah saat kehancuran kamu.


Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

" suami terajang bini di gari ? "

" ini suami yang terajang bini itu hari...nasib orang yang tak dak kabel, tak ada pangkat dalam umngok..??, atau bukan dari kalangan anak-anak montoyeei jarik pulk...maka bila serah diri terus kena gari, nasib ngko la labu banding sama kes satu inspektor sahabbbb yang dipercayai belasah budak hotel di seghomban dengan buntot pistol relex jer tak kena gari ! Sistem yang semakin ku lihat semakin kohong...!! 

Pesan wak, kalo korang sekadar biasa-biasa saja..jangan buat hal yang boleh polis gari tangan korang macam penjenayah dadah, sedangkan salah korang hanya 'batuk' depan depa...ingat batuk berkali-kali boleh dianggap menghina penjawat awam di tempat awam, ingat !! 

  " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Muka macam "pecah umah" pun ada dua bini ?


Melayu tentang kawin nak ikut sunnah tapi perangai punah ranah...dan ini bukan lelaki...tapi...err..., puihhhhhhh !! Lelaki paling celaka bulan Ogos 2013. Baca seterusnya di sini - sumber dari FB

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Kopi Pahit Tahi Musang vs. Askar Mesir Paling Jahanam !

Rakyat Mesir nie dah gila agaknya...makin ditembak, dibunuh, disiksa, dibom..makin galak mereka berdemo. Mereka gilakan 'syahid' !. Kita kat sini gila apa pulak ? Yang betui..termasuk laa aku masih dok 'gila' beraya...hoi kawan-kawan, agak-agak korang kalo mati ber'raya' mcm kita ni alamat mati 'pahit' la kot ?

Aku tunggu sampai jam 10.30 pagi sekarang ini, kerajaan Malaysia masih bisu dalam hal Mesir. Ker depa nak kita luku dulu baru boleh nak bunyi ?

Atas prihatin wak kepada insiden jahat kudeta Mesir bunuh rakyat sendiri maka pagi ini wak batalkan untuk minum kopi tarik "anak janda" tapi...wak cuba minum kopi pahit Luwak, biar muka nampak pahit...sepahit wak tengok muka askar mesir yang jahanam kohong tu..puihhh !!

* Nak rasa kopi pahit Luwak Tahi Musang, mai raya rumah wak..raya ni tiada Barbican, atau Rich okay !!

Kopi Luwak : Jenama kopi yang biasa kita minum pasti memberikan perasaan yang mendatar apabila meminumnya setiap hari. Bagi penggemar tegar kopi pasti mereka turut tercari-cari jenis kopi yang jarang sekali boleh di dapati di kedai biasa. Hanya boleh didapati di kawasan pergunungan dan juga di kepulauan kecil sesebuah negara yang mana mereka adalah pengeluar paling banyak untuk jenis kopi yang pelik. 

Walaupun harga yang agak tinggi berbanding kopi biasa, namun ianya bukanlah menjadi satu masalah untuk para penggemar kopi untuk merasai keunikan rasa dan juga bauan kopi yang lain daripada yang lain. Kopi Luwak Kopi yang berasal dari Indonesia ini dirumus khas dari tahi binatang musang yang mana pada mulanya menjadi baja tanaman ladang kopi. Kemudian menjadi bahan utama untuk membuat kopi kerana kuantitinya yang banyak suatu ketika dahulu. Jangan risau, kopi ini telah di dipastikan pembuatan serbuknya terjaga dengan mengambil hanya yang baik sebelum dipanggang untuk dijadikan sebuk kopi. 

Kopi ini menjadi antara kopi termahal dan pelik di dunia, Di Indonesia harga kopi ini mencecah RM 400- RM 600 sekilogram. Kopi ini adalah kopi yang diambil daripada najis musang yang memakan buah kopi. Musang ini hanya makan buah kopi tanpa diberi makanan lain. Maka najisnya adalah 100% kopi. Majlis Ulama Indonesia suatu masa dahulu, kalau tidak silap gua awal tahun ini telah mengisytiharkan kopi tahi musang atau kopi luwak halal diminum. 

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

200 terbunuh di Egypt. Yahudi tepuk tangan !

Petanda Kiamat Besar sudah terserlah didepan mata. Rakyat dianggap seperti sampah..Kuasa menjadi Tuhan...dengan kuasa kamu bertindak mengikut rasa dn mengikut kata. Bumi Allah diwarnai dan dibasahi dengan Darah Rakyat.., Suara Marhaen membelah langit. Kuasa Rejim terus mengila ! 


Ya Rabb. Berilah pertolongan, 
sepertimana ENGKAU menolong tentera Islam Badar 
sepertimana ENGKAU menghancurkn tentera bergajah.. 
dan sepertimana ENGKAU menghancurkan kaum2 yang terdahulu...!

Ya Rabb 
Ya Rabb 
Ya Rabb 

Kepada MU kami berserah...aminn - Kamal Ummi FB 

* Sumber dari Ikhwan al Muslimun. Di Rabaah shj 3500 gugur... dicampur korban di medan-medan lain, jumlahnya mencecah 5,000 syuhada.

 " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Hijrah Poligami - Blogger Mat Saman Kati kini dah jadi ostad ?

Gila baban terkojut aku baca update wall fb Mat Saman Kati@MSK, macam kat bawah.., macam orang buang tebiat sajaa...tup..tup, kat bawah lagi...kalo tak tengok 5 kali mau sawan tenuk kito dibuek yooo...!! Mat Saman Kati dah jadi ostad bro...!


Iklan ABO - " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Fotonya di sini, apa macam ? Komen aku, syok la hang lepas ni...!! Kawan-kawan hanya boleh gigit jari jaaa..! Hidup Poligami !!




Malaysiaku Yang Aman ! - Di tembak lagi ???

Kepada rakan2 diluar sana, jika dapat elak-elak kan dari kena stop di simpang ada traffic light. Cari la jalan yang 'lurus' ! Kepada tokey2 restoran yang banyak duit, jangan parkir kereta mewah hangpa depan restoran, parkirlah di balai polis. Sekarang musim penyamun guna pistol, jika zaman samseng kampung dusun dulu, paling ganas pon depa samun pakai topeng jaaa..ingat tu !

Kawan-kawan yang syok jual emas dan ada kedai emas, cuba jangan eksyen sangat dok tunjuk emas besaq-besaq@signboard kedai, siap lip lap lip lap lagi...takut nanti dengan hangpa 'lelap' terus. Cuba berpura-pura sket, macam syiah tu....tulis kat signboard hangpa tu kata, " Kami Tidak Menjual Emas, cuma kami hanya ada gigi emas " insyaAllah penyamun tak kan gamak samun gigi emas korang...percayalah !

Dibawah ni dikira kes terpencil jugak kaa ? 

Peniaga Yang Mati Semalam Sebenarnya Ditembak, Bukannya Ditikam Dungun: “Saya menjerit sebaik melihat darah membasahi badan suami,” kata Nor Zuedawati Umar, 25, apabila melihat suaminya terbaring tidak bernyawa selepas dipercayai ditembak penjenayah di tempat letak kereta berhadapan Restoran Nasi Kukus Paka 3, Jalan Besar, dekat Kampung Cacar, Paka, di sini, semalam. 

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditembak selepas bergelut dengan suspek yang disyaki mahu mencuri pacuan empat roda Toyota Hilux milik mangsa, jam 4.30 pagi. 

Dalam kejadian sama, wang RM10,000 hasil jualan lima cawangan restoran milik mangsa serta kenderaan berkenaan turut dilarikan. Ketika kejadian, mangsa yang juga pemilik restoran berkenaan dalam perjalanan dari kedainya untuk memasukkan wang hasil jualan ke bank sebelum didatangi suspek dan berlaku pergelutan. ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa untuk dihantar ke hospital. Nor Zuedawati berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa suami selepas dimaklumkan adiknya, Mohd Zulropia, 21, yang pulang ke kedai jam 7.30 pagi. 

“Ketika itu, saya berada di tingkat atas restoran sebelum terdengar adik menjerit memanggil nama saya dan memaklumkan suami cedera dipercayai akibat ditembak. “Sebaik turun, saya terkejut melihat keadaan suami berlumuran darah dengan beberapa kesan cedera di dada. “Saya berada di tingkat atas dan tidak mendengar pergelutan atau bunyi bising yang berlaku antara suami dan suspek sehingga dimaklumkan adik,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Menurutnya, menjadi kebiasaan suaminya keluar rumah pada jam 4.30 pagi untuk memasukkan wang hasil jualan perniagaan sebelum ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh. Katanya, kejadian itu mengejutkan mereka sekeluarga dan tidak menyangka penjenayah bertindak kejam hingga membunuh suaminya. “Isteri mana tidak sedih melihat keadaan suami yang lengkap berpakaian baju kemeja, kain pelekat dan berkopiah dalam keadaan tertiarap serta tidak bernyawa. 

“Walaupun pemergian arwah begitu mengejut, namun saya reda dengan kejadian menimpa suami,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia empat bulan dan empat tahun itu. Ditanya mengenai perubahan pelik suaminya, Nor Zuedawati berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan perubahan pelik, malah dia dan suami sempat berbual dan bergurau sebelum masuk tidur jam 1 pagi. 

  " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

60 tahun. Terima Kasih KWSP !!

60 tahun ? Arghhh....90 tahun pon tak paa ! Rakyat Malaysia kan ker kaya-kaya belaka (BACA SINI) Apa nak layan duit kwsp ! Hangpa nak pakai ?..pi pakai...pakai sampai licin !!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ahli yang berumur sehingga 60 tahun dan masih bekerja akan terus menerima caruman penuh sebanyak 12 peratus daripada majikan dengan caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Bagaimana pun, mereka yang bergaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan menerima 13 peratus caruman daripada majikan. 

 Peraturan berkenaan berkuat kuasa bulan Ogos ini. Pekerja berumur antara 60 dan 75 perlu mencarum separuh daripada kadar berkenaan iaitu 5.5 peratus dan majikan pula menyumbang pada kadar enam peratus atau 6.5 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan kurang RM5,000.

 “Walaupun ada perubahan terhadap umur persaraan dan kadar caruman, Pengeluaran Umur 55 Tahun dan Umur 50 Tahun kekal. “Ahli diberi pilihan untuk mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 pada umur 50 tahun dan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun,” kata KWSP dalam satu kenyataan akhbar di Kuala Lumpur, semalam. 

Bagaimanapun, ahli dinasihatkan tidak mengeluarkan semua simpanan sekali gus pada umur 55 tahun tetapi melanjutkan simpanan untuk tempoh yang lebih lama dengan memilih Pengeluaran Fleksibel Umur 55 tahun, di mana ahli boleh memilih mengeluarkan simpanan secara bulanan atau sebahagian. 

  " Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

Aku nak kata kat hang, " hang ini melayu tak sedar dek huntong !! "

" melayu memang tak mau sedar diri ! Pi toleh laa skett 40 tahun dulu...dimana melayu ketika tu bro, rata-rata kalo di Krian ni..berlumoih laki bini anak beranak main lumpor bendang berbulan-bulan, hidup kaih pagi makan pagi..kaih petang makan malam...rumah pun tak macam rumah...nasib baik ada FELDA..! hang pi tengok kat Felda apa jadi dengan melayu ? Rumah depa rata-rata dah jadi banglo belaka...banding sama dengan kawan2 depa kat kampung sekarang..macam langit dan bumi ! Itulah nikmat berkerajaan-kan UMNO ! 

Ini tak...hang dengan geng hang tak habih-habih kutuk UMNO dan kerajaan...hangpa ni memang jenih rakyat dan melayu yang tak mau bersyukur...! Kalo dah benci sangat dengan UMNO dan kerajaan..aku mintak hangpa ramai-ramai pi negara lain..hang memang celaka sama macam Anuar Ibrahim dan Haji Hadi tuh..ptuihhhh !! " - dialog power sang saka melayu berdarah Umno lewat 3 hari lalu di kunjunganku ke  rumah terbuka orang UMNO, tak pasai-psai dia bantai aku directly bila dia tau depan dia ketika itu adalah aku - blogger albanjari. 

Nak tahu apa pulak aku bantai dia...tunggu sat...kejap lagi aku tulis di sini ! 


" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang "

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |