Sulu@Lahad Datu - Wanted ! 3 kupang cukup ?
LAHAD DATU: Pemimpin kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram dipercayai menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai polis. Berusia sekitar 60-an, beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.
Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.
Sumber percaya saudara kepada Sultan Sulu ini turut membantu dalam rundingan bagi menamatkan krisis di Tanduo yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia.
Mereka berkata polis mula mencari Azzimudie apabila dia tidak ditemui lagi selepas berpindah ke Semporna.
Selain Azzimudie, mereka yang lain yang dikaitkan dengannya juga sedang dicari oleh polis berikutan penangkapan beberapa orang termasuk beberapa saudara mara, anggota beruniform dan ahli politik tempatan. Polis berkata, sehingga kini lebih daripada 50 orang telah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
Beliau berkata tangkapan dibuat di seluruh Sabah dan di luar kawasan operasi Op Daulat yang berpusat di sekitar Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian.
"Soal siasat suspek akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang kami perolehi," Ismail berkata semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin..
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahat Datu - Teluk Marudu, Balingingi dan Kjaan Jin Islam. Baca !
Kami minta jangan masuki Teluk Marudu jika niatmu ingin menganyang warga sebelah sini. Teluk ini punya kisah silam yg tercatat atau tidak tercatat. Di sini moyang kami sedikitpun tidak gentar dengan kawanan lanun paling ditakuti Inggeris bahkan kesultanan sulu iaitu "Balangingi". Tanya datuk nenek kalian ttg kisah ini dan jangan keras kepala. Jika kalian mampir juga, akan kamu dapati ada "dinding" dan "penjaga" yg membuat kalian menyesal. Jika ada niat jahat kalian, baliklah !
1. Eksklusif untuk kali ini saja, demi memarakkan keyakinan bangsa2 di Marudu ini saya ingin katakan bahawa di Teluk Marudu inilah letaknya singahsana kerajaan jin Islam seluruh Borneo. Bila rajanya (kini sultanah) mau sidang, sultanah akan berkunjung ke teluk Marudu. Sultanah ini tinggalnya di negeri Sarawak di Gunung Santubung.
2. Bala tentera jin Islam ini tidak minat politik manusia tapi mereka atas dasar sahabat dan ketakwaan boleh membantu menganyang manusia jahat termasuk org2 yg mengaku Islam tapi berperangai macam jin kafir. Maka dengar sini sekalian suku2 wilayah sulu. Insaflah. Batalkan niat jahat kalian. Jadilah manusia yg benar2 beriman dan bertakwa.
3. Dan seperkara lagi. Tahu apa itu Balangingi ? Balangingi adalah nama sekelompok lanun paling ganas paling degil paling berani paling nekad di perairan sulu. Inggeris sendiri gagal menangani gangguan lanun2 di teluk marudu ini sehingga terpaksa memohon bantuan dari kerajaan James Brooke di sarawak. Sesetengah buku teks sejarah ada menyuratkan kisah ini.
4. Demikian besarnya nama bansa balangingi ini namun moyang kita khususnya Panglima Aki Tumunda tidak gentar keluar secara solo utk berdagang. Sengaja panglima ini mendekafi lanun2 ini dan jika diganggu beliau akan menganyang dan merampas harta benda mereka sebagai balasan.
5. Ini bermakna, setiap kali Panglima Tumunda keluar ke teluk marudu, teluk itu jadi aman, lanun2 balangingi tidak mahu keluar, tidak mahu ada clash dgn panglima. Justeru itu pihak kesultanan Brunei dan Inggeris rasa terhutang budi dgn Aki Tumunda dan menganugerahkan beliau Panglima. Mmg hal ini tidak ditemui dlm teks sejarah tapi ia bukan kisah rekaan.
Sulu@Lahad Datu - 15 perkara Sulu wajib tahu tentang Militari Malaysia !
PERKARA MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA..
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..
2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..
3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?
4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?
5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..
6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..
7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?
8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?
9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?
10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?
11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..
12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..
13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah suatu ketika dahulu..Operasi itu dikenali sebagai "OPS SABAH SELAMANYA"..(FAKTA YG TIDAK DAPAT DI SAH)
14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..
15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu.
Nota Sulu@ABO
Info dari sahabat ini baik walaupun agak lucu. Soalan saya: bagaimana "magsabil" boleh menjadi "magsabul"? Antaranya kerana ikut hasutan syaitan, baik syaitan dlm diri tiap manusia mahupun syaitan di luar diri kita. Justeru, sama2 kita hadapi dan perangi musuh mutlak, musuh yg tidak akan berdamai, tak mungkin mengalah dan tak mungkin letak senjata. Musuh itu adalah syaitan.
MAGSABIL menurut istilah kepulauan Sulu adalah menegakkan kebenaran dengan membunuh dan terbunuh, biasanya d lakukan bersendirian..
Diantara trigger punca dan dorongan MAGSABIL:
1.Agamanya d hina
2.Hartanya d rampas
3.Anak dan Isterinya d aib/ganggu.
*kalau ada kononnya MAGSABIL bukan sebab d atas, itu adalah MAGSABUL!
sumber : FB Bung Adi" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Games Over ? Akhirnya...!
Sultan Sulu mohon genjatan senjata...rasanya bagus juga ditamatkan konflik ni....pengganas Sulu kenalah letak senjata dan menyerah diri kemudian bersedia nantikan hukuman mati kerana memiliki senjata api ikut undang2 kat Malaysia , ini Malaysia bukan Sulu....Apa macam ?
Berita Lewat Petang : GENCATAN SENJATA TAJAAN PEMBERONTAK SULU DITOLAK !
PETALING JAYA: Malaysia menolak gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui 'tweet'nya, Khamis.
Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat. "Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya melalui twitter.
Sulu sultanate calls for ceasefire in Sabah.
MANILA - The Sulu sultanate has called for an immediate ceasefire to the standoff in Sabah following calls by United Nations Secretary General Ban Ki-moon to end violence in Sabah and start holding dialogues. “The Sultan (Jamalul Kiram III) is calling for a unilateral ceasefire of the sultanate of Sulu effective this hour, 12:30 in the afternoon [of Thursday,” spokesperson Abraham Idjirani said.
He said this is out of respect to the call of the UN secretary-general to end the violence there. He said this is “in order to reciprocate the call of the UN to preserve lives.”
The UN chief also expressed concerned about the impact of the standoff on the civilian population, including migrants in the region. Ban is closely monitoring the situation in Sabah and would like to see all parties engage in talks for the peaceful resolution of the issue, a UN statement said.
He also urged all parties to "facilitate the delivery of humanitarian assistance and act in full respect of international human rights norms and standards."
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Mengapa BN cuba beralah sama orang Sulu? Baca !
Malaysia memerlukan jalan keluar dari terlibat secara berterusan dengan mengambil langkah alternatif demi keselamatan wilayah dan POLITIK dalamannya. Ataupun berterusan mendokong MILF-Filipina sehingga mengorbankan kepentingannya sendiri yang selama ini diusahakan "terus tersorok" (kes Kesultanan Sulu).
Malaysia mempunyai 3 agenda untuk bantu pelan damai Mindanao dengan Filipina,
Pertama kerana hendak selamatkan karier politik Kerajaan yang semakin terancam oleh parti oposisi terutama dalam kes RCI (Suruhanjaya Diraja Menyiasat IC PROJEK/PALSU) di Sabah (penganalisis politik tahu hal ini) terpaksa dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia atas desakan pengundi Sabah dan parti-parti oposisi. Sebarang kegagalan bertindak dari pihak Kerajaan menangani pendatang asing, maka mereka akan kehilangan undi pada PRU-13 nanti.
Kedua kerana RCI itu perlukan dokongan dari selatan Filipina, yakni tanpa keamanan di sana, RCI tidak dapat dilaksanakan secara efektif untuk menghalau Muslimin Sulu-Mindanao (PTI) kembali ke tempat asal mereka. Dalam masa yang sama Muslimin Sulu-Mindanao turut tidak berasa kecil hati sekiranya dihalau kerana Malaysia telah membantu amankan Selatan buat mereka. Yakni, sudah mudah mencari makan di Sulu-Mindanao kerana Malaysia telah janjikan dana besar buat FILIPINA UNTUK MEMBANGUNKAN SELATAN.
Ketiga kerana tanggungjawab Malaysia terhadap kemakmuran jirannya yang bukan sahaja jiran itu berhak dibantu malah penduduknya adalah saudara seIslam, disamping itu juga dapat mileage antarabangsa terhadap bantuan damai tersebut.
Nah ! Sekarang sudah jelas mengapa BN cuba beralah dengan orang orang Sulu? Tahukah anda.. seramai 800,000 orang sulu telahpun menjadi warganegara dan ada hak untuk mengundi.. Dikhuatiri undi protes oleh warga Sulu akan jadi medium membalas dendam dan inilah yang di takuti oleh umno....sekian RAHSIA sudah terbongkar...
Next Episod : Bongkar perkampungan Sulu di Johor, Melaka dan seluruh semenanjung...!
sumber : FB/Irsyad Sidi
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Disembelih pengganas ? Celaka kamu !
Disebut dalam berita, sohih lagi terang, pengganas Sulu itu menang ganas dan barbarian sifatnya. Islam apa itu jika sanggup sembelih orang islam yang juga saudaranya. Jangan naik darah jika aku bilang kamu itu (yang menceroboh) ke Sabah itu kumpulan paling celaka wujud di Kepulauan Sulu. Puiihh !!
Dibawah, 4 foto tampil perlihat pengganas yang jadi korban di Lahad Datu.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Ops Sulu itu sekadar men 'gertak' ? Puihh..!!
Mengapa awal-awal lagi Najib dah buat tuduhan mengatakan rancangan pembangkang,,? adakah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kesalahan umno sehingga berlaku pencerobohan di lahad datu..?
Dan sebaliknya, adik perempuan sultan sulu memaklumkan melalui sidang medianya bahawam ini hanya drama kerajaan bn dan tiada kaitan parti pembangkang di malaysia. Pulak dah !
" Walau bagaimanapun mengikut pengamatan saya melalui pengalaman berkhidmat dalam tentera selama 25 tahun, operasi ini hanya untuk menggertak supaya musuh berundur sebab kalau operasi menawan dan memusnah, infantry man akan terus folllow up serangan selepas air strike bomb up kawasan musuh. Comando's ops akan mengkoordinasi H hour antara kumpulan assault dgn pihak DFSB. Maaf lah sapa tak faham, ini bahasa ops tentera. Kita tak akan dapat menguasai tanah jika hanya melakukan air strike tanpa susulan kumpulan assault troop foot on the ground." - komenter FB/Ibnu Ya
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Moro..silakan masuk gelanggang..!
" Moro..Silakan masuk gelanggang, biar kamu jadi mayat gelandangan di Sabah "
[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi tadi, lapor The Philippine Inquirer hari ini.
Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.
“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.
" Sangat silap besarlah apabila bangsa Moro pula mau/merancang/berniat datang serang Sabah. Tahukah bahawa musuh puluhan tahun mereka yakni pihak Manila akan ikut senang hati; sama ada mereka membunuh tentera Malaysia atau mereka terbunuh, kedua-duanya tidak merugikan pihak Manila. Jadi tidak payahlah lagi Manila memerangi bangsa Moro kerana "tugas' itu seolah-olah sudah dilaksanakan oleh pihak Malaysia pula.
Dipihak Malaysia saya syorkan, sementara "ops sulu" diteruskan, perlu ada usaha utk memberi kefahaman kpd bangsa Moro atau pihak MNLF/MILF dll tentang risiko, kerugian dan impak besar yg akan terjadi. Dan meminta pihak Filipina turut mengawal sempadan agar rakyat mereka tidak menyerang negara kita. Ini tanggungjawab Felipina juga. Melainkan jika Manila tidak mengiktiraf bangsa sulu atau moro atau selatan felipina sebagai rakyat atau negara mereka. Bagi seluruh rakyat negara ini, mari terus bersatu, berdoa dan membijaksanakan akal. Kawal emosi dan fahami yg tersurat dan tersirat." - Bung Adi
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sultan Sulu yang perlu kita tahu !
Ramai yang tak tahu Sultan Sulu telah berpecah kepada dua :
1. Jamalul Kiram III - diangkat oleh Filipina dan US sebagai Sultan sulu meskipun rakyat sulu tidak setuju.
2. Sultan Bantilan II (foto) - berjuang menentang Filipina untuk mendirikan Sultaniyah Sulu Darul Islam. Baginda dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan baginda menerimanya.
Kedua-dua sultan ini akui Sabah milik Kesultanan Sulu. Hanya terdapat satu perbezaan kepada Sultan Bantilan II iaitu baginda rela Sabah 'dijaga' oleh Malaysia yang seagama dengan baginda. Lantara itu, Sultan Bantilan II telah mengeluarkan titah supaya rakyat Sulu yang berkerja di Sabah tidak bersama Jamallul Kiram III angkat senjata di Sabah.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - UPDATE:Pejuang Moro dikerah ganyang Sabah ?
Celaka punya Moro..! Jika hal ini menjadi betul...Puihhh !!
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pejuang Moro National Liberation Front (MNLF) akan menyertai militan Islam Filipina melawan pihak keselamatan Malaysia di Sabah, lapor akhbar Filipina, Manila Bulletin hari ini.
Akhbar tersebut melaporkan, Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu, mengatakan MNLF mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.
Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut. Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.
UPDATE 4.31PM
Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya.
Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam mendakwadalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.
Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.
"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.
Misuari nafi dakwaan
InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik MNLF pengasas Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu.
Misuari, yang mengunjungi Sultant Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar".
Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya.
Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama.
UPDATE 4.31PM
Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap 'Tentera Diraja Sulu' di Lahad Datu, Sabah.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya.
Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam mendakwadalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.
Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.
"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.
Misuari nafi dakwaan
InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik MNLF pengasas Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu.
Misuari, yang mengunjungi Sultant Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar".
Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya.
Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Apa ? Sulu mula menganyang?
" Orang2 Sulu dah sampai Keningau tengahari ini... saya dapat berita daripada Keningau.. keadaan sungguh meruncing sekarang... mereka ada di mana2.. saya XXXXXXXX-VV menyamar guna akaun ini. ALLAHU AKBAR.
Di Keningau, diberitakan seorang dah kena tembak oleh org Sulu(*)... berita yang baru diterima dari Keningau. Mereka juga skrg berada di Kota Kinabalu. Masya Allah " - mesej yg baru aku terima dari KK, Sabah.
(*) kebenaran maklumat ini masih menanti pengsahan dari rakan di Keningau.
Info Mesti Kena Tahu : ISU LAHAD DATU
Info Mesti Kena Tahu : ISU LAHAD DATU
"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"
Abg komando jawab, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung,
Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan,
Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,
Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..
Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..
Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini..
Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."
Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"
Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..
Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."
~ begitulah SOP nya.. kpd dalang yg suruh askar serang penceroboh secara membabi buta, beliau lah PENGKHIANAT NEGARA yg mahu anggota keselamatan dan rakyat kita lebih ramai terkorban !
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Keterlaluan ?..Go To Hell ! Bravo..Polis dan ATM !
TAHNIAH !!
Pasukan Keselamatan..PENCEROBOH TEWAS sepenuhnya..Polis tak dapat kenal pasti berapa orang pihak musuh yang mati dan cedera..Tiada bom yg digugurkan terkena kubu sendiri spt yang di lapurkan oleh Filipina.
Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup akibat tunjuk perasaan oleh rakyat Filipina..Kedutaan Filipina di Malaysia ada tak?? Macam mana caranya kita nak bagitau kepada kedutaan Filipina yang kami rakyat Malaysia juga marah dgn pencerobohan ini. Hingga ada rakyat kami yg jadi balu anak jadi yatim..!
Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.
Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.
InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.
"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.
Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.
"Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.
Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi pembersihan. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.
Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Terkini ! Taufan bom ganyang Tandou
LAHAD DATU: Kedengaran beberapa letupan bom dipercayai daripada pesawat dijatuhkan di Kampung Tanduo, dekat sini yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina.
Sejak jam 7 pagi tadi, kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi kejadian.
LAPORAN LANGSUNG
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.
Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini. 8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Penceroboh di ganyang habis-habisan !
" Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo. " - Pak Najib
Sulu@Lahad Datu - Pendedahan berapi warga Lahat Datu !
Saya warga Lahad Datu yang bekerja di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku di Lahad Datu sengaja disenyapkan oleh kerajaan kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh menjelang PRU13. Hanya warga Lahad Datu yang tahu situasi sebenar. Menurut cerita keluarga saya di sana, memang pengganas ini dijemput masuk atas sebab ingin menuntut kawasan felda dengan janji mereka mendapat tanah dan sebagainya.
Dan yang lebih menyakitkan hati ada antara pengganas ini sudah memiliki IC sah. Caranya minta askar sultan sulu yang tidak tahu malu itu datang untuk provoke. namun mereka datang dengan tujuan untuk mengambil semula Borneo.
Serampang dua mata. Bantu dan rampas. Tidak ada kaitan dengan pembangkang kerana setahu saya rakyat Sabah kini bangkit dan ramai yang sokong pembangkang kerana merasakan tidak terbela dan dipinggirkan sekian lama.
Isu ic projek memang berlaku.
Dan siapa kami di sabah untuk menyampaikan kebenaran, sedangkan pemimpin kami sendiri menjatuhkan martabat kami. Untuk pengetahuan saudara, rakyat Sulu semakin bertambah di kawasan Lahad Datu dan dikhuatiri mereka ini akan bangkit membalas tindakan kerajaan. Bayangkan 10 orang Sulu terbunuh dan tak mustahil majoriti rakyat Sulu yang ahli keluarganya terbunuh akan membalas dendam dan mengsanya penduduk Lahat Datu?
Mangsanya adalah kami penduduk tempatan. Sedangkan kawalan perairan di persempadanan Sabah dan Filipina terlalu longgar sehingga hampir setiap hari mereka keluar masuk tanpa sekatan.
Kalau ke lahad datu, akan lihat rupa bandar Lahad Datu yang tak ada bezanya dengan pekan di Filipina. Pertambahan penduduk yang mendadak, kebanjiran pendatang Filipina yang bebas menjadikan kami minoriti. Yang jelas, tiada respon yang boleh menjelaskan keadaan sebenar di Lahad Datu.
Kami juga tidak dimaklumkan dengan terperinci situasi sebenar baik di media kerajaan dan sebagainya. Hanya FB sahaja sumber maklumat kami. Selain maklumat daripada hospital dan agensi kerajaan yang ditugaskan. Malah rakan-rakan polis yang bimbang sedia berkongsi maklumat walaupun tahap kerahsiaan tidak boleh disampaikan sewenang-wenangnya.
Hari ini perintah berkurung dikuatkuasa pada jam 5 petang sebentar tadi, Anggota keselamatan kita dua terkorban. Pihak pengganas 10 terkorban, 4 cedera dan 4 ditahan. Persoalan saya sebagai orang Lahad Datu, mengapa maklumat ini terlalu sulit ?
Mengapa media terhalang membuat liputan? Saya kecewa kerana isu besar seperti ini tidak dihebahkan berperingkat seperti highland tower tumbang dulu. Isu ini dikecilkan dan terpinggir sama seperti pembangunan negeri kami yang perlahan. Negeri kami kedua termiskin, kami terpukul, sedangkan kami kaya sumber minyak dan sebagainya.
Harapan saya biar PRU-13 memihak kepada Pakatan Rakyat, kerana dengan cara itu, kesemua kelaknatan pemimpin BN dan pemimpin Sabah terungkai satu persatu dan rakyat berpeluang bersuara mengadili kepincangan mereka. Kami rakyat Sabah bersandarkan doa rakan-rakan di seluruh negara mendoakan keselamatan kami. Kami terkepung oleh pendatang yang diberi mandat memilih kerajaan yang korup!!
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Kronologi pencerobohan utk mati katak !
Monday, February 25, 2013
Kronologi:
- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.
- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.
- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Sulu@Lahad Datu - Menteri jadi takut, kemelut terus kusut !
MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.
Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.
(Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11)
"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.
Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).
Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.
http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE
Penafian Misuari
Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.
Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.
"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.
“Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.
Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Penceroboh Sulu tumpas !
Terkini dari rakyat Sabah ! Kerna tiada kredibiliti.., Hisyam Sotong dimalukan penduduk kampung.
Berita yang baru diterima , 1 anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang Laut Semporna. Dilaporkan penduduk kampung penuh berani merampas M16 si penceroboh dan terus membedil terus saat itu.
p/s:: MUNGKIN kecewa dengan kredibiliti menteri jaga negeri, maka penduduk kampung terpaksa berjuang sendiri ketika seorang militan yang cuba menjadikan mereka tebusan dengan memukul dan menetak militan berkenaan yang bersenjata M16 sehingga mati di Kampung Senallang Lama, Semporna.
Di mana Menteri Dalam Negeri mau simpan muka? - sumber dipetik dari FB King Jason
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
TERKINI - Kisah Sebalik Pencerobohan Sultan Sulu Di Lahad Datu
PEMBONGKARAN! - Isu serangan penceroboh semakin menjadi-jadi apabila beberapa orang lagi anggota keselamatan kita terbunuh dan juga ada juga yang di culik dalam pertempuran yang berlaku di Semporna. Sultan Sulu kata negeri Sabah hanya diberi pinjam kepada Malaysia sahaja. Menuntut hak mereka kembali agar negeri Sabah kembali di bawah naungan pemerintahan mereka.
Mari kita baca Kronologi ini :
- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.
- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.
Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu.
sumber : VAT69 Perjuangan Semalam
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "