PRU13 - Siapa ZulKulim sebenarnya ?
Pandiran Petang | 26.4.2013Perisik Rakyat Unmasked -
Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.
Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.
Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.
Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.
Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.
Kes Arsenik Anwar
Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.
Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.
Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.
Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.
Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.
Kes Arsenik Anwar
Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.
Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.
Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.
"Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.
Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.
Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.
Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara". Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.
Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya. Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.
Dengan MB Terengganu
Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.
Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu. Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.
Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.
Berpaling arah
Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.
Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.
Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.
Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.
Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.
Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.
Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."
Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu. Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
PRU13 - Pandiran Petang : Calon 'anak bapak' versi Parit Buntar !
radens albanjari | 25.4.2013 -
PANAS DI PARIT BUNTAR ? - Debat Menifesto -
Umno Bahagian Parit Buntar bulat tekad menolak tawaran PAS. Banner debat dah direntang, handbill sudah disebar...penyudahnya, Muammar Ghadafi tolak tawaran. Alasan beliau mahu manfaat tempoh kempen yang berbaki ini dengan berjumpa terus pengundi terutamanya dikampung-kampung untuk undi BN kali ini.
UMNO Parit Buntar dah tolak. Akur saja. Tak payah maki-maki depa. Bukan depa takut, aku percaya Muammar Ghadafi itu bukan penakut orangnya, jika dia penakut dia tak pakai nama 'muammar ghadafi", lain ler jika nama calon BN ini bermula dengan pangkal nama 'najit'. Itu aku percaya..memang spesis nama takut-takut. Bunyi cicak menjerit pon dia boleh demam sawan..jangan main ! Ini Muammar Ghadafi bro...!
Pandiran kedai kopi 2-3 hari ini panas berkisar tentang hebatnya calon BN nama Muammar Ghadafi. Kebetulan aku juga rajin menghope sama..sesekali tembus juga apa yang seronok didengar. Seronok bila 'pak hang' kata, kalo tak cukup selori duit..takpa..!, "pak hang' akan hantaq selori lagi duit untuk bantu hang kempen...janji hang(BN) boleh menang best ! Itu syoknya bila anak orang kaya jadi calon. Duit macam 'ayaq kencing' turun. Memang 'anak bapak' !
Bila jadi begitu, melopong laa janda arwah Datuk Rahman, Puan Salewati. Kesian kat dia..! Ini wanita UMNO yang memang buat kerja. Orang Bahagian semua tahu. Tetapi pasal anak orang kaya yang dipilih jadi calon, ramai wanita UMNO diperingkat akar umbi kecewa bila nama Salewati tergugur saat akhir sebagai calon Parlimen. Apa nak buat...orang tak berduit, sekadar jadi 'daki' dalam Umno lagipun najib pon dah tak pandang wanita-wanita Umno nih., kan ker Datuk Kamilia kata wanita Umno dah jadi sampah.
Calon BN untuk DUN Titi Serong, Bakaq Mat Ali cakap makin slow. Pagi tadi gerombolan bagitahu, Bakaq sudah bunyi, SUKAR nya untuk dia menang kali ni. Walaupun saingannya sekadar Ustaz Bakaq Husin. Jika dengan nama itu pun dia jadi resah, gelisah dan murung...kita boleh baca apa akan jadi pada 5 Mei nanti. Pengundi tolak kita, kita boleh rasa bro ! Undi Cina untuk BN jangan harap. Harap MCA dan Gerakan ? Boleh mampuih..cina sudah bulat tekad akan undi bulan ini kali.
Diatas kertas hari ini, BN masih berada dibawah paras selesa untuk menang. Kedudukan masih (PAS) 3 - 0 (BN), dimana Parlimen, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau akan kekal dibawah Pakatan Rakyat.
(*) Nantikan Pandiran Malam, malam ini - Parlimen Kuala Kangsar, Idham Lim pukul habis !
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
PRU13 - Pandiran Gelap : Jika Kamilia ibarat sampah, BN itu pula tong sampah !
radens albanjari | 25.4.2013 -
Kerana kemaruk kuasa, manusia bisa jadi apa saja. Yang dipingin rakyat, ditongsampahkan. Benar katanya si tukang binasa jambatan, bahwa pilihan calon BN ini kali sangat caca marba.
(*) Bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim hari ini mendedahkan kenapa dia sanggup menjadi calon Bebas untuk bertanding walaupun tahu dia bakal dipecat dari parti.
Apabila kepimpinan tertinggi Wanita Umno tiada tempat dalam pilihanraya umum 5 Mei ini merupakan punca utama mengapa Kamilia tidak teragak-agak menyerahkan kertas pencalonannya bertanding di parlimen Kuala Kangsar menentang calon Umno sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim.
Kamilia ibarat 'sampah' - Ternyata kekecewaan Kamilia yang sudah menggerakkan kerja berkempen sejak setahun lebih rupanya dipandang seperti sampah tak berguna apabila hanya diberi tempat sebagai calon DUN Bukit Chandan walaupun berjawatan pemimpin nombor dua wanita dalam Umno.
Sketsa Foto - Maaf ! Kak Ijat tiada di sini. Dia sibuk kat kondo...korang datang sini perhal ?
Malah BEKAS ketuanya, Shahrizat Jalil yang pantas mempertahankan keputusan presiden Umno, Najib Razak dan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Zambry Abdul Kadir tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejutan yang dilakukan Kamilia bertujuan untuk tidak menambah garam pada luka yang sudah pun parah.
Alasan Zambry bahawa suara akar umbi lebih mahukan Khairil juga dilihat dangkal kerana pengundi tegar Umno yang selama ini diwakili BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz, sudah maklum bahawa Kamilia lah calon yang sesuai diletakkan berbanding dengan Khairil yang lebih rapat dengan pemimpin Umno atasan.
Tindakan Zambry menempelak Kamilia bukti satu lagi perpecahan tak terduga, bukan setakat dialami Umno Perak malah di seluruh negara.
Malah Najib sendiri kelmarin sudah mula mengeluarkan arahan supaya Kamilia 'diberi perhatian sewajarnya' kerana tanda-tanda untuk belot dari parti ternganga luas.
Wanita Umno yang selama ini dianggap tulang belakang kepada kemenangan parti itu kini sudah ibarat kupang tembaga tak laku seduit pun.
Bayangkan bagaimana wanita Umno bersusah payah merayu undi dari rumah ke rumah, berpanas dan berhujan serta sanggup bersengkang mata menyiapkan bahan kempen untuk dipasang oleh Pemuda Umno, kini itu semua sudah tidak bermakna lagi.
Mungkin sesetengah dari kita bersetuju dengan kenyataan Zambry bahawa Kamilia hanya mementingkan diri dari parti, tetapi lihatlah siapa pula barisan calon wanita Umno yang diketengahkan kali ini.
Bukannya hendak memandang rendah kemampuan Azalina Othman Said di parlimen Pengerang, Noriah Kasnon di parlimen Sungai Besar serta ketua puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di parlimen Papar, tetapi kesemua mereka cuma setakat menjadi timbalan menteri sahaja melainkan Azalina yang dilantik menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi, itu pun atas kouta puteri Umno sebelum digugurkan apabila mencecah usia 40 tahun.
Saya melihat Shahrizat dari sisi lain kesan daripada pemecatan automatik Kamilia kerana umum sudah mengetahui persengketaan lama antara dua pemimpin tertinggi Umno dan BN itu semasa isu skandal lembu RM250 juta yang membabitkan keluarga Shahrizat.
Ketika itu, Kamilia dilihat terlalu vokal menghentam Shahrizat hinggakan kedua-dua mereka terpaksa ditenangkan seketika takut-takut persiapan pilihanraya umum terjejas hingga boleh menyebabkan kekalahan BN.
Dan kali ini giliran Kamilia pula ditempelak Shahrizat dengan mengatakan keputusannya hanya bernafsu peribadi bagi mengejar impiannya mencabar Shahrizat sebagai ketua wanita Umno dalam pemilihan agung parti itu yang sudah tertangguh lebih tiga tahun.
Kata orang, pulang paku buah keras.
Dipercayai ada campur tangan supaya Kamilia hanya diletakkan sebagai calon DUN seperti mana yang dilakukan ke atas ketua penerangan wanita Umno, Hamidah Osman yang bertanding di DUN Sungai Rapat.
Kamilia mungkin sudah mengetahui had dan sekatan yang ada sekiranya hanya menang di kerusi DUN kerana setakat cuma dilantik sebagai Exco kerajaan negeri pun belum tentu dia terpilih kerana perlu pula bersaing dengan Hamidah untuk melengkapkan kouta wanita Umno dalam kerajaan negeri.
Hamidah diletak sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan HARAM Zambry tetapi dikhabar mempunyai masalah dengan Umno bahagian Gopeng hingga surat rayuan turut dihantar kepada Zambry jam 12 tengah malam beberapa hari sebelum BN mengumumkan calonnya.
Itulah sebabnya dia terus mara mempertahankan haknya bertanding di kerusi parlimen kerana merasakan peluangnya untuk mencabar Shahrizat sebagai bosnya seterusnya menjawat jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat terbuka luas.
Rata-rata pengundi di Kuala Kangsar akan mengundi Kamilia berbanding dengan pencabarnya, Khalil Idham sekiranya pertandingan dua penjuru diadakan kerana Khalil sendiri pun mempunyai masalah dengan pengundinya di DUN Titi Serong.
Tetapi itu tidak berlaku dan Umno sendiri memilih jalan berliku menghadapi tentangan Kamilia dan Khalil untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat Umno selama ini tetapi hampir roboh ekoran Rafidah cuma menang lebih 1,400 undi dalam pilihanraya umum lalu.
Kamilia melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Shahrizat tidak bertanding dan sebab itulah dia diberi 'restu' untuk berkempen di Kuala Kangsar bagi meneruskan warisan Rafidah di bandar diraja Perak itu seberapa lama yang boleh.
Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rafidah dimalukan Shahrizat semasa pemilihan wanita Umno dan dendam lama Shahrizat terhadap Rafidah kini terpaksa dipikul pula oleh Kamilia yang pada jam 10.45 pagi semalam sudah pun mengumumkan keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta.
Pembunuhan karekter Kamilia oleh pemimpin Umno sendiri lebih dahsyat berbanding dengan penarikan diri calon Umno bagi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang seakan didiamkan walaupun kesannya lebih dahsyat dari tindakan Kamilia.
Muhyiddin tidak perlu bersusah payah mengarahkan pejabat agung Umno mengeluarkan surat pemecatan Kamilia kerana jika dihantar sekalipun ia pasti akan dilayan sebagai sampah berdaftar sebagaimana yang dilakukan ke atas batang tubuh dan prinsip perjuangannya selama ini.
Jika Anwar Ibrahim yang pernah menjawat pemimpin kedua dalam Umno boleh dimalukan semahu-mahunya, apalah sangat dengan orang nombor dua dalam pergerakan wanita!
Inilah budaya 'pembunuhan' sebenarnya dalam Umno kerana tidak ada siapa yang akan dipancung jika terus mencium tangan presidennya. - siasahkini
Pru13 - Pandiran Malam : Kerana PAS, Mat Tyson kena sekeh sama Karpal ?
radens albanjari | 25.4.2013 -
Aku tak pelik bila karpal kata begitu kepada mat taib. Aku lihat dia kupas isu ini dengan jujur. Dan itulah pandangan non-muslim kepada PAS sekarang. PAS dilihat bukan seperti UMNO. Non - muslim melihat PAS sebagai satu parti yang benar-benar mengamalkan islam dan menolak perkauman dan perbezaan agama. PAS kini bukan saja dijaga baik oleh orang islam, malah non-muslim juga semakin dekat dan bersama berjuang, malah wujud non-muslim sanggup mengadai nyawa jika ada sesiapa yang mahu menbuat onar kepada PAS. PAS untuk orang-orang yang mahu berubah. Itu pasal karpal jadi sedikit ragu dengan mat taib. Siapa tak kenal mat taib. Taiko besar tu bro ! Oleh kerana itu, maka karpal berkata demikian, kerna aku tahu dia kata begitu kerna dia sayangkan PAS..takpa esok lusa okay ler tu. Orang tua..enjin slow...so, slow nak faham dan terima keadaan yg sangat mengujakan. Tak percaya ? tunggu 1-2 hari lagi, akan kuar ler press statement baru dari karpal dan ketika itu Sinar Harian akan melaporkan, Mat Taib, Karpal sepentas bersama ratusan ribu penyokong Pakatan Rakyat. Apa macam ?
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
PRU13 - Pandiran Petang : Cuti Umum SEMINGGU andai BN kekal berkuasa ?
sketsa selasa - Cadangan Mahfuz disambut gembira oleh rakyat jelata. Baik di pihak kerajaan mahupun swasta. Ini bukan cadangan 'gila', tapi cadangan yang lahir dari otak 'geliga'. Najib garu kepala. Rosmah sesak dada.
Macai sawan hampir gila. Nak tiru ker tak nak tiru ! Nanti dihamun rakyat, muka tak malu, asyik meniru-niru..per hal der..cuti sehari, tadi bincang sana-sini, rosmah sudah setuju. Kita cuti 'seminggu' kalo BN kekalkan teraju..apa macam ? Aku kata - sasau ker apa !
Macai sawan hampir gila. Nak tiru ker tak nak tiru ! Nanti dihamun rakyat, muka tak malu, asyik meniru-niru..per hal der..cuti sehari, tadi bincang sana-sini, rosmah sudah setuju. Kita cuti 'seminggu' kalo BN kekalkan teraju..apa macam ? Aku kata - sasau ker apa !
(*) dengar boleh, percaya jangan...! Janji BN boleh pakai ker ? Wakakakaaaa..!!
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
PRU13 - Pandiran Malam : Ini hal bikin Umno sakit hati maa..!
(*) Penulis memohon maaf kerana tak berupaya update blog beberapa hari yang lalu kerana masalah kesihatan. InsyaAllah blog ini akan kembali seperti biasa mulai esok..!
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "