PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Artikel Terjemahan - So, who was right, Anwar or I?

Saya petik:
Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.

Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.

Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.

Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.

Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.

Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.

Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.

(Foto : Rahimi dan isterinya Febby). Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. 

Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. 

Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.

Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.

Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.

Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.

Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.

“Ini apa?” mereka bertanya sambil memegang video.

“Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks,” jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.

Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.

Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.

Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.

Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.

Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.

Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.

Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?

Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?

Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.

Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?

Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Terjemahan artikel : So, who was right, Anwar or I? Artikel dipetik dari blog-list Malaysia by jeebon

Fakta tentang Proton dan rakyat tidak tahu ?

Oleh : Hayati Rahib

Assalamualaikum,

Misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat first hand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. 

Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.

“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. 

Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. 

So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.

Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. 

Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy – 100% di design sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. 

Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. 

Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.

Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?

“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah. Sebabnya…

1. memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. 

Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.

Kini dah ada Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an? (sumber asal - WBHim)

Imam Umno kena BARA api pagi ni ?

Imam masjid bakal dapat imbuhan elaun RM700 mulai Januari 2011. Wow ! "Hidup Najib, Hidup 1Malaysia.." seronok sangat imam Umno yang duduk didepan bangku wak. Hahaha..! Tapi yang heran, banyak tok-tok imam masjid ni sokong 'pembangkang(PAS)', benci dan hina Umno ! Sambil sengih-sengih tok imam Umno tu pulun lagi, " Betoi dak ? Tapi elaun yang 'Umno' bagi, puak2 imam yg sokong 'pembangkang' tu bukan main pulun lagi ? Tak malu sungguh...?

Cilakak..ni dah tahap menghina ni..! BerBARA beb hati. BARA ! Wak tarik nafas panjang sikit. Selamba rock wak bunyi depan dia, 'cikgu, tak boleh cakap macam tu, tak betul tu cikgu, cikgu kena ingat, elaun yang 'kerajaan' bagi tu datangnya dari sumber yg banyak termasuklah cukai-cukai yg dikutip dari rakyat. Dan rakyat yg membayar cukai2 itu bukan hanya dari orang Umno, tetapi dari DAP, PAS, Keadilan, SNAP dan bla..bla..bla..! Tak betui cikgu kata bahwa kerajaan bagi elaun tu dari duit 'Umno'. Fuh ! Penuh berhikmah wak sebut benda ni, dan penuh fosih. Dengan 'cikgu' pencen @ imam Umno ni bukan boleh main 'taram' ikut suka hati beb ! Api dalam sekam tuu...!!

Terdiam dia. Sebelum dia dapat tenaga lain nak kilas, wak lontarkan soklan untuk dia pulak. " Itulah bila Najib tak faham dengan suasana masjid, masalah dalam masjid, inilah jadinya. Imam boleh dia bagi RM700 sedangkan komitmen imam hanya sekadar jadi imam solat jemaah untuk tempoh paling lama 10 hari untuk sebulan. Pasal majoriti masjid di Perak ada 3 imam.

Kena pulak masjid 'sejuk', baca masjid yg dikuasai oleh 'kerajaan JKKK', habis solat jemaah..tutup lampu. tutup pagar. Program ilmu, tazkirah, jarang nak ada. Untung ler imam macam tu, kerja jadi 'imam' jer...baca ayat sikit2 dah boleh dapat RM700. Bilal dan Siak apa cerita ? Dok makan RM200 tu lah elaun yg depa bagi, sedangkan kerja Bilal dan Siak tu sama penting dlm organisasi, kerja 15 hari sebulan..berbaloi ker ?

Berapa banyak kes imam tak datang masjid, Maka Bilallah yg kena naik ganti Imam, dia lah bilal dan dialah Imam, macam tu juga Siak..kesian depa..! Betui la kerja tu lillahi Taala, tapi jika elaun Bilal dan Siak tu naik RM400 sebulan bukankah cantik. Elaun Imam RM450 tu pun dah cukup dah..!! Tak payah nak penaik lagi..cukup ler tu !

Tak kan cikgu tak tahu, side-income imam-imam sekarang ? Nak diterangkan jugak ker? Tapi Bilal dan Siak..apa side-income depa ada..,elekkk..,kecuali Siak..., ada orang mati, ada ler duit upah korek liang kubur, tak der yg mati..mati kutu ler Siak masjid dok harap RM200 tu..! Tu pun 3 bulan baru 'Zamry' nak bagi. Apa punya toing..! Elaun RM200 sebulan pun kena berhutang dengan Siak dulu..! Bagus sungguh kerajaan 'Umno' Perak yer ! Hahahha...!

Tak tunggu lama, cikgu @ imam Umno angkat kaki beb ! Tunggu lagi..? Kah..kah..kah ! Nah..ambik hang BARA api ni..wak bagi pagi nih. Cakap macam orang tak mandi junub..dok mamai meraban ! Apa ker jadah !! 

(4) Drama menyelamat yang mendebarkan !

Operasi bagi menyelamatkan pelombong yang terperangkap selama 69 hari dalam lombong emas dan tembaga di gurun Atacama, utara Chile, disifatkan Presiden Chile, Encik Sebastian Pinera, sebagai 'tiada bandingannya di dunia'.

'Operasi menyelamat serupa ini tidak pernah dilakukan sebelum ini,' katanya semalam.Para pekerja penyelamat menghantar kapsul logam mirip peluru berpandu sepanjang empat meter - diberi julukan Phoenix - untuk menarik keluar pelombong satu persatu ke permukaan bumi.Seramai 33 pelombong terpe- rangkap di dalam lohong sedalam 625 meter di bawah tanah sejak 5 Ogos lalu apabila 700,000 tan batu runtuh lalu menutup jalan keluar dari dasar lombong.

Setelah 17 hari mereka disangkakan sudah mati. Namun, secebis nota yang dikirim ke atas pada 22 Ogos lalu melalui satu lohong penyelamat yang digerudi mendapati mereka masih hidup. Sejak itu operasi menyelamat menjadi perhatian seluruh dunia.Makanan, air, oksigen dan saluran komunikasi dikirim kepada pelombong tersebut melalui lubang sampingan. Kemudian kapsul penyelamat dibina khas bagi membawa mereka keluar. 

Masalah teknikal terburuk yang boleh berlaku ialah jika ada seketul batu jatuh, ia boleh menyebabkan kapsul tersendat dan tidak boleh bergerak, kata penyelaras operasi menyelamat, Encik Andre Sougarett, kepada Associated Press.

Kapsul berkenaan dijangka mengambil masa 15 minit untuk membawa pelombong naik.Tetapi jika mereka terpaksa dibawa naik dengan pantas, kelajuan boleh ditingkatkan sehingga tiga meter sesaat, kata Menteri Kesihatan, Encik Jaime Manalich. Pakar-pakar menjangka operasi menyelamat pelombong terakhir hanya dapat diselesaikan selepas 36 jam, yakni hari ini. Para pelombong yang menggelar diri mereka '33' ternyata sehati sejiwa dan kental dengan semangat setiakawan. Orang pertama dipilih untuk dibawa keluar ialah penolong formen, Encik Florencio Avalos, 31 tahun, kerana beliau yang paling sihat dan tegap.

Tetapi mereka saling berbalah untuk menjadi orang terakhir diselamatkan, namun akhirnya memutuskan formen Luis Urzua, 54 tahun, yang kepimpinannya membantu pelombong bertahan selama 17 hari tanpa komunikasi dengan dunia luar, sebagai orang paling akhir dibawa keluar. 

Mereka malah mahu menunggu sehingga kesemua 33 orang ditarik keluar sebelum dibawa ke hospital secara berkumpulan, kata Encik Manalich. Pihak berkuasa sebenarnya mahu menerbangkan setiap pelombong secepat mungkin ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan, jelasnya. 

'Rakyat Chile dan seluruh dunia tidak akan melupakan malam ini,' kata Encik Pinera kepada lebih 1,000 wartawan di tapak lombong.'Apabila (rakyat) Chile bersatu, terutama pada waktu sukar, kita dapat melakukan perkara yang besar,' tegasnya. -- Agensi.| http://cyberita.asia1.com.sg | sumber dipetik dari cacarmarba blog

(3) Bencana Lombong Emas di Chile

Pelombong yang terperangkap selama 69 hari dalam lombong emas dan tembaga di gurun Atacama, utara Chile, ditarik keluar dalam tempoh 10 jam pertama pagi semalam. 

Para pekerja penyelamat menggunakan kapsul logam mirip peluru berpandu diberi julukan The Phoenix yang dibina jurutera tentera laut Chile untuk menarik pelombong satu persatu ke permukaan bumi, dari lohong sedalam 625 meter di bawah tanah.

'Operasi berjalan lebih lancar daripada yang dirancang,' kata Menteri Kesihatan, Encik Jaime Manalich, kepada pemberita.'Selamat kembali,' kata Presiden Chile, Encik Sebastian Pinera, kepada Encik Jorge Galleguillos, 56 tahun, yang menjadi pelombong ke-11 diselamatkan.'Terima kasih kerana percaya bahawa kami masih hidup,' jawab Encik GalleguillosNama pelombong ke-12 tidak dinyatakan pihak media.

Pelombong yang pertama keluar dalam perjalanan kapsul selama 16 minit ialah penolong formen, Encik Florencio Avalos, 31 tahun, sejurus selepas tengah malam kelmarin.Encik Avalos, yang memakai kaca mata hitam dan tersenyum lebar, memeluk isterinya, Cik Monica Araya, 33 tahun, dan anaknya, Barion, tujuh tahun, yang menangis.'Ini satu keajaiban daripada Tuhan,' kata Encik Avalos.Beliau kemudian memeluk Encik Pinera, sedang orang ramai berso- rak kegirangan 'Chile! Viva Chile!' bermaksud 'Chile! Hidup Chile!'.Pelombong kedua, Encik Mario Sepulveda Espina, 40 tahun, ditarik keluar sejam kemudian.Selepas memeluk isterinya, Cik Elvira, beliau menghadiahkan batu lombong kepada para pekerja penyelamat, yang tertawa lucu.'Tuhan telah menyelamatkan saya,' kata beliau.

Pelombong ketiga diselamatkan Encik Juan Illanes, 52 tahun, ditarik keluar sejam selepas itu.Satu-satunya pelombong rakyat Bolivia, Encik Carlos Mamani, 23 tahun, dan keempat diselamatkan, disambut anggota keluarga dan dipeluk oleh Encik Pinera.'Syukur kepada Tuhan. Terima kasih Chile!' kata beliau. Presiden Bolivia, Encik Evo Morales, dijangka ke Chile untuk bertemu beliau. 

Pelombong termuda, Encik Jimmy Sanchez, 19 tahun, Encik Osman Isidro Araya, 30 tahun, dan Encik Jose Ojeda, 46 tahun, merupakan pelombong kelima, keenam dan ketujuh dibawa keluar.Pelombong tertua, Encik Mario Gomez, 63 tahun, merupakan orang kesembilan ditarik keluar sekitar 7.58 pagi semalam.Beliau, yang diberi julukan The Navigator (jurumudi) diberi peralatan khas bagi mengatasi masalah pernafasan. Pelombong kedua diselamatkan, Encik Sepulveda, semalam mengkritik pengurusan lombong dan mahu 'ada perubahan dari segi kerja'. 

Presiden Chile, Encik Pinera, mengarahkan agar dirombak semula sistem keselamatan lombong selepas kecelakaan itu.'Lombong ini mempunyai sejarah kemalangan yang panjang. Ia tidak akan dibuka semula jika tidak dapat menjamin keutuhan, keselamatan dan nyawa para pelombong,' tegas beliau.Di Santiago, ibu kota Chile, pemandu kenderaan membunyikan hon tanda gembira, manakala di bandar Copiapo, datuk bandar menutup sekolah supaya ibu bapa dan kanak-kanak dapat menyaksikan operasi menyelamat dari kaca televisyen. 

Operasi tersebut turut disiarkan secara langsung ke Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.Orang terakhir akan dibawa keluar ialah ketua formen, Encik Luis Urzua. Operasi menyelamat dijangka selesai selepas 36 jam, yakni hari ini.Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, memuji kecekapan para pekerja penyelamat.'Kami berdoa semoga dengan rahmat Tuhan, semua pelombong akan keluar dengan selamat,' kata beliau. -- Agensi. | http://cyberita.asia1.com.sg | sumber dipetik dari cacamarba blog

(2) Bencana Lombong Emas di Chile

LOMBONG SAN JOSE 13 Okt. – Setelah lebih dua bulan terperangkap, pasukan penyelamat Chile yang menggunakan sebuah kapsul hari ini akhirnya berjaya membawa keluar 14 daripada 33 pelombong yang terperangkap 700 meter di bawah tanah di sebuah lombong di sini, setakat pukul 10 pagi tadi (pukul 11 malam waktu Malaysia).

Sepuluh pelombong itu kesemuanya lelaki dibawa naik seorang demi seorang dalam tempoh lebih tujuh jam dalam operasi yang kelihatan berjalan lancar di gurun Atacama.

Drama menyelamat tersebut menarik perhatian seluruh dunia yang kagum dengan ketabahan dan semangat setiakawan pelombong-pelombong terbabit, sementara pegawai-pegawai merancang operasi menyelamat dengan rapi sejak dua bulan lalu untuk menyelamatkan mereka.

Pelombong pertama yang dibawa keluar ialah Florencio Avalos yang memakai kaca mata hitam untuk melindungi matanya daripada silau cahaya terang. Avalos, 31, keluar sambil senyuman lebar lalu memeluk anak lelakinya, Bairon, 7, dan isterinya sebelum didakap oleh Presiden Chile, Sebastian Pinera sejurus sebelum tengah malam tadi (11 pagi ini waktu Malaysia).

Pelombong kedua, Mario Sepulveda Espina muncul kira-kira sejam kemudian dan jeritannya telah kedengaran sebelum kapsul membawanya tiba di permukaan darat. Selepas memeluk isterinya, Elvira, Espina dengan gembira menghulurkan batu-batu dari bawah tanah itu yang dianggapnya sebagai ‘penjara’ sebagai cenderamata kepada para penyelamat.

Kemudian dia melompat-lompat seolah-olah untuk membuktikan dia masih kuat sebelum dibawa oleh pasukan perubatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Sejam kemudian disusuli pelombong ketiga, Juan Illanes, diikuti satu-satunya warga asing di kalangan pelombong yang terperangkap itu, Carlos Mamani dari Bolivia, dan kemudian pelombong termuda, Jimmy Sanchez, 19.

Bagi lima pelombong pertama, operasi membawa naik seorang pelombong setiap satu jam, menepati jadual yang diumumkan untuk membawa keluar mereka semua dalam masa 36 jam. 

Selepas operasi membawa keluar lima pelombong itu, pasukan penyelamat berhenti seketika untuk meletakkan minyak pelincir pada roda spring yang membolehkan kapsul bergerak lancar menerusi lubang keras dalam batu, sebelum membawa naik pelombong seterusnya.

Kejayaan membawa keluar pelombong terakhir di atas permukaan lombong menandakan tamatnya krisis pelombong terperangkap yang bermula apabila 700,000 tan batu runtuh pada 5 Ogos lalu, menyebabkan 33 pekerja lombong itu terperangkap di dasar lombong. – AP | sumber dipetik dari cacamarba blog

Anak bapak Jiwa Haprak !

Siri 2 : ANAK BAPAK JIWA HAPRAK
(Kisah ini berlaku pada tahun lalu, pengalaman benar yang dialami sendiri oleh Ustaz Reza atau dikenali di sini dgn nama pena MRK albanjari)


Foto yang diterbitkan sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan kisah benar dibawah - makluman


2.15 pagi
Saya menerima panggilan telefon dari Hospital Serdang yang meminta saya agar dapat menguruskan jenazah yang meninggal dunia kerana serangan jantung dalam kadar yang segera. Atas dasar tanggungjawab, saya bersama seorang lagi teman pembantu terus bergegas ke hospital yang jaraknya 20 minit perjalanan dari rumah saya. Disaat warga kota metropolitan tidur nyenyak diulit mimpi, saya dan sahabat pula akan menguruskan jenazah yang telah kembali bertemu Penciptanya.


2.40 pagi
Saya selamat tiba di perkarangan bilik mayat hospital Serdang. Kehadiran kami disambut oleh beberapa ahli waris simati, setelah memperkenalkan diri dan tugas saya terus menuju ke bilik mandi mayat hospital. Aneh, dan bermacam gambaran terbit dibenak fikiran, ahli waris yang ada ini sudah pasti anak kepada si mati, tetapi mengapa pula begitu pakaiannya ? Ini perkarangan bilik mayat, bukan pub atau kelab malam.


Yang perempuan masih sendat dengan pakaian ketat menampak lurah dada dan peha, manakala yang lelaki pula ada yang bersubang sebelah. Yang berseluar pendek juga ada. Subhanallah. Jika dilihat kepada deretan kereta mewah di perkarangan bilik mandi mayat ini jelas sungguh mereka ini dari golongan kaya dan berada.


Kini saya telah berada di dalam bilik pemandian jenazah, dihadapan kami, diatas platform telah menanti sekujur tubuh kaku. Mungkin ini jenazahnya yang kita nak uruskan, bisik saya kepada sahabat pembantu.


Tanpa membuang masa, saya pun terus mengukur ketinggian jenazah dan lain-lain perkara untuk urusan menyediakan kain kafan sebagai pakaian terakhir mayat ini. Setelah selesai menyediakan kelengkapan kafan bersama sahabat saya, kami kembali semula masuk ke dalam bilik mandi mayat untuk memandikan mayat itu pula. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 3.20 pagi.


Sungguh besar tubuh mayat ini, sudah ler besar..gempal pula. Jika dilihat dari fizikalnya, mungkin usia jenazah ini lewat 60 an. Oleh kerana saya dan sahabat yang menjadi teman setia saya untuk menguruskan jenazah, dan kami pula masing-masing bertubuh kecil tentu agak sukar bagi kami mengendalikan urusan memandikan mayat ini, mahu tidak mahu bantuan dari ahli waris yg lain sangat diperlukan.


Maka saya pun pergi keluar untuk mendapatkan bantuan daripada ahli warisnya bagi membantu kami menguruskan jenazah tersebut. Ketika saya keluar dari bilik mandi mayat tersebut untuk mendapatkan bantuan saya dapati ahli warisnya sibuk dengan urusan sendiri dengan pelbagai gaya dan rupa, maklumlah awal pagi..ada yang terlentok tidur...bersembang, bersms dan ada juga yang membaca akhbar.


Saya merapati ahli waris yang menyambut saya tadi dan memaklumkan kepadanya bahawa saya perlu bantuan untuk menguruskan jenazah bapa mereka kerana saya tidak mampu melakukanya tanpa bantuan mereka, ini kerana jenazah yang mahu diuruskan itu bertubuh besar dan berat.


" Ustaz, kami tak boleh bantu sebab kami tak pandai. Ustaz jer lah yang buat...berapa pun upahnya kami akan bayar....! Seribu, 2 ribu..cakap saja. Kami bayar ! Tak kan ustaz tak boleh angkat ? Ajak la kawan2 ustaz yang lain...kami bayar! Tak cukup kami tambah lagi...." ujar anak si mati sambil disampuk pula oleh beberapa orang lagi.


Dalam hati saya berkata, betul..lah mereka2 ini 'anak bapak'. Gila kah apa, tak mungkin saya boleh angkat badan mayat tersebut yang saiznya 2 kali ganda saya...bukan masalah duit....kerana saya bukan bekerja ambil upah mandikan mayat. Nak panggil kawan-kawan? Sasau kaa ape ? Pukul 3.30 pagi ni beb!


Saya beritahu mereka bahawa saya memang tak daya dan tak kuat nak angkat mayat tu untuk buka seluar dan pakaiannya. Saya kata kalau mereka tak nak bantu.., saya nak balik sekarang.., lepas ni uruskanlah sendiri mayat bapa kamu tu ! bentak saya dalam nada suara tegas.


Mereka tiada pilihan. Mahu tak mahu akhirnya mereka menggalah dan mereka arahkan pemandu2 mereka sekali masuk membantu saya menguruskan jenazah tersebut. Apabila mereka masuk dalam bilik jenazah tu saya masih mendengar rungutan kecil dari mulut beberapa orang anak simati yang tidak jelas butir katanya namun saya buat tak tahu saja.


Tiba-tiba seorang dari mereka berkata, " eh..cincin ayah ni belum buka lagi laa...cincin mahal ni...." saya terus memandang ke arah jari yang dimaksudkan dan memang saya dapati simati memakai sebentuk cincin emas yang besar.


Tanpa lengah si anak tadi terus cuba untuk menanggalkan cincin tersebut namun usahanya gagal kerana cincin itu sudah mengecil sebab jari simati itu besar, mungkin simati sudah pakai cincin itu dalam tempoh yang sudah lama. Berbagai iktiar serta cara digunakan termasuk melumurkan air sabun di jari simati, bagi mengeluarkan cincin tersebut namun tetap gagal.


Saya biarkan sahaja apa yang mereka nak buat sebab mereka benar-benar nak keluarkan cincin tu lagi pun bagi saya memang wajib dibuka sebab cincin tu adalah sebahagian dari harta pusaka simati. Saya rasa lebih kurang 20 minit baru usaha mereka berjaya. Berjaya menanggalkan cincin tersebut dari jari simati.


Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat rupa-rupanya si anak tadi menanggalkan cincin itu dari jari simati dengan cara kasar, saya dapati hampir separuh kulit jari mayat itu terkoyak akibat dari sentapan kuat untuk menanggalkan cincin tersebut. Tak tahukah mereka, bahawa tindakan mereka itu menyiksa mayat/simati yang juga bapa mereka. Memang 'anak bapak' sungguh waris simati ini.


Dengan bantuan supir-supir anak simati itu, maka siap juga mayat ini kami mandikan. Sungguh jelik bila melihat gelagat anak-anak simati ini apabila tidak seorang pun yang mahu membantu memandikan jasad kaku bapanya, sekadar memerhatikan dari jauh.


Setelah selesai jenazah dimandikan sekali lagi saya minta mereka mengangkat jenazah tersebut keatas tempat kafan, Alhamdulillah pada kali ini mereka membantu mengangkat jenazah tersebut dan tanpa lengah terus membalut tubuh simati dengan kain kafan yang sudah sedia menanti pemakainya.


4.30 pagi
Siap kafan, saya terus berwuduk untuk mensolatkan jenazah tersebut dan saya ajak mereka termasuk anak-anak simati untuk bersama bersolat atas jenazah ini. Tetapi sungguh sedih bila anak-anak simati berkata, "kami tak tahu nak solat jenazah, ustaz sajalah..!"


Apakan daya saya lagi, tak kan masa itu saya nak ajar mereka kaifiat solat jenazah....lalu saya bersama teman tadi mengangkat takbir untuk solatkan jenazah, dari peristiwa ini saya dapati inilah sebenarnya ragam hidup masyarakat kita yang menjauhkan diri dari agama...ayah pula gagal mendidik anak-anak dengan agama yang akhirnya turut merugikan dirinya sendiri jua.


Sesuai dengan peringatan Nabi, " apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu anak-anak yang soleh yang mendoakannya....."


Hmm.., nak doa apa bendanya kalau anak tidak di didik dengan agama. Seperti mana peristiwa ini dimana anaknya boleh kata kami tak tahu solat jenazah dihadapan jenazah ayah mereka sendiri. Subhanallah, Maha Berkuasa Allah swt. atas makhluk, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Besar.
_____________________________
(*) Terbitan petang ini - 
Siri 3 :
Pengalaman Ustaz Reza memandikan jenazah seorang 'bouncer' kelab malam yang mati tercekik arak dan terkulai mati diatas riba GRO. Pengalaman yang memang dahsyat. Nantikan ia di sini.


Siri 4 :
Mayat Imam tidak membeku difreezer selama 9 hari.


Hidup 2 bulan dan 2 ribu kaki dibawah tanah ?

Subhanallah. Kuasa Allah melebihi segalanya. 33 Pelombong emas masih hidup setelah terperangkap selama 66 hari di kedalaman 600 meter.

LOMBONG SAN JOSE, Chile 10 Oktober 2010- Selepas lebih dua bulan terperangkap di dalam sebuah lombong tembaga dan emas bawah tanah di sini, seramai 33 pelombong semalam bergembira apabila mengetahui mereka akan dikeluarkan pada Rabu ini.


Menteri Perlombongan Chile, Laurence Golborne berkata kelmarin, kerja-kerja untuk menyelamatkan pelombong itu mungkin bermula Rabu ini. Berita gembira itu diperoleh selepas sebuah mesin menggerudi selesai menggerudi terowong kecil untuk membawa pelombong keluar selepas mereka terperangkap akibat dinding gua runtuh.

Kerja-kerja untuk menyempurnakan tebukan lubang berdiameter 71 sentimeter (sm) pada pagi kelmarin telah menyebabkan sejumlah saudara-mara pelombong yang tinggal sementara di dalam khemah di lombong berkenaan turut menjerit kegembiraan.

Para pelombong itu terperangkap selama 66 hari sejak sebuah dinding gua itu runtuh pada 5 Ogos lalu.

Anggota-anggota penyelamat menari dan menyanyi kerana berasa amat gembira selepas mereka bertungkus-lumus bekerja untuk mencari cara untuk menyelamatkan 33 pelombong itu.


Para pelombong itu akan menaiki satu kapsul kecil seorang demi seorang yang dimasukkan ke dalam terowong sedalam 630.02 meter yang ditebuk menerusi sebuah mesin gerudi dengan kos menyelamat dianggarkan lebih AS$4.2 juta (RM13.08).

Pelombong-pelombong yang merakamkan video detik-detik gerudi itu membuat terowong kecil di lokasi tempat mereka berlindung turut menjerit kegembiraan.

"Menerusi video itu, para pelombong itu berteriak dan berpelukan dan meraikannya (kejayaan membuat terowong penyelamat)," kata Pengurus Operasi Syarikat Menggerudi Geotec, James Stefanic. - Agensi

Rakaman kerja - kerja menyelamat.



Sumber Tampalan diambil dari blog SurauKini.blogspot.com

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |