Menteri muka 'sepol' nak sumpah jugak ?
Tak ada sapa suruh sumpah pun ! Tapi dia 'hangin' satu badan. Nasib baik dia ajer, kalau bini dia pun sama 'hangin', mau dia nekad bikin sumpah di 44 masjid dan surau, lagi 'lahabau' !! Hancauu...punya umngok !!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan portal pembangkang kononnya beliau menggunakan wang zakat untuk mengubah suai kediaman di Kampung Batu Muda, Batu Caves di ibunegara.
Beliau berkata wang yang digunakan untuk mengubahsuai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai 'politik terdesak'.
"Ini perbuatan politik terdesak... Saya dulu bukan penganggur. Jawatan terakhir saya dalam tentera ialah Mejar Jeneral. Jadi, tidak mungkin seorang Mejar Jeneral tidak mampu ada rumah.
"Dia kena faham, saya tentera yang berpencen dan ada ganjaran, tetapi tiadalah sampai RM1 juta... anak-anak seramai enam orang juga tinggal bersama, jadi sebab itu banyak kereta di rumah," katanya kepada pemberita hari ini.
Jamil Khir berkata pinjaman perumahan bagi rumah yang didiami sejak 17 tahun itu, masih lagi berbaki malah lebih 10 anggota keluarga tinggal sebumbung, termasuk kedua orang tuanya.
"Rumah, hutang kerajaan, itupun tak habis lagi, hutang sejak dari 1994, (anda) boleh rujuk, dan bukan hutang masa saya jadi menteri ni," katanya.
Jamil Khir sanggup bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya. (sumber - MKini)
Myvi Extreme yang mantopp !! Bini mesti sukaa..!
Kasi bini pakai, memang mantopp ! Asli lagi Elegen !! Harga ? Hmm..full spec. Extreme cecah RM62,000. Wak WartaMaya, lu bilang lu sayang bini sap sup sap, apa lagi rembat satu laa bro ! kasi kuning bini jiran lu tengok, aku tunggu second-hand jer bro, baru nak mampu pakai kot ! Wakakaka..!!
The new Myvi SE and Myvi Extreme are priced between RM 50,900 and RM 61,700 depending on the specifications. Both variants offer the choice of 5-speed manual or 4-speed automatic transmission.On-the-Road (OTR) price in Peninsular Malaysia
The performance of the new Myvi SE and Myvi Extreme have uprated and now fitted with 1.5-litre DOHC 16V DVVT (3SZ-VE) engine. The power plant delivers a maximum power of 76kW (102hp) @ 6,000rpm with a max torque of 136Nm @ 4,400rpm. Likewise, the previous generation of Myvi SE is fitted with the standard 1.3-litre engine.
The new Myvi 1.5 SE and Extreme in manual transmission can accelerate from 0-100km/h in 9.98 seconds, while the auto transmission takes 12.49 seconds. The Myvi 1.5 SE/Extreme manual is considered the fastest Perodua’s vehicle in production.
Based on Perodua Testing Data, the fuel consumption of the New Myvi 1.5-litre manual is tested to deliver 15.9km/litre. While the New Myvi 1.5-litre automatic is tested to deliver 12.9km/litre.
The entire suspension system for both variants have been slightly re-tuned to accommodate the bigger engine for better handling and ride comfort.
Weigh against the new Myvi 1.5 SE and Extreme, the Myvi 1.5 Extreme comes standard with a more aggressively styled body-kit, multimedia system with navigation (built-in GPS, DVD player, Bluetooth with hands-free function, USB port), semi-bucket seats with leather covers, and tinted windows. In the other hand, the Myvi 1.5 SE only comes with fabric semi-bucket seats, standard SE body-kit, and multimedia system with navigation (for Myvi 1.5 SE Auto only).
On the colour variations, the New Myvi 1.5 SE comes in 5 colours (Solid Majestic Yellow, Solid Ivory White, Metallic Mystical Purple, Metallic Ebony Black, and Metallic Glittering Silver). At the same time, the New Myvi 1.5 Extreme only comes in 3 colours (Solid Majestic Yellow, Solid Ivory White, and Metallic Ebony Black).
In the safety aspect, both variants are equipped with dual SRS airbags, ABS with EBD and BA system as standard. Moreover, Perodua claims that the new variants also come with a collision-resistant body to better withstand impact as well as have pedestrian protection to reduce the likelihood of serious injury to pedestrians.
All Perodua including the New Myvi 1.5 SE and Myvi 1.5 Extreme come standard with 3-year/100,000km warranty (and optional 2-year/50,000km extended warranty).
Recently, Perodua was awarded with 4-star Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP) rating by the Malaysian Insitute of Road Safety (MIROS) for the New Myvi including the 1.3 (Standard, Premium and Elegence) and 1.5 (SE and Extreme) - sumber (http://www.fastmotoring.com/index.php/tag/myvi-1-5/)
Macam Gempak ! Tapi Najib akan dapat nama hapus ISA !
Adakah semua tahanan ISA akan di bebaskan serta merta mulai 16 September 2011? Itu persoalannya sekarang ! Dan adakah Kerajaan akan meminta maaf serta membayar ganti rugi terhadap semua tahanan dan bekas tahanan yg telah di ISAkan?
Macam Gempak ! Jujur sangatkah kerajaan yang ada sekarang ? Atau Najib sekadar bikin Rebranding balik Akta Zalim tu. Sekadar tukar nama ! dari ISA - kepada ? Mungkin atas nasihat APCO sebagai 'gula' pilihanraya ! Kalau berani bubarkan AUKU akta yg kecil itu dulu. Selepas pengumuman ini nampaknya Najib masih punya 3 bulan untuk BUBAR Parlimen untuk beri laluan PRU13.
Kalau tidak, jelas dia kelihatan menipu..dan akan datang, si dujal ini akan bikin gimik berkaitan bajet pula pada bulan Oktober depan dengan pelbagai janji bagi mewujudkan feel good factor. Dan InsyaAllah, Najib akan BUBARkan Parlimen pada bulan 11(November) ini ! Andai PR menang, Najib akan dapat nama kerana menghapuskan ISA. Jika BN pula menang gemilang, dia akan mengekalkan undang2 ISA dengan nama yang lain, yg mungkin lebih ganas ! Ketika itu mungkin Najib berjaya tipu ramai orang.
Mengejutkan sekali pengumuman Najib malam ini. Kalau semuanya dilaksanakan dengan baik ia bakal membawa negara kita masuk dalam kategori negara bebas sepenuhnya dan bukan lagi separa bebas. Cuma dalam kes akta cetak itu ia akan lebih bebas jika media perdana tidak dimiliki oleh mana-mana parti samada pemerintah atau pembangkang.
Jika itu boleh dilaksanakan maka kita akan benar-benar ada kebebasan media dan media mampu menjadi wadah sebagai 'check & balance' kepada penguasa dan juga pemimpin. Lagipun akta cetak sebenarnya ketinggalan zaman setelah berita alternatif dari internet tidak tertakluk kepada akta tersebut. Ia memberikan kesan negatif kepada mereka yang masih menumpukan pada aktiviti percetakan dan menekan para wartawan dari melapurkan berita yang sebenarnya.
Apapun kita tunggu rangka lengkap bagaimana ia akan gubal semuala dan dilaksanakan nanti sebelum benar-benar melaungkan merdeka, merdeka, merdeka. (Warta Shubhi)
'Jin' pun boleh kelentong ker bro ?
SIAPA INI ORANG? - nota: sila tanya pengerak dan aktivis filem
siapa malaon ini sila tanya berapa banyak dah rembat duit kerajaan perak sila tanya berapa banyak dah rembat
duit finas jangan segan segan di hari baik bulan baik rajin rajin bertanya !
Bongkar jangan tak bongkar. malaon tan sri jins shamsudin punya hal ni. kalau tak mampu nak buat filem pasir salak, duit finas dan kerajaan perak kena bagi balik. jangan songlap, jangan seleweng. satu lagi nak tanya, pinjaman mara belajar di england dulu dah selesai ke belum. itu semua, duit rakyat jins shamsudin ooii... kini, ramai anak muda tunggu nak dapatkan biasiswa tapi tak dapat2.
Duit finas, kerajaan perak dan mara jika tak bagi (bayar) balik macam mana mereka nak perolehi. lagi pun duit tu bukannya mak bapak bn/umno yang punya.
Boleh ambil sesuka hati saja. anak2 muda (terutama di perak) yang sukar dapatkan biasiswa kerajaan perak, selongkar hingga ke akar umbi. sampai si benggali tu, pulangkan semula semua duit yang dia ambil dan pinjam. - tan sri ahmad albab.
SURAT DARI PEMBACA
By Anonymous on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11
Semasa nak buat filem Bukit Kepong, Barua UMNO Jins Shamsudin pernah janjikan wang kepada tok saudara saya yang juga merupakan abang kepada arwah mata mata Jaafar yang bertugas di Rumah Pasong Bukit Kepong.. Habuk pun tarak.. Memang dasar Pembohong besar.. Tak percaya? Pergi Gerisik Muar Johor cari Omar bin Arshad abang kepada mata mata Jaafar bin Arshad..
By Anonymous on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11
yam seng? mabuk ye? mana ada. mesti minum air guinness " baik untok kita" bagi menjana tenaga hahahahhh
By ComOt on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11
nama pun jinsss kah kah kah
By Anonymous on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11
Bro. tanya JIN UMNO dia dah bayar tak duit tempah uniform kepada tukang jahit di Taiping. Geng mereka semua tempah dan order macam orang putih lepas tu lari dan kencing. Dulu kini dan selama2 nya menipu...
By Nostalgia abkk on APA JADI DENGAN PASIR SALAK on 9/15/11
nak bikin panas lagi x? apa kata blog2 anti UMNGOK post kan lagu asal negaraku yg versi omputih tu. menunjukkan yg malaysia ni amek lagu penjajah. buat malu je. lagu kebangsaan pun x reti buat sendiri... tu pun x ngaku kena jajah. hampeh mahadeytambi kutti!!
sumber - TukarTiub
Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British, Umno itu pengecut !
"Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.
Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.
Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera."Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.
Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu. Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM. "Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.
Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris. "Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan. Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.
"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.
Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.
DS Nizar turut menziarahi Pak Majid. Sebelum daripada ini, DS Nizar telah sempat menziarahi Pak Majid dirumah anaknya. DS Nizar yang baru sahaja pulang daripada Mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur, telah sudi meluangkan masa untuk menziarahi pejuang kemerdekaan ini yang semakin uzur dilewat usianya.
Sungguhpun kelihatannya lemah, namun tidak pada semangatnya. Pak Majid dengan suara yang kedengarannya tenggelam timbul, nyata masih mempunyai ingatan yang kuat mengenai zaman perjuangannya menentang penjajah.
Sebaik sahaja topik tersebut diutarakan, Pak Majid akan mengimbau kembali saat-saat itu dengan sepenuh tenaga dan semangat. Masih banyak peristiwa-peristiwa dan juga nama-nama yang melekat kuat diingatannya.
Satu persatu akan dihuraikan dengan baik.
Pak Majid juga telah menghasilkan banyak buku-buku sejarah perjuangan kemerdekaan. Semoga jasa memperjuangkan kemerdekaan negara oleh Pak Majid dan juga rakan-rakannya yang lain tidak dilupakan begitu sahaja. Lebih malang lagi, jasa-jasa mereka ini telah ditutup dengan sejarah negara yang direka-reka untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sahaja. (sumber - ajijoi)