PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bersih 3 - (9) Regim terakhir umngok/najib belasah rakyat !

Anak-anak muda terus bangkit untuk menuntut keadilan biar pun terpaksa membayar dengan titisan darah. Begitulah nilai dan harga sebuah perjuangan untuk mencari kebenaran.

Namun apabila rakyat bangkit dan berani melakukan semua ini, ia merupakan satu petanda jelas kekecewaan serta kemarahan rakyat terhadap UMNO yang penuh korup dan mungkin petanda awal riwayat UMNO akan berakhir sesudah lima dekap menjadi penguasa yang sekadar menjaja dongeng yang penuh penipuan dalam sistem pilihan raya yang tidak adil serta tidak mengambarkan ciri-ciri sebuah negara demokrasi. Syabas ... Harga perjuangan mu terlalu mahal..anak muda ! KITA UBAH !! Asal Bukan Umno..!!

Bersih 3.0 juga telah meletakkan batu asas, untuk menguburkan UMNO/BN pada PRU 13 nanti. Kuatkan tekad dan azam utk jatuhkan rejim zalim ini. Lawan tetap lawan biarpun tertawan.
sumber - Martoiriat Iriat

Bersih 3 - (8) Provokasi bantu bini rosmah ?

Polis yang melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kepada ribuan peserta Bersih 3.0 yang membantah reformasi sistem pilihan raya, mungkin meningkatkan risiko tindak balas politik yang akan menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan. 

Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya. Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. 

Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala. "Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata. 

" Mereka tidak kisah. "  Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun. 

sumber - Reauters (dieditsuai utk hebahan blog albanjari)

Mahu Lindungi Apa Ini haa ?

Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.

Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.

"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh. "Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."

Koh dibebaskan kira-kira jam 7.50 malam selepas mengesahkan dia seorang wartawan-jurufoto.

Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.

Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis.

Sementara itu seorang peserta bersih memaklumkan pihak polis juga telah merampas beberapa talipon yang sempat merakam satu insidin dimana sekumpulan polis memukul seorang peserta himpunan tidak berapa jauh dari lokasi mesjid India.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |