(Update Terkini 8.10pm) - 16 mangsa (anak yatim) masih tertimbus !
Berita terkini diperolehi dari Unit Amal-Hulu Langat : 15 meninggal dunia 3 selamat. Masih mengorek untuk menyelamatkan 16 mangsa yang tertimbus. via Celcom SMS.
Foto disebelah, bangunan asrama anak yatim Hidayah, Madrasah Al-Taqwa sebelum kejadian tanah runtuh. Berita seterusnya akan menyusul..
Foto disebelah, bangunan asrama anak yatim Hidayah, Madrasah Al-Taqwa sebelum kejadian tanah runtuh. Berita seterusnya akan menyusul..
(Update Terkini ) - Tragedi tanah runtuh timbus anak yatim !
KAJANG 21 Mei – update 7.25pmSeramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini. Laporan penuh dibawah.
TRAGEDI TANAH RUNTUH TIMBUS ANAK YATIM !
"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.
Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid. Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.
"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. - BH
Seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al -Takwa
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai 49 orang berada di kawasan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.
Katanya, seramai 24 orang terperangkap akibat kejadian berkenaan iaitu 20 pelajar dan empat warden."Difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau juga berkata, dua mangsa yang maut masing-masing berumur 11 dan 14 tahun.
Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian supaya menjauhkan diri mereka kerana bimbang tanah runtuh berlaku lagi. -BH
Tanah runtuh : 20 orang dikhuatiri tertimbus
Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.
Setakat pukul 5.30 petang ini, lapan daripada mereka telah dikeluarkan daripada runtuhan itu oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Seorang daripada mereka meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. Difahamkan ketika kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, semua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu.
18SX - Ampunn yaa..!! fotonya agak keterlaluan pak !
Maaf ! Ini bukan muka panglima jihad yang nak pi perang lawan kristian tu ! Cerita lanjut baca kat bawah.
Sekumpulan Orang Asli Amazon yang tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden berjaya ditemui berdekatan sempadan Peru dan Brazil, kata Yayasan Indian National kelmarin.
Beberapa gambar Orang Asli itu berjaya dirakamkan dari sebuah pesawat yang terbang di kawasan hutan Terra Inigena Kampa e Isolados do Envira yang dilindungi di Sungai Envira.
Satu gambar menunjukkan dua lelaki di mana tubuh mereka berwana merah dan sebahagian rambut dicukur cuba mengacukan tombak ke arah pesawat itu. Di belakang lelaki itu, seorang wanita turut memerhati ke arah pesawat dengan tubuhnya dicat warna gelap.
Penduduk asli yang ditemui itu dipercayai tidak pernah menjalin hubungan dengan manusia moden dan dunia luar dan maklumat mengenai mereka setakat ini masih belum diketahui.
Tubuh berwarna, apakah yang mereka makan (anggota-anggota ekspedisi yang menaiki pesawat itu melihat terdapat taman pertanian dari angkasa), bagaimana mereka membina pondok, bahasa dan cara masyarakat itu berfungsi juga setakat ini masih kekal misteri.
"Kami menganjurkan penerbangan itu untuk menunjukkan rumah dan kewujudan mereka," kata pakar Orang Asli, Jose Carlos dos Reis Meirelles Junior. Ini adalah penting kerana terdapat pihak yang meragui kewujudan mereka," tambahnya.
Bagaimanapun, kehidupan kumpulan Orang Asli yang gambar mereka dirakamkan itu kini dalam bahaya kerana aktiviti pembalakan di Peru. Apabila ahli-ahli antropologi meninjau kawasan itu dari pesawat, mereka melihat beberapa wanita dan kanak-kanak di mana tubuh mereka tidak dicat.
Namun, selepas pesawat itu berpatah balik ke kawasan sama beberapa jam kemudian, tubuh badan wanita dan kanak-kanak itu dicat dengan warna merah.
"Orang Asli di Amazon mengecat tubuh mereka kerana pelbagai sebab dan salah satunya adalah kerana mereka berasa diancam atau dalam keadaan mahu melakukan serangan," kata anggota Survival International, Miriam Ross. Dan mereka hampir pasti berasa diancam atau mahu menyerang ke arah pesawat seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu.
"Mereka hampir pasti tidak mengetahui apa benda yang terbang itu mungkin ia adalah roh atau burung besar," katanya. Terdapat lebih 100 kumpulan Orang Asli yang tidak mempunyai hubungan dengan manusia moden hidup di seluruh dunia, separuh daripadanya tinggal di Brazil atau Peru, kata Survival International. - the sun.uk
(7) Pre-mortem Muktamar PAS 2011 : Berita sampah utk pecah belah jamaah !
Terbitan terkini oleh Malaysiakini yang dikutip dari BERNAMA, sebuah lagi tong najis berat selain utusan meloya dan berita hairan, tajuk dah gempak - KEKALNYA HADI, DEKATKAH PAS DENGAN UMNO ?
Berkali-kali sudah Tok Guru Datuk Seri Hadi Awang menafikan bahawa beliau dan PAS menolak UMNO/BN. Beliau seorang Ulamak tidak mahu bersekongkol dengan perasuah. Mengapa TN Guru HJ Abd Hadi masih dikaitkan dgn masuk UMNO ni? Tidak cukup lagi ke penjelasan beliau? UMNO terdesak sekarang ini. Orang tengah lemas, semua benda nak dicapainya. Bernama pon salah satu dari media pencacai UMNO. Tulisan yang jelas punya niat jahat !
[*] - Media pembohong dan pemfitnah terus menerus mencari jalan untuk memecahbelahkan PAS menjelang pemilihan awal Jun ini.
Rentak dan lagu lama dimainkan antaranya melabelkan PAS kepada Kumpulan Ulama dan Professional serta kumpulan Erdogan. Tidak habis-habis puak-puak jahat dan kaki fitnah ini cuba memasukkan jarum ke badan PAS. Kita ingiun menegaskan sekali lagi bahawa tidak ujud puak-puak dan kumpulan dalam PAS. Kalau adapun ianya hanyalah label yang dicipta oleh media dan musuh PAS sendiri.
Sehari dua ini beberapa artikel ditulis kononnya kemenangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sebagai Presiden PAS tanpa bertanding menunjukkan bahawa ahli PAS mahu perpaduan PAS-Umno menjadi kenyataan. Mereka mengaitkan Presiden PAS itu dengan agenda perpaduan PAS-Umno. Sedangkan Tuan Guru tekah bertegas bahawa tidak ada sebarang perancangan dan niat untuk membawa PAS bergabung dengan Umno. Antara 'term' yang digunakan ialah Unity Government (UG).
Media pencacai Umno ini sebenarnya sengaja mahu menimbulkan suasana tidak sihat dalam PAS iaitu budaya berpuak-puak, label melabel dan sebagainya. Kita mengharapkan kepimpinan dan ahli PAS tidak terikut-ikut dengan rentak tarian media dan musuh-musuh PAS ini. - mutaligat
PANAS BERAPI - kerana sembab, kerajaan najib makin lelah !
albanjari | Kantin sekolah Kg. Milah
" apa kesudahan nasib guru ? Guru yang bertugas di IPG dan PhD tidak terbela. Minta tolong YB Pakatan Rakyat bawa isu ini ke Dewan Rakyat. Tahun lalu semasa sambutan Hari Guru di Kuantan, Menteri Pelajaran ada umum kenaikan gred guru berijazah PhD .Namun dah setahun habuk pun tarak. Tahun ini mereka janji lagi !
Ini janji, langsung tidak menyakinkan. Saya cikgu dan setuju dengan ramai cikgu, kita tukar kerajaan ! Ingat tak dahulu Guru Bahasa Melayu buktikan bila kehendak mereka tidak dipenuhi, apa terjadi ? Kesannya pada pilihanraya 1969 Perikatan tergugat teruk, so...sama-sama kita kempen kat guru, TUKAR KERAJAAN !
Mampus Umno dan BN lepas nih ! Apa ? si sembab suruh guru-guru bersabar..kepala bana lu...! Bulan depan RON95 naik, minyak diesel pun naik, gas masak tentu akan naik, barang dapur, ikan, dan macam bagai akan naik juga..! Sabar kalunden lu la sembab !
18SX : Minya lenga, minyak dhob dan menuju puncak !
albanjari | Kg. Milah
Semalam mail keling ada bilang sama orang kampung milah, minyak lenga hanya akan dinaikkan 1 Jun ini jika tak ada yang ngada-ngada nak bikin demo. Malah mail keling juga ada janji, minyak lenga gred 95 itu hanya naik beberapa kupang saja. Bukan sampai singgit pun !
Tok Sidang Karim, kata betoi kaa mail keling nak naikkan minyak lenga 95 tu jadi RM2.30 kupang?
Mail Keling tak jawab, tapi mail keling suruh anaknya, si Dhobpi pi ke depan nyanyi lagu 'menuju puncak'. Hairan semua orang kampung milah tengok pasai apa mail keling suruh anaknya pi nyanyi lagu tu ! Lain macam punya tajuk...bisik bidan rosmah yang gemok gedebak ke telinga cikgu bedah semalam. Nyeronghin jadinyer teman yeop ?
Tak mengapa, tok batin muka sembab kita rujuk - tok sidang Karim cuba menenangkan keadaan di dewan JKKK yang dah mula hangat dan meruap-ruap. Dan pada pagi ini baru tok sidang Karim temui jawapan. Bahawa kenaikan harga minyak lenga gred 95 itu ada kebetulan fungsi dengan si Dhobpi nyanyi lagu 'menuju puncak'. Ptuihhh..! Cilakak punya mail keling..cakap surupa keling sudaa..! itulah kata akhir yang tersembur dari mulut tok sidang Karim ketika menatap majalah mangga yang ada tayang gambaq mail dibawah.
Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.
"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini. Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92. (Mstar)
(6) Pre-mortem Muktamar PAS 2011 : Lonjakkan calon berwibawa memimpin
albanjari | Pre-mortem Muktamar PASMuktamar PAS pada kali ini memperlihatkan kesemua jawatan dipertandingkan kecuali kerusi Presiden. Senarai panjang nama-nama calon telahpun diketahui dan menjadi topik yang hangat diperbincangkan.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, enam orang telah dicalonkan termasuklah penyandangnya, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mantan naib-naib presiden, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Salahuddin Ayub, serta mantan AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa Dan Mohamad Sabu.
Ustaz Nasharudin Mat Isa telah menyatakan akan mempertahankan jawatannya manakala AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu telah mengesahkan akan bertanding jawatan berkenaan.
Daripada maklumat yang diperolehi, ada desakan agar Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding untuk jawatan itu, besar harapan penulis agar desakan baik ini dapat diterjemahkan oleh beliau dengan menerima pencalonan ini. Dengan jumlah kawasan PAS yang mencalonkan Ustaz Tuan Ibrahim melebihi angka 40 kawasan, ia bukan jumlah yang kecil dan wajar dikesampingkan, dan kerana itu kewajaran untuk beliau menerimanya amat perlu.
Di dalam PAS sesiapa pun layak untuk menjadi pemimpin, selagi ia ikhlas, tahan uji, istiqomah, jujur, amanah, membakar diri, bijak berpidato, berpengetahuan luas, berani, jauh dari sifat munafik, semua itu ada pada setiap enam orang calon Timbalan Presiden PAS yang akan bertanding.
Apa yang kita mahukan ialah yang paling baik di kalangan yang terbaik, bagi memikul amanah ahli PAS seluruhnya, amanah Islam, amanah rakyat dan amanah Allah SWT.
14 orang layak bertanding untuk jawatan Naib Presiden, dan daripada 14 nama yang disenaraikan setakat ini hanya YB Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah berani mengesahkan kesediaan untuk bertanding bagi jawatan no. 3 dalam parti tersebut.
Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB. Dr Mujahid Yusof dimaklumkan telah pun menarik diri begitu juga Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS). Perkembangan ini dijangka bertambah menarik sekiranya calon pilihan iaitu Datuk Mahfuz Omar turut bertanding, namun sehingga artikel ini ditulis beliau masih belum memberikan jawapan.
Sengit dan Mendebarkan : Lonjakkan lebih calon bukan melayu mengisi jawatan di peringkat Pusat
Bagi jawatan AJK PAS Pusat, 83 calon telah pun disenaraikan. Dan daripada 83 calon, 2 calon adalah dari bukan melayu. Ini merujuk kepada pencalonan YB. Dato' Hj. Anuar Tan Abdullah (Kelantan) dan YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah (Perak). Saya mengharapkan mereka berdua akan menerima pencalonan yang telah dikemukakan oleh PAS kawasan untuk berada di dalam senarai akhir bertanding jawatan tersebut.
Bagi jawatan AJK PAS Pusat, 83 calon telah pun disenaraikan. Dan daripada 83 calon, 2 calon adalah dari bukan melayu. Ini merujuk kepada pencalonan YB. Dato' Hj. Anuar Tan Abdullah (Kelantan) dan YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah (Perak). Saya mengharapkan mereka berdua akan menerima pencalonan yang telah dikemukakan oleh PAS kawasan untuk berada di dalam senarai akhir bertanding jawatan tersebut.
Satu perkara menarik ialah kehadiran 2 calon bukan melayu ini dilihat dominan, serta berpotensi untuk menang. Ini kerana jika dilihat daripada ketokohan calon itu, masing-masing mempunyai kekuatan sendiri. Siapa yang tidak kenal Dato' Hj. Anuar Tan, pemimpin Islam berbangsa cina yang lantang menentang judi di Kelantan.
Begitu juga dengan Drs. Khalil Idham Lim yang juga Adun Titi Serong, siapa yang tidak kenal beliau baik diperingkat negeri mahu pun nasional. Tidak keterlaluan jika penulis meletakkan kedudukan beliau sebagai seorang YB yang popular. Merujuk dari kajian yang dibuat oleh Zentrum, beliau dilihat sebagai seorang tokoh yang idealis, berkaliber dan wajar ditonjolkan ke depan oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Penampilannya melalui blog Cina Islam menyemarakkan lagi dunia pemberitaan alternatif khususnya dalam suasana kemucak berlaku krisis politik di Perak, dari yang diperhatikan blog peribadinya kini hampir mencecah 13 juta klik pada masa ini.
Melalui kenyataan - kenyataan media yang beliau tampilkan, kenyataannya hadir bersama fakta kukuh yang menyentuh pelbagai isu seperti mana yang disiarkan di dalam Harakahdaily, Harakah cetak serta akhbar Sinar Harian.
Suatu yang menarik, bila memperkatakan ketokohan Drs. Khalil Idham Lim, yang dicalonkan untuk jawatan AJK PAS Pusat ialah beliau ini seorang yang berbangsa cina yang memeluk Islam pada usia 22 tahun dan akhirnya bergelar ustaz selepas mendapat Ijazah Pengajian Islam dari sebuah universiti di Aceh, Indonesia.
Secara peribadi, saya berpandangan bukan satu kerja mudah bagi seorang yang sedemikian rupa boleh berada dipersada politik tanah air melainkan dengan izin Allah yang telah meletakkan beliau sebagai seorang yang gigih berjuang dengan PAS dan diamanahkan pula bertanding sebagai calon PAS, biarpun tewas pada tahun 2004 tetapi pada tahun 2008, beliau menang di kerusi DUN Titi Serong, PRU ke-12 yang lepas.
Semasa pakatan Rakyat memerintah di Perak beliau juga dilantik sebagai Timbalan Exco Agama dan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak(BBC).
Malah ketokohan beliau sebagai pendakwah juga teruji dengan banyaknya jemputan untuk mengendalikan kuliah-kuliah dan majlis ilmu Islam di seluruh negara. Pengalaman beliau sebagai seorang bekas guru Kementerian Pendidikan sebelum ini turut membantu beliau menyesuaikan diri di mana sahaja beliau berada.
11hb. Mac 2011 yang lalu, beliau telah dijemput untuk berada di negeri kelahirannya bagi memberikan kuliah agama sebelum bermulanya kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BI).
Dan jemputan itu telah meletakkan beliau sebagai pemimpin islam berbangsa cina pertama memberi kuliah di situ. Kuliahnya menarik minat banyak pihak dan beliau akan tampil untuk kali kedua di tempat yang sama pada tarikh yang telah diaturkan, insyaallah.
Umum mengethaui, beliau juga merupakan seorang YB (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan tanggungjawabnya mengalas tugas dan amanah sebagai Ketua Penerangan PAS dan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dilihat begitu dominan dalam membangkitkan isu-isu semasa mahupun nasional di semua peringkat kaum melalui kenyataan-kenyataan media beliau yang lantang. Beliau menjelajah ke seluruh negara memenuhi undangan ceramah politik. Ceramah beliau juga digeruni pihak lawan. (Klip video ceramah beliau klik di sini.)
Atas kapasiti beliau yang berbangsa cina, PAS kini perlu melihat dalam konteks Malaysia seluruhnya, seterusnya membuktikan bahwa amalan Islam yang mengiktiraf suasana plural dan masyarakat majmuk ini telah sedia diamalkan dan pemimpin islam berbangsa cina, iaitu YB Drs. Khalil Idham Lim dan YB Dato' Haji Anuar Tan ini wajar diberikan tempat yang baik dan tepat bagi mewakili kepimpinan sejagat yang membawa wajah Islam yang universal ke tengah-tengah masyarakat Malaysia yang majmuk.
Melayu dan Cina sebenarnya masih lagi bersatu dan berhubungan baik. Penghubung antara kedua bangsa ini adalah islam dan kefahaman kepada Islam. Dan itulah hakikatnya yang perlu diketahui oleh rakyat.
Munculnya tokoh-tokoh hebat seperti ini yang membawa imej islam dari bukan bangsa melayu di dalam PAS benar-benar melemaskan Umno dan Barisan Nasional yang dilihat semakin rasis akhir-akhir ini.
Dua tokoh bukan melayu yang dicalonkan ke jawatan AJK PAS Pusat pada muktamar ini harus dilihat positif dan baik, dan sewajarnya diberi tempat dan kemenangan. Apa yang pasti, imej dan slogan PAS For ALL yang membawa ideologi islam tanpa sekatan bangsa, semakin dekat di hati rakyat di negara ini.
Sebagai membuktikan Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah Islam yang syumul dan melangkau sempadan bangsa dan keturunan, maka satu lonjakan baru untuk menolak fahaman lama bahawa PAS hanya layak dipimpin oleh bangsa melayu islam harus di 'real' kan dengan sikap keterbukaan yang luas menerima pemimpin islam dari bangsa cina untuk sama-sama berada di dalam jawatan tersebut.
Dan sekarang telah berada di dalam senarai itu, dua calon bukan melayu. Maka dengan itu, atas nama islam perwakilan yang dipilih ke muktamar kelak wajar meletakkan 'keterbukaan' ini untuk menentukan kedudukan yang betul kepada kedua-dua calon bukan melayu ini, iaitu Drs. Khalil Idham Lim dan Dato' Anuar Tan Abdullah.
Penulis turut berterima kasih kepada kawasan PAS yang telah mencalonkan mereka berdua, secara peribadi penulis melihat mereka itu memang layak untuk berada di kerusi AJK PAS Pusat. InsyaAllah. Apapun tulisan ini sekadar pandangan peribadi penulis dan penulis akhirinya dengan mengangkat kembali intipati utama ucapan perasmian muktamar yang lalu,
"Idealogi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa. Justeru,saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para anbiya' yang terdahulu. Kita hanya mata rantai di dalam perjuangan ini, kita mempusakainya dari generasi yg terdahulu dan kita akan mewariskannya kepada generasi yang terkemudian."
Semuga Allah mempermudahkan perjalanan seluruh perwakilan ke Taman Melewar, Selamat ber' Muktamar' dan nasihat akhir penulis, minta perwakilan solat istikharah sebelum buat pemilihan nanti, diulangi sekali lagi bahawa ingatlah setiap undi anda itu adalah amanah ahli PAS seluruhnya, amanah Islam, amanah rakyat dan amanah Allah SWT. Takbir ! Allahu Akbar.., hidup Islam...hidup PAS.
Pakatan Rakyat tanpa Anwar, tapi kita punya buku 'Jingga' untuk rakyat !
Oleh : Ahmad Lutfi Othman.
Tidak sukar untuk meneka apa nasib yang bakal menimpa Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu dikehendaki oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu untuk membela diri. Masa depan beliau dijangka lebih kelam jika kita meneliti hujah-hujah Hakim Zabidin Mohamad Diah.
Ketika membacakan penghakimannya selama dua jam, Hakim Zabidin berkata, selain terdapat kes prima facie ke atas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya telah disifatkan beliau sebagai "saksi yang benar dan berwibawa".
Proses pembelaan yang bakal berlangsung dari 6 hingga 30 Jun nanti mungkin mendedahkan pelbagai "keanehan dan kepelikan", namun ramai beranggapan "hukuman sudahpun ditentukan". Apa sahaja kes berkaitan Anwar "tidak berupaya" diputuskan semata-mata oleh mahkamah; pasti ada tangan-tangan ghaib di atas "singgahsana" yang mesti dirujuk terlebih dahulu.
Begitu juga dengan episod video seks terbaru; sekiranya membabitkan Anwar ia bukan lagi berkaitan hal personal Dato' T atau siapa saja, ia semestinya mendapat restu pemimpin no. 1.
Ya, siapa berani memberikan jaminan jika Dr Mahathir Mohamad, bukannya Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri pada 2004, bersediakah Mahkamah Persekutuan mengugurkan sabitan kesalahan liwatnya? Saya pasti, jika Abdullah bukan PM waktu itu, Anwar terpaksa menghabiskan keseluruhan sisa-sisa hukuman penjaranya.
Sejak pilihan raya umum 1999, Anwar merupakan aktor paling penting dan begitu menonjol, yang mendominasi hampir semua isu-isu politik sepanjang 12 tahun lalu. Dalam PRU12, Anwar berpeluang menjelajah ke seluruh negara berkempen dan bersama-sama menyusun strategi buat parti-parti pembangkang, juga membangkitkan isu-isu yang menarik perhatian rakyat.
Disebabkan Anwar masih dihalang bertanding sebagai calon pilihan raya ketika itu, Mac 2008, beliau lebih bebas dan selesa untuk membantu calon-calon lain. Hasilnya, satu kejutan dan tsunami politik terakam dalam sejarah moden tanahair.
PRU13 memang cukup kritikal buat BN dan juga Pakatan. Siri pilihan raya kecil sepanjang 2008-2011 menunjukkan trend mengundi tidak banyak berubah. Momentum 2008 masih bertenaga. Ditambah pula dengan keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Sekurang-kurangnya satu mesej jelas daripada Bumi Kenyalang: Amarah pengundi Cina kepada BN langsung tidak berjaya untuk dilunakkan, malah mereka seperti bersedia untuk "menghukum" dengan lebih keras lagi.
"Saya percaya, mana-mana parti yang melakukan lebih banyak kesilapan, atau mudah terleka dan alpa, akan menerima padah dalam PRU13," kata seorang penganalisis politik bagi menggambarkan bagaimana keadaan agak sukar untuk diramal. Masing-masing, BN dan Pakatan, mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri.
Persiapan pula harus melengkapi pelbagai sektor dan penjuru, termasuk menjangka (dan lebih penting, mengenal pasti langkah menyerang balas) "taktik kotor" BN yang mungkin tidak terduga. BN ternyata disokong segala kemudahan, peluang dan sumber untuk memanipulasi proses PRU13. Pendedahan senarai daftar pemilih yang meragukan di Selangor adalah cebisan kecil daripadanya.
Mahathir memang selamanya menggeruni kehebatan Anwar, sejak bekas Presiden ABIM itu belum melibatkan diri dalam politik lagi. Justeru, Anwar "diperangkap" jerat Mahathir sejak 1982 lagi. Bagi sesetengah orang, Abdullah mungkin agak naif membaca kekuatan Anwar, tetapi saya lebih suka melihat Abdullah lebih jujur bermain politik. Masih ada batas dan sempadan yang dijaganya.
Berbeda dengan Najib Razak. Rekod jahatnya "merampas kuasa" di Perak sudah memadai. Malah, segala "kelicikan dan kehodohan" di Selangor sekarang berpunca daripada Najib selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Pengalaman Umno menawan Terengganu pada 2004 daripada PAS, juga melalui senarai daftar pemilih, akan dikongsi Selangor.
Kini, tarikh PRU13 banyak bergantung dengan kes Anwar. Sasaran rebutan pengaruh pula tertumpu di kalangan pengundi Melayu (dan juga masyarakat India yang mungkin mengalami peralihan undi). Apakah keputusan kes liwat II ini mampu menarik sokongan orang Melayu kepada Umno-BN, atau isu videa seks menyebabkan sekurang-kurangnya mereka keliru dan curiga dengan Anwar dan Pakatan Rakyat (khususnya PAS)?
Kes video seks rasanya lebih dijadikan modal politik daripada membawanya ke mahkamah. Bagi Umno, jika dapat dikekalkan status-quo sokongan Melayu pun sudah memadai. Peningkatan taraf pendidikan dan tahap ekonomi, kematangan berpolitik, dominasi kuasa siber dan berkembangnya kelas menengah di kalangan orang Melayu menjadi ancaman kepada survival Umno. Justeru, kemaraan itu mesti disekat.
Pakatan dikira terlalu bergantung kepada Anwar. Seolah-olah tanpa Anwar, ia akan bercempera, hilang fokus dan tumpul bisanya, selain memungkinkan perpecahan dalaman, terutama di antara PAS dan DAP. Dengan memastikan Anwar kembali merengkok di penjara dan memadamkan imiginasi rakyat terhadap kemunculan "Perdana Menteri alternatif", strategis Umno percaya misi mereka bertambah mudah.
Bagi saya, Pakatan mesti buktikan itu semua hanya angan-angan Umno. Kesepaduan Pakatan, apatah lagi persefahaman di antara dua parti yang teguh memegang prinsip PAS dan DAP tidak akan goyah walaupun tanpa Anwar di barisan depan. Isu-isu dan jaminan dalam Buku Jingga sudah cukup untuk menggambarkan keseriusan Pakatan menawarkan jalan keluar ke atas seribu satu masalah yang melanda negara.
Saya masih ingat, ketika menemubual Tengku Razaleigh Hamzah ekoran isu royalti petroleum Kelantan pada 18 Februari 2010, beliau membayangkan simpati rakyat, khususnya orang Melayu kepada Pakatan akan meningkat jika Anwar bakal dipenjarakan sekali lagi.
Mungkin tiada lagi demonstrasi jalanan besar-besaran seperti era reformasi 1998-99 dahulu. Tidak perlu bimbang; pengundi semakin bijak menyalurkan luahan hati mereka semasa pilihan raya. Lagi pun, sumber terhad yang ada perlu digembleng secara bersepadu untuk aktiviti politik lebih berkesan. Yang penting, usah melatah dirasuk emosi. Jangan menari mengikut gendang yang dipalu Umno. (sumber- DD/DetikDaily)
Brahim Amarikaaa...hang patut baca ini, dan bunoh Amarikaa..!
albanjari | Ibnu HasyimGADIS bernama Nadia ini bercerita. "Semasa aku sedang mengunjungi rumah salah seorang kerabatku, tiba-tiba tentera Amerika (AS) memasuki rumahnya dan mulai menggeledah rumah itu. Mereka menemui beberapa senjata ringan. Maka merekapun menangkap semua orang di rumah itu termasuk aku. (Foto sekadar hiasan)
Aku cuba jelaskan pada penerjemahnya, bahawa aku hanyalah seorang pengunjung, tetapi sia-sia. Aku menangis, memohon pada mereka, sampai hilang kesedaran kerana takut... ketika mereka membawaku ke penjara Abu Ghraib" Nadia melanjutkan, sambil air mata mengalir di pipi.
“Mereka tempatkan aku seorang diri di sebuah sel penjara gelap dan kotor. Aku berharap aku akan segera dibebaskan, setelah terbukti aku tidak bersalah. Hari pertama sangat menyusahkan. Selnya berbau tidak sedap, lembab dan gelap, membuatku semakin lama semakin takut. Suara ketawa tentera di luar sel tambah menakutkan. Aku bimbang apa yang menimpaku nanti.
Pertama kali aku merasa berada dalam cengkaman sulit. Memasuki sebuah dunia yang tidak pernah ku rasai sebelum ini. Ditengah aneka ragam perasaanku saat itu, aku dengar suara seorang tentera wanita AS bercakap dalam bahasa Arab padaku: “Aku tak kira, walau penjual senjata di Iraq ini perempuan!”
Ketika aku cuba jelaskan keadaan sebenarnya, dia memukulku dengan kejam. Aku menangis dan berteriak “Demi Allah! Aku dianiaya, demi Allah! Aku dianiya!!”
Tentera wanita itu terus mencaci. Tak pernah ku bayangkan, aku akan diperlakukan seperti itu. Dia mulai tertawa dan mengatakan dia telah monitorku sepanjang hari dengan satelit. Katanya, mereka mampu melacak musuh-musuh mereka meskipun sedang berada di dalam bilik tidur mereka sendiri dengan teknologi AS.
Dia tertawa lagi dan berkata, ”Aku mengawasimu ketika kamu bercinta dengan suamimu.”
“Tatapi aku belum berkahwin” Jawabku dengan suara kebingungan. Dia memukuliku selama lebih dari 1 jam. Dia memaksaku minum segelas air, yang kemudian kuketahui mereka bubuh ubat di air itu. Setelah 2 hari baru aku sedar dan berada dalam keadaan telanjang. Rupanya, aku telah kehilangan sesuatu yang tidak akan dapat dikembalikan lagi. Aku telah diperkosa. Aku jadi histeria tak terkontrol. Aku hantukkan kepalaku kuat-kuat ke tembok.
Hingga lebih dari lima tentara AS diketuai wanita itu masuk ke sel dan mulai memukuliku. Mereka perkosaku berganti-ganti sambil tertawa dan menperdengarkan musik dengan kuat. Begitulah setiap hari mereka perkosa dan merogolku, dan sentiasa menggunakan cara baru yang lebih kejam dibanding sebelumnya.”
Nadia terus menjelaskan lagi. “Setelah sekitar satu bulan, seorang tentera negro memasuki selku dan melemparkan 2 potong pakaian tentera AS kepadaku. Dalam bahasa Arab yang lemah dia mengatakan agar aku memakainya. Setelah dia menutup kepalaku dengan kantong hitam, dia menuntunku ke toilet umum yang ada paip air sejuk dan panas. Dia memintaku mandi. Dia menutup pintu dan pergi. Aku rasa sangat letih dan sakit. Aku pun mandi.
Belumpun selesai mandi, tentera negro tadi masuk ke dalam. Aku ketakutan dan memukul mukanya dengan mangkok air. Namun dia sangat kuat, dia memperkosaku dengan kejam dan meludahi mukaku. Kemudian dia pergi dan kembali lagi dengan 2 tentera yang membawaku kembali ke sel. Perlakuan seperti itu terus berlanjutan. Kadang aku diperkosa sampai 10 kali sehari, membuat kesehatanku sangat buruk.”
Nadia terus mengungkapkan perbuatan ngeri kebiadaban AS terhadap wanita-wanita Iraq. Katanya. “Setelah lebih dari 4 bulan, seorang tentera wanita datang. Namanya Mary. Dia berkata kepadaku, “Sekarang kamu memiliki kesempatan emas, kerana seorang petugas yang memiliki jawatan tinggi akan kunjungi kita hari ini. Jika kamu hadapinya dengan sikap positif, kamu akan dibebaskan. Terutama kerana kami sekarang yakin kamu tidak bersalah.”
Aku jawab,”Jika kamu yakin aku tidak bersalah, mengapa kamu tidak membebaskan?” Dia menjerit dengan gelisah, ”Satu-satunya yang menjamin kebebasan kamu adalah sikap positif kamu terhadap mereka!”
Dia membawaku ke toilet umum, dan dia mengawasiku mandi sambil membawa tongkat tebal untuk memukulku jika aku tidak melakukan perintahnya. Kemudian, dia memberiku make up, dan memperingatkan aku untuk tidak menangis dan merusak make up ku. Lalu dia membawaku ke sebuah ruangan kosong. Di situ tidak ada apapun kecuali sebuah penutup lantai. Setelah satu jam dia datang dengan ditemani 4 tentera yang memegang kamera.
Dia membuka bajunya dan mulai menggangguku seoalah-olah dia adalah seorang lelaki. Tentera lainnya tertawa dan perdengarkan musik bising. Mereka mengambil photoku dalam berbagai pose, dan menunjuk-nunjuk wajahku. Yang wanita menyuruhku tersenyum, jika tidak dia akan membunuhku. Dia mengambil pistol dari salah satu temannya dan menembakkan empat peluru dekat kepalaku seraya bersumpah, peluru kelima akan ditembakkan tepat di kepalaku.
Setelah itu, keempat tentara lainnya memperkosaku secara bergantian sampai aku hilang kesedaranku. Bila sedar, aku dapati diriku berada di sel dengan bekas-bekas gigitan, kuku dan rokok ada di sekujur tubuhku.”
Nadia berhenti bercerita tentang tragedi yang menimpanya untuk menyeka air matanya, kemudian dia melanjutkan lagi. “Kemudian suatu hari Mary datang dan mengatakan kepadaku supaya aku memberi kerjasama dan akan dibebaskan setelah aku menonton filem yang mereka rakam. Aku merasa sakit setelah menonton filem itu. Mary mengatakan,”Kamu telah diciptakan hanya untuk membuat kami bersenang-senang”.
Masa itu aku jadi sangat marah. Aku menyerangnya meskipun aku takut reaksinya. Aku akan membunuhnya kalau tentera lain tidak turut campur. Ketika tentera melepaskanku, Mary menghujaniku dengan pukulan. Kemudian mereka meninggalku. Setelah kejadian itu, tidak ada seorangpun yang datang menggangguku lagi selama lebih dari satu bulan. Aku menghabiskan masa itu dengan beribadah dan berdoa pada Allah Ta’ala yang memiliki seluruh kekuatan untuk menolongku.
Mary datang lagi dengan beberapa tentera yang memberiku pakaian. Pakaian yang kupakai ketika mereka menangkapku dulu. Mereka membawaku dengan sebuah kereta AS. Lalu mereka melemparkanku di sebuah jalan raya, setelah memberiku 10,000 dinar Iraq. Aku pergi ke sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat aku dibuang itu, untuk mengetahui reaksi keluargaku. Aku memilih mengunjungi salah seorang kerabatku supaya mereka mengetahui apa yang telah menimpaku ketika menghilang.
Aku mengetahui bahawa saudaraku telah memasang papan tanda duka untukku selama lebih dari 4 bulan. Mereka menganggapku sebagai orang yang sudah mati. Aku faham, serangan malu sudah menungguku. Maka, aku pilih pergi ke Baghdad bertemu sebuah keluarga baik yang sanggup membantuku. Aku bekerja dengan keluarga ini sebagai pembantu dan guru peribadi bagi anak-anaknya.
“Siapa yang akan memuaskan dahagaku? Siapa yang akan mengembalikan keperawananku? Apa salah keluarga dan familiku? Aku mengandung seorang bayi, bahkan akupun tidak tahu siapa ayahnya.” Dan Nadia mengakhiri ceritanya sampai di sini.. (Sumber: lahaonline.com)
Kesimpulan:
Apakah AS hanya memperkosa Nadia ataukah mereka memperkosa seluruh lelaki dan wanita umat Islam? Nadia adalah saya dan anda, isterimu dan juga isteriku, saudarimu dan juga saudariku, ibumu serta ibuku.
Dimanakah pembela kesucian Islam! Dimanakah pembela Islam! Masih banyak lagi kisah menyesakkan dada bagi umat Islam. Masih ada Nadia-Nadia lain di dalam penjara yang penuh dengan penjaga babi dan kera biadap bangsa Amerika. Di manakah kamu yang tidak tersentuh dengan cerita saudari kita saperti itu tadi?
"Wahai orang yang berselimut ! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!" (Al-Muddaththir)
Kelapa dan santan, blogger dan SMTI ! Sama penting bro !
albanjari | Kg. Milah
Kelapa semakin laku mulai minggu ini. Harga kelapa jangan harap boleh dapat RM1 sebijik sekarang. Itu hakikat yang perlu warga maklumi. Tanda musim kenduri bertandang lagi. Tanpa santan, kenduri kahwin akan 'ceroi' !
Orang kg. Milah bilang, lagi banyak santan, pengantin perempuan akan lebih 'riang'. Benarkah ? Mungkin ada juga benarnya. Sama jua benarnya apa yang saudara Mazidul nukilkan menerusi tulisannya dibawah.
Oleh : Mazidul Akmal Sidek
Saya sedar sebilangan bloggers berasa kecil hati atau terkilan jika tiada pembaca langsung pengunjung meninggalkan komen di tampalan mereka.
Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah sebegitu. Saya menulis untuk berkongsi berita terkini dan ilmu, motif saya menulis blog, jelas. Samada pembaca sudi meninggalkan komen atau sebaliknya, itu perkara kedua.
Kekadang kita membaca blog milik bloggers lain untuk mengetahui kandungan utama tampalan mereka. Ada waktunya, kita terpanggil untuk meninggalkan komen, ada ketikanya tidak, terutama apabila topik diulas bukan berada di dalam ruang lingkup pengetahuan kita.
Pada masa sama, kita tidak dapat menyangkal kenyataan, majoriti bloggers menganggap setiap komen dicatatkan pembaca, simbol sokongan moral terhadap blog terbabit. Jika kita melontarkan komen, mereka tahu identiti pembaca blog mereka. Untuk mencetuskan suasana menang menang, saya mencadangkan ...
Selepas ini, setiap kali kita berkunjung ke blog lain, kita tinggalkan jejak, isyarat menunjukkan kita membaca blog mereka sekaligus menghargai karya penulis dan pemilik blog.
... ringkasnya, kita tuliskan "Saya membaca tampalan ini", 4 perkataan melambangkan penghargaan kita sesama bloggers. 'SMTI', jika ingin catatan lebih ringkas. Boleh diterima ide itu ? (sumber)
18SX : Edisi Khas Malam Kliwon - " Aku Hanya Janda Joget..! "
albanjari | Metro KL
Malam kliwon kita hangatkan. Nak tunggu hangat muktamar PAS, muktamar lambat lagi. Apa kata, kita belasah v-tee ni sama - sama. Untuk si suami, bawa sekali bini tonton. Kepada si bini, bawa laki hampa tengok sekali, ini bukan nak tengok video lucah macam puak tu bikin ?
Ini v-tee khas malam kliwon - sekadar hiburan. Selamat menonton " Aku Hanya Janda Joget...! "
Bank Islam mahu telan Bank Muamalat ?
albanjari | Metro KL
Jika dulu ada bank nama Multi-Purpose, baca ikan bilis pi makan sampai boroi bank besar berstatus naga. Kenyang bilis tu sampai sekarang ! Selepas 10 tahun, kini ribut orang kg. milah bilang, ada bank besar, mesin duit ATM dia pun semalaysia ada lebih 600 bijik nak telan bank bilis pulak. Ikut hukum tajwid, normal laa..tu ! Besar telan yang kecil.
Tapi bilis yang nak ditelannya itu, bukan boleh bagi kenyang, kata tok ketua kg. Milah, bilis yang dia nak telan, kalau buat sambal nasi lemak pun belum tentu boleh bagi untung makcik rosmah, gitu ler kata mak bidan kg. Milah.
Tapi ada lebih kejutan mungkin berlaku ! Baca seterusnya dibawah.
PAS kurang senang dengan cadangan penggabungan antara Bank Muamalat dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang dianggapnya sebagai satu lagi tindakan menyelamatkan syarikat menggunakan dana awam.
"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.
BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB”.
Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.
"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,” katanya.
Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.
"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya,” hujahnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.
"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?” soal pempin PAS itu lagi. (Mkini)
PKR bakan diharamkan ? Saifuddin adakan sidang khas media !
Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) – komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu. The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber. Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi. PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian. Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.
Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti. (sumber )