PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

18SX - Sampai hati lu bilang bini lu bau bawang ?

Kenapa yer ? Kalau wanita sudah menjanda semakin berhias. Dulu masa ada suami hiasan diri macam tak berapa nak penting. Orang kata suami balik kerja isteri bau bawang. Kalau dah menjanda baru pandai nak bergaya pakai perfume wangi-wangi, cantik-cantik sedangkan sama juga uruskan anak-anak. 

Foto di sebelah - Maaf ..wajah cute ini hanya untuk lelaki yang nak menikah di Morocco saja. Bukan nak mengumpat, memang betul dan diakui janda-janda diluar tu makin cun melecun sekarang dan buat pengajaran yang bergelar isteri walau bagaimana sibuk pun anda jangan lupa berhias untuk suami. Bukannya bersolek sakan masa nak keluar ajer.., lelaki ni memang camgini, syaitan suka menggoda dan bergayut kat kelopak mata sehinggakan perempuan lain nampak lawa , isteri kat rumah nampak comot. Ini memang dah fitrah lelaki, kalau kurang iman boleh ke laut jadinya. 

Suami pula tak baik tau suka tengok perempuan lain di luar, yang di rumah dipaksa pula jangan bergaya. Lepas tu sibuk cari alasan nak kahwin lain dengan alasan isteri bau bawang. huhuhu memang tak patut ! 

Bau Bawang ?? Puihhh..!! Dalam dok kata bini bau 'bawang' itu pun, anak yang keluar berderet macam keter api juga, itu apa hal pulak, agaknya masa nak 'ehem-ehem' tu bau bawang tukar kejap jadi bau ' epal' kot ? Alasan zaman P.Ramlee nak menikah lagi..gatai sungguh lelaki ni no ! - catatan khas untuk kawanku yang suka ngata bini sendiri..apa punya turr !! Kalo tak dak 'bawang', kari pong jadi kelatt..tak sodapp..!!
 

Tokey Gelang Duta Visit Perak 2012 ?

Apa punya jadah ! lahir di Johor, surat beranak pon Johor. Tapi jadi Duta Visit Perak. Bangang punya kudeta ! Rakyat Perak lebih 2 juta tak kan sekoq pon tak dak ? Dari pilih mamat tu, elok ambik Midah Suman jadi Duta lagi baguih..baru la kadiaqqq...bro !


Dato' AC Mizal kelahiran Johor dilantik Duta Tahun Melawat Perak 2012. Menurut sumber beliau dibayar RM500k, namun menurut sumber yang lain kalau dibayar RM5k pun dikira bertuah sangat kerana kerajaan Perak dah tak ada duit. Menurut macai umno nak dapatkan bayaran untuk projek exco pun jenuh berurusan dengan UPEN.-Karat Ejau.

Layan Raja Lawak 6 Week 2 - Full Video sama mak hang oi !



Lupakan Hasan Ali, dia itu hanya sekadar bakul buruk ! Boleh..?

Kadang kadang aku pening dengan orang politik yang rasa cerdik ni. Seronok sangat layan cerita dan kisah yang tak sudah. Nampak macam cerdik tapi sesekali difikir macam langsung tak cerdik. Tak habis dengan Hasan Ali yang dah tak berhaluan tu... Kalau dah cerai bini tu sudah le...tak payah nak promosi dia lagi...kekadang nampak macam gile talak...tak pun nampak sangat macam busuk hati... Makin di layan...makan menjadi le janda tu...dia ingat kita "gile talak kat dia.

Aku ingat orang PAS tok sah layan la Hasan sorang tu... Dia nak buat roadshow ke??? talk show ke...hapa show ke...hatta kalau dia nak buat Tiger show pun kitak tok sah peduli... itu promosi free namanya... Tak perlu nak dedah kajian isu Hasan Ali tidak menjejaskan...semua orang tahu...kalau disebut dan dikaji, macam isu itu ada kesan...itu persepsinya...dah tak kesan...pedulikan....

Bergaduh mulut ni nampak seronok bila ada yang menjawab... bile kite bo layan...lama lama senyap le dia... Bior nampak dia macam orang bodoh...jangan kite pulak terjerit jerit nak layan dia bertekak.. Hari ni aku tengok Malaysiakini ada tiga berita isu Hassan Ali, terpikir aku... apa pentingnya dia ni...ke ada yang masih tak puas hati...???

Pertama Khalid Samad, semua tahu permusuhan Khalid ngan Hasan... bukan rahsia...Kalau Hasan dedahkan parasit tu...nama Khalid lah akan keluar di senarai pertama... betul atau tidak bukan persoalannya...itu bergantung kepada hujah Hasan Ali ...Terima atau tidak bergantung kepada penilaian kita... Kalau Khalid nak dilihat baik dan tak berdendam...tak payah layan la...melainkan Khalid masih mengintai orang yang didakwa sokong Hasan Ali di dalam PAS agar terseret keluar bersama Hasan Ali...Hanya Khalid yang tau.

Tak cukup dengan itu... Muslimat pun minat juga dengan Hasan Ali. Wan hasrina ni macam tertinggal bas, orang dah malas nak cakap pasal Hasan Ali yang tarak untung... dia pulak kaitkan Hasan Ali dengan kelab taat suami... Dr Rani lebih profesional...ulas kelab taat, kelab taat la...ni boleh kaitkan pulak dengan Hasan Ali... Tak pasal nama Hasan Ali popular lagi...tak cukup dengan promosi TV3 dan alat media umNO lain... tolong promosi lagi !

Aku sebenornya dah nyampah dengan isu Hasan Ali ni... tak pasal pasal kita habis masa nak urus dia.. Tapi nampaknya ada lagi dalam PAS ni " masih sayang" dengan Hasan Ali... mungkin sayang tu duduk dalam "rindu dendam" kut... Aku lebih seronok dengan pandangan jauh Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim, ini ler pemimpin jiwa besar, " Lupakan Hasan Ali, kita letakkan aje Hasan Ali sebagai bakul buruk yang tak ada nilai berita dan ulasan lagi.."

Azmin ? bo layan la mamat ni, pun suka nyibuk... banyak kerje lain boleh dibuat ! Tumpukan PRU 13 !!! Jangan layan kemuncup ! - anak sengat

ABOagro (Siri 5) - Pokok 'sambung nyawa', jangan sampai umngok pi curik haa..!!

Petang nanti wak nak tanam pokok 'sambung nyawa' di taman mini botani di kediaman wak. Terima kasih kepada staff Iqbal yang penuh rajin hantar 2 anak pokok terus ke pintu rumah pagi tadi. Nasib baik tak kena curik ! Boleh hang sandar pokok tu kat tepi pagar gitu aja. Huh ! Nampak dek 'umngokk..' habis pokok tu kena kebas. Kena plak umngok tengah nazak-nazak di tolak rakyat sekarang. Jangan buat lagi macam tu naa..! Sedikit catatan pokok 'sambung nyawa' dibawah. Dipetik terus dari blog wirawandesa.


Mengikut cerita pokok ini mendapat nama sebegitu dari orang asli yang kehabisan makanan di hutan. Oleh kerana terlalu lapar, mereka mendapatkan pucuk-pucuk pokok ini dan memakannya. 

Dan sesudah itu mereka dapat meneruskan hidup mereka sehingga sampai balik ke penempatan mereka dengan selamat.


Dari itulah mereka menamakan pokok ini sebagai Sambung Nyawa kerana menyelamatkan mereka dari kelaparan semasa di hutan.



Nama lain untuk pokok ini ialah Daun Dewa, Akar Sebiak, Sirih Cina dan nama botaninya pula ialah ‘Gynura Procumbens’ Ada juga orang memanggilnya dengan nama Selemai Merah.




Pokok ini banyak kegunaannya dalam perubatan tradisional di samping ia sedap dimakan sebagai ulaman. Pokok Sambung Nyawa ini boleh dibiakkan melalui keratan batang dan mudah tumbuh di tempat redup dan berair.


Keseluruhan pokok ini, dari daun hingga ke akarnya digunakan bagi mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah di samping menurunkan tekanan darah yang tinggi. Selain itu, daun sambung nyawa boleh digunakan untuk rawatan sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang.

Menurut orang yang telah biasa mengamalkannya, memadai dengan memakan dua atau tiga helai daunnya sehari untuk tujuan tersebut.

Namun denikian, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah terbaik.


BN hanya menang di 4 negeri saja jika PRU13 Mac ini !

TERKINI info dArI MT Umno : PRU13 akan diadakan pada bulan disember 2012. Jika diadakan pada mac/jun BN hanya akan mendapat 40% undi dan dapat menang di negeri Johor,Pahang,Sabah dan Sarawak sahaja.Mereka akan merancang beberapa penipuan lagi untuk menjamin kemenangan BN. Bagi kita teruskan bekerja, kemenangan semakin hampir. Ikhwan Muslimin Mesir dan parti Islam Tunisia dah buktikan.Takbir ! - Akmal Kamaruddin

Ikhlas aku cakap, menitik airmata lelaki ini baca hal MB sejumud ini !

Puihh umnoo..! Lu baca apa kat bawah ni..ada macam Sharijat, Tempetoyo, Derih atau si jamil tu ?

KEDIAMAN

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.

Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

BANGUNKAN INSANIAH

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

CUKUP BERANG

"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.

Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.

Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.

Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.

Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.

Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.

HARGA KEMEJA MB

Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.

Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!

Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini, beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.

Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.

Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.

HUBUNGAN DENGAN ISTANA

Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.

Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi

Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!

Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!

SERI MENTALOON

Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari. Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.

Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.

Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.

PERANGKAP WARTAWAN

Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.

RAMADAN

Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.

Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.

Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.

Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!

Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.

Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!

Sumber : KedahLanie / -tranungkite-

N'N: Ada pemimpn UMNO macam ni pakai kemeja harga rm19.........Semua duit keluar drpd poket sendiri dan tak ambil kesempatan atas nama MB....Dan tiba2 dia lebih hina drpd Mahasiswa akibat propaganda UMNO

Umno itu 'tikus' kerana terus 'menikus' sama itu cina !

Prof Khoo Kay Kim kata: Hang Tuah tak pernah wujud - ERTINYA: Umno selama ini menggunakan slogan merapu "Tak kan Melayu hilang didunia - Dulu datuk aku (Haji Ahmad) kata Hang Tuah tak wujud - Semua pemimpin umno marah - Bila Prof Khoo Kay Kim kata Hang Tuah tak wujud - Semua menikus senyap termasuk pemimpin Perkasa dan umno. Depa semua kancing gigi kaa haa ? - Man Kadir

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |