Jangan sampai jatuh 'riak' plak mak hang oi !!
Hebattt, Kak Ijat kata beliau bersyukur dalam tempoh 2 bulan berjaya menjadi tetamu ALLah di tanah suci sebanyak 3 kali. Jangan ada mulut jahat kata dia guna duit lembu buat umrah dah la.- Shamsul Effendey FB
Memang hebat dan lebat ! Takpa lepas ni pi buat 10 kali dlm tempoh 2 bulan plak..apa macam ? Pastu jangan lupa buat press conference bagitau donia..tentang hebatnya akak 'gembala' ni naaaa...! Kak Pidah takmau pi lawan kaa..., malu laa mcm ni..!
Gembala 'lembu' bantai Kak Pidah Yut-Yut ??
Siapa yang tak kenal Pak Din kaki surau Kg. Melaka, Parit Buntar ! Rata-rata orang kampung kenal orang tua itu. Takde dia, tak hidup surau. Walhal depan surau, berlambak2 kilang perusahaan terpacak dgn majoriti pekerjanya orang islam. Tapi surau Kg. Melaka tetap istiqomah dgn hanya 3-4 org jemaah saja. Sedih bro ! Tapi bukan itu mukadimahnya.
Orang tua tu dah 20 tahun bela lembu. bela lembu kampung. Hidup makan dgn duit bela lembu. Bulan lepas aku sempat ziarah ke kandang lembu Pak Din. Dah macam 'lembu' dia..layan lembu-lembu peliharaannya yg tak putus2 dok makan..makan..makan.. ! Tak macam 'gembala' lembu dibawah yang lip lap lip lap bukan kepalang. Gembala lembu ni tak takut digelar' derhaka' ker ? Yang pi bantai si Pidah yut-yut tu haar ??
Bomoh Hitam Negara makin sibuk bikin mantera carik tarikh baru PRU13 !
Ikut suka hang la labu. Nak umum bila pon rakyat dah tak kisah. Umum sekarang kaa..umum bulan 6 akan datang kaa..atau nak buat hujung tahun pon, tetap tidak mengubah hasrat rakyat sekelian alam untuk memberi mandat ASAL BUKAN UMNO memerintah ! Ada faham..labu ? Puihhh !!
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pilihan raya umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan. Beliau berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum kali ke-13 berkenaan bergantung kepada banyak factor,namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
“Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar pada minggu hadapan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.
Terdahulu, Perdana Menteri menyampaikan baucer kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, di sini.
Mengenai bantuan BRIM tersebut beliau berkata, kerajaan BN melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk bantuan berkenaan yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, BR1M juga tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia namun ia diberikan kepada seluruh rakyat yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.
“Kita tidak memilih bulu (seperti) kata Datuk Yahya (Khatib Mohamad) dalam ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang kutuk, maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris.
“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kita tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.w.t,” katanya ketika berucap di majlis itu.
Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan Perdana Menteri, katanya, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.
Selain itu, beliau juga mengingatkan rakyat supaya dapat menilai secara bijak kepimpinan Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup memecat ahlinya dan pemimpin sendiri semata-mata bagi menjaga kepentingan pakatan dengan DAP.
“Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong’. Sebab itulah Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong, bunyi-bunyinya (sudah) tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok’ (menipu).
“Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam? Kalau orang yang menegakkan Islam dan akhlak dibuang oleh Pas,” katanya. - www.sinarharian.com.my
BKF 3000 - Tak 'akidah' ler kalo cam tu ! Puihhh..!!
Jika betul seperti dilapor, tak akidah ler camgitu ! Rakyat biasa beli harga pasaran, tapi bab orang beso beli, harga paksa-paksaan. Mana aci gitu bro !! Kalo nak murah nah hambekk jer 'cam..nyi' macam kat bawah ni..jual murah-murah, RM7 ribu jerk..plat BKF 3000 no hal bro..!
Alkisah mantan Exco Agama Selangor yang dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) dari Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000.
Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000.
Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka. - (Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam)/Perakite