PANAS BERAPI - Pasal promo BERSIH, aku dah kena ugut ! Cilakak !!
Jika itu kata perlembagaan, mengapa puak-puak PERKASA, PEKIDA dan Pemuda UMNO mahu tumpang 'tui' untuk HALANG sama himpunan aman ini ? Jika mahu tumpang untuk sama-sama sokong pilihanraya yang bersih dan telus..ok bro ! Tapi bro..kalau nak bikin 'kecoh'..lu boleh blah !!
(*) ada 'private number' call gua, mintak hentikan promosi BERSIH di blog gua.., siap ada ugut-ugut lagi. Hey machaa !!..lu apa hal ? Mana lagi bagus, promosi BERSIH atau promosi tayang video lucah di blog? Lu jawab sama gua..sekarang !!
(*) ada 'private number' call gua, mintak hentikan promosi BERSIH di blog gua.., siap ada ugut-ugut lagi. Hey machaa !!..lu apa hal ? Mana lagi bagus, promosi BERSIH atau promosi tayang video lucah di blog? Lu jawab sama gua..sekarang !!
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.
"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.
"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.
Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.
Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.
Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.
Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu. - agensi
PANAS BERAPI - Halang BERSIH ! : Pagi PEKIDA, petang POLIS pulak..! Huh..!
Selepas PEKIDA, kini POLIS sedang merangka perancangan rapi menghalang himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan. Tinggal kurang dari 14 hari, rakyat akan melihat perancangan siapa yang paling licik. Nampaknya semangat BERSIH kian di puncak, apakah institusi sultan juga akan diheret sama untuk gagalkan BERSIH oleh pemerintah ? Apa yang ketara dilihat rakyat, pemerintah terpaksa 'berpencak' ligat mengalun silat, harap jangan sampai sesat ! - radens
Polis ada cara halang perhimpunan 9 Julai
KUALA LUMPUR 24 Jun — Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.
"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Amar Singh berkata, sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.
Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. - Bernama
FINAL Maharaja Lawak - Layan 4 video pusingan 1 dulu bro !
Sebelum tengok Final ML ni..baca artikel terkini : PANAS BERAPI - Halang BERSIH ! : Pagi PEKIDA, petang POLIS pulak..! Huh..! DI SINI
KLIP BERIKUT LAYARI DI SINI
PANAS BERAPI - Ayahanda join Bersih ? Lain macam ni bro..!!
KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perhimpunan Bersih terus mendapat bantahan apabila Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) mengecam penganjuran perhimpunan tersebut yang disifatkan mempunyai udang di sebalik batu serta mempunyai agenda tersendiri selain tujuan mereka sekadar menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.
Penasihat Utama Permas, Ayahanda Syed Hussain Al Shahab berkata, PERMAS kecewa, dukacita dan marah dengan tindakan penganjur Bersih dan mempersoalkan apa guna mereka melibatkan rakyat yang begitu ramai jika hanya ingin menghantar memorandum dan hajat mereka.
“Adakah pihak Istana terlalu kejam, zalim dan anti rakyat untuk pihak Istana menerima memorandum rakyat pada waktu-waktu sebelum ini. Adakah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang dinaungi mereka telah dan sedang dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan?
“Ataupun tujuan perhimpunan ini hanyalah untuk menunjukkan di kacamata dunia, bahawa kerajaan dan pimpinan di Malaysia amatlah diktator, kejam dan sungguh zalim apabila pihak berkuasa (Polis) terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan haram ini terus terjadi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata PERMAS menggesa semua jemaah-jemaah bai-ah di bawah dan di dalam gabungan PERMAS untuk hadir pada 9 julai ini, dengan berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni bagi menghalang dan menentang kumpulan dari Bersih.
“Buat Ambiga, jika anda meneruskan perhimpunan ’Bersih 2.0’, kami (PERMAS) akan hadir untuk menentang anda dengan mengajak semua jemaah-jemaah bai-ah kami untuk ke perhimpunan ‘suci’ yang akan diterajui PERMAS. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan sangat marah, menyampah dan loya serta menganggap kelakuan Ambiga dan Bersih ini amatlah jijik kerana bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara.
“Kami juga ampu menggerakkan jemaah bai-ah kami untuk hadir pada hari tersebut. Kami telah lama melihat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mencipta keburukan pemimpin-pemimpin Melayu di persaDa dunia agar pihak-pihak tertentu mendapat simpati dari pemimpin-pemimpin negara luar, contohnya seperti apa yang berlaku di Libya,” katanya.
Beliau seterusnya berkata pihaknya juga melihat penganjur Bersih ini terlalu angkuh, bongkak dan sombong kerana tetap mahu meneruskan hasrat mereka anjurkan perhimpunan ini.
Justeru tegasnya PERMAS turut mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa agar perhimpunan ini dapat dicegah sebelum menjadi barah yang akan merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.
“Gunakanlah apa-apa undang-undang yang ada bagi mencegah perhimpunan ini. Jika tidak ditegah, kami juga akan turun tetapi sebagai kumpulan ‘suci’ untuk menentang kumpulan yang menganggap diri mereka ‘Bersih’ ini,” ujarnya. -MediaUMNO.
PANAS BERAPI - "gua mau cakap..ptuihhh sama itu 'islam', - bapa Ah Fat
" Ah Fat.., lu mari sini, lu dengar sini baik-baik.., gua tak pernah halang lu untuk menerima Islam, tapi.., bila lu terima (anut) Islam, lu buang gua punya nama..why? lu ingat lu punya mak suka-suka saja mau beranakkan lu..tanpa contribution oleh gua ?
Lu ingat tanpa gua..lu punya mak, boleh beranak kaa? Susah-susah gua bikin lu sama lu punya mak siang malam, bila lu 'masuk' islam, senang-senang lu buang gua punya nama. Gua bukan bapak lu kaa? Lu tanya sama itu olang kuat 'islam' sana..adakah Islam begitu kejam membuang ibu bapanya bila anaknya anut islam ?
Gua dengar..itu UMNO manyak koat dia punya 'islam', gua mau dia jawap untuk gua...! Kalo dia tak mau jawab, gua mau cakap..ptuihhh sama itu 'islam', " - bapa Ah Fat
Perlukah bapaku menjadi 'Abdullah' apabila aku menganut islam ?
Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?
Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.
Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber "bin" yang sama "Abdullah".
Pada zaman Nabi S.A.W jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan ber "bin" kan "Abdullah". Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah Uthman Bin Affan sebaliknya Uthman Bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali Bin Abi Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Hal ini kerana kesemua bapa-bapa mereka tidak menganut Islam. Adakah Rasulullah S.A.W menyuruh mereka-mereka ini menukar nama bapa mereka kepada Abdullah ? tidak sama sekali.
Orang Arab amat menjaga salasilah keterunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Merujuk dalam kitab "Riyadh as-salihin, karangan Imam An-Nawawi, menyebutkan : "Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab bin Nufail Bin Abd al-Uzza. Abd al-Uzza bermaksud " hamba sembahan berhala". Jika dilihat nama datuk Nabi....bin Kilab. Kilab bermaksud anjing. Adakah Islam mengubah nama-nama ini kepada 'Abdullah" ? tidak sama sekali.
Firman Allah S.W.T :Maksudnya : "Panggilah anak-anak angkat itu ( dengan ber "bin" kan ) kepada bapa-bapa mereke sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - ( Surah AL-AHZAB : 5 )
Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : "Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya."- ( Riwayat Al-Bukhari )
Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : " Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya"- ( Riwayat Al-Bukhari )
Dr Wahbah Az-Zuhaili : Kata Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam karyanya al-fiqh al-islami wa adillatuhu : "Keadilan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan, sesiapa yang ada bapa yang dketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Ini semua demi mencegah perubahan hakikat sebenar.
"Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar at-Tafasir menyebut : "Wajib mem "bin" kan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.
"Nabi Muhammad S.A.W hanya mengubah nama individu yang menganut Islam jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak menukar nama bapanya. Umpamanya baginda mengubah sahabat Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.
Ini jelas Islam tidak pernah melarang umatnya mengekalkan nama asal bapa dan ibu asal. (sumber - pemuda cheh blog)
Nostalgia Foto Bersih 2007 - Biarkan foto bicara !
LIHAT KOLEKSI FOTO YANG LAIN DI SINI - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2036034471362.2122592.1559238144&ref=pd
(1) Aku Dan Kematian - Takdirnya kita mati sekarang !
radens | 23 Jun 2011
Rejab, Syaaban dan kemudian Ramadhan. 3 bulan penuh keberkatan. Rejab dengan peristiwa Isra' dan Mikrajnya, Manakala Syaaban, terdapat 1 malam yang disebut malam Nisfu Syaaban yang merupakan malam penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Dan kemudian kita bertemu pula, insyaAllah.., bulan Ramadhan yang mulia, yang punya 1 malam paling hebat dan berkat yang menyamai 1000 bulan, iaitu malam Lailatul qadr.
Tetapi ada perkara lain mahu aku bicarakan disini. Perkara yang mungkin tidak diambil peduli sangat oleh kita. KEMATIAN ! Selama 10 tahun aku bersama jamaah masjid merai jemputan solat jenazah di merata tempat, buat hati kecil begitu terkesan, bahawa setiap kematian itu bukan pesta akademi fantasia untuk kerabat bergembira. Ia tentang duka dan sugul. Kematian itu telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat,
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS, Al-Munafiqun, 63:11)
Setiap hari ada saja panggilan untuk solat jenazah. Bila ada panggilan itu, bermakna ada hamba tuhan telah 'pergi'. Jenazah parti UMNO ka, PAS ka, PKR kaa..atau atas pagar kaa, ada jemputan itu, insyaallah aku akan pergi, pergi belaka..! itukan fardhu kifayah, kecuali jika aku sendiri sakit tak boleh pergi.
Lazimnya panggilan untuk solat jenazah berganda banyaknya dari biasa apabila tiba bulan Rejab, Syaaban dan awal Ramadhan. Setiap hari, tidak kurang 4 atau 5 jemputan solat jenazah dimaklumkan. Aku dah ikut lama bro ! Dan aku juga punya instinct sendiri, apabila tibanya bulan-bulan ini, maka berbondong-bondong hamba tuhan 'pergi' satu..satu. Kadang terbit rasa gelisah, apakah aku juga akan turut bersama 'rombongan' ini ? Sudah bersediakah aku ?
Minggu ini saja, setiap hari tidak kurang 4-5 jemputan, adanya kematian. Malah ketika artikel ini ditulis, aku baru sahaja pulang dari solat jenazah di Masjid Bagan Tiang, kelmarin solat jenazah akhir aku hadiri pada jam 6 petang di masjid Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Selatan.
Ingatlah wahai pembaca blog ini, bahawa akan banyak kematian akan berlaku di 3 bulan yang penuh berkat ini. Aku menulis berdasarkan kepada pengalamanku selama 10 tahun hadir ke merata tempat. Apakah nama kalian atau aku juga turut tersenarai didalam list untuk 'pulang' ke barzakh pada bulan ini, bulan hadapan, atau di awal Ramadhan ? Kematian itu datangnya secara tiba-tiba bro !
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS, Luqman 31:34)
Jarang sangat yang join solat jenazah dilihat orang muda. Banyaknyer orang tua kategori pencen dan uzor. Bagusnya mereka yang tua dan uzor itu, ialah jika ada kematian, mereka ini lah orang yang ramai sekali dan awal berada di sof hadapan, kedua, ke-3, ke-4 dan seterusnya. Awal mereka datang, kadang sejam lebih awal dari tibanya jenazah. Macam-macam bacaan dilihat dari kumat-kamit mulut mereka sambil menanti jenazah yang akan dibawa ke ruang solat. Untuk melihat orang muda, boleh dikira dengan jari. Tak ramai !
Kematian akan mengejar kamu, biarpun siapapun kamu dan kamu tak punya 'magik' untuk mengelak. Tak kiralah kamu itu siapa, bapak menteri, ketua polis, blogger, facebooker, tukang karut, rais yatim, rosmah mansor, papa gomo, parpu kari, MSK, manjung mari, atau siapa saja..hatta dafi , ayahnda, abang long, mahupun papasmurf sekalipun, jika saat mati itu datang, kamu tidak akan dapat lari, nanti saja saat itu di situ.
"Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62:8)
Mati tu syok ker? Ada malaon kata, masa hidup ni ler nak enjoy puas-puas, kalau nak makan rasuah, elok masa hidup, kalau nak 'menyedap' dengan bini orang..masa hiduplah saatnya, kalau nak telanjang dlm facebook pun..masa ni laa.., esok dah mati..apa pun tak boleh nak buat apa..pakat lena tidoq semua ! Hoi..betoi kaa mati tu Tuhan cabut nyawa nak bagi hangpa tidoq lena ? Mai pakat baca pulak kat bawah ni,
DAHSYATNYA RASA SAKIT SAAT SAKARATUL MAUT
Sabda Rasulullah SAW: “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)
Sabda Rasulullah SAW: “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)
Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW;
Ka’b al-Ahbar berpendapat: “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.
Imam Ghozali berpendapat: “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.
Imam Ghozali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia,” kata pria tersebut. “Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku!”
Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeda untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang. Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.
Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kedzaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah.Wallahu a’lam bis shawab.
SAKARATUL MAUT ORANG-ORANG DZALIM
Imam Ghozali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang dzalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pingsan tak sadarkan diri. Setelah sadar Ibrahim as pun berkata bahwa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.
Kisah ini menggambarkan bahwa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika sang Malaikat mulai menyentuh tubuh kita, menarik paksa roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar serabut-serabut baja yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.
Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi bisa tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita.
"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya." (QS Al-An’am 6:93)
"(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat lalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); “Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun”. (Malaikat menjawab): “Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan”. Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu." (QS, An-Nahl, 16 : 28-29)
Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang dzalim, si malaikat akan berkata, “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir di tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik!“ Ketika itulah orang yang sekarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.
Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”.
Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang dzalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”. Naudzu bila min dzalik!
SAKARATUL MAUT ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.
Sebaliknya Imam Ghozali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.
Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)
Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan surga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”. Wallahu a’lam bish-shawab.
Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikaruniai hidayah-Nya, berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jembatan jembatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya. Allahumma Amin.
(*) Terbitan pertama siri : AKU DAN KEMATIAN - setiap khamis.
Rahsia lokasi World Islamic Economic Forum (WIEF) - Astana
Oleh: zharifjenn
sumber : Tranungkite Online"
Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan.
Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung 'New World Order' bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu.
The Pyramid of Peace
Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk "penolakan untuk keganasan" dan "untuk menyatukan agama-agama di dunia". Norman Foster berkata bahawa bangunan itu tidak mewakili mana-mana agama dan ini akan memudahkan penyatuan semua agama. Tetapi realitinya, piramid adalah sebuah kuil bagi agama kuno pagan. Iaitu agama yang menyembah Matahari. Pemandangan dan senibina di dalam bangunan ini menunjukkan simbolik-simbolik yang benar-benar mengejutkan. Mari kita jelajah bangunan ini.
Bentuk piramid
"Penerimaan piramid sebagai satu lambang adalah sebagai doktrin rahsia dan penubuhan ini juga sebagai satu cabang penyebaran idea" - -Manly P. Hall, Secret Teachings of All Ages
Novus Ordo Seclorum = New Order untuk Zaman
Seperti yang dikatakan oleh Manly P. Hall, piramid adalah simbol utama yang menjadi misteri tamadun purba. Mereka agung dalam kesederhanaan, itulah sifat mereka yang membingungkan orang ramai. Para elit yang mengamalkan ilmu ghaib, adalah pewaris tamadun dan kepercayaan purba ini menggunakan piramid sebagai simbol kuasa di dalam dunia moden. Capstone (Batu atau penjuru teratas pada bahagian piramid) yang tidak wujud menggambarkan tuhan wujud di dalam alam semesta serta dalam setiap manusia. Satu lagi maksud simbol capstone yang hilang adalah menunjukkan dunia yang belum mencapai pemerintahan yang diinginkan (New World Order). Dikatakan bahawa capstone dari Piramid Besar akan dikembalikan apabila datangnya Dajjal yang membawa New World Order. Puncak piramid itu digambarkan sebagai kekuasaan yang tiada tandingnya mewakili Dajjal yang mereka sembah selama ini.
Berikut adalah piramid-piramid yang terdapat di seluruh dunia, yang mewakili golongan elit berkuasa keatas rakyat jelata.
Berikut adalah piramid-piramid yang terdapat di seluruh dunia, yang mewakili golongan elit berkuasa keatas rakyat jelata.
Opera House (Basement)
Apabila memasuki piramid ini di aras tanah (basement), kawasan di dalamnya agak gelap. Terdapatnya opera di ruangan bawah tanah yang mana boleh menempatkan penonton yang ramai.
Apabila memasuki piramid ini di aras tanah (basement), kawasan di dalamnya agak gelap. Terdapatnya opera di ruangan bawah tanah yang mana boleh menempatkan penonton yang ramai.
Underground Opera House
Walaupun gelap, imej besar matahari merangkumi hampir keseluruhan ruangan siling.Bahagian Tengah
Mengelilingi Meja Matahari
Di sebelah kanan tingkat atas ruangan opera adalah di tengah-tengah piramid. Ruangan ini dijadikan bilik mesyuarat untuk persidangan antara pemimpin -pemimpin agama di dunia ini. Cuba kita renung dan fikir sejenak terhadap simbol-simbol yang wujud di sini. Anda mempunyai pemimpin agama dari seluruh dunia duduk berbincang di kawasan yang berpaksikan tuhan matahari, membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan antara agama mereka untuk mencapai 'Zaman Baru' yang akan datang. Simbolik di sini adalah terang-terangan. Semua ini adalah teologi semata-mata untuk menjauhkan manusia dari kepercayaan agama.
Ruangan tengah ini adalah lebih bercahaya daripada ruangan opera, yang mewakili kemajuan ke arah pencahayaan. Imej matahari di tengah-tengah meja bulat adalah betul-betul di atas matahari dari siling ruangan opera.
Ruangan tengah ini adalah lebih bercahaya daripada ruangan opera, yang mewakili kemajuan ke arah pencahayaan. Imej matahari di tengah-tengah meja bulat adalah betul-betul di atas matahari dari siling ruangan opera.
Mesyuarat Antara Agama
Jika anda pernah membaca artikel lain mengenai New World Order, Freemason ataupun illuminati di laman web ini, anda mungkin menyedari matlamat New World Order. Salah satu tujuan besar mereka adalah menggantikan semua agama kepada satu bentuk agama neo-paganisme tanpa disedari oleh orang ramai. Inilah yang mereka titik beratkan di dalam mesyuarat. Bandar Astana adalah benar-benar sebuah bandar New World Order.
Puncak Piramid
Puncak piramid ini dihiasi dengan gambaran syurga. Kawasan ini adalah bulat, berkaca dan diterangi cahaya matahari. Imej merpati putih dipersembahkan di dalam kaca, yang mewakili kedamaian, ini adalah simbolik kepada penyatuan kerajaan-kerajaan dunia dan agama di New World Order. Puncak piramid adalah mewakili pencapaian illuminati dan individu pada peringkat tertinggi dunia. Lihatlah siling di puncak piramid (gambar bawah)
Model matahari makin bersinar apabila disimbah cahaya matahari
Bahagian piramid ini (merangkumi semua bahagian yang dibincangkan di atas) menunjukkan wawasan Illuminati terhadap dunia ini.
Di dalam Golden Globe, kita akan menemui "objek" yang membingungkan kita. Objek tersebut adalah segi tiga emas dengan cop tangan presiden Nazarbayev. Kenapa? Secara jujur saya tidak tahu. Apa yang boleh saya katakan ialah objek tersebut kelihatan seperti di dalam filem Total Recall.
Bata CompositionBata Composition adalah Globe yang ditandatangani oleh wakil-wakil dari 17 agama di dunia. Ya, sekali lagi, bercakap tentang penyatuan semua agama adalah menjadi satu matlamat untuk mencapai agenda mereka.
Pilar Masonic
Akan Datang di Astana
Astana masih lagi dalam pembinaan, tetapi terdapat beberapa projek yang benar-benar luar biasa. Berikut adalah sebahagian dari projek mereka.
Central Market
"Apabila berlakunya rusuhan, manusia diperintah oleh pemimpin yang jahil, institusi keagamaan runtuh, akan wujudnya pemerintahan baru ini yang dipimpin oleh pemimpin yaang jahat yang berselindung di sebalik kebaikan.
Kedengaran amat baik bukan?
Dua tiang dan terdapat satu lagi tiang di tengahnya tetapi jauh sedikit jaraknya. Adakah di sini terdapat simbol-simbol Masonic?
Ya, tiang emas berkembar ini mewakili dua rukun Mason iaitu Boas dan Jachin. Saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang simboli ini keseluruhannya, tetapi kami boleh menganggap bahawa Nazarbayev adalah "Menerima Misi Freemason ini".
Kediaman Presiden
Istana Presiden ini terletak di hujung laluan istiadat yang bermula dari menara Bayterek. Sebuah kubah besar dibina di atas istana itu, yang mewakili prinsip-prinsip wanita, yang bertentangan dengan menara Bayterek yang berbentuk 'lelaki'. Rancangan dan senibina ini wujud dalam hampir semua bandar-bandar terkemuka seperti Washington dan Paris.
Pusat Hiburan Khan Shatyry (Khemah Terbesar di Dunia)
Banguna pelik ini sekali lagi direka oleh Sir Norman Foster (beliau pada dasarnya mereka keseluruhan bandar). Di dalam khemah tersebut terdapat satu kawasan yang lebih besar daripada 10 stadium bola sepak, akan menjadi bandar di dalam taman, pusat membeli-belah dan hiburan. Kawasan ini juga dihiasi dengan jalan-jalan yang berbatu, sungai yang boleh dilalui oleh perahu, minigolf, pantai buatan dan resort. Struktur ini dibuat untuk kelihatan seperti khemah, yang setanding dengan Kuil Sulaiman.
Tempat-tempat ibadat bergerak (mudah-alih), yang terdiri daripada khemah-khemah, telah digunakan oleh orang-orang Yahudi pada zaman alkitabiah.
Banguna pelik ini sekali lagi direka oleh Sir Norman Foster (beliau pada dasarnya mereka keseluruhan bandar). Di dalam khemah tersebut terdapat satu kawasan yang lebih besar daripada 10 stadium bola sepak, akan menjadi bandar di dalam taman, pusat membeli-belah dan hiburan. Kawasan ini juga dihiasi dengan jalan-jalan yang berbatu, sungai yang boleh dilalui oleh perahu, minigolf, pantai buatan dan resort. Struktur ini dibuat untuk kelihatan seperti khemah, yang setanding dengan Kuil Sulaiman.
Tempat-tempat ibadat bergerak (mudah-alih), yang terdiri daripada khemah-khemah, telah digunakan oleh orang-orang Yahudi pada zaman alkitabiah.
Akan Datang di Astana
Astana masih lagi dalam pembinaan, tetapi terdapat beberapa projek yang benar-benar luar biasa. Berikut adalah sebahagian dari projek mereka.
Central Market
Direka oleh Norman Foster.
Kesimpulan
Sebagai ahli elit dunia yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk menyatukan dunia dalam satu kerajaan yang mereka cipta, mereka menyebarkan simbol sebagai lambang kekuasaan mereka. Hakikatnya penduduk dunia tidak tahu mengenai struktur-struktur yang mewakili golongan elit ini. Inilah sebabnya mengapa rancangan mereka terus berjalan tanpa dipersoalkan dan tanpa disedari.
Manley P. Hall menulis pada 1918
"Apabila berlakunya rusuhan, manusia diperintah oleh pemimpin yang jahil, institusi keagamaan runtuh, akan wujudnya pemerintahan baru ini yang dipimpin oleh pemimpin yaang jahat yang berselindung di sebalik kebaikan.
Kedengaran amat baik bukan?