PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Sumpah "mubahalah" - ribut petir petang ini ?

" mamat tu nak bikin sumpah 'mubahalah' ? Aneh..! Selidik dahulu sejauhmana faham dia dengan agama 'baru' yang dianutinya...yg sebelum ini menganut 'hindu' ? " - wak


Video Adegan Seks Anwar - Seni pembunuhan karekter paling jelek di dunia !

Belum rasa nak komen panjang hal jelek macam ni ! - wak

" Orang yang tak tau agama, sumpah laknat ni jadi mainan mereka saja. Allah laknat perbuatan begini. Kita harap DS Anwar jangan ikut gila macam mereka.."

malaysiakini | 28 April 11 (dipetik dari indah.com)
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya. Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.



Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.

    Kunasekaran Krishnan · Universiti Malaya
    jangan suka-suka menggunakan agama untuk membuktikan kebenaran dan kepentingan diri. sebelum seorang itu mendesak orang lain bersumpah dengan atas nama agama, orang itu perlu membuktikan bahawa dalam sepanjang kehidupannya bagaimana kehidupan sehariannya diamalkan adakah orang berpegang pada agama dan bersandarkan nilai-nilai murni agama itu?

    • terkesima bila komen macam ni datang dari bukan islam (kan?). so true, kalau kehidupan pun tak berlandaskan agama mmg takkan rasa apa2 pun bila bersumpah atas nama agama! tuhan juga lah yang akan membalas nya, wallahualam~
      18 · Suka · Balas · 2 jam yang lalu


    • Hamdi Najdi · MPR
      Muka tak malu. MUdah mudahan akan terbukti kebenaran semasa angkat sumpah laknat yang dipermain-mainkan. Biar dia tahu ada kuasa lain yang lebiih berkuasa daripada dia.


    • Allias Abdullah · Universiti Sains Malaysia
      jangan bimbang n takut apa yg kita buat sebab Allah (bg islam) maha mengetahui segalanya...kalau kat dunia xdapat dilihat di akhirat esok semua akan terpampang dengan jelasnya....

  • Azmi Sulaiman ·  Top Commenter
    Woitt di malaysia ni senang nk buat jenayah.. Lps buat jenayah, pegi masjid sumpah laknat..Sumpah cakap saya tak buat jenayah.. Lalu polis akn tutup kes..


      Azmi Sulaiman ·  Top Commenter
      woii bodoh!! tak baca quran..mana saksi 4 org? ingt main sumpah mcm tu je ke bodoh!! Pencacai umno mmg bodoh!!


    • Mohamad Azri · Univeriti teknikal malAYSIA
      ntah..bodoh betol..kna ad 4 org saksi yg adil br blh bt tudhan pe2..ni nk sumph laknat trus..kn nti ALLAH laknat blik spe yg bt sumpah 2 br thu..

AC Mizal saudagar gelang join UMNO ? Sesuaiiiiii....!!

Semut | HOT 
Konon kisahnya, kecoh satu Ipoh, satu negeri Perak, dan satu Malaysia bila dikatakan ac mizal, bini dia emylia rosnaida dan mamat khalid join umno. ac mizal tu orang tak kisah sangat. semua orang tau dia penipu. penipu memang layak masuk umno. masa depan pun cerah nak naik pangkat. kah kah kah!

Kenapa gua kutuk ac mizal? sebab majoriti rakyat malaysia dah tahu pasal bisnes gelang magnet bangang dia tu. kah kah kah! ada yang tak tau lagi? nah, baca dua daripada beratus ratus blog yang membongkar penipuan gelang bangang tersebut.

Gelang AC Mizal - Bayang Bala Di Ufuk Timur - Aididleaks
Gelang AC Mizal, Fakta Atau Auta? - BeautifulNara



Kecoh juga blog UMNO seronok bila tengok saudagar gelang ni join Umno. Keh keh keh. Bagi yang malas dan rasa jijik nak bukak blog umno, di sini gua kongsikan gambar gambar sepanjang program yang gua kutip secara random. 










Ok. tu antara gambar gambar penting yang gua kutip dari blog blog umno. penat gua cari gambar mamat khalid serah borang keahlian, tapi tak jumpa. gambar mamat khalid join sidang media pun takde, padahal dia yang paling top dikalangan media sekarang ye dak? kalau tengok video yang diupload oleh sungairapatonline pun tak nampak kelibat mamat khalid. video dia umumkan masuk umno pun takde? takkan wartawan taknak tanya mamat khalid kot?


Gua bukannya larang mamat khalid join umno, itu hak dia. dan bila tengok tajuk blog blog umno di atas, semua ada mention nama mamat khalid, nama kak limah pun ada! kah kah kah! tapi mana gambar dia serah borang? sejarah ni weh, jangan main main.

anyway, tahniah la pada semua yang join umno. dengarnya 500 orang semuanya, tapi yang gua dapat tahu orang kuat umno ipoh barat dan geng hamidah je dah berapa ratus yang join makan makan. kita bersangka baik, mungkin yang lain makan kat meja luar atau bungkus bawak balik. kah kah kah ! Selanjutnya (semutmalaysia) baca di SINI

MISI BESAR IKON MUSLIMAT MUDA 1432H

FACEBOOK FAN PAGES : LIKE DI SINI
[Jangan lupa klik LIKE tanda sokongan kepada misi dakwah IKON ]
WEBSITE RASMI IKON : www.ikonmuslimatmuda.com - [boleh dilayari mulai malam ini]

albanjari | CILTV
Mereka muda. Mereka cantik. Mereka juga pintar. Cilik dan anggun. Di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fosih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk. Mereka memahami setiap patah dan ayat al-Quran yang dihafaz. 


Minta saja kepada mereka ayat-ayat tentang 'munafik' yang dijelaskan oleh Allah swt. didalam al-Quran, anda pasti akan dilayan oleh mereka dengan lebih 100 ayat berkenaan yang sedia ter'hafaz', untuk anda ditazkirahkan. Ada berani ? Jika belum bersedia, jangan jadi 'munafik' !

Kini CILTV sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia. Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CILTV mulai Mei ini.

Setiap minggu akan ditampilkan 5 IKON untuk dinilai oleh pembaca dan pelayar maya. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.

Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini. Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan di pertengahan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia. Takbir !!

Daripada 50 peserta yang dipilih oleh program, 20 peserta pilihan akan dihantar dengan izin waris ke Akademik Pendakwah Muda (Ad'WA) dibawah selian dan bimbingan tenaga pensyarah daripada Ma'hadul Azhar, Institut Tahfiz dan Pengajian Islam, Pulau Pinang selama 50 hari dan diajar secara intensif melalui kaedah pendidikan Imam Shafie dengan tag, " Biar al-Quran yang mengajar permata hati kita", dibawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Yusuff Othman, Mudir Ma'hadul Azhar dan dibantu oleh 5 tenaga pengajar lulusan ijazah al-Azhar dan Yaman yang mahir dibidang masing-masing. Peserta yang dipilih akan ditempatkan disebuah rumah yang menjadi pusat program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA di Telok Air Tawar, Pulau Pinang.

Program separa realiti ini digerakkan sepenuhnya oleh sebuah NGO Perak, Idham Care. Misi program ini merupakan misi dakwah yang menggunakan tag ISLAM FOR WORLD. Lokasi dakwah pertama dipilih oleh program IKON musim pertama adalah di pendalaman negeri Sarawak.

10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama 15 hari di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program. Saham akhirat yang kekal pahalanya untuk kerja-kerja dakwah. Biarkan IKON muda ini turun berdakwah kepada golongan muda sepertinya. ISLAM pasti gemilang dan cemerlang.




:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |