PANAS BERAPI - Salahkah gereja bagi bantuan bila Pusat Zakat tak bagi ?
KL, 25 Ogos 11: Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis.
Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri.
“Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya.
“Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini.
Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan.
Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu.
Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit.
“Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.
“Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran.
Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya.
Zakat & Gereja
Kembali kepada pengurusan umat Islam mengenai zakat, Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan.
“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun.
Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah.
“Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi.
Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.”
Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.
“Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.
“Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi. (IH)
*depa kata :.... pusat zakat bukan tak bagi langsung...tapi tak cukup.... untuk fakir miskin RM 250.00- RM 400.00 jer, tapi Pusat Zakat Selangor boleh pulak beli bangunan baru...beli kenderaan baru dan sebagainya.sampai ade yang kata...mana pi duit zakat...masa minta bukan main lagi...bila kita pi minta bantuan...depa kata kena ikut prosidur lah...kena itu dan ini lah.... tak layak lah.... dah jadi isu macam ni...mula nak cari alasan.
aku kata: bukan setakat bagi kat fakir miskin jumlah yang tak munasabah, peruntukan untuk amil miskin pun depa kurangkan dengan alasan nak tampung kos cetak kupon zakat fitrah le...pengurusan ler.
Pastu bagi bantuan kepada kepada yang bukan asnaf yang wajib...bagi kot dan...bukan salah tapi tak boleh la sewenang-wenangnya nak guna duit zakat kat perkara lain...soal bencana alam atau sebagainya ...tu tanggungjawab kerajaan negeri lah yang bantu.... beli banungan yang besar tu guna asanaf mane?.... apakah zakat harta dan zakat-zakat lain dari rakyat depa boleh buat macam harta mak-bapak depa?.... dengan bangga mereka umukan kutipan zakat berjuta-juta ringgit...tapi mana dia laporan pengurusan dan agihan zakat yang mereka umukan?.... kalau mereka telus...kita cabar lembaga zakat selangor perincikan agihan zakat tu kat media dengan penyatanya sekali..... buatlah kalau mereka benar-benar telus........ manalah akal dan kewarasan sang penguasa di lembaga zakat ni?....
kisah selanjutnya bila pihak berwajib tak tunai tanggungjawab.
Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’
Oleh G. Manimaran
August 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.
Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”
Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.
Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.
Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.
“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.
Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”
Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”
Dia mempunyai tiga orang anak.
“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.
“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan.
Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.
Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.
Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”
“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.
“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.
Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.
“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.
“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.
Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.
“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.
“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.
“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.
“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.
Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.
“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.
“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.
Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.
“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.
“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”
Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.
“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi. - TMI
PANAS BERAPI - Dacing bagi mee meggi, PR bagi beras hancur..!!
edisi Ramadhan albanjari (1) -
Awal Ramadhan gegak sekampung kerajaan dacing umum dana RM15 juta kepada rakyat. Wakil Parlimen dacing turut tersongeh-songeh bila si sembab juga umum peruntukan RM2 juta mesti dihabiskan sebelum habis tahun ini disetiap parlimen yg dikuasai dacing.
Tak cukup itu opah ijat juga dapat tempias. Jota-jota bro ! Okaylah..pasal aku nampak dia juga ada guna itu dana bantu orang gelandangan tepi jalan. Kasi makan, bikin iftar, bikin makan sahur..itu orait ! Aku puji dan bagus..!!
Walaupun kadang-kadang aku tengok jambul dia dah serupa maruku Buntong. Alhamdulillah.
Minggu lalu, aku juga lihat ada orang dacing sibuk lalak-lalak tepi jalan agih bubur lambuk. itu pun aku puji. Satu tanda semangat pilihanraya umum makin dekat. Syiokk aku tengok minah-minah pink dengan van 'sayang' - Kami Prihatin besaq gedebaq bawa bubur lambuk bagi free pada rakyat. Lepas bagi bubur, kena sebut 1 Mesia sambil tunjuk jari telunjuk tegang-tegang tanda sokong. Yang nakal pi tunjuk jari 'hantu', Kah..kah..kah !! nasib hangpa laa..!!
RM2 juta untuk bubur lambuk jer?
Aku lihat kreatif sungguh bebudak dacing ni buat kerja-kerja amal di bulan puasa sekarang. Agih bubur lambuk dan macam bagai. Dah nama pun benda free, memang cepat habis. Tak cukup masak bubur lambuk, depa angkut van meggi 2 minit. Sapa yg rajin bazir duit di pasar ramadhan khususnya di daerah tertentu akan terlihat van-van warna kuning terparkir tepi pasar ramadhan.
Ingat apa laa..! Rupanya puak-puak dacing agih mee meggi kepada orang ramai pulak dah ! Memang ho-liaww..!! Ada kaa patut galak rakyat makan meggi. Tiap seorang akan diberikan 1 beg yg mengandungi 5-6 kampit mee meggi. Kah..kah..kah !!
Peruntukan sebanyak tu depa boleh pikir tahap tu jer..apa la punya bangang ! kalo bubur lambuk tu okay la jugak. tapi mee meggi macam tak kena langsung !!
Kesian si sembab, bagi RM2 juta pada setiap bahagian dacing seluruh negara, tapi orang dacing di bahagian cuma boleh fikir bubur lambuk dan mee meggi untuk di beri kepada rakyat. Hoi..RM2 juta tu bro..bukan RM2 ratus !!
Aku nak tanya peruntukan RM2 juta yg diberikan itu adakah dari duit kerajaan(baca rakyat) atau duit Umno? kalau dari duit umno hangpa nak bagi chikedees atau twisties pun aku apa peduli. Tapi kalau peruntukan itu dari hasil kerajaan yg dikutip dari cukai rakyat, sedih bro..! Patut ker depa bagi rakyat makan meggi jer..!! Depa makan chicken chop, rakyat makan mee meggi !!
Kompang bukan main kuat. Bunyi dah macam serupa apek jual 'mapiaw' - jerit koat-koat tepi longkang., tapi semua kena tipu !!
Pakatan Rakyat, jaga hangpa esok. Esok aku nak bongkar pulak isu beras untuk orang miskin. Peruntukan puluh-puluh ribu dapat kutip tapi beli beras hancur bagi makan orang miskin dan fakir per ker jadah tu bro?
Apa salahnya bagi beras bergred terbaik untuk diberi pada mereka, setahun sekali depa nak merasa..tapi beras hancur hangpa bagi ! Nasib hangpa la orang miskin, tahap beras hancur ajer lahh...! Tapi undi mesti kena bagi pada Pakatan Rakyat.
Dacing bagi mee meggi, PR bagi beras hancur..!!
albanjari returned !
Aku kembali blogging. Aku kembali dengan semangat baru. Aku kembali menulis. PRU13 kian hampir. Umno dan BN wajib digulingkan. Kepada sahabat dan pembaca yang sms dan email serta calling terus wak, tentang hal blog yg makin tak berupdate, mohon maaf kerana tak berupaya menjawab semua pertanyaan itu melalui gadget, tapi jujur wak nyatakan bahawa wak menyepi bukan kerana merajuk tetapi kerana kesibukan menguruskan dan mengatur program INFAQ Ramadhan untuk sebuah badan amal(NGO) kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim di DUN yang dipilih di seluruh Perak.
Dan kini amanah itu hampir selesai dipikul, maka 'sengat' menulis kembali menukil. Menukil dengan rasa sangat bersemangat. Bersemangat dengan sengat baru. Albanjari returned !!