PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

London riots in pictures - Part 2

Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq cedera dipukul dan dirompak di Barking, London. Dia dikatakan dalam perjalan ke pasar ramadhan untuk membeli juadah untuk berbuka. Dia sekarang berada di Royal London Hospital dikhuatiri patah rahang mulut dan gigi. Dalam kejadian itu, dia kehilangan telefon bimbit dan wallet.

 







London riots in pictures - Part 1

"Kami menghadapi situasi mencabar kerana keganasan, kejadian mencuri dan kekacauan meletus di sana sini di beberapa kawasan,"









Polis London melancarkan siasatan rapi dan menangkap lebih 160 orang berhubung rusuhan terburuk di ibu negara Britain ini dalam tempoh lebih 25 tahun. Sementara itu, keganasan berpunca daripada kematian seorang lelaki tempatan dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis terus merebak awal hari ini. 

Beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis, lapor wartawan AFP. Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus. 

Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya. Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta. "Kami menghadapi situasi mencabar kerana keganasan, kejadian mencuri dan kekacauan meletus di sana sini di beberapa kawasan," kata Komander Scotland Yard, Christine Jones. 

Dalam kejadian malam semalam, rumah-rumah, dua kereta polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar dan kedai-kedai dipecah masuk di Tottenham. Keganasan itu mengingatkan penduduk terhadap rusuhan di kawasan sama pada 1985 dan menimbulkan suasana suram di bandar raya ini, yang bakal menganjurkan Sukan Olimpik dalam tempoh setahun. 

Polis metropolitan berkata, para pegawai yang terlibat dalam siasatan Operasi Withern akan menyoal saksi dan meneliti rakaman televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti perusuh. Keganasan itu menyusuli protes berhubung kematian Mark Duggan, 29, pada Khamis lalu, dipercayai dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis. Komander polis, Adrian Hanstock menyifatkan kematian Duggan itu sebagai 'sangat dikesali' dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan. - AFP

"tahu ayahanda..marah dia !" - ini mesti kerja "Malik" !!

Malaysia beli 2 buah kapal selam RM6.7 Billion, tetapi Vietnam bakal beli 6 buah kapal selam hanya RM6 Bilion. Berita di beberapa portal antarabangsa melaporkan bahawa Vietnam dalam tempoh beberapa tahun akan membeli enam buah kapal selam berserta jet pejuang. Semuanya gara-gara China meningkatkan kemampuan tentera lautnya sehingga menimbulkan kebimbangan negara serantau. Itu bukan poinnya.

Yang mahu ditonjolkan ialah media Russia melaporkan pada Disember 2009 Vietnam bersetuju membeli enam kapal selam elektrik-diesel dengan harga AS$2 billion (RM6 bilion). Hal ini tidak diulas oleh Hanoi pada waktu itu. Namun, Menteri Pertahanan Vietnam, Phung Quang Thanh semalam mendedahkan hal itu kepada media apabila menyatakan kebimbangan terhadap China.

“Dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, kita akan mempunyai briged kapal selam enam Kilo 636 Class,” kata Thanh seperti dipetik dalam kenyataan akhbar kerajaan, Tuoi Tre, semalam. Saya tidak tahu sama ada speksifikasi kapal selam kelas Kilo dan Scorpene secara terperinci sama atau jauh berbeza sehingga harga kedua-duanya amat berbeza. Namun daripada maklumat di Wiki, saiz dan kemampuan kedua-dua kapal selam ini secara kasar hampir sama. Kedua-duanya menggunakan enjin elektrik-diesel, tetapi kapal selam kelas Kilo lebih panjang sedikit daripada Scorpene.- DCM/(kedahlanie)


Tindakan bijak dan islamik - Tahniah PAS !!

KONTROVERSI berkaitan isu serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama kini dapat ditangani oleh PAS dan Kerajaan Negeri Selangor secara bijak dan Islamik. Isu ini yang menjadi harapan Umno untuk menunjukkan kononnya PAS mengikut telunjuk rakan-rakan mereka di dalam PR tidak akan menjadi kenyataan kerana PAS tetap berpegang kepada prinsip dan dasar Islamnya.

Apakah prinsip Islam di dalam hal sedemikian? Prinsipnya ialah mesti berlaku adil kepada semua samada kepada JAIS, Gereja bahkan kepada Dr Hassan Ali sendiri. Maka, pendirian PAS yang tidak melatah atau merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh akhbar lidah syaitan Utusan Meloya merupakan satu kemenangan kepada PAS dan PR.

Malaysiakini melaporkan, PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini. Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Mungkin sedikit teguran boleh dibuat kepada Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali kerana dikatakan menggunakan media haprak tersebut untuk menerangkan isu berkenaan di mana ayat yang menyebut beliau sedia dilucutkan dari jawatannya demi mempertahankan akidah umat Islam dilihat seolah-olah PAS tidak memperjuangkan akidah umat Islam. Mungkin tidak benar Dr Hassan berkata sedemikian kerana akhbar ini kita kenal benar dengan sikapnya. Namun, akhbar ini diberi ruang oleh Dr Hassan Ali sendiri.

Kita akan lihat nanti sejauh mana Umno ingin menggunakan isu ini untuk menunjukkan betapa Umno teramat sayang kepada akidah umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

18SX : Pesta sentuh payudara - seb baik di China, tidak di 'melaka' !

Penduduk bandar Eija di wilayah Yunnan di China percaya bahawa roh-roh hantu yang resah di bandar mereka yang meninggal dunia ketika perang saudara mahukan 10 gadis sunti dan belum pernah disentuh semasa perayaan 'Bulan Hantu Lapar'. Untuk mengelakkan mereka masuk ke neraka, para gadis ini akan membiarkan lelaki menyentuh payudara mereka.

Kepercayaan yang tahyul ini mendorong manusia untuk melakukan pelbagai perkara. Tetapi amalan ini merupakan salah satu amalan yang paling luar biasa. Dari 14 hb hingga 16 hb 'Bulan Hantu Lapar' ini, para lelaki di bandar ini dibenarkan menyentuh payudara gadis. Papan Tanda sambutan Pesta Menyentuh Payudara di Bandar Eija. Ini adalah untuk menghormati Jie Monai (Pesta Menyentuh Payudara).

Festival ini bermula menurut legenda tempatan semasa era Dinasti Sui (581 SM - 619 SM) apabila kebanyakan remaja lelaki di bandar itu terpaksa menyertai tentera dan telah meninggal dunia di dalam peperangan. Menurut kepercayaan mereka, roh lelaki yang mati ini tidak tenang kerana mereka belumn menyentuh seorang perempuan sebelum ini. Oleh itu, mereka mahukan 10 gadis sunti yang belum disentuh untuk menemani mereka di akhirat.

Bagi mengelakkan gadis-gadis ini daripada dipilih oleh roh-roh tersebut, gadis sunti yang berusia 15 tahun dan ke atas - akan meminta lelaki menyentuh payudara mereka, dan adat ini telah diteruskan turun temurun ke generasi mereka. Bagi pendapat anda - sama ada disentuh oleh roh-roh jahat atau oleh seorang lelaki sebenar secara langsung - Yang mana satu pilihan anda?


Mismah - I hate you ! but umno love u too..!!

"Mismah-mismah" yang berjaya "dicekup" ketika sedang beratur menunggu giliran masing-masing dapat "DUA" warganegara dengan hanya perlu bayar RM35 kepada Umno-APCO "

Di Selangor, lebih 150 ribu PATI sudah mendaftar. Di Pulau Pinang, lebih 32 ribu PATI berjaya "diseludup" masuk ke dalam sistem daftar pemilih Malaysia.

Di Kedah, hampir LAPAN ribu PATI yang berjaya dikesan disumbat sekitar Alor Setar dan Sungai Petani.

Ini semua contoh-contoh terkini, belum lagi negeri-negeri lain yang sama parahnya. Ini jelas menunjukkan bahawa kedaulatan negara kita sedang terancam.

Bukan Amerika datang nak serang dengan roket "Pah-turut" Umno-APCO yang cuma 200 mangkuk bersembang kat Jalan Bukit Bintang. Mustahil Australia acah-acah nak bawak suaka politik kalau tak ada sebab-musabab serang negara kita.

Tapi sebenarnya kita sedang diancam oleh kuasa rejim yang berkampung di negara kita sendiri ! Itulah Umno-APCO, yang kepalanya Najib Altantuya dan sepupunya Hishamuddin Hussein yang bertungkus-lumus menjayakannya dengan menjual kedaulatan negara tanpa ada sekatan dari pihak berkuasa yang sudah dirasuah dengan betina dan kongsi gelap.

Ingatlah. Mismah-mismah ini cuma satu ketul batu yang terpercik ke atas sebongkah ais yang besar. Tak lama lagi negara kita akan dijajah oleh kebanjiran LEBIH 2.6 JUTA pendatang dari seluruh Asia dan Afrika ! Masihkah kita mahu berpeluk tubuh ? - rakyat marhaen


:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |