PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

2 'bangsawan' melayu dimalukan di London. Mana Perkasa bro ?


" hanya segelintir, lagipun mereka sudah diresapi komunis, " Mungkin itu ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.

Sebenarnya bagi mereka yang mementingkan maruah dan integriti tidak berbangkit sama ada jumlah yang membuat protes itu ramai atau tidak, tetapi yang penting ianya terjadi dan berlaku. Hatta kalau pun seorang saja yang mengangkat sepanduk mengecam Najib dan Hishamuddin sudah mencukupi. Kalau Najib dan Hishmuddin dan rombongannya bermaruah mereka wajar merasakan malu dengan apa yang berlaku.

Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.

Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.

Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.

Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.

Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Saya tidak tonton tv atau baca akhbar penjilat buntut UBN dua tiga hari lepas maka tidak tahu apakah ada berita penentangan warga kita di London itu ke atas Najib.

Kalau mengikut makrifat saya, mungkin tidak ada. Baik tv3 atau Utusan tidak akan tergamak untuk menyiarkan berita berkenaan kerana ia amat-amat memalukan Najib dan Hishamuddin. Kalau mereka menyiarkan aksi berkenaan ibarat seperti meludah ke langit akan terkena batang hidung mereka sendiri.

Inilah sikap media massa kita yang sering di perkatakan. Mereka tidak akan menyiarkan apa-apa berita atau peristiwa yang boleh menjatuhkan imej orang yang mereka sayangi. Sebaliknya media akan jadi gila dan mabuk memperbesarkan berita-berita kecil untuk memburukkan pihak pembangkang. Sikap inilah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada media masa kita. SELANJUTNYA BACA DI SINI



Imelda marcos II - Kejatuhan regim yang menanti masa..!

Ingatkah kalian pada sejarah Imelda Marcos, Iron Lady No.1 Filipina ? Satu masa dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia. Namun negara itu hancur kerana rasuah yang tak terbendung. Kehancuran negara itu menjadi 'laju' bila wujudnya wanita pertama Imelda yang begitu rakus,  maka negara tersebut seperti tak mampu lagi bangkit hingga kini.

Ketika rakyat susah Imelda berbelanja mewah. Namun bila rakyat bangkit beliau dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan. Apakah sejarah ini bakal akan berlaku di dalam negara kita Malaysia ? Sejarah Imelda Marcos yang melambangkan kejatuhan, kini sinonimnya telahpun beralih dari bumi Filipina ke bumi Malaysia tanpa kita sedari. Salah satu tanda besarnya adalah Imelda Marcos.

Kenapa Imelda Marcos II harus berlaku di bumi Malaysia dan tidak ke atas isteri pemimpin-pemimpin di Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia mahupun pemimpin negara maju? Tepuk meja nak tanya siapa ? Braheng Ali, Najib, Rosmah, Polis ? Jawapannya sudah ada dihadapan mata. 

Sara hidup rakyat kian membeban 
Sejujurnya senario sebahagian besar rakyat sudah tidak tahan lagi dengan beban kehidupan seharian yang amat berat dan serba mahal. Nilai wang RM sudah begitu menyusut. Kuasa beli rakyat makin mengecil. Bawa RM50 apa benda yang mampu dibawa pulang ? Zaman ini bukan zaman duit 'kupang-kupang' bro ! Gaji RM2 ribu sebulan lu ingat dah besar sangat ker ?

20 tahun dahulu, gaji RM2 ribu sudah dikira 'orang kaya'. Jalan serupa 'gangster', kaya maa !! Sekarang gaji lu RM2 ribu, lu masih tahap 'merempat' bro !  Masih 'kayap' !! 20 tahun dulu, beras 18 kg harga baru RM16.50 sen satu kampit, sekarang itu nilai lu boleh bawa balik beras hancur 5 kg jer bro !! Itu tanda rakyat hidup makin susah dan terhimpit.

Penganiayaan dan penguasa yang zalim
Kini rakyat sudah tidak merasa selamat di bumi sendiri. Jenayah makin tinggi. Pengangguran tok sah cerita ! Rasuah sudah macam 'roti canai' mamak KIMMA, mana-mana boleh nampak. Minggu lepas, ramai yang kena 'hantam' FRU dapat makan 'bufet' FREE di Pulapol, tapi itu kos RM25 hinggit satu kepala 'rakyat' yang tanggung. Bukan duit UMNO bro ! Tapi itu duit dari cukai yang dikutp dari rakyat.

Kasi makan itu sudah baik, kerja mulia maa..! Aku pun sanjung. Tapi itu sebutharga apasal manyak mahal? Zalim sungguh katerer yg sediakan makanan tu. Soror pun kapitalis, tapi ini kapitalis lagi cilaka maa !! Paling logik pun kalau ambik kira harga ayam yang mahal sekarang dan lain barang, RM15 satu kepala itu harga yang sudah kira katerer pun sudah ada untung ! Lebih tu mana pergi ? Hangpa 'make up' harga  kaa ? Haiyaa..! Manyak zalim, sudah aniaya rakyat lorr !! Rakyat bukan bodoh !

Jika perkara begini terus berlaku dan leluasa, memang akan SEGERA gelombang BERSIH, kebangkitan rakyat akan berlaku dengan lebih cepat : Lihat bagaimana kejayaan rally Bersih 2.0 yang disambut oleh rahmat hujan seketika sebagai bukti tanda kebesaran yang Maha Esa. 


Sebelum ini kehadiran jerebu yang melanda teruk negara telah memberi isyarat terhadap kekalutan pemerintahan semasa pemerintaha TDM. 


Ikan dugong mati mendamparkan diri di Johor menandakan terlepasnya Pulau Batu Putih dan diikuti kepentingan pertahanan TLDM di Woodland dirapuhkan. Bukti terakhirnya adalah apabila tanah KTMB pula tergadai.

Bukti seterusnya, Bersih 2.0 yang secara aman telah dimanipulasi secara tidak adil oleh semua pihak yang diamanahkan membela dan menjaga keselamatan serta kepentingan rakyat. Tak habis-habis membohongi rakyat. Jika sekali kena bohong takpa, ini dah hari-hari kena bohong..rakyat pun sudah tak tahan maaa !!

Ucapan bangang dan kalut para penguasa tho'gut yang berkuasa boleh pula berkata dengan sombong di hadapan gerombolannya dengan ucapan "Ini Bumi Kita" tanpa berlapik langsung mengucapkannya. Lu nak jadi 'firaun' kaa ? Hanya firaun saja yang berani cakap begitu.  Alangkah moleknya jika cakap sebegini, "Ini Bumi Allah, yang saya percaya Allah amanahkan kepada kita..." Mungkin fikir thogut itu apa yang dicakapkannya tidak dicatit oleh para Malaikat ? mampus lu..!!

Natijah dari apa yang berlaku dan akan berlaku, suka atau tidak suka, tanda-tanda yang terang lagi bersuluh ini telah diqodarkan oleh Allah untuk berlaku di bumi ini. Hanya manusia yang celik dan mahu berfikir sahaja yang akan diberikan Allah petunjuk dan bersiaga.


Imelda Marcos II - makcik Kiah kenai kaa..dia ?

" Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.

Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini., "



Saya berangan nak buka perniagaan emas dan intan berlian.

Heboh! Kemana sahaja kita pergi rakyat sedang bercakap tentang cincin yang berharga USD24 juta yang dibeli oleh seorang ternama dan bergelar dari Jacob & Co, New York. Di kedai kopi, di kelab golf, di restoran besar-besar dan kecil, di surau dan di mana-mana cerita cincin ini diperkatakan. Ini adalah isu yang paling ‘hot’ di pasaran negara kita ini sekarang.

Apabila saya mendengarnya saya termenung dan berfikir rupa-rupanya ada barangan yang berharga semahal itu. Sebagai orang kampong berita ini membuatkan saya bingun kerana saya tidak tahu ada barang yang sekecil itu saiznya boleh berharga sebegitu tinggi.

Bagi saya jika cincin saiz yang sekecil itu boleh mencecah harga yang tidak ada bandingan tingginya saya menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak logik. Rupa-rupanya ia bersangkutan dengan nilai barangan itu. Bagi orang kampong seperti saya ini, lagi kecil kereta itu lagi murah harganya. Kereta kancil itu kecil maka murahlah harganya jika dibandingkan dengan kereta besar seperti Jaguar, Mercedez dan lori pick-up.

Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang? Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.

Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini.

Hanya saya berharap sumber wang yang diperolehi ini bukan dari sumber dalaman negara kita. Kalau ianya datang dari sumber dalaman ianya sudah pasti datang dari kantong negara. Jika tidak kemungkinan besarnya hanya satu; dia mempunyai mesin mencetak wang.

Saya juga teringat kepada satu perbidalan orang Melayu berhubung dengan cincin ini; iaitu seperti si kudong dapat cincin. Mungkinkah wanita ini termasuk di dalam kategori si kudong dapat cincin tadi?

Biarlah setakat ini sahaja komen saya. Biar saya duduk kesaorangan beberapa jam untuk berfikir bagaimana si dia ini boleh membeli cincin semahal itu. Dari manakah beliau mendapat kekayaan seperti Aristotle Onassis ini. Aristotle Onassis pun membelikan isterinya Jacqueline cincin berlian dengan harga tidak sampai separuh daripada harga cincin berlian yang dibeli oleh wanita ini.

Kalaulah berita ini benar, insan in adalah insan yang sangat hebat. Hebat…hebat! Terlalu hebat!...kaya!...kaya!!

Sejak mendengar berita ini saya sudah terasa (berangan) nak jadi peniaga emas dan permata berlian kerana di negara kita sudah ada ‘customer’ yang besar-besar. Tak payah lagi pergi ke New York untuk membelinya dari Jacob & Co. New York itu jauh. - ( * sumber - Aspan Alias )

Rahsia besar 'PERMATA' terbongkar !

No wonder laaa..why bini rusmah suka 'permata' bro ! Bajet 'permata' dia ajer dah RM111 juta. Apa ? cincin permata RM24 juta ? Jangan bikin huru-hara bro ! Sussah lu nanti ! Jika betul pun..tu kan duit yang dia kumpul dari zaman dia anak dara. Apa nak kisah ! Lu ingat bini rusmah tabung duit 2-3 kupang sehari macam lu ker ?


Telah hebohlah satu Malaysia bagai nak rak bahawa isteri PM Najib Rosmah Mansor didakwa beli sebentuk cincin berlian yang diimport daripada New York yang berharga USDollar 24 juta.Wow! mahalnya tak terkira.Laporan ini juga dimainkan blog Umno tapi saya meronda dalam Utusan Meloya dan Berita Hairan dan media arus perdana tidak ada pulak laporan mengenainya.

Dulu kita dihebohkan dengan jam Omega Anwar Ibrahim yang didakwa Datuk T dalam video lucah yang disebarkan oleh tiga serangkai Rahim Thamby Chik and the gang.Hingga kini jam itu tak timbul-timbul hilang tah ke mana.

Kata Aspan Alias blogger Umno yang suka kritik Umno dalam blog beliau mengenai cincin berlian yang didakwa milik Rosmah Mansor saya copy n paste,

Satu lagi yang saya tidak berhenti berfikir ialah bagaimanalah empunya cincin ini mendapatkan sumber kewangannya untuk membayar harga cincin yang semahal itu? Di mana agaknya wang itu datang? Tidak ada orang yang bergaji besar sehingga mampu membeli berlian setinggi itu harganya. Si dia yang membeli barang pakaian wanita ini mesti sama kayanya dengan Aristotle Onassis.Tentulah wang sebesar itu datangnya daripada ‘passive income’ dan wang yang didapati tanpa melakukan apa-apa kerja.

Jika cincinnya berharga sampai RM74 juta agaknya berapalah agaknya wang simpanannya? Jika harga cincin itu hanya 1% daripada jumlah keseluruhan wang dan harta yang ada, tentulah empunya cincin ini mempunyai wang dan asset berpuluh billion ringgit. Ini bermakna si dia ini duduk dan tidur bersama wang yang banyak. Jumlah itu merupakan 10% daripada peruntukan satu kementerian. Kaya betul wanita ini.

Hanya saya berharap sumber wang yang diperolehi ini bukan dari sumber dalaman negara kita. Kalau ianya datang dari sumber dalaman ianya sudah pasti datang dari kantong negara. Jika tidak kemungkinan besarnya hanya satu; dia mempunyai mesin mencetak wang. Baca semua di sini.

Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz mengulas perkara yang sama dalam Free malaysiatoday berkata;

Prime Minister’s wife Rosmah Mansor’s alleged RM73 million diamond ring has left many in Pakatan Rakyat curious. PAS Pokok Sena MP Mahfuz Omar asked how Prime Minister Najib Tun Razak got his hands on the funds needed to buy the ring.

“If the allegation is true, where did the money to buy this blue diamond come from?” he asked.

The ring was supposedly supplied by New York-based jewellers Jacob & Co. Pictures showing the ring moving through customs at the Kuala Lumpur International Airport in April this year were released online this week. The pictures, which first appeared on the pro-Pakatan blog Milo Suam, showed that the ring was last “inspected” by Rosmah.

Former PKR Youth leader Badrul Hisham Shaharin (also known as Chegubard) lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over the jewel. Mahfuz said that Rosmah had no official governmental position, and would have to rely on her husband, Najib, for the purchase of the ring. However, Mahfuz pointed out that Najib could not have saved enough to buy the ring from the combined salaries of his two portfolios – that of prime minister and finance minister.

“Is there another party involved?” Mahfuz asked, and wondered if the ring may have been a gift to the prime minister’s wife in exchange for some unknown government favour. Baca semua di sini.

Adakah kisah cincin berlian ini akan jadi macam laporan yang mengatakan seorang Menteri yang pernah mahu membakar jambatan Umno semasa dalam parti semangat 46 dulu yang didakwa memperkosa amahnya dan dinafikan oleh beliau akhirnya semua settle begitu saja. (sumber-Misai Merah)

(*) Wak - Hanya angin 'tsunami ' mampu bawa khabar yang benar ! Takat angin kentut, buang karan bro !!http://albanjarionline.blogspot.com/2011/07/imelda-marcos-ii-makcik-kiah-kenai.html

18SX - Himpunan Bersih : Pasal apa dia "kangkang" atas jalan ?


Mohon pencerahan ! Mamat ni bikin apa bro...siap kangkang-kangkang gitu ? Aku blurr..bro !


PANAS BERAPI - Kusut masai dia bro ! Nak kata polis kejam jugak ?

Kesian aku tengok produser film sorang ni. Tak habis-habis kena ketuk dengan 'botol'. Rambut pun tak sempat nak sikat bro ! Dah ler malam tadi malam jumaat. bagi ler dia pi 'mandi' dulu, sporting la sket polis oi ! Dengan geng Bersih lu nak ganaz, ganaz pi ler ! Tapi dengan produser film ngetop mcm ni..bincang-bincang tak boleh ? Itu hari dengan geng pak'turot' boleh bincang apa ? Hari ni dah tak boleh plak ? Ptuihh...!!

Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman tak habis-habis mencetuskan kontroversi. Dia ditangkap lagi pada pukul 9.45 pagi dalam keadaan kusut masai kerana sedang tidur di rumahnya di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.

Inilah akibatnya mengabaikan perintah mahkamah untuk menghadirkan diri kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pengalaman bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya Pada 19 Ogos tahun lalu ternyata tidak mendatangkan serik kepada Raja Azmi yang kental, bersemangat seperti seorang jaguh badminton All England. - sumber


Nasib hang la jib, luar dalam KUNING, apa cerita ?

Demonstrasi BERSIH sambut PM di London. Ini gambar bukan 'superimpose' yaa..!

In London, Mr. Najib defended the police, saying they had used “minimum force, and there was no physical contact at all with the demonstrators.” The scale of the protest, he added, was exaggerated, and “a maximum of 15,000” people turned up. The police put the number at 5,000 to 6,000, while protest organizers contended it was 50,000.




Kat luar demo kuning, kat dalam baju kuning. Sakit kuning aku bro !! Wakakaka..!!


PANAS BERAPI - Benarkah Najib disindir di London ?

‎"Ling...lepas ni abang nak MC la...kena sakit kuning... mata dah mula kuning dah ni..."

sumber foto : ISA dan TT

" kau dah tahu aku pantang dengan warna kuning, Kenapa kau pakai kuning gak..!! Foto kanan - najib bersama philip hammond, menteri pengangkutan britain, ketika mereka melawat stesen keretapi di london. Perhatikan betul betul tali leher menteri british ini. Pon kuning jugak bro !! Queen dan menteri london ni tak takut I.S.A ker ?? Amponnnn..!

Sokong BERSIH 2.0 - Pemimpin pelajar di Mesir dibuang 'sekolah' !

Baru sebentar tadi saya mendapat pengkhabaran dari bumi Fir'aun mengenai mereka yang terlibat dengan BERSIH 2.0 di sana. Presiden SUARA, Ustaz Firdaus Madzlan yang juga pelajar di Darul Ifta', Mesir di kenakan tindakan di buang dari pusat pengajian tersebut setelah pihak Darul Ifta' mendapat arahan dari pihak Kerajaan Malaysia.

Peristiwa ini adalah suatu perkara yang di luar jangkaan dan di sifatkan sebagai 'kejam' dan tidak 'bertamadun' oleh sahabat-sahabat yang belajar di Mesir melalui pengamatan di wall Face Book masing-masing.

Malah ada di kalangan mereka menyifatkan ia adalah suatu 'kejayaan' yang amat bermakna yang memberi signal ketakutan kerajaan Malaysia terhadap suara mahasiswa dari Timur Tengah, khususnya Mesir. Bravo Alang!!

Baca  Facebooknya di sini

sumber asal Camar Putih

Ugutan 'nahas kamu !' - celaka lu !!


"sebelumnya seorang peserta himpunan aman BERSIH yang cedera telah tiba di Hospital sebelum saya. Beliau lagi parah. Kelongsong gas pemedih mata terkena di dadanya dan melantun ke atas melanggar dagunya. Tulang dagunya patah menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas.

Para doktor dan jururawat yang merawat saya begitu bersimpati dengan usaha kami. Sambil menjahit luka saya setelah kepala di x-ray, ada yang bertanya kehairanan terhadap cara perhimpunan itu ditangani. “Apa salahnya? Kenapa tidak dibenarkan sahaja? Apa yang diminta sememangnya patut” kata salah seorang doktor sambil menjahit 6 jahitan dikepala saya. “Kami sokong, tapi terpaksa menikus” katanya lagi.

Itulah Malaysia, negara kesayangan kita semua. Bumi di mana golongan bijak pandai ditakut-takutkan. “Kalau bersama himpunan BERSIH, tindakan akan diambil! Semua pegawai kerajaan diharamkan untuk berserta! Mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, cikgu-cikgu, kalau terlibat, nahas kamu!” kata-kata perangsang pemerintah yang memerintah melalui penindasan dan ugutan. Ya Malaysia, bukannya Myanmar ataupun Kampuchea di bawah Pol Pot. Kehebatan negara ini dan segala kelebihannya hancur di tangan pemerintah yang mementingkan diri.

Itulah sebabnya perubahan itu perlu. Perubahan demi membebaskan Malaysia dari barisan pemimpin yang sudah lupa diri, tenggelam dalam harta dan kemewahan yang dicuri dari rakyat. Ianya hanya dapat dilakukan sekiranya pilihan raya itu adil dan bersih. Itulah sebabnya mengapa usaha BERSIH perlu diteruskan.

Namun demikian, maklumat seterusnya yang saya terima melalui SMS menyatakan, himpunan BERSIH 2.0 berjaya dihadiri berpuluh ribu rakyat berbilang kaum di beberapa tempat termasuk di Stadium Merdeka dan Pudu Raya! Sambil itu, perhimpunan turut diadakan di beberapa bandar utama di serata dunia!

Semua merasa bangga dengan kejayaan perhimpunan tersebut dan tiada sesiapa, termasuk saya, merasa kesal kerana telah bersama. Ini adalah kerana, kami telah turut menyertai suatu perhimpunan yang telah melakar sejarah dalam mencorak masa depan tanahair. InsyaAllah, angin perubahan kencang akan terus kekal bertiup di bumi Malaysia ini! - KHALID SAMAD


MESTI BACA - Benarkah Najib pemimpin 'kejam' ?

A Samad mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang. Satu kenyataan berani yang dikeluarkan oleh seorang sasterawan negara!  Bukan anwar ibrahim bukan nik aziz bukan lim guan eng! agak korang tv3, rtm nak keluarkan tak kenyataan pak samad ini. - Malaysiakini



A. Samad Said-Najib memang 'kejamlah !'
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang.

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat). Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi. Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.

(*) A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.

Aksi tulen yang sukar ditiru oleh mamak pak'turot !

Aku suka tengok orang tua ni ! Aksi 'tulen' tu bro ! Susah geng mamak pak'turot nak copy paste aksi se'tulen' nih bro ! 

Hangpa tengok, inilah semangat yang
perlu diikuti oleh orang muda zaman sekarang..
"Pantang undur sebelum tempur..!!"

Lu orang jangan jadi macam si tua braheng ali, si "tua tin kosong" harap bunyi kuat tapi kosong. Orang india kata "brahengpundek".

(sumber : Juragan Karat E-jau)

Krisis politik: Mesir pecat 700 pegawai kanan polis

KAHERAH, 14 Julai — Hampir 700 pegawai kanan polis Mesir dibuang kerja ekoran insiden membunuh penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat negara itu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Mansour Essawy berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.

Tindakan itu diambil ekoran protes yang berterusan di Dataran Tahrir di sini, menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Hosni yang berasuah. Pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguh.

“Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November,” kata seorang pegawai majlis tentera dipetik laporan BBC. Laporan stesen TV Mesir berkata seramai 37 pegawai yang dipecat turut berhadapan dengan tuduhan membunuh penunjuk perasaan. Lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang membawa kepada Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari.-MInsider


MESTI BACA - Dulu lu 'langsi', sekarang lu "kui bo tu koi" stupidity..ptuih !!

" aku terfikir tentang polis dan sekalian pasukan keselamatan. Yang baju biru, yang topi hitam, yang topi merah, topi putih, yang tak pakai uniform dan segala macam yang ada. Aku ternampak pada wajah-wajah depa ni ada tanda sifar. Ada tanda kebodohan. Ada tanda kebinatangan jenis liar. Ada tanda resapan rezeki kotor. Ada tanda pak turut level buta tuli. Kosong. Bebal. Murakkab stupidity. Nang bo ti nang, koi bo ti koi. Celaru. Keliru. Macam tak sekolah. Tak fikir panjang - ciberboron



Polis ada 2 kategori..., 
Pertama : Polis Haramjadah yang ikut arahan secara khinzir buta, dan yang
Keduanya : yang betul2 bertugas kerana Ibadah. 

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib. Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama, tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia. Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga. Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz! Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!! Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang. Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang. Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”

“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih! “Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.” Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la. “Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata. “Nak ambik kat mana?” aku tanya. Dia diam…! “Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid. Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. 

Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.

“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo… main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang.. dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman. “Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal.. tapi dia tak pakai. Dulu bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!” Gua no komen.... itu urusan Allah samada nak bayar cash dunia atau pakai kredit di mashyar, lu orang pikirlah sendiri....!!!!

(*) artikel ini aku pun rembat sama dari blog abusyahirah.blogspot . Mohon halal naa..!! 

MESTI BACA - ' pergi jahanam la " Melayu mesti Bersatu ", ini malekk..maaa !! '

" MELAYU MESTI BERSATU ! ya betul..!! umat melayu mesti bersatu, tapi bukan bersatu di bawah parti yang sekian lama menipu melayu "

Sejak aku terbitkan "Layan isu KOTOQ sama Wak Radens" di Wall FB aku, aku mula berfikir, padang yang aku sediakan disitu tak cukup rata ker ? Ini kerana ada macai bunyi sama aku terus ke kotak message FB aku, apasal tak mahu add geng gerombolan sama-sama 'bergasak' di situ.

Hoi..mangkuk ! Kalau hang cakap macam tu kat bos pak'turot, okay..tapi lu cakap macam tu sama aku ! Sebelum lu mintak macam-macam, lebih baik lu, tanya sama lu punya 'taiko' dalam lu punya Umno yang lu bilang 'kerajaan' islam tu. itu Umno/BN 'main' politik atas padang yang 'sama rata' kaa? Hang cakap kat aku sekarang ?


Sorry brader ! Pasal intro lain macam malam ni. Apapun terima kasih kepada YB Khalid Samad yang sama-sama join di Wall itu lawan hujah pencacai. Macam ni ler facebooker mahu ! Bukan YB bukak fb, bukak blog, tapi syok sendiri. Asyik kira 'trafik' masuk siang malam apa barang bro ? Sesekali join sama laa..komuniti macam YB Khalid Samad buat. Orang muda banyak sukaa..maa !!

Hello macai..lu mari sini ! Lu ingat lu sudah pegang Malaysia 50 tahun, kitaorang sudah goyang ? Lu ingat sudah 50 tahun lu jadi 'kerajaan', kitaorang sudah 'takut' ? Kalau jadi kerajaan tapi hari-hari bikin bohong sama rakyat, tipu sana tipu sini guna jentera kerajaan ikut suka mak bapak lu, apa barang ? Dragon baca pun malu bro ! King ? Asal aku cakap macam tu sama dia, dia mesti jatuh longkang..dia manyak malu bro ! Malu..!!

Lu mari sini ! Lu cakap koat, lu cakap kencang, lu tau kaa? Tak tau ! Memang lu tak tau..pasat aku belum cakap la mangkuk ! Lu ingat lu jerit koat dalam wall aku tu, lu sudah rasa besar kaa ? Hello !! Nak tahu pasal apa aku hangin, sila jengah wall FB aku bawah tajuk tu. Tapi aku syok bila YB Khalid 'tui' sama ini mangkuk. YB cakap,

Kamu baca kitab Seerah mana Alpacino? Baca betul2 baru cakap. Di Medina Ar-Rasul mewujudkan tahaaluf siyaasi dgn Yahudi dan Musyrikin Medina. Jangan main cakap tanpa ilmu. Gitu juga bila tentera Islam datang ke Sepanyol. Di bantu tentera Kristian yang menolak raja Sepanyol yang zalim(macam UMNO). Tulah, orang suruh ngaji, malas !

Kami sokong BERSIH pasal kami nakkan proses pilihanraya yang lebih adil.Kami sudah 'letih' main "police sentry" dengan SPR brader ! 1 nama buleh undi banyak tempat tu apa hal ? Bahasa sopannya bermakna ada orang yangg telah/akan mengundi lebih dari sekali..Ini yangg kita mintak untuk diBERSIHkan !

Kami semua turun berhimpun secara aman sabtu lalu ikut apa yang disebut dalam perlembagaan persekutuan bahagian 2 perkara 10. Itu hak asasi bagi rakyat. Ini kerana kami sedar berlaku penipuan dan kekotoran ini dalam sistem pilihanraya, lu macai tu pasal lu tak tahu !

Untuk pengetahuan lu macai, yang paling banyak yang turun berhimpun adalah orang-orang yang ada kesedaran, mereka dan kami ini ada kesedaran politik, dan memang buat kerja-kerja politik, dan kami sedar ada yang tak kena dalam sistem ini..

Sorry to say, kami bukan keluar untuk maki hamun polis, kami keluar untuk tunjukkan kepada rakyat dan pimpinan, kami nakkan perubahan, kami hanya bahawa garam dan air mineral. Kami tak bawa molotov cocktail, jauh sekali nak bawa apa-apa senjata, yang buat kerja pukul memukul itu adalah polis, bukan kami.  Polis pukul kami tahan, bukan polis jerkah..kami duduk belakang bontot polis. Bahlul !!

MELAYU MESTI BERSATU ! ya betul..!! umat melayu mesti bersatu, Tapi bukan bersatu di bawah parti yang sekian lama menipu melayu. Betul kita wajib bersatu tetapi mesti bersatu untuk ubah keadaan, mesti bersatu untuk pastikan pimpinan buat tindakan dan laksana dasar yang adil dan telus.

Jika lu nilai  'orang hebat' bukan orang yang bikin rally tengah jalan, lu silap banyak bro ! Hoi..kalau lu setakat level wartawan suratkhabar UMNO, jangan rasa sudah besar..nak 'sekolah'kan aku plak! Jika lu cakap macam tu, Mahatma Gandi jugak bukan orang hebat, Nelson Mandela jugak tidak hebat..bahkan kita berkumpul di padang arafah untuk tujukkan rasa benci kita pada syaitan dan kejahatan tu pun lu rasa apakah juga tidak hebat ? Kita berkumpul beramai melontar jamrah sambil membaca doa yang bermaksud benci syaitan dan pengikutnya di kira tidak hebat ?

Jika berhimpun secara aman dikira tidak hebat..elok saja perkara 10(b) perlembagaan persekutuan dimansuhkan. Buat menyemak saja. Kasi usul la sama lu punya menteri, usul di Parlimen, kasi mansuh ! Ptuihh..!! Lagi lu langsi cakap, apa sumbangan besar rakyat untuk negara ? Lu punya mulut memang kunyah tahi ker hari -hari ?

" Sumbangan sebenar rakyat yang sah disisi perlembagaan sebagai rakyat malaysia adalah memenuhi kehendak dan tuntutan perlembagaan termasuklah membayar cukai dan cukai yang dikumpulkan itu pula diguna untuk melaksanakan dasar-dasar untuk rakyat " - rujukan

Apakah rakyat tidak ada hak untuk minta dibetulkan apa-apa dasar dan penjelasan tentang apa, berapa dan untuk apa dibelanjakan kesemua hasil negara itu ? Sepatutnya kalau pemerintah boleh tanya rakyat, apa jasa rakyat untuk negara, rakyat juga berhak untuk tanya pemerintah, apa yg pemerintah buat untuk rakyat..kita bukan hidup dalam zaman feudal.

Belanja untuk bikin Fesbuk Kementerian RM1.8 juta. Kejadah apa tu ? Bil air rumah PM di Putrajaya sampai RM32 ribu sebulan, orang ker mandi, rumah yang mandi ? Itu kat bawah tu promosi 1Malaysia, berjuta-juta duit rakyat jahanam, itu semua rakyat wajar tanya dna kerajaan wajib jawab !

Kepada pembaca, maaf kalau tulisan aku malam ini agak kasar..tapi ini suara hati aku yang jugak rakyat malaysia yg sah seperti yg termaktub dalam bahagian 3 perkara 14 perlembagaan persekutuan.




Bahagian 2 : AMARAH RAKYAT !!


Hari ini merupakan hari keempat selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Gambaran terhadap perhimpunan tersebut semestinya masih segar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.

Secara kasarnya, terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat terhadap perhimpunan yang menuntut piliha nraya yang bersih dan adil, yakni kumpulan yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0, sama ada yang telah melaungkan “Hidup, hidup; hidup Bersih” dengan bersemangat dalam perhimpunan itu ataupun mereka yang menyambut baik tuntutan tersebut namun tidak dapat menyertai perhimpunan itu kerana sebab tertentu.

Manakala satu lagi kumpulan yang memihak kepada pihak berkuasa yang telah memburukkan perjuangan BERSIH 2.0 dengan mengaitkannya dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal - BERSIH 2.0 didalangi oleh ideologi komunis dan Kristian untuk memecah-belahkan orang Melayu dan ketidak-tenteraman akibat daripada perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan peniaga dan pemandu teksi mengalami kerugian.

Saya cukup yakin bahawa ramai pembaca tidak memahami dengan mendalam akan semua tuntutan BERSIH 2.0. Hal ini boleh dijelaskan dengan usaha memburukkan gabungan BERSIH 2.0 yang secara langsung telah mengaburkan tuntutan mereka.

Semua dakwaan yang dilontarkan ke atas gabungan dan perhimpunan BERSIH 2.0 sememangnya perlu dikaji satu per satu agar lapan tuntutan BERSIH 2.0 tidak dilenyapkan oleh mereka yang mempunyai tujuan tertentu.

Semestinya mereka ini tidak dapat terlari daripada media arus perdana dan pihak-pihak yang tersembunyi daripada “misi” tersebut.

Perpaduan Melayu

Dakwaan bahawa gabungan BERSIH 2.0 mempunyai niat untuk memisahkan masyarakat Melayu cukup merunsingkan saya. Saya cuba mencari kebenaran akan dakwaan tersebut. Antara perkara yang muncul dalam minda saya ialah, kenapakah kaum Melayu akan menjadi pecah-belah ekoran daripada menuntut pilihan raya yang adil? Apakah definisi dan konteks perpaduan Melayu dalam dakwaan tersebut?

Sesungguhnya, perpaduan kaum Melayu buat sekian lama ini telah diletakkan dalam konteks Umno/BN. Sebarang usaha untuk menyatukan kaum Melayu yang bukan berasaskan konteks Umno akan dikaitkan dengan usaha memecah-belahkan kaum Melayu.

Seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat Malaysia, termasuk kaum Melayu, bebas untuk memilih parti dan ideologi politik mereka tanpa sebarang sekatan daripada apa jua pihak.

Maka, adalah cukup jahil sekali apabila adanya pihak tertentu yang mengkaitkan sokongan kaum Melayu terhadap parti politik selain Umno dengan tindakan memecah-belahkan kaum Melayu lalu menafikan hak kaum Melayu yang ingin memilih parti selain daripada Umno.

Perhimpunan BERSIH 2.0 ancam ketenteraman negara?

Persoalan di sini - kenapa orang Melayu perlu menyahut modul perpaduan yang dibentuk oleh Umno? Tidak mampukah masyarakat Melayu bersatu di bawah pimpinan parti lain yang mungkin jauh lebih berwibawa daripada parti yang kian hari kian cenderong memainkan politik kotor?

Oleh itu, orang Melayu perlu menyoal diri lalu mencari perpaduan yang mereka mahukan. Saya yakin bahawa ia semestinya akan bertambah baik sekiranya perpaduan orang Melayu yang dibentuk itu turut membantu untuk membentuk perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Usaha ini semestinya dapat dijalankan dengan penerimaan secara terbuka terhadap kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di tanah air yang kita cintai ini. Selain itu, pandangan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara turut merunsingkan diri saya.

Melalui bukti gambar dan video yang boleh didapati melalui laman sesawang dan diri saya yang turut menjadi saksi kerana menyertai perhimpunan berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk menjelaskan betapa amannya perhimpunan BERSIH 2.0.

Jadi mangsa

Namun begitu ketenteraman perhimpunan berhenti ketika pihak polis memulakan serangan mereka terhadap peserta perhimpunan yang hanya mampu melaungkan pelbagai slogan yang menuntut pilihanraya yang adil.


Serangan air berkimia dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan menyebabkan mereka berlari bagaikan kambing keluar daripada kandang demi mengelak serangan yang dimulakan oleh pihak polis.

Berapa ramai orang yang akan berdiri pegun untuk didedahkan dengan bahan pemedih mata?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil yang cuba untuk menahan serangan tersebut, namun ramai yang lari bertempiaran akibat daripada serangan yang tidak sewajarnya dilakukan. Inilah ketidaktenteraman (lari untuk mendapat perlindungan) yang digambarkan dalam media arus perdana kita.

Bukan itu sahaja, adalah perlu kita sedar bahawa terdapat ramai peserta perhimpunan yang sudah meningkat usia, antaranya seorang “makcik bunga daisi” dan beberapa orang kelainan upaya (OKU) yang turut menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Mereka menyertai perhimpunan tersebut dengan niat yang cukup naif, yakni menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Oleh itu, mereka yang berfikiran rasional akan faham bahawa peserta perhimpunan tidak akan mengancam keselamatan negara apatah lagi membawa kerugian kepada peniaga dan pemandu teksi.

Perlu disedarkan bahawa, perhimpunan BERSIH 2.0 hanyalah sehari maka kerugian (sekiranya ada) yang dialami hanyalah dalam masa yang cukup singkat.

Namun, pentadbiran negara (ekonomi khususnya) yang kian lemah akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam keadaan sedemikian rupa, kerugian dan bebanan rakyat ekoran daripada pentadbiran negara yang kian hari kian kurang kopetitif semestinya jauh lebih lama sekiranya tiada penawar yang mujarab.

Siapa ganas?

Sementara itu, ada juga segolongan pihak yang mempersoalkan tindakan peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Pada hemat mereka, sekiranya peserta perhimpunan tidak menyertai perhimpunan tersebut, maka tidak terdedahlah kepada tindakan ganas pihak polis.

Pandangan ini kelihatan logik pada luarannya, namum, secara tidak langsung pandangan tersebut telah menghalalkan serangan polis terhadap mereka yang ingin mempertahankan perkara yang mereka yakin betul – menyuarakan ketidakpuasan mereka secara aman terhadap sistem pilihan raya sudah kurang menyakinkan.

Persoalan yang tidak harus dipadamkan di sini ialah penyalahgunaan kuasa polis dan bukannya terus memburukkan peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Selain itu, perlulah kita kaji sebab-sebab mereka menyertai perhimpunan aman itu. Barangkali mereka sudah hilang keyakinan terhadap kesungguhan dan keikhlasan kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang adil.

Sekiranya sistem pilihan raya di negara kita berada dalam keadaan yang terurus, semestinya tiada gabungan BERSIH 2.0 dan apatah lagi perhimpunan yang telah menggugat satu nyawa itu.

Kenangan manis

Sebaik sahaja tamatnya perhimpunan BERSIH 2.0, pelbagai kenangan manis yang seringkali muncul dalam ingatan saya. Antaranya, perpaduan dan tali persaudaraan yang terbentuk semasa perhimpunan tersebut.

Ramai peserta menghulurkan bantuan dan bahan-bahan pelega pedih mata seperti ubat gigi dan garam kepada peserta yang mereka langsung tidak kenali. Mereka berbuat demikian tanpa membezakan warna kulit dan kepercayaan mereka.

Inilah “1Malaysia” sebenar yang dapat dirasai dan bukannya melalui laungan bersifat munafik dan kurang keikhlasan itu.

Adalah diharapkan bahawa, kerajaan BN sedar akan mesej yang cuba disampaikan oleh peserta perhimpunan. Selain daripada lapan tuntutan BERSIH 2.0, pada pendapat saya, kerajaan BN perlu sedar bahawa mereka perlu membuat perubahan mendadak terhadap kelemahan dan kekurangan mereka.

Sesungguhnya, tindakan mereka perlulah lebih bertanggungjawab dan telus dan bukannya terus terjebak dalam politik kotor yang akan menjauhkan rakyat (pengundi).

Akhir kata, dengan menyangkal bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan tuntutan dan kebangkitan rakyat secara tidak langsung telah mendedahkan betapa tidak yakinnya pihak kerajaan akan masa depan mereka yang mungkin kehilangan mandat untuk terus mentadbir negara yang rakyatnya makin mendahagakan perubahan dan demokrasi sebenar.

Namun, perlu kita ingat bahawa perjuangan untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokrasi sebenar masih jauh perjalanannya dan ia tidak terhenti dengan perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja.

Jadikanlah perjuangan dan penyertaan perhimpunan ini sebagai kenangan manis yang akan kita kongsikan bersama anak cucu kita kelak.

*-sumber asal dipetik : blog MimpiSenja@stone

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |