Pra-PRU13 - Surahan Petang : KJ Berang ! Sokongan kepada BN semakin lumpuh
* Ulasan Petang - KJ berang ! Edaran leluasa klip video lucah terbaru membabitkan serangan fitnah zina pemimpin kanan PAS, sokongan awam kepada UMNO dan BN di seluruh negara merudum lebih 25%.
Tinjauan rambang yang dibuat keatas pengundi bukan melayu pula memperlihatkan hanya 5% percaya, manakala 95% selebihnya menolak klip video zina yang dimainkan oleh blogger2 maya Umno di internet sekarang.
Olahan karya paling haprak itu benar-benar memberi impak kepada peluang BN untuk menakluk sokongan rakyat kepada BN ternyata silap hitung, dimana strategi salah yg dimainkan oleh blogger-blogger mayanya ternyata 'makan diri' sendiri. A!langkah cantiknya sekiranya KJ and the gang turun padang mencari dalang disebalik kerja kotor ini. Dalang perlu diburu, sebagaimana polis dan tentera memburu pengganas Sulu. Mampos Umno, mampos BN..!
Malaysian Insider melaporkan, Khairy Jamaluddin mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan politik lucah dan menegaskan Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya tindakan sedemikian.
Semalam, satu lagi video seks sepanjang 11 minit menyerupai pemimpin tertinggi PAS telah disebar di Internet oleh laman-laman blog pro-Umno.
“Saya ingin nyatakan bahawa saya menentang politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya.
“Umno dan Barisan Nasional tidak menggalakkan mana-mana pihak, mahupun pihak ketiga untuk mengamalkan politik seperti itu,” kata bekas ahli parlimen Rembau itu semasa merasmikan program BN Youth Volunteer (BNYV) di Bangsar pagi ini.
Khairy berkata tidak adil sekiranya pembangkang mahu menunding jari kepada BN mengamalkan politik lucah kerana musuh politik mereka banyak dan bukan hanya daripada kalangan parti pemerintah sahaja.
“Tidak adil mereka salahkan Umno dan BN sahaja. “Musuh mereka banyak, bukan hanya daripada kerajaan sahaja,” katanya lagi.
Khairy juga berkata BN tidak akan sampai ke tahap menggunakan politik lucah untuk berkempen dan cerita-cerita yang dibuat bertujuan untuk memberikan gambaran negatif kepada BN.
“BN tidak bertindak sehingga tahap itu. Politik juga ada batasannya,” kata beliau.
Dalam pada itu, Khairy juga menggesa kedua belah pihak tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk berpolitik secara matang dan bersih pada Pilihan Raya 2013 nanti.
“Marilah sama-sama kita pastikan perlawanan kali ini bersih.
“Kita lawan politik dengan idea, dasar dan polisi yang baik untuk rakyat, bukannya dengan politik lucah,” katanya lagi.- ~ The Malaysian Insider
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Pra-PRU13 - Surahan Pagi : hanya perlukan 'telinga' ok !
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "Pra-PRU13 - Surahan Petang : Jangan sampai katak Behrang mengamuk !
Surahan Petang | radens albanjari12.4.13 | Sunway Seberang Jaya -
Kali terakhir aku bertembung dgn wajah kocok ini lewat 3 tahun lalu. Apa tidaknya..jika tak kocok, tak mungkin BN Perak sanggup jadikan ia antara 'bini-bini' yang ditatang penuh ketika merampas kuasa di Perak lewat 4 tahun dulu. Dari 3 bini yang disonglap terus dari PKR dan DAP oleh Umno ketika itu, bini berkulit gelap ini sangat dijaga makan minumnya. Cakap saja..apa yg ia mahu..pasti akan dikabulkan oleh Umno Perak. Hebat si-kocok ini dalam mengurus urusniaga politiknya dengan UmnoBN ketika itu.
Memang Cemerlang ! Dan Nizar pun jatuh tahta dari menjadi MB Perak seterusnya runtuh penguasaan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Itulah dia, Jamaluddin Mohd Radzi.., dari seorang posmen menjadi YB dan Exco.
Itu dulu. Tetapi kini beliau tak ubah seperti kain buruk. Seperti tidak dipedulikan lagi oleh UmnoBN Perak. Hasratnya untuk bertanding kerusi DUN Behrang atas tiket BN seperti menyalak bukit. Khidmat kamu sudah tidak diperlukan lagi. Terimalah nasib dan karma kamu. Biarpun Najib ada bilang, wakil Bebas boleh bertanding atas tiket BN, tetapi hanya untuk wakil Bebas seperti Katak Ali, dan Zul Kulim. Titik.
Dan kerana itu, Jamal jadi meroyan. Bini tengok pun jadi pening. Apa tidaknya..siap berpantun, seloka sekarang. Walaupun begitu, masih ada penyokong UmnoBN yang masih simpati seterusnya melobi agar katak behrang ini dibenarkan bertanding di N59. Atas dasar budi itulah maka terpacul kata-kata sinis menyindir Umno Negeri dalam berbagai versi. Aku suka versi ini, yang ku petik terus dari FB pencacai.
" kalau dia boleh bagi sebuah negeri pada kita...kenapa kita tak boleh bagi satu kerusi pada dia...lagi pun dia dah service kat situ....sanggup ke kita nak bertanding dgn org yg pernah menyelamat kan kita dulu? Yg pernah membela nasib kita...bela maruah kita...org yg dah berkorban utk kita...besar sangat ke permintaan dia berbanding dgn apa yg dia dah bagi kat kita....mustahil sangat ke permintaan dia utk kita tunai kan.... "
Hakikat yang terpaksa ditelan kini oleh beliau. Umno itu memang busuk ! Dan kerana itulah maka, hampir 3 ribu masyarakat dan pengundi DUN Behrang telah menandatangi memorandun sokongan kepada Jamaluddin Mohd Radzi bertanding pada PRU13 ini, dan sekiranya Barisan Nasional tidak memberi guna pakai lambang Barisan Nasional, beliau akan tanding atas tiket BEBAS. Penyokong beliau akan terus meningkatkan jumlah sokongan kepada 5 ribu, yang mana sekiranya beliau bertanding atas tiket BEBAS, maka undi BN akan hilang hampir 7 ribu di DUN Behrang. Bukan sikit tu !
Dan inilah cara sang kodok ber'niaga',
dan..ini juga cara katak ugut umno/BN,
ini ayat jelas bagitahu katak mintak duit,
ini bahasa katak bagitau sama najib, kalau tak mau katak bertanding, najib kena hulur RM (RM itu bukan rosmah mansor ok), ini juga satu isyarat sopan katak bertransformasi dengan najib, i hep u, u hep mi..! Hahaha...!
Mari kita lihat, UMNO-BN Perak ada telur atau tidak..bila kena ugut begitu. Sekarang..apa macam ?
Nota kata Surahan Petang ini, hayati apa yang dituliskan dibawah..dan cari kebenarannya bersama diruang komen ;
" jangan kita hairan jika kita lihat orang politik di saat sekarang mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihan raya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media. Mengukir senyuman sampai sengal pipi..."
"..jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang(pemimpin), apabila ketagihkan kuasa, mereka sanggup berbuat apa saja...asal kekal berkuasa, "
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Pra-PRU13 - Surahan Pagi ! Gelang Patah Putrajaya, BN makin gelabah !
radens albanjari
Sunway Seberang Jaya | 12.4.13 -
Pagi yang nyaman. Langit mendung. Tanda hujan mahu turun lagi. Andai hujan turun hari ini, bermakna akan basah semingguan akan datang. Hari ini kan hari Jumaat, hari orang-orang munafik paling tak gemar ke masjid. Yang faham..fahamlah, yang tak faham..sudahhh ! Apa ader hal ?
Sarapan ringkas aku pagi ini diterpa sapaan-sapaan rakan yang ada ku kenali, dan ada yg langsung tidak ku kenal. Bila warung dihurung manusia lapar, maka sesaklah dengan sosok tubuh berebut kerusi. Hei..ingat di DUN Sg. Acheh dan DUN Alor Pongsu saja ka berebut kerusi.., budaya melayu goblok...gemar berebut. Mungkin kalo tak berebut, tak seronok dan tak meriah..gitu ? Gila !
Apapun kisahnya, topik 'Surahan Wak' pagi ini bukan nak kisah hal berebut-rebut kerusi, mampuih pi la kat hangpa ! Aku nak bersurah tentang 'hebat'nya PAS yang berani melangkau ke hadapan. Menyepak terajang segala risiko demi berjuang untuk rakyat dari terus dizalimi oleh sang penguasa paling durjana di mukabumi ini.
Mengapa aku kata hebat, mai sini aku nak bersurah. Sallehuddin Ayub, wak tabik sama lu ! Lu memang ganteng. banjar bilang, kamu ini 'wanik' ! Kerana ke'wanian' kamu itu, kamu bisa saja senyum lebar sekarang. Kamu memang manusia yang pandang peluang yang bukan pandang kebiasaan. Apabila kamu pulang ke 'gagang', bermakna % undi orang muda kepada Pakatan Rakyat dan PAS semakin memuncak untuk tumbangkan BN dan Umno di Johor.
Hey..surahan ini belum habis bro ! Aku juga mahu bilang lagi dengan 'kewanian' kamu itu juga, memaksa orang paling kuat kecinaannya(bukan aku bilang, aku sampaikan saja..itu umno yang bilang), malah dia ini yang dilabel paling komunis oleh pencacai dan gerombolan umno goblok sudah ikut kamu ke Johor. Bila dia isytihar lawan BN di kerusi Parlimen Gelang Patah, 85% undi orang cina swing kepada Pakatan Rakyat. Tak hebat ker ?
Husam Musa, mahu saja aku bilang dia ini sangat strategis. Bila mandat diberi untuk tanding di kerusi Putrajaya, terus kamu melangkah gagah. Pencatur politik umno melihat kehadiran Husam di Putrajaya kini adalah 'musibah' besar kepada runtuhnya kekuasaan UmnoBN akan datang. Peratusan tinggi penjawat awam dan imigran dari Kelantan yg mendiami Putrajaya pasti solid beri undi untuk Husam. Ditunggangi pula dengan masalah dalaman dan salahlaku pemimpin umno sekarang, Putrajaya bisa saja jadi kudapan yg lazat buat Husam. Siapapun lawan Husam di Putrajaya, akan merasa bahang untuk kalah. Cemerlang sungguh caturannya..., kerna ini caturan politik untuk menang cantik !
Cukup dahulu sampai di sini 'Surahan Wak' pagi ini, esok kita cerita lagi..ada tugas lain yg mahu digalas...berjumpa semula dalam segmen 'Surahan Wak' pagi esok di sini. Ingat..PRU13, peluang terbaik untuk lenyapkan kekuasaan BN dan UMNO !
translations :
* wanik - berani | surah - kata | umno - najis
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Pra-PRU13 - Isu Fitnah Seks : Nak rasa kena 'kepit' ? Cubalah !
Fitnah seks - Seperti biasa, senjata video seks akan ditayangkan oleh blogger-blogger pro-BN terutama bila tiba saat-saat genting. Soal samada ia benar atau tidak, sudah tidak penting bagi mereka. Asalkan musuh mereka malu, itu sudah lebih dari cukup. Sudah tentu, habuan besar menanti bagi mereka yang memiliki "tuan". Bagi blogger tidak bertuan, bagi mereka inlah yang dinamakan perjuangan.
Maaf, aku tidak mahu terlibat dalam penyebaran aib (jia ia benar) atau fitnah (jika ia tidak benar). Biar blog aku ni murah, tiada ranking, tidak dijenguk atau tidak dikenali. Biar...itu tidak langsung memberi aku manfaat.
Secara jujur, aku kurang mengenali Setiausaha Agung PAS ini; baik dari segi peribadi mahupun dari sudut mengenali ketokohan beliau dari sumber dengar cakap mahupun media-media. Malah, aku tidak pasti nama diia "MustaFa" atau "MustaPHa".
Aku cuma ingat beliau adalah nama penting di dalam cadangan Kerajaan Perpaduan atau UG. Satu lagi nama yang terlibat ialah Ustaz Nasa.
Percayalah, mulai detik video yang dikatakan mirip Mustafa Ali itu berlegar di blog-blog dan mungkin media arus perdana, perkataan yang paling pantang disebut didepan Mustafa Ali adalah KERAJAAN PERPADUAN.
Kalau nak rasa kepala kena kepit kat ketiak dia, cubalah sebut depan dia ! - sumber HM(Harimau Menaip Blog)
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Pra-PRU13 - Isu DUN Sg. Acheh - drama rebut kerusi paling goblok !
raden albanjari
Sunway Hotel, Seberang Jaya
Kisahnya, "10 April 2013 lalu, PAS telah membuat pengumuman akan nama calon untuk bertanding di kawasan DUN Sg. Acheh."
Bukan igauan, tetapi itu perkara yang sangat benar berlaku. Kemuncak polemik kecelaruan yang sengaja didramakan ini, memaksa Bekas KM Pulau Pinang, meminta agar DSAI dan TGHH duduk dimeja penyelesaian. Puak UMNO dan BN, menyorak riang. Rakyat terbanyak sedikit sawan melihat drama yang semakin menjadi berat dan serius. Wall FB pencacai - semakin seronok menyorak bagai.
Memetik dari apa yg dimuatkan di mukabuku, respon che'GuBard amat mudah, bilangnya " yang kita harus hadapi ialah regim BN, cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat " Itu katanya. Malah che'GuBard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. Malah che'GuBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini.
Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, bertanding bukan sasaran, beliau juga tak kisah jika takdirnya dan sgt bersedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat. Itu rumusan yang dapat dikutip dari apa yg diluah oleh pejuang rakyat seperti che'gu Bard. Luahan rasanya yang berbaur sakit kecewa melihat kebangangan pemimpin yg semakin goblok laparkan kuasa. Hoi..! Cukup lah..drama Lahat Datu dan Sultan Sulu !
Sehingga artikel ringkas ini ditulis, belum ada penyelesaian diperolehi. Tetapi...jeng..jeng..jeng..drama berat ini akan diketahui endingnya lewat malam ini. Goblok-goblok politik sedang bersidang sekarang. Pastikan esok muncul news yang bagus untuk setiap orang, bisa jadikan tambahan lauk kudapan selain nasi lemak dimeja makan. Jika ditanya sama PAS, apa pasal situ kerusi manyak goyang, nanti jawab PAS - tunggu kami habis meeting ini malam ...yeennadey..! Lu jangan kurang asam...boleh !!