PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Blogger@Sarawak : SEMASA - Keputusan Penuh PRN Sarawak

KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK :
BN :     55      
DAP :  12       
PKR :    3    
PAS :    0         
BEBAS : 1   

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih kesemua lima di Kuching. Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.



SNIPPETS - PAS@Sarawak : Sekadar Ulasan :
Bacaan terakhir di malam final untuk PAS memperolehi satu anjakan baru dari pengundi Iban dilihat gagal. Aljibranya PAS belum berupaya menterjemahkan sokongan Iban secara total. Biarpun PAS sudah mampu mendapat undi dari Iban, namun ia belum mampu menewaskan penguasaan PBB yang dilihat mendominasi dari sudut sokongan untuk BN.



Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, usaha harus berterusan dan dilipatgandakan dan hasrat itu wajar dimulakan dari sekarang. Ini melihat penerimaan yang baik dari siri-siri kempen singkat PAS dimana ia sangat berhasil, cuma 'enak'nya belum benar-benar menusuk ke kalbu pengundi. InsyaAllah ! Di masa hadapan PAS pasti mampu menawan Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang mahupun di Tanjung Datu. Biarpun nampak sukar namun usaha yang beristiqamah mampu membuahkan hasil yang baik.

Selepas ini, banyak kerja-kerja lagi yang perlu diteruskan walaupun pilihanraya sudah berakhir. Kita lihat bagaimana DAP menawan kawasan Kuching. Mampus kapunden Barisan Nasional di Kuching. Usaha usaha tanpa kenal penat lelah telah membuahkan hasil yang lumayan kepada DAP. 

Post mortem kekalahan PAS perlu diteruskan, ambil pandangan petugas dengan telus dan adil, yang tak hadir bertugas di Sarawak juga boleh jua beri pandangan, dan pandangan itu janganlah pula dilihat bodoh dan bangang. 

Aku harap sangat post mortem dibentangkan oleh orang-orang yang mengambil pandangan sebenar masyarakat di Sarawak. Dan yang perlu duduk disitu adalah orang yang hadir di sini bukan duduk didepan PC dan juga tidak kepada orang yang hanya memberi pandangan bodoh dan bangang. Ini kerana banyak post mortem dihadiri oleh orang yang tak bertugas dan tidak hadir dalam kempen. 

Apa yang mereka tahu hanya melemparkan ayat ayat bodoh dan bangang. Terima pandangan orang PAS di Sarawak, dan itulah gambaran betul yang akan menunjukkan keadaan sebenar. [FZT]

Blogger@Sarawak : SEMASA 'baju lama udah luya dikena' ! Latest Result

8 malam : Keputusan Tidak Rasmi : BN 50 dan PR 21 
Snippets :
Pakatan gagal untuk menafikan BN kemenangan majoriti dua pertiga. Seperti yang dijangka, terdapat peralihan sokongan besar di kalangan pengundi Cina kepada pembangkang. Tetapi sokongan dari masyarakat Iban belum mencukupi untuk memboleh PKR merampas beberapa kerusi yang ditandingi di kawasan luar bandar.

albanjari | Beting Maro
Aku suka mengambil kata-kata Iban ini, " baju lama udah luya dikena " yang membawa maksud 'baju yang lama diguna sudah makin kabur sudaa..", harapan untuk Sarawak Baru. Dan harapan itu semakin menjadi kenyataan. Dominasi undi BN kian pudar dihati rakyatnya. Beting Maro, biarpun PAS kalah, namun calon PAS berjaya menambah undi daripada 1,901 undi (2006) kepada 2,578 undi hari ini. Pertambahan lebih 600 undi daripada PRN lalu. Keputusan tidak rasmi Beting Maro : KLIK DI SINI. SARAWAK-OFFICIAL: BN wins in Beting Maro with a 391 majority.


Dari apa yang aku lihat di Sarawak, PAS mulai hari ini wajar menjadikan semua DUN yang ditandinginya sekarang dijadikan 'anak angkat' PAS Pusat bagi persediaan PRN Sarawak untuk 5 tahun lagi. Usaha mengembangkan islam melalui PAS harus diusahakan secara berterusan. Alangkah hebatnya mulai sekarang akan berbondong-bondong ustaz-ustaz muda dan para ulama PAS dari Semenanjung mula berdamping erat di seluruh pelusok Sarawak.

Dan kehebatan islam dan syiarnya pasti mampu melahirkan sokongan yang padu untuk PAS dan andai berlaku kemenangan PAS kelak, itu merupakan satu bonus terbaik dari Tuhan untuk PAS dan pejuang-pejuang agamanya untuk islam lebih berkembang maju di bumi Sarawak. Walaupun kalah kita teruskan perjuangan. Islam pasti menang, Islam pasti cemerlang dan Islam pasti gemilang ! ALLAHUAKBAR !!



(*) Update Terkini Keputusan sedang dikemaskinikan di sini..! Sila RE-FRESH page ini.

Blogger@Sarawak - SEMASA : Result Terkini yang sengit dan mendebarkan !

TP | Kuching
Keputusan tak rasmi - PAS kalah di Beting Maro dengan Majoriti (BN) sebanyak 436 undi. Good fight..! Keputusan yang diluar jangkaan untuk pertandingan kali pertama di Kubu kuat BN. Tahniah dan syabas kepada para petugas PAS yang bertungkus-lumus sehingga masa terakhir semalam. TAKBIR !!



Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS gagal merampas kerusi Beting Maro dari BN-PBB. Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS gagal merampas kerusi Beting Maro dari BN-PBB.

N24 Beting Maro

PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi Rosak - 48 undi


89.63% pengundi di Beting Maro adalah dari suku Melayu-Melanau dan Iban. 7.9%

(*) PAS has lost all five seats which it has contested - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau and Beting Maro.

Blogger@Sarawak - SEMASA 4.30pm - Tidak Rasmi PRN Sarawak

[..] Andai Beting Maro ditawan PAS bermakna PAS bakal mencipta sejarah baru di Sarawak. Jika berlaku perubahan pemimpin malam ini,  apakah Iban akan menari tarian ngajat untuk menyambut kemenangan parti pembangkang. Iban semakin dekat dengan PAS, dan PAS jua semakin mesra dengan suku lain.Yang penting adalah jahanamkan BN.

Ketika BN menawarkan pelbagai ganjaran kepada penduduk Sarawak, rupa-rupanya masih ada lagi yang berani memangkah calon PAS. Kiranya benar PAS menang di Benting Maro, ramai-ramai kita balik ke semenanjung dengan hati membara, kita rampas pula Putrajaya. 

Seorang peguam muda sanggup melupakan kemewahan demi perjuangan suci ini. Melayu Melanau pasti bersama PAS dan perubahan sedikit dari Iban bermakna Barisan Nasional boleh berambus keluar dari Benting Maro.* Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi


N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi



Semasa – TIDAK RASMI PRN Sarawak
PKR dipercayai rampas N34 Krian daripada BN

PKR kini mendahului pengiraan di peti-peti undi awal bagi N18 Tebedu, N52 Tamin, N53 Kakus, N70 Ba’ Kelalan dan N58 Jepak. Ini merupakan kawasan-kawasan majoriti masyarakat Iban.

BN pula mendahului pengiraan peti-peti undi awal di N3 Tanjong Dato, N20 Sadong Jaya, N24 Beting Maro, N30 Saribas, N31 Layar, N32 Bukit Saban dan N57 Belaga. Ini merupakan kawasan majoriti masyarakat Melayu/Melanau. 

N57 Belaga, kawasan majoriti masyarakat Orang Ulu. PAS masih menaruh harapan di Beting Maro untuk kemenangan. DAP pula mendahului di N40 Meradong. 

* FZT : akan menyusul..

Blogger@Sarawak : Kebangkitan Massa menuju Sarawak Baru !

albanjari | Kuching
16 April 2011. Hari penting bagi Sarawak. Ibu-ibu dan bapak-bapak di seluruh Sarawak kian tidak sabar menanti hari keramat itu. Anak muda Iban, Melanau jua Bidayuh semakin 'bengis' menolak Pehin. Pehin seumpama satu fatamorgana 'ngeri' untuk rakyat Sarawak. Jika di kota Kuching, anak muda ada yang boleh 'muntah' bila disebut nama itu dikhalayak mereka. Itu realiti. Perubahan Massa yang tidak dijangka.


Lihatlah 'crowd' dari kebangkitan massa rakyat Sarawak. Pehin kian gementar. Terubuk Masin telah bertukar jadi Pehin Masin. Masinnya hingga langsung tidak upaya untuk menyantuni segala jasanya yang terpalit bersama kerakusan kuasa dan kezaliman kepada rakyatnya sendiri. Tanah-tanah adat jadi hak mutlak sendiri. Orang asal dihambat keluar dari bumi demi meloba kekayaan kroni. Pehin kini menuju ke fasa' jahanam' kuasa.

Jeritan ' Ubah' dan 'Sarawak Baru' bergema setiap hari, lantas mewarnai pasar pagi Satok yang sepi sebelum ini. Mereka merayakan demokrasi untuk segera menolak Pehin ke tepi kuasa. Kuasa rakyat ! Kuasa massa yang sangat digeruni.




Kibaran bendera BN jangan kamu cari di situ. Siapa bilang BN semakin teguh dihati rakyat Sarawak? Jangan bohong lah..! Bomoh-bomoh Pehin yang perkasa sebelum ini sudah kembali 'sakit'. Luluhan doa dan solat munajat seluruh orang islam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak buat jin-jin dan sihiran mereka menjadi debu mati kini. Iblis suruhan mereka juga jadi puing-puing jagung yang hangus terbakar.

BN semakin goyah. BN Sarawak minta nyawa sekarang. Kebangkitan Nasionalisma Dayak di bumi Sarawak begitu mengerunkan siapa saja, Najib jadi bingung. Pehin bungkam tersipu malu. Ragad yang jelita terkunci nafsu. "Sihir kunci mulut" kini jadi senjatan makan tuan buat taib.

Daulah islam semakin membiak. Sokongan kepada PAS semakin bertambah. Melanau, Iban kini semakin menjauhi parti BN yang disifatkan 'penjajah' baru yang merampok apa saja yang ada hampir 30 tahun. Ego besar  'James Brooke' BN yang punya bini lawa itu semakin ditolak rakyat. Itulah kehendak massa..!

Beting Maro dan Sebuyau semakin kukuh digenggam kemenangan. Usaha keras yang berbaki sehari ini diteruskan, azam yang tinggi begitu membulat untuk PAS menawan DUN ini dengan bergaya. Analisa blogger dari bilik, tidak ubah seperti syaitan bukit yang hanya gemar menyalak. Semangat ' Sarawak Baru' menolak kumal segala analisa jahat yang melemahkan hasrat 'massa' rakyat Sarawak.

Begitu juga Sadong Jaya, permata baru buat PAS. Batu bukit buat BN ! Blogger dari bilik boleh bungkus kain baju sekarang. Analisa kumal kamu tidak lagi releven. Analisa kamu sudah jadi Terubuk masin impot !

PAS dan jenteranya, kini begitu bersemangat, dengan semangat juang yang tinggi, biarpun pelbagai teori 'ramalan' diberikan oleh blogger dari bilik. Langsung tidak menjadi kudis yang menyakitkan ! Malah aku kagum kerna kerja kerja jihad untuk kemenangan PAS berterusan dipadu di situ.

Catatan pagi ini setelah melihat selama berada di Sarawak, aku yakin dengan janji Allah untuk islam. PAS akan menawan sekurang-kurangnya 2 DUN, dan insyaAllah Sadong Jaya akan memberi kejutan maha dahsyat. 

Sumber yang rapat dengan aku dari Semenanjung kini menyatakan seluruh negara bersolat hajat untuk kemenangan PAS di Sarawak. Ingat ! Munajat dan doa adalah senjata terakhir yang ada pada semua pejuang pejuang islam di sini. Harapan yang semakin gemilang biarpun dinafikan oleh musuh musuh islam. Semoga islam terus ber'syiar' di Sarawak. Yang jelas, Sarawak akan berubah.

(*) Catatan lewat dari bumi Sarawak.

Bloggers@Sarawak : Blog albanjari online cuba disabotaj lagi !

cubaan nakal mengalih ghaibkan blog albanjari online dari dapat dilayari berlaku semula hari ini. Kali pertama cubaan itu berlaku pada hari ke-2 selepas hari penamaan calon. 3 jam blog tidak dapat diaccess ketika itu. Dan trick jahat itu berlaku semula pada pagi tadi jam 9.58am dan dapat dipulihkan semula pada jam 10.34am oleh team IT.

Kerja siapa ? Stella, Fella, Kekdafailedlah, tapi hacker itu memang celaka.. !




Bloggers@Sarawak : Situasi Sarawak, awal pagi BN sudah cemas ?

Ia sedang bermula dan telah bermula..




Bonus buat Pakatan Rakyat di Sarawak
Perbalahan Najib dengan Taib Mahmud dalam menguruskan pilihan raya ini menjelaskan akan keserabutan dan kebimbangan mereka. Pertelingkahan itu katanya sampai ke saat saat akhir. Ketidak yakinan BN untuk menang ditunjuk segera dengan kehadiran bekas PM Mahatahir Mohamad untuk bikin 'last calling' terhadap pengundi Cina. Namun kehadiran Mahathir di saat akhir itu tidak banyak merubah suasana.

Apa yang akan berlaku hari dan apa keputusannya? ia tetap mengetuk hati setiap orang. Di sini saya tidak mahu menurunkan ramalan dan analisa saya tetapi cukuplah kalaulah saya mengatakan pilihan raya ini benar benar mengejutkan dan menggembirakan orang politik yang mahu melihat satu perubahan dan sikap baru rakyat Sarawak dalam politik. Diatas analisa terkini dari Zentrum.

Bloggers@Sarawak : Aku madahkan ini, tatap nyokong pambangkang !

" Kamu lihat muka aku inik? Pantang akuk.., bisa saja akuk jadik marah kaya inik. Aku mahu bapadah pada semua urang Sarawak di Beting Maro, Muara Tuang, Sebuyau, Sadong Jaya dan Tanjung Datu, undi PAS kali inik. Apa ?? Aku mahu undi laa ney..! Mampus sama ituk BN..!, "..selanjutnya baca dibawah.




Ayuh! Selamat Mengundi Rakyat Sarawak. Undilah PAS, DAP ataupun PKR ke arah perubahan mengembalikan maruah dan hak rakyat. PAS yakin rakyat Sarawak bakal membuat kejutan hari ini berdasarkan momentum terhadap kempen Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, sambutan di kalangan pengundi muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat begitu memberangsangkan sepanjang kempen diadakan. PAS bertanding di lima kerusi Dun iaitu Beting Maro, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Tanjung Datu. (perakite)

Bloggers@Sarawak : Bila Iban 'menangis', merintih, Jahanam untuk BN !

Bila Iban marah, jahanam BN hari ini ! Bila Bidayuh mukanya jadi merah, Taib boleh berambus sekarang. Pakatan Manang ! dibawah..


Sarawak dan buminya kini menyaksikan kesatuan rakyat sarawak berstatus 'mega' tidak kira bangsa apa pun, bidayuh iban, dayak, ureng ulu kini semakin bersatu hati untuk menumbangkan kuasa BN hari ini. Maaf aku tak dapat teruskan tulisan ini, bila Iban didalam video ini mula menangis membenci BN dan kezaliman Pehin.





BN menganjurkan acara terbesarnya semalam, dengan mengadakan konsert terbuka di Pusat Komersil 101 di Jalan Tun Jugah, yang menjadi lokasi beberapa pusat penjaja yang mampu menampung ratusan pengunjung setiap malam.

Iklan dalam sebuah akhbar menjanjikan cabutan bertuah, yang kemudian merupakan set TV dan persembahan hiburan oleh penyanyi terkenal dari Semenanjung.

Penceramahnya ialah barisan calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk Pending, Kota Sentosa, Padungan, Batu Lintang and Batu Kawah, berucap bersama dengan pemimpin BN dari semenanjung.

Bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor merupakan penceramah pertama, dan seperti biasa, menghentam PKR, tetapi dalam nada yang lebih lembut kerana mungkin beliau tidak biasa dengan hadirin dari kalangan masyarakat Cina.

Ezam menggesa mereka supaya menolak bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ramai pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu.

"Nombor pendaftaran parti saya ialah 007. James Bond," kata Ezam berseloroh, " Dan saya telah meninggalkan parti itu. Satu-satunya yang tinggal (antara pengasas PKR) ialah 001 - Dr Wan Azizah (Wan Ismail)".

Manakala ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong - calon BN bagi kerusi Batu Lintang, pula dalam ucapannya menghentam DAP kerana memutarbelitkan sebutan nama SUPP - seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina - sebagai parti orang utan. Ia kerana sebutan SUPP dalam bahasa Cina hampir sama dengan sebutan perkataan orang utan.
Bagaimanapun, agak sukar untuk mengukur sama ada hadirin turut berkongsi sentimennya walaupun Sih bertanya sama ada mereka juga marah dengan gelaran seumpama itu.

Tindak balas hadirin agak lemah, berbanding dengan di perhimpunan Pakatan, tetapi apa yang jelas ialah calon SUPP bagi kerusi Pending - pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian, mempunyai penyokong yang ramai.

Sejumlah hadirin kelihatan beredar selepas ucapan Sim, yang dianggap salah seorang calon terkuat, yang dibariskan oleh BN dan satu-satunya calon yang dianggap mempunyai peluang untuk menumbangkan penyandang kerusi itu dari DAP.

Kira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit seperti 'tin sadin' untuk mendengar ceramah anjuran DAP di tempat letak kereta pusat perniagaan kecil di situ.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penceramah utama yang berjaya mempersonakan para hadirin sebaik sahaja memulakan ucapannya. MK/-

Blogger@Sarawak : Fotofiksyen [PART 2] Nota perjalanan albanjari !

albanjari | Kampung Raba, Sebuyau
Naik Feri di Sungai Samarahan, Muara Tuang. (jarak dari bandar kuching, sekitar 15km) Walaupun jarak antara 2 tebing sekitar 30 meter, namun CM yang pernah menjadi wakil rakyat di sini, tidak pernah usahakan untuk bina jambatan. 


Yang ada cuma feri, yang dikatakan dimiliki kroni beliau. Dikatakan sewa harian adalah RM7000 dibayar oleh Kerajaan Negeri, tetapi tambang nak naik feri juga kena bayar. Kiri Sapu kanan pun Sapu. 


Aku tanya pemumpang feri warga tempatan, dia bilang 1 jam ada 4 trip jika air tidak surut. Lu bayangkan sekali feri jalan, kurang-kurang boleh kutip RM60. Setiap jam senang aja mau kumpul RM240. Ada 2 feri bagi services di situ. Sehari 12 jam operasi. Loorr..! Wang mudah untuk kroni. Setiap bulan boleh bikin senang-senang RM setengah juta. Itu pasal 'Perubahan' Untk Sarawak, bikin BN jadi sawan dan sasau !


Ramai bilang sama aku, jangan lupa rasa 'pau' Sarawak. Akhirnya aku berjaya juga merasa enaknya 'pau' Sarawak. Tapi 'pau' ini dibikin bagus oleh Melayu Iban. Rasanya sedikit masam, tapi enak. Maaf ! Taipan bandar Kuching juga ada berjualan 'pau'. Tapi 'pau' itu tidak 'mengenyangkan., tapi meletihkan ! Kerna ia tidak bisa boleh dimakan, sekadar boleh di'hisap'


Warga pendalaman di Sarawak. Foto ini diambil secara curi. Saat menanti suami-suami setia yang berjualan huma hasilan tanam sendiri. Sekadar meraih wang yang tidak seberapa. Isteri duduk mencangkung, letih barangkali. 


Perjalanan menyusuri denau dan kota di bumi adat sangat mengujakan. Bagai macam nama dapat dilihat. Kadang ada jua nama tempat itu serupa seperti yang ada di Semanjung. Aku suka dengan nama kampung ini.


Ketika melalui kampung itu, mataku liar mencari. Mana tahu ada penduduknya bisa aku kongsi akan makna yang hebat dimata orang 'asing'. Raba itu merujuk kepada kerja-kerja 'kontraktor' meratakan bulu roma kah? Oh..tidak ! Benar sungguh..disaat siang, aku juga te'raba-raba' mencari penduduknya yang tidak kelihatan seorang pun. Mungkin mereka sedang men'gongsi' dirumah, sedang meraba-raba juga. Raba yang 'sedap' ! Siapa tahu..?



NEXT : Blogger@Sarawak : Fotofiksyen [PART 3] Nota perjalanan albanjari !
(*) Catatan lewat dari Sarawak

Bloggers@Sarawak : Syiar islam jadi hebat di era Taib Mamut !

albanjari | Seruyuk, Sarawak
Tunggu paparan eksklusif di SINI awal pagi esok, tentang hebatnya syiar islam dikembangkan oleh Pehin di bumi Sarawak. Apa kaitan masjid ini ? Mengapa masjid ini terpagar dengan bendera BN ? Sangat mengejutkan. Hebat Pehin, 30 tahun dia memerintah..! Ketua Agama Islam Sarawak ? Murtabak punya type mamut ! Tunggu esok !




Blogger@Sarawak : Fotofiksyen [PART 2] Nota perjalanan albanjari !
Bahagian 1 - KLIK DI SINI

Blogger@Sarawak - Broadcast : The Fight for Sarawak !



berita penuh dari australian broadcasting corporation (ABC) yang menceritakan secara lebih mendalam kegiatan taib mahmud sepanjang 30 tahun menjadi ketua menteri sarawak di sini : THE FIGHT FOR SARAWAK - ABC



Transcript : LEIGH SALES, PRESENTER: This weekend one of Asia's longest-serving and most controversial politicians is seeking re-election. 74-year-old Abdul Taib Mahmud has ruled the Malaysian state of Sarawak for 30 years, turning it into an industrialised economy, mostly by exporting timber and palm oil. But that's come at the expense of the country's fabled rainforests, attracting international condemnation. Even though Taib Mahmud is almost sure to be returned to office, an unlikely duo's leading a growing global campaign against him. Mike Sexton reports.

MIKE SEXTON, REPORTER: Every day in a flat in the heart of London an unlikely duo broadcasts to an audience on the other side of the world. Behind the microphone is Peter John Jaban, the grandson of a head-hunter from the jungles of Borneo and behind the scenes is British investigative reporter Clare Rewcastle-Brown, sister-in-law of former British Prime Minister Gordon Brown.

CLARE REWCASTLE-BROWN, RADIO FREE SARAWAK: We make a very good pair. We care about the same things.

MIKE SEXTON: Together they run Radio Free Sarawak, a tiny operation campaigning against one of Asia's most successful politicians, the Chief Minister of Sarawak, Taib Mahmud, whose business empire reportedly stretches across the globe, including Australia.

CLARE REWCASTLE-BROWN: I would describe him as a dictator in all but name. He utterly controls Sarawak. He and his family own anything that's worth owning in Sarawak. They first brought everything into government monopoly and then privatised it into their own possession.

MIKE SEXTON: Sarawak lies on the island of Borneo and is the largest state in Malaysia. Before independence in 1963, it was a British colony and among the expats living there was the Rewcastle family.

CLARE REWCASTLE-BROWN: I was born in Sarawak and grew up there, spent my early childhood there and so I have very happy memories. And I remember a beautiful jungle that was my home and wonderful people that were my first friends.

.. and more [ HERE ]

Blogger@Sarawak - Pra-Analisa : Kerusi Panas Sarawak !

 
28 kerusi panas jadi tumpuan di Sarawak

Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

Ia diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada 19 kerusi 'hitam', 16 kerusi ditandingi SUPP - lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu.

SUPP diramal akan kehilangan kesemua 13 kerusi yang ditandinginya berdepan dengan calon DAP - Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (semua di Kuching), Repok, Meradong (kedua-dua di Sarikei), Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (semua di Sibu), Kidurong (Bintulu), Piasau and Pujut (kedua-dua di Miri). Manakala PKR pula dijangka memenangi lima kerusi. Antaranya ialah dua kerusi majoriti Cina - Batu Lintang (Kuching) dan Senadin (Miri).

Tiga kerusi lagi ialah Ba'Kelalan - kerusi majoriti Orang Ulu - sementara Lingga and Saribas merupakan kerusi majoriti Melayu-Melanau.

Keseluruhannya, DAP dijangka memenangi 13 kerusi, PKR (lima kerusi) manakala PAS boleh mencatatkan kejayaan memenangi kerusi pertamanya di Sarawak - Beting Maro.

Manakala SNAP pula tidak dijangka memenangi sebarang kerusi di 27 DUN yang ditandinginya. SUPP mungkin kalah di 18 daripada 19 kerusi. Dengan tinggal satu hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, terdapat sembilan kerusi 'kelabu' yang dianggap 50-50.

Simanggang dan Bengoh ditandingi oleh SUPP, dan kedua-duanya mungkin masing-masing dimenangi oleh DAP dan PKR. Oleh yang demikian, SUPP mungkin mengalami nasib yang sama menimpa Gerakan di Pulau Pinang. Ia boleh kalah 18 daripada 19 kerusi yang ditandinginya, kecuali di DUN Opar yang merupakan kerusi majoriti Bidayuh.

Semua orang kuat parti itu, termasuk bos SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan ketua SUPP, Wong Soon Koh, mungkin kecundang.

Sementara itu, PBB pula mungkin kehilangan tiga kerusi (Tarat, Nangka dan Bukit Kota), manakala partu komponen yang lain - SPDP - boleh hilang tiga kerusi (Ba'Kelalan, Tasik Biru dan Batu Danu) dan PRS pula mungkin kehilangan satu kerusi (Belaga).

Blogger@Sarawak : Stella..! Tolong aku..!

albanjari | PANAS BERAPI
Dia sudah 'gelabah' ituk. Jombrolnya makin kelihatan. Tenat sampai ke 'titik'. Massa rakyat makin kuat untuk bina "Sarawak Baru". Janji dia untuk 2 tahun bah..! Mari kita ramai-ramai ketawa. Ingat lagi janji dia dahulu? Apa rakyat Sarawak mahu lagi percaya sama ini orang ? Janjinya ada di SINI. Baca yaa..! Janji seorang Pehin yang 'terlampau' !

Jika McDin's baca itu janji dia punya KM buat, mahu muntah hijau dia. Atau ketawanya bisa didengar langsung hingga ke Betong, 400 km dari bandar Kuching ini. Sudah-sudah laa..type ! Tak cukup lagikah kuasa yang kamu pegang selama 30 tahun ? Atau kamu malu sama mertua ? hahaha..!




Blogger@Sarawak - BERAPI : Gara-gara wajah ' peh mo', SUPP jadi bebal !


SUPP berang apabila disandingkan dan digandingkan dengan Peh Mo. Presiden SUPP dan calon Piasau, Tan Sri Dr George Chan serta dua calon parti itu berang dengan meminta DAP melalui peguamnya supaya menanggalkan papan iklan itu ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

Amat malang bagi Taib regu politiknya sendiri tidak mahu digandingkan bersama. Mereka menganggap muka Taib 'sial' dan 'sueh' di kalangan pengundi dan akan membawa malang yang lebih besar kepada SUPP. Tak terperasankah Taib tentang hal itu!!

DAP enggan menurunkan papan iklan tersebut dan mendakwa mereka tidak memfitnah sesiapa. DAP berkata mereka betul kerana George Chan sememangnya sayangkan Pek Mo daripada rakyat Miri sendiri.

(*) Saya Sayang Pek Mo (Pek Mo - Tok Uban) dalam bahasa Hokkien iaitu gelaran popular Taib Mahmud di kalangan masyarakat Cina Sarawak.

Wak : Kasihan kamu ! Bukan saja orang Sarawak makin menolak kamu kini, malah SUPP yang satu kelambu dengan kamu juga jadi 'geli' bila lihat papantanda itu. 

Nasib YB BN di Sarawak : Dulu YB di'segani', sekarang YB bakal di'habisi' !

Ketika baru berkahwin pada hujung tahun 1980-an, aku diajak mengunjungi keluarga sebelah isteriku di Merapok, dalam daerah Lawas, Sarawak. Kebetulan ketika itu Sarawak sedang menghadapi pilihanraya negeri.

Yang menarik perhatianku pada ketika itu ialah keluarga isteriku dan orang kampungnya sibuk mengutip duit dan membuat kerja gotong royong. Mereka menyembelih kerbau, menyediakan makanan dan minuman serta mengadakan jamuan untuk meraikan 'YB' mereka.

Sedihnya, 'YB' yang mereka raikan sebenarnya bukanlah 'YB' lagi (kerana DUN telah dibubarkan) tapi calon BN yang datang ke kampong itu untuk meraih undi. Calon 'YB' itu pula hanya datang ke kampong itu pada setiap kali berlangsung pilihanraya! Kasihan penduduk berkenaan. Kalau di kampong aku, pada musim pilihanrayalah orang kampung minta bermacam sumbang daripada calon BN. Tapi di kampong itu calon BN pula yang dijamu dan raikan sedangkan mereka datang untuk berkempen.

Tapi itu dulu, tahun 1980-an. Bagaimana pilihanraya kali ini ini ? Masihkan orang Sarawak macam dulu? (sumber TT)

Klip video dibawah diproduksikan oleh team TP di Sarawak. Aram Meh Kitai Berubah..!


Blogger@Sarawak - Bila si'tolol' yang dihantar, BN semakin sawan !

albanjari | Kuching
Gomo bilang, sapa kata Kapit mundur ? Maka dengan tolol dia tunjukkan foto-foto betapa majunya Kapit. Tak cukup dengan deretan kedai, disumbatnya foto-foto masjid, gereja, bangunan pentadbiran kerajaan dan bla..bla..blaa.. ! Tunjuk gambar, tapi disebaliknya..tolol nak mampus !

 

Terhina orang Kapit, terhina orang Sarawak, rupanya rakyat Kapit digambarkan duduk di Pusat Pentadbiran bandar Kapit dan bukan di rumah panjang yang uzur lagi sempit, dan ada rumah yang didiami bakal menyembah bumi.

Kesian type memut. Blogger UMNO yang partinya tidak ada cawangan di Sarawak benar-benar menyusahkan type memut. Banglo besar yang lu papar itu bukan milik orang asal Sarawak. Itu taikon-taikon balak dan kroni type memut yang punya, kalau nak tolol, tolol sensorang sudahlah, jangan kamu heret orang Iban, Bidayuh, Melanau Sarawak yang miskin jadi tolol sama macam kamu !


Type memut semakin hari semakin berganda sumpah seranah dari rakyat Sarawak. Itulah, bila sitolol yang bikin kerja..semua nampak tolol. Nasib baik kempen pilihanraya sekadar 10 hari. Jika 100 hari, mahunya dengan type memut pun jadi tolol akibat berita yang dibawa oleh blogger-blogger 'haram' dari UMNO ini.

Aku jadi ketawa bila pekerja motel ditempat aku menginap berkata, rakyat Sarawak kata ini rupanya kerja Barisan Nasional, kata tak ada duit tapi membina mahligai dan beberapa penempatan untuk bangsa lain.

Lantas aku kata apa cagaran kamu ? Lihat ini simbol. Kami pasti menolak lambang BN kali ini ! Itu pasti bah..! Malah turut meminta aku menyenaraikan beberapa portal dari Pakatan Rakyat buat bacaan rakannya yang lain. Ciberboron yang berada di samping aku juga turut teruja. Orang muda sudah berpaling menyokong PKR dan PAS. Biarpun berbeza agama, parti Pakatan Rakyat menyatukan mereka membuat 'perubahan' untuk Sarawak Baru.



BN terus menemui jalan buntu di Sarawak, PBB belum mahu memberikan senarai nama bagi pengganti type memut ! Pemeras nombor wahid, trillionaire di dunia. King white hair masih mahu meneruskan pemerintahan.
"Jangan kasi malu sama aku. Nanti apa mertuaku akan kata di Beirut, jika aku ini kamu minta undur ! Sarawak ini aku yang punya "
Najib juga buntu. Mahyuddin awal-awal kempen lagi sudah cabut. Jika ada bomoh handal, mona fandey..dulu itu, pasti UMNO Semenanjung pertaruhkan demi melembutkan hati type memut. Tapi apakan daya, mona fandey, si bomoh handal orang politik UMNO itu juga sudah jadi tanah.

Sekian masa yang ada, semakin sikit dan genting. Apa saja jalan penyelesaian dilihat semakin sempit. Penguasaan kuasa regim mesti dikekalkan. 

Sudah pelbagai nama telah dicoba diberikan kepada Najib, namun type memut sudah kerat 3 nama-nama itu di tengah jalan. 

Kalau ikut bomoh stella, mau saja disuruhnya kerat 40 kali itu nama. Nasib baik type hanya tanya sama si Ragad Waleed Alkurdi. Hahaha..!

Kini blogger UMNO pula cuba mencanangkan pelbagai nama, blogger UMNO yang tolol sudah tahu bahawa type memut tidak akan meletakkan jawatan. Lalu mereka itu mereka-cipta pelbagai nama untuk mengaburi mata rakyat Sarawak yang semakin membenci BN yang durjana. Pelbagai tektik cuba dimainkan oleh blogger UMNO yang tolol lagi bangang. 

Semakin terlihat kegusaran penyokong BN kerana kegagalan yang dimainkan oleh berita-berita dari blog tolol, hingga terpaksa menyihirkan beberapa portal dan blog Pakatan Rakyat dari dapat dilayari pembaca dan rakyat Sarawak.

" Najid dah mengusulkan beberapa nama kepada type memut untuk memastikan mereka terus mendapat mandat rakyat Sarawak, rakyat Sarawak tertanya tanya bagaimana BN masih tiada nama ganti kepada type. Sedangkan semakin hari dan jam, BN dilihat semakin dimuakkan oleh rakyat Sarawak.  

Kesian Najib terpaksa berada di Sarawak dalam tempoh yg agak lama. Misi yang belum selesai,  bukan satu kerja mudah untuk memujuk type memut mengundurkan diri dan menyerahkan kuasa kepada orang lain. Apa jua petunjuk dan nama-nama yang diberi, harus tidak.., WAJIB menjalani proses tapisan dan audition daripada bomoh-bomoh type memut yang sentiasa berlingkar disetiap menit hidupnya. Jika kata bomoh itu tidak bagus, mampus nama itu tidak akan dipersetujui oleh type. Mampus kapunden kering jaa disitu !

Apa yang jelas kedegilan type memut terus menimbulkan keresahan pemimpin Barisan Nasional di Pusat. Tumbang di Sarawak bermakna BN terpaksa melupakan Putrajaya. Sarawak 4 Change semakin mendekat. Kini, rakyat Sarawak semakin bersemangat untuk lakukan 'Perubahan'. Sarawak baru. Baru Bian bakal akan ditabalkan. Simbol baru nasionalisme Sarawak. 

Blogger@Sarawak - Video : Cina Islam in good moved, Miri. Cool !!!

albanjari | Miri
Siri kempen yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat berterusan mendapat tempat dihati orang-orang Sarawak. Setiap siri ceramah padat dan sesak dengan rakyat Sarawak yang mahukan perubahan. YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah telah berceramah dihadapan lebih seribu penyokong di bandar Miri lewat beberapa hari lalu. Dibawah kandungan yang dipetik dari ceramah. Bravo !! 




Blogger@Sarawak - Fotofiksyen : Nota perjalanan albanjari !

albanjari | Kuching

Malam-malam di bandaraya Kuching sering saja bikin aku jadi dingin. Hujan kini tidak menentu turun. Siang juga sering mendung. Pandangan malam ini aku petik dari jendela kamar.., tempat aku bikin berita. 



Berita tentang Sarawak. Sarawak yang domba perubahan ! Jangan fikir aku menginap di hotel besar, bujetku bukan bujet yang ditanggung BN. Aku harus berdikit-dikit berbelanja. Biarpun sekeping roti canai kosong yang nipis harus dibayar RM1.80 sen di kota bandaraya ini. Kota yang menghalau 'ebet-ebet Iban jua Bidayuh' jauh ke dalam hutan.


Setiap malam, bila pamit saja dari gelandangan. Disitulah aku memandang jauh dari bundarnya mataku, dibalik tirai yang tidak wangi. Bau tilam yang jika dicium lama, boleh memuntahkan segala isi dari perut sendiri. Busuk..! Ahh..! Apa aku peduli, aku menulis bukan dengan tilam ! Kecuali Pahin itu..tanpa tilam, mana mungkin sejelita (disebelah) mahu enak 'bermain-main'.

Motel tumpangan ini, cukup untuk aku mencatat pengalaman dan berita. Line WIFI yang disaji tip top. Lebih laju dari Celcom broadband yang aku bawa bersama. 


Cuma, kadangkala..keseronokan menulis sering saja terganggu. Bilik motel ini tidak 'kedap' bunyi rupanya. Maafkan aku. Kerana kadangkala mood menulis aku ter'barai' apabila mendengar rasukan berahi dari dinding bilik sebelah. Ada 'urusniaga' sedang diurus ditepi kamar bilikku. Patutlah bau gambir sarawak, terkadang menerawang menusuk-nusuk bau nya ke lubang nafsuku. Hingga telinga aku yang mendengar jadi 'kebas'. Cilakak ! Tempat ngetest' gambir rupanya.


Aku suka dengan foto ini. Aku suka dengan semangat yang ada disetiap 'olahan' ori dibaju sendiri. Hebat PAS. Bukan mudah baju D.I.Y ini mahu dicari. Maaf, baju-baju versi ini tidak dijual di Kuching Water Front. Jangan jadi gila mencari disitu. Kecuali jika kamu mahu mencari daging 'hidup'. Melambak ruai ter'sidai'. Hanya bawa RM, kamu bisa saja mencoba ke'jantan'an kamu selama mana kamu suka. Ubat 'kebas' juga tersedia dijual. Musim pilihanraya ini, pasti urusniaga yang di'urus' menjadi ganda-ganda lakunya. Amoi import juga dapat dilihat.  Urusniaga yang membawa terus ke 'neraka'. 


Muara Tuang. Kak Ani apa khabar ? Sejak beberapa hari ini, Kak Ani itu dilihat semakin cergas. Cergas dan sihat menemui pengundi di DUN yang hebat dengan 'jin' dan ilmu sihir bomoh upahan type. Nampaknya, bomoh sihir pula jadi 'kendor'. Mungkin tidak tahan 'panas' hasil serangan 'ghaib' para alimin yang tidak tidur bermunajat. Bukan saja pukang-pukang jin yang lari, dengan bomoh juga bertempiaran lari. Awas..! Hantar duit tak pa..jangan kamu hantar 'sihir' atau jin ke sini. Kering terbakar kamu nanti ! 



Kg. Boya Ledang, Asajaya 
Politik Sarawak ini dikira unik. Melungsuri lorong-lorong kampung Iban di Kg. Boya Ledang buat hati jadi tertawan. Bukan tertawan kepada anak-anak gadisnya yang dikira cantik dan putih mulus. Jangan dimulakan hasrat yang tidak ada tepinya itu. Akrab mereka biarpun berbeza parti, tidak menjadi soal yang besar. Jangan terkejut jika anda temui rumah yang punya bendera bagai dan macam. Bendera PAS dan BN bercampur-campur diikat ke dinding rumah yang separuhnya hampir rebah ke bumi. Tapi itulah yang berlaku di Sarawak. Mereka meraikan demokrasi ala Sarawak. 



Di musim raya demokrasi ini, tidak akan berlaku 'parang terbang' Iban atau kepala putus dibadai lembing Bidayuh. Hidup mereka sekata dan merdeka. Bersama hasil dari tananam tanah asli, hidup harus diharung dengan sasa keringat sendiri.  

Aku punya kesempatan menjamah nenas Sarawak yang ditanam sendiri oleh suku Iban di situ. Rasanya yang manis, tidak langsung tercium bau 'racun' Cameron Highland. Jika mahu, hanya RM2 sebiji dan bisa terus dikupas mereka untuk dimakan begitu sahaja. Limau jajaannya jua manis dimakan. Jika mahu, RM5 ringgit bisa saja, beroleh 6 biji. Jika pandai berbahasa Iban mungkin lebih dari itu jumlah yang kamu dapat. 

Buah-buahan kampung yang enak dimakan. Aku jadi suka. Tampak puas lagi semulajadi !


Dibawah ini huma yang aku lihat disepanjang bahu jalan , saat aku gelandangan menuju arah yang aku sendiri tidak tahu mahu kemana. Tapi aku sedar, aku sudah jauh meneroka ke perut negeri Sarawak ini yang beratus km dari bandar Kuching. Pantasnya aku bilang ,bahwa aku kini benar-benar berada di wilayah pendalaman Sarawak.


Uniknya padi huma. Sumber kanji utama urang Sarawak di pendalaman. Biarpun ada kekangan dari kerajaan zalim type anak mamut, yang hanya memberi 300 butir anak padi setiap se'urang' buat bertani, huma tetap hijau disetiap pelosok daerah pendalaman ini. Hingga hijau daun-daun padi huma itu menerjah terus kepada ikutan warganya menyintai warna parti Islam PAS kini. Nah..! Tumbuh lagi cawangan PAS di situ buat mengkojolkan penguasaan BN dan hegemoni Melanau. 




Aku namakan 'puyu' ini sebagai puyu rimba. Kerna ia ditangkap jauh dipendalaman Sarawak. Besar ikan puyu ini sebesar tapak tangan urang dewasa. Dijual hidup dipasar-pasar Iban. Apapun hanya pasar ini aku temui. 3 ekor dijual dengan harga RM5. Jangan macam-macam, ini bukan ikan puyu yang diternak dari kolam kumbahan, yang makanannya adalah dari 'sisa' kamu sendiri. 


Setiap karung ikan-ikan puyu ini dijual hidup. Ada jua dilihat beberapa bungkus terisi dengan ikan haruan. 



Dan urusan geladangan aku terhenti di pekan kecil ini. Ada sesuatu yang 'unik' perlu aku tuliskan dari penemuan perjalananku yang panjang berkenaan pekan mati ini. Tunggu sambungannyananti yaa..dari galur perjalanan ku di bumi Sarawak. Bersambung..!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |