PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

901 (5) - Najib keluar negara, ketika Anwar diambang 'bala' !

Menghampiri 901 najib terbang ke afrika selatan. Skrip yg sama ketika mahathir jadi PM. Mengamati gaya DSAI sekarang - juga dari hasil kajian, zaman dulu zaman Nabi2 mereka selalu buat ceramah then mereka akan rapat dengan pengikutnya dan gaya penceramah yang dekat dengan pengikutnya akan memberikan satu rasa dan aura yang gila.

Thats why "Obama" menang. Dia tiru gaya dekat dengan penyokongnya time beri ceramah dan baru2 ini sebelum menghadapi 901 banyak roadshow DSAI, beliau tak lagi berada di pentas, sebaliknya dia turun dan mendekati sehingga berjalan ke arah penyokongnya dengan dekat sekali., gaya beliau sungguh berlainan., sesuatu akan berlaku jika ditakdirkan PRU13 mac ini Malaysia akan berubah dari segi pentadbiran! Insyaallah.

Bonus foto dibawah majlis solat hajat yang diadakan pada pagi tadi.



(HOT) Beri aku 1 anak muda, akan ku guncangkan dunia !

Gegaran Tidak di Duga Bagi sesetengah kita, anak-anak muda hanyalah budak hingusan yang semangat seketika dan apabila mereka meninggalkan alam pelajar semua semangatnya dan idealismanya akan ditinggalkan dibelakang. Namun bagi saya yang pernah melalui zaman 'kuasa pelajar' saya melihat ianya adalah pembentukan identiti perjuangan bagi pelajar yang jika dipupuk dengan baik akan menjadi gegaran kepada pemerintah yang boleh tumbang dengan skala gegarannya.

Kerajaan komunis terbesar seperti China turut merasai gegarannya di Tianemen Square hasil kebangkitan mahasiswa yang berani mencabar pemerintahan kuasa besar itu. Di Mesir, kebangkitan yang dikenali sebagai pemberontakan tanpa ketua digegarkan oleh anak-anak muda. Di Indonesia sebelum ini anak muda mahasiswa yang jadi korban untuk bangkitnya reformasi di Indonesia. Anak-anak muda ini tidak boleh dipandang remeh, jikalau tidak masakan mereka mampu mencabar pemerintah yang dengan segala aparatusnya cuba menginjak kebangkitan mahasiswa.

Malaysia pada tahun 70an menyaksikan kebangkitan anak muda dari kalangan mahasiswa dan pelajar mencabar kegagalan pemerintah menyelesaikan soal kemiskinan dan peminggiran masyarakat petani di Baling, Kedah. Buat pertama kali, Mahasiswa di bawah pimpinan Anwar Ibrahim ketika itu mengirim isyarat yang jelas bahawa kami mahasiswa memerhatikan anda.

Episod perjuangan Mahasiswa selanjutnya dikengkang dengan dengan adanya AUKU kerana pemerintah tahu bahawa jika dibiarkan suara mahasiswa terus bersuara peristiwa Baling dan seumpanya akan mengancam pemerintah sekali lagi. Sejak itu diperkenalkan AUKU dan kerananya pelajar diperkasamkan dan ditempoyakkan sehingga aktivism kampus menjadi mondom.

Penglibatan pelajar dengan politik dianggap taboo dan mesti dibersihkan. HEP menjadi mata dan telinga pemerintah untuk memastikan pantang larang politik dikawal sehingga HEP yang sepatunya menggalakkan perkembangan menyeluroh pelajar menjadi pusat SB dan kepentingan politik pemerintah untuk memastikan tidak berlaku gegaran yang membahayakan.

Sewaktu zaman malap menguasai kampus, hanya Pas dilihat senantiasa memastikan aktivism pelajar diberi suntikan melalui interaksi kader-kader Pas di kampus dengan kepimpinan parti. Tidak kurang juga kader-kader Pas yang dibuang kampus dan diambil tindakan disiplin kerana penglibatan mereka dalam mencipta gegaran-gegaran berskala kecil untuk menyatakan kepada dunia, bahawa kami Mahasiswa masih bernyawa dan mengumpul potensi.

Zaman reformasi di penghujung 90an telah menyuntik semangat baru kepada gerakan pelajar di mana secara tidak langsung reformis menyebut tentang perlunya AUKU ditarik balik. Isunya hari ini ialah kebebasan intelektual dan penglibatan pelajar dalam membentuk wacana kebebasan yang menjadi tonggak perjuangan era reformasi.

Pada saat ahli-ahli politik PR menerjah tembok kuasa yang memenjarakan jiwa merdeka rakyat, tiba-tiba kita digegarkan dengan tindakan pelajar yang bernama Adam Adli menurunkan bendera berwajahkan Najib Tun Razak di Pejabat Agung UMNO. Perbuatan itu berlaku dalam perarakan pelajar untuk menyerahkan memorendum mendesak kerajaan menghapuskan AUKU.

Adam tiba-tiba menjadi perhatian oleh sipemuji dan sipengkeji, kata kesat dan mulia bercampur baur dalam suasana Gerakan Mahasiswa mahukan perhatian dan cetusan kebangkitan. UPSI yang kurang menyerlah aktivism pelajarnya sebelum ini tiba-tiba diperkenalkan oleh Adam. Rakan-rakan Adam yang lain seperti Safwan dan lain-lain memilih untuk jalan berisiko demi membebaskan Mahasiswa dari cengkaman AUKU. Mereka bukan berani sebenarnya, mereka mempunyai nilai pengorbanan yang tinggi sehingga mendorong mereka melakukan apa yang mereka lakukan.

Semalam saya berkesempatam bertemu dengan ibu bapa Adam yang kebetulan saya kenali sebelum ini dalam pertemuan secara tidak terancang di Kawasan Rehat Tapah. Adam yang ada sama dalam pertemuan tempoh hari bersembang-sembang dengan saya dengan penuh minat tentang gerakan mahasiswa. Saya sempat memberi kata rangsangan kepadanya untuk cekal dan teruskan perjuangan, saya tidak sangka budak Adam yang saya jumpa tempoh hari telah menggegarkan Malaysia dengan keberaniannya.

Adam nama yang ada makna berbagai, ia satu permulaan, ia satu harapan, ia satu pengorbanan dan ia satu cabaran, malah tanpa nama Adam tidak adalah kebangkitan. Mungkin juga itulah doa bapa dan ibunya supaya Adam hidup dengan namanya untuk berbakti kepada gerakan Mahasiswa. Bung Karno pernah berkata: 'berikan aku 1000 orang tua akan ku cabut semeru dari akarnya , berikan aku 1 anak muda nescaya akan ku guncangkan dunia!'

sumber - blog Mujahid Yusof Rawa

901 (4) - Puihh...Puihh..untuk kaki kemut lobang najis !

Asang Ali silap. Perhimpunan 901 bukan untuk bebaskan Mat Nuar. Asang Ali jangan silap bukak kitab. Asang Ali kena bukak balik buku tawarikh. Asang Ali kena tau, hikayat melawan, hikayat perjuangan, separuh daripada lokasinya ialah penjara. Ada brani?

Perhimpunan 901 cuma nak bagi tau satu dunia bahawa:

1. Air lendir si Saiful Baukari sendiri pun pernah ada dalam lubang najisnya!? kahkahkahkah...

2. Budak Saiful Baukari ni memang bermasalah, siap boleh pekena kopi O dan karipap selepas kena tala. Kahkahkahkah...

3. Saiful Baukari Azlan telah menyumbatkan lubang najisnya dengan plastik, dan

4. budak Saifool ini memang bodoh-bodoh alang, jenis sengal, , jenis sangap, cukup haramjadah sebab pernah dia tak basuh berak 2 hari. Suwey!!! Cheh!! Phuii..!

BACA TERUS PULA KE SINI

901 (3) - Jumpa 'kapunden' isnin ni ramai-ramai kita puihhh..puihh !

Boleh berhimpun, tapi takleh bawak banner, tak leh ucapan awam, bising......nie bukan berhimpun/demo...nie tafakur untuk orang mati ker.....bangang !

Bagus tu ! Jika ada sekor dua yg hadir esok jadi mcm 'kapunden', senang nak belasah, sah-sah tu provokasi dari SB-SB atau upahan Pangludah untuk nampak himpunan 'ganas', ! Puihhh...Puihhh !!

BACA SINI DAN DI SINI juga !

901 (2) - 10 syarat polis yang perlu dipatuhi


10 SYARAT paling rare dari bapak-bapak pulisi untuk rakyat membela DSAI isnin ini, tak kisah laaaa janji boleh 901, dan sila lupakan SMS yang mengajak peserta berkumpul di mana-mana lokasi selain di Parking Kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur.

1) Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2) Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3) Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4) Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5) Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6) Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7) Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8) Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9) Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10) Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Anwar: Pakatan akan dapat lebih sokongan jika saya dipenjarakan !

Hujah paling busann tentang DSAI menjelang 901 ? MESTI BACA !!

Zul kaki kompang kuat menulis - " Betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!

Tarikhnya makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini, hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!

Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!

Sebab itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012 Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP, PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!

Sebab ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka!

Masadepan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap! Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!

Sebab itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya. Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa melalui politik jalanraya!

Persoalannya, adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah Jalanraya?

JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT! 

Telitikan pula hujah dibawah dengan pelecehan kaki kompang diatas. BACA HABIS yaaa..!!



BACA INI PULA ! - Cerdiknya Anwar berjaya menjerat musuhnya !!! baca dan sebarkan kenapa perlu BEBAS ANWAR 901

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak. Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil . Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan opsyen yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu.

Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut . Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh. Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar . Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.

Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil.

Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya. Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib , Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual.

Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik Hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.
.
Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi- saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara )

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah. Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini. Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan
.
Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya. Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu. Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'. Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan sehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar. Syabas Anwar !

ABOagro (Siri 4) - Stevia itu bukan Sabariah mak hang oi !

albanjari Wak Kebun
5 Jan 2012

Stevia. " Tanamlah beberapa pasu dilaman kediaman anda "

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka.

Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes.

Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti. Begitulah sedikit panjang mukadimah ABOagro kali ini.

Pandangan baik kajian Stevia.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia.


Cara penanaman

• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air, pH tanah pula 5.0 - 8.8 dan suhu ialah 16 - 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis organik. Boleh gunakan tanah kompos yg ada dijual dipasaran, dengan sedikit modifikasi.

• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten. Langkah paling selamat beli anak stevia yg berumur 20 hari  daripada pembekal yg dipercayai. Lihat contoh anak pokok di tepi ni.

• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. 

• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3 bulan di tanam. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.

• Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan. Dibawah beberapa eksperimen berkaitan kesesuaian tanah dan tempoh penerimaan cahaya matahari yg dilakukan oleh ABOagro. Usia pokok stevia dibawah 35 hari.


Antara ciri-ciri stvia ialah;

1. Pemanis semulajadi
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3. Melawaskan kencing
4. Menurunkan tekanan darah
5. Membunuh bacteria
6. Membunuh kulat
7. Membunuh virus
8. Mengurangkan keradangan
9. Alat bantu untuk menurunkan berat badan

* Akan datang disegmen ABOagro - Pokok Herba dan khasiat daun pokok Kelentit Kering

(1) Local Agenda@ABO - Zambri 'metal' calon BN di Parit Buntar ?

Najib akan turun Parit Buntar 14 Januari ini. Persiapan menyambut PM 1Mesia sudah mula dilakukan sejak minggu lalu. Pekerja Majlis Bandaran, kontraktor umnuuu..dan mca sibuk di tapak utama sambutan. Wow..hebat giler persiapan itu. Mentelah kehadiran najib itu juga akan turut disertai bersama-sama lembu-lembu, kambing, ayam dan tumbuh-tumbuhan.

Orang Parit Buntar kena ucap terima kasih sama itu zambri. Tanpa zambri bukan mudah nak bawa najib datang ke Parit Buntar. Tanpa title 'orang' najib belum tentu najib akan buang masa turun ke situ. Itulah hebatnya jika jadi 'orang-orang' najib. Syabas najib kerna bersetuju memenuhi jemputan orang-orang sendiri. Zambri kan orang Najib !

Dan pada tarikh itu juga najib akan penuh gagah merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan 2011/2012 di Parit Buntar. Wow..! Hebat sungguh sekarang Parit Buntar. Acara besar yang dah jadi rutin dibuat sejak puluhan tahun di tapak kekal di Sg. Siput telah berubah ke Parit Buntar, pasai apa ? tentu ada pasal ..!

Tentang apa pasal ubah, itu nanti dulu nak cerita. Konspirasi sebahagian orang umnuuu yang tak suka Zambri bukan cerita dongeng lagi. Zambri akur, bahawa lantikan beliau sebagai MB hanya setakat ini saja..tak mungkin akan disambung jika BN menang tawan Perak. Itu hakikat yg jelas. Apa pembangunan besar yg Zambri dah buat utk Perak ? Jika nak tahu, itu kena tanya Nizar. Nizar boleh bagitahu. Ngeh juga boleh bagi tahu. Siapa-siapa dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tahu untuk jawab isu tentang jasa Zambri setelah bergelar MB Perak.

Oleh kerana Zambri bukan lagi pilihan BN untuk menerajui Perak akan datang, maka sewajarnya Zambri perlukan ruang lain untuk meneruskan kerjaya politiknya. Nasib baik Zambri 'orang-orang' najib, jika dia bukan orang Najib, dah lama bungkuss !!

Daripada sembang orang politik di Parit Buntar, kedudukan umnuuu setelah mantan Ketua Bahagiannya yg telah meninggalkan dunia tahun lalu, secara tidak langsung segala sengketa dan perpecahan umnuu yg sebelum ini sangat parah dilihat semakin pulih. Malangnya berlaku pula perebutan kerusi untuk tanding Parlimen Parit Buntar. Yang ini aku tak mahu sentuh dan jadi pak sibuk. Kerana siapapun calon 'local' yg dicadangkan bertanding, bukanlah calon winable candidate sebagaimana yg najib harapkan.

Oleh kerana kerier politik Zambri yang tidak mempunyai sokongan konsisten untuknya menjadi MB Perak andai BN berjaya tubuhkan kerajaan kelak untuk penggal akan datang, maka Najib melihat ini satu perkara yg wajar baginya untuk membawa Zambri ke Putrajaya. Ini 'orang' aku. Lalu jalan terbaik ialah memilih Zambri untuk bertanding atas tiket Parlimen pada PRU13 akan datang.

Sembang Warung Tepi Bendang percaya bahawa kerusi Parlimen itu ialah di Parit Buntar. Apa macam ? Sebab itulah banyak acara besar peringkat negeri sudah mula dibuat di Parit Buntar. Ini politik bro ! Dan aku yakin jika Zambri benar-benar calon Parlimen Parit Buntar yang BN pilih, Zambri akan menang cantik ! Dan itulah yang Najib harapkan. Bertanding dan meletakkan calon yg boleh menang, bukan letak calon untuk kalah ! Itu bangang namanya.

Dan kerana itulah, intro yg aku tulis diawal tadi sangat releven dan berkaitan mengapa hal itu berlaku di Parit Buntar. Pekan mati kata setengah orang. Tapi itu dulu, sekarang sudah lain.

Sembang sama otai-otai lama umnuu di warung kopi, di setiap subuh hari-hari menunjukkan kehadiran Zambri sangat dialu-alukan ke Parit Buntar. Apa macam ?

Kerusi DUN Titi Serong
Sudah dimaklumi dan umum bahawa penyandang kerusi di DUN Titi Serong, Khalil Idham Lim tidak lagi akan mempertahankan kerusinya itu di DUN tersebut. Dari sumber yg dipercayai Adun Titi Serong akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13 akan datang. Tak lama dah pon..!!

Jika sebelum ini Adun Titi Serong dan Adun Pangkor sering berbalah di Sidang DUN Negeri, biarlah selepas ini mereka berbalah pula di Parlimen, kerana kedua-duanya ada potensi untuk menang cantik !

Apa pula peluang PAS ? Ramai yang mengakui Bakar Mat Ali akan bertanding di DUN Titi Serong. Beliau calon BN yang ramai kata boleh menang cantik dan rampas kerusi Titi Serong daripada gengaman PAS.

Senario yang semakin menarik, apabila khabar besar mengatakan bahawa DUN Titi Serong ini akan diwakili oleh calon PAS yang Pesuruhjaya Negeri sendiri akan menentang Bakar Mat Ali. Ustaz Abu Bakar Husin. Ini sudah jadi makin syiokkk !!

Bakar lawan Bakar. Siapa yang akan terbakar..kita tunggu PRU13 nanti ! Tunggu sambungan Siri Local Agenda@ABO Siri 2 jumaat depan. Ada kejutan besar lagi yg pembaca perlu tahu. " Lawan Tetap Lawan, biarpun lawan untuk KALAH ! " Wat de fak ..hah ? Tungguuu...!!


18SX - Petua suburkan telur, belaila..janggut laki hang !

Kajian mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Kajian tersebut telah dilakukan oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, dibawah jurnal nya  yang berjudul The Amazing Fact of Human Body.

So..! Kepada mana-mana pasangan suami isteri yang mahukan anak, sila paksa suami simpan janggut segera, lepas simpan jgn cukur, tapi jgn lupa siram baja plak..untuk bagi cepat panjang. Bila dah panjang dan boleh dipintal-pintal gitu, hah..itulah masanya, asal ada ruang jer..korang belai la janggut laki hangpa tu, belai jaa..jgn belit janggut tu kat leher laki plak..mampuih la orang tua tu ! Apa macam ?

Sesungguhnya  banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut. Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya.

Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. - sumber blog ar-rifke

901 - Puii..Puii..!

Aku turun 901 ni BUKAN kerana Anwar Ibrahim, tetapi kerana ketirisan undang Malaysia. Salah urus dan campurtangan kerajaan dalam sistem perundangan. Kehakiman adalah BADAN BEBAS. Chua Soi Lek yang jelas mengaku ber'porno' bebas lepas malah masih sebaris bersama UMNO dan sebumbung bersama BN.., Mantan MB yang rembat duit rakyat jutaan ringgit hanya di penjara 1 tahun..dan seorang ibu curi susu kerana anak kelaparan dirumah pun dipenjarakan 1 tahun juga...ADILKAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA ? - kak leha 

TERHANGAT MALAM JUMAAT - Bomoh Ah Fat yang 'rare' ! Fuh !!

Donat Tramp adalah seorang tua berusia 50an yang kaya. Kekayaannya bernilai jutaan dollar dan dia termasuk dalam senarai orang terkaya di dunia. Dengan kekayaannya itu, dia menjadi buruan wanita-wanita yang gilakan harta. Kebetulan, baru setahun yang lalu dia menduda menyebabkan ramai yang berani untuk mendekatinya.

Dalam banyak-banyak wanita itu, Tramp terpikat dengan seorang wanita muda bergetah berusia lewat 20an. Wanita itu dikenalinya di kelab malam tempat dia selalu melepak bersama rakan-rakan billionaire ataupun melepak bersama clientnya. Ringkasnya, wanita berkenaan adalah pekerja G.R.O di kelab malam tersebut.

Nama wanita tersebut ialah Maria Ozawa yang baru bekerja di kelab malam tersebut. Pelanggan pertama Maria adalah Tramp dan Tramp sudah memesan kepada pemilik kelab malam tersebut agar tidak membenarkan Maria dilanggan oleh pelanggan lain. Dengan kekayaannya, semestinya Tramp mampu berbuat begitu.

Lama kelamaan, Tramp benar-benar angau kepada Maria. Setiap hari dia mahu bertemu dan dilayan oleh Maria sepenuhnya. Ajakan Maria untuk berkahwin dengan mudah dia menyetujuinya.

Matlamat Maria hanyalah inginkan kekayaan Tramp. Dia tahu yang Tramp sudah tua dan dia bakal berkongsi harta dengan anak-anak Tramp kelak jika dia menjadi isteri yang sah.

Beberapa bulan selepas mereka bersetuju untuk berkahwin, maka perkahwinan besar-besaran diadakan untuk mereka berdua. Walaupun anak-anak Tramp tidak bersetuju tetapi Tramp tidak kisah itu semua. Lagipun Tramp adalah ketua dalam keluarga dan ketua dalam perniagaannya.

Seperti pasangan berkahwin yang lain, mereka melalui malam pertama mereka sejurus tamat majlis perkahwinan tersebut. Walaupun Maria adalah pekerja G.R.O kepada Tramp sebelum ini, tetapi Tramp tidak pernah diberi peluang untuk 'merasai' Maria sepanjang tempoh tersebut. Maria bijak dan licik mengelak untuk menjadi teman ranjang Tramp sebelum mereka menjadi pasangan suami isteri.

Malam pertama itu amat memuaskan buat Tramp tetapi bukan kepada Maria. Bagi Maria, Tramp sudah kekurangan tenaga dan tuttt-nya kecik sahaja. Begitulah malam-malam seterusnya yang menyebabkan Maria tidak puas dengan nafkah batinnya. Mungkin inilah akibatnya jika berkahwin disebabkan oleh nafsu semata-mata menyebabkan Maria hanya menilai Tramp dari segi hubungan ranjang mereka padahal selainnya Tramp adalah lelaki yang mengambil berat terhadap Maria.

Sewaktu Maria mengikuti kelas Gym, dia berkenalan dengan Instructor yang hensem dan sasa bernama Buragas. Maria terpikat dengannya dan menggunakan pelbagai cara untuk menggoda. Buragas pula melayan Maria dan dia sememangnya suka digoda.

Perkara ini dapat dihidu oleh Tramp. Namun, disebabkan teramat sayang kepada Maria, Tramp tidak melakukan apa-apa. Lagipun Tramp tiada bukti kukuh untuk menceraikan Maria. Jika dia menceraikan Maria sebegitu, maka yang untung hanyalah Maria kerana dia bakal mendapat hak kepada hartanya.

Atas nasihat kawan baiknya, Tramp bertemu bomoh Ah Fatt. Bomoh Ah Fatt mempunyai ilmu yang kuat hingga dapat melekatkan pasangan yang curang.

"Malam-malam, masa lu bikin kliwon sama isteli... lu lulah (ludah) satu kali sama itu isteli lu punya balang. Sebelum itu, lu kena baca ini jampi. Hafal ingat ini jampi. Saya sulah share power sama lu", kata Bomoh Ah Fatt.

"Macam mana kalau isteri saya perasan saya ludah?", tanya Tramp.

"Haiyaa! Mana moleh pelasan maaa. Lu pula-pula la buat itu skill 'nit-not nit not' sama bini lu punya", cadang Bomoh Ah Fatt.

"Ya. Macam tu mesti saya punya bini tak perasan", kata Tramp. Seperti yang diarahkan, Tramp melakukan apa yang di suruh oleh Bomoh Ah Fatt pada malam berkenaan dan Maria tidak menyedari semua itu.

Seminggu kemudian, Maria berjaya menggoda Buragas dan mengajaknya untuk melakukan skandal di atas ranjang. Itulah kali pertama mereka bakal melakukan aktiviti yang terkutuk berkenaan. Sebelum ini, mereka hanya saling rapat-merapati serta berpegang-pegangan di dalam Gym seperti ia satu tindakan yang tidak sengaja. Jika kelihatan sengaja pun, ia kelihatan seperti Buragas melakukan tugasnya menjadi instructor kepada Maria.

Dengan perancangan yang jitu, mereka menempah satu bilik hotel yang mewah. Di situlah mereka bakal melunaskan nafsu serakah sesama mereka dan mereka berjaya tanpa apa-apa kesan sampingan.

Tramp hanya menyedari perkara itu pada suatu malam sewaktu dia hendak bersenggama dengan Maria. Dia melihat ada Love-Bite pudar pada paha Maria. Melihatkan Love-Bite pudar itu, Tramp naik marah lalu menyoal siasat Maria. Pecahlah tembelang Maria yang sudah curang kepada Tramp.

"Aku ceraikan dikau dengan talak tiga!", teriak Tramp kepada Maria yang menangis teresak-esak di ruang tamu rumah bak istana mereka. Situasi itu dilihat oleh anak-anak serta menantu Tramp. Maria tidak dapat berkata apa-apa dan hanya menangis sahaja.

Sebelum di usir daripada rumah, Tramp bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Kenapa tidak melekat?", tanya Tramp kepada Maria.

Maria terpinga-pinga dan Tramp menerangkan semuanya. Baru Maria tahu yang aktivitinya mahu berskandal sudah dihidu lama dan baru juga Maria tahu yang perangkap sudah dipasang kepadanya.

“Kenapa!?”, tanya Tramp dengan nada marah.

Dengan penuh tangisan Maria menjawab, "Sekecil-kecil tutt abang… kecil lagi Buragas punya..nak melekat macamana ? Huhuhu.."

Moral of the story : Jangan skandal dengan laki atau bini orang. Jika tidak melekat pun, mungkin boleh ditangkap basah. Jika selamat pun, itu hanya di dunia kerana di akhirat nanti balasan tetap ada kepada orang-orang yang curang kepada pasangannya.

Talk-Talk Series (10) - apa lancau kejadahnyer..buduhhh ?

" Muhyidin terkejut ramai ke sekolah tak sarapan., " - Umur dah tua. Badan dah macam guni beras. Dah biasa duduk rumah besar melaut-laut. Bil api dan bil air berjuta-juta sebulan. Memang la terkejut !

Makan sedap. Biasa makan mewah-mewah. Dah biasa makan benda mahal-mahal. Makan benda segar-segar. Tempatan ada impot pun ada. Memang terkejut dibuatnya.

Pendek kata, semua bawah telunjuk. Semua boleh dapat. Main arah sahaja. Apa dikehendaki semua boleh dapat. Cakap apa sahaja, berlumba-lumba inang dan dayang bawak dulang.

Bukan macam kita rakyat marhaen. Sudah lah rumah mahal nak mampos. Rumah hanya untuk orang kaya. Orang miskin menyewalah sampai masuk kubur. Nasib baiklah kalau berjimat gila babi, api boleh dapat free. Tapi kalau anak ada 14 orang, nak jimat air dan api apa lancau kejaadahnyer ?

Kita rakyat marhaen, makan apa yg boleh mengenyangkan bukan makan apa yg dihajati. Beras mahal. Lauk mahal. Tepung gula mahal. Minyak mahal. Sayur mahal. Nasib baik ada sayur beracun Cameron Highland. Sayur baik-baik dan elok dah dihantar ke Singapura.

Dah berpuloh-puloh tahun UMNO/BN memerintah, masih tak tau berapa ramai orang miskin di Tanah Melayu ini?

Itu la pasal, kalau asyik nak membesarkan batang leher sendiri, anak bangsa selama ini pergi sekolah tak sarapan pun haram tak tau ! ~ Talk-Talk wak Raden with Libang Libu

(PALING BERAPI) - Sampai naik bengong muka kena asap curut !

Tun Mahathir angkat sumpah jadi PM 16 Julai 1981, sembilan bulan lepas tu terus bubar parlimen dan minta mandat rakyat. Dollah Badawi 'sleeping beuty' pula lagi.., 'champion', lima bulan saja. Angkat sumpah 31 Oktober 2003, bulan March 2004 bubar parlimen.

Najib pula?? Angkat sumpah bulan April 2009... sampai hari ini sudah 2 tahun 8 bulan...apa punya 'toya', langsung tak nampak macam nak bubar parlimen atau nak panggil  PRU13. Kalau lah bulan April 2012 jadi PRU13, maknanya genap 3 tahun kita semua jadi " penunggu ", menunggu untuk menerajang dia turun.

Apa-apa pun dalam hal menunggu ini, yakni dalam perkara PRU13,Najib tak cakap bohong bila pada bulan 10 dulu dia ada kata yang  PRU13 bukan tahun ini (2011).

Dan 3 tahun...tak pernah ada dalam sejarah dunia ! Lain-lain negara punya PM akan bubar parlimen untuk minta mandat rakyat bagi menyokong lantikan sebagai PM dan paling lama rakyat kena tunggu pun empat, lima bulan saja. Malaysia ni dah nak masuk 3 tahun...apa bayang pun tarak lagi !

* Sampai naik bengong muka kena asap curut ! 
(gambar kredit bedukcanang.blogspot.com) - sumber asli dari blog dollah yankee

(HOT) Kisah paling 'rare' dari cerita Amalina ni bro ! Huh !!

Malam ni wak nak berkisah tentang kisah silam wak paling 'rare'. Jarang orang dapat kisah betul macam wak ni ! Betul wak cakap. Kisah zaman rare, tentu ceritanya juga 'rare'. Kegemilangan hidup di zaman PM yang paling dict ! Seawal tahun '93 wak sudah punya kerjaya mantap. Kemantapan kerjaya jadi lebih luarbiasa apabila wak berhijrah meninggalkan kiblat industri jepun kepada Korea. 4 tahun bersama firma jepun, buat tengkuk wak jadi lemau, asal jumpa jepun tiap pagi, " Ohaiyo gozaimasu, hait ", dari pagi ke petang, ke malam, sampai tidur pun boleh speaking jepun pe hal ? 

Azab ! Azab bila jepun yg didatangkan lagi bangang dari Matloceh Meloceh ! Dah ler tak tahu sebutir habuk english, belagak dan sombong sebijik macam panglima ludah umnuuu..puihhh..puihhh ! Dan 1997 wak berhijrah ke firma industri Korea. Dari jurutera QC kepada Jurutera R&D. Perh !! Cukup ler setakat itu intronya yer, pasal bukan itu yg nak wak kisahkan. Benda lain, benda yang lagi 'rare' ! 

Petang jumaat yg terang. Gegas nak balik jumpa bini. Maklumlah jarak wak dengan bini wak buka dekat. Jauh bro ! Banyak tahun wak jadi weekend husband ! Yang tahu siksa dan azab tu faham laa...yg bangang tu terus la bangang tak faham-faham !

Kuala Ketil ketika itu hanya sebuah pekan kecil. Tapi sudah bercanak dengan aktiviti industri. Negeri dict katakan ! Disitulah bermula kisah. Bini dah call 3 kali. Lain macam tu ! maklum la suami dah tak balik 2 minggu beb ! Bini wak di Ipoh, wak pulak di Sg. Petani. Jauh tuu..! 

Kereta ? Hmm..! Masa tu wak dah pakai Accord 2.2i. Kalau lu punya basic takde RM4 ribu sebulan, jangan belagak boleh pegang itu kereta. Belagak..!! Huh !! Memang itu kereta dibuat untuk 'belagak' ponn..! Darah tengah muda tu !! Umur pon baru 26 jer time tu ! Apa macam ?

Status wak as a weekend husband, mestilaa..perlukan kenderaan yg betul2 boleh rempit dari Sg. Petani ke Ipoh,  2 jam mesti sampai. Nanti bini merajuk sapa susah? Wak juga..! Dan itu juga bukan cerita yang wak nak ceritakan. Cerita yang sangat 'rare' itu masih jauh bro..! Betul..itu bukan kisahnya. Okay..wak teruskan semula.

Jam 5.30 pm, seusai tamat waktu pejabat, wak gegas keluar dari tempat kerja wak di Kuala Ketil. Bini plak dah 3-4 kali call tanya nak sampai pukul berapa ? Perh..! Gelojoh..kalau yer pun sabo lerr !! Bukan tak tahu Kuala ketil punya jalan nak sampai ke Kulim, bukan macam jalan PLUS Highway..! Jalan zaman umnuu..mana ada yg besor kat situ.  

Dalam dok merempit, baru aja lalu pekan koboi Merbau Pulas, baru wak sedar, minyak keter wak dah lip lap lip lap..macam mana wak boleh tak perasan, minyak dalam tangki kereta dah nak kering. Adoi..! Hoi..belagak, mana lu nak perasan, lu pasang audio dalam kereta tu dah macam dalam disko, mana nak dengar lip lap lip lap..tu ! Hehehe...!!

Risau pulak wak kalo minyak habis tengah jalan. Dibuatnya pulak mati tengah jalan, konfem-konfem tercalar imej belagak wak dengan ini Accord..!! Gila gaban keter mahal, tapi sangkut tengah jalan..pasal minyak kering. Huh !! 

6.30 pm - Alhamdulillah, nampaknya kerungsingan itu tidak lama akhirnya sampai juga wak ke CALTEX Seberang Jaya, setelah gigil risaukan minyak yg macam tak berapa nak cukup. Dan wak dengan penuh belagak..terus ajer dgn lajunya belok dan berhenti mengejut betul-betul sebelah pump no 3. 

Wak bukak pintu dan terus ke kaunter. Dengan muka bangga wak hulur kad kredit Citybank GOLD, gold bro..gold, bukan gold buatan zullian tu, dan **&, 

" Tuh..aku punya jerung spesis mahal kat sana.., lima puluh ". 

Wak beri arahan sambil kontrol nada suara wak kat makwe cun yang jaga kaunter, dan wak sedaya upaya kawal suara agar lebih seimbang supaya tak kedengaran akan feel menggelabah, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan makwe cun macam minah kaunter tu. 

Dahsyat !! Sampai mamat sebelah yang nak isi minyak kapcai tu pun ushar lain macam ! Belagak ..!! Tapi dalam hati wak, maybe mamat tu agak respect dengan gaya percakapan wak yang cool tadi kot, hahahah...agak wak !  Mantap !!

Lalu, awek cun tu minta wak pergi isi minyak dulu kat luar, sementara dia uruskan GOLD Citybank wak, dulu punya stesyen minyak, yg nak guna kredit kad kena gores kad kat kaunter. Bukan macam sekarang, goreng kat dinding pump tu jer ! Zaman dict katakan !!

Arahan mudah dan simple, tak perlu nak stress..lagipun awek tu cun ! Wak cakap sendiri dalam hati. Wak angkat pump, bukak 'cap' tangki, masuk kan pump. Zassszz..pengisian minyak pon bermula. Blurpp..blurpp..blurppp !! Laju dan lama. Argh..mungkin sekadar perasaan ! 

Tapi yang hairan apa pasal Mat Bangla yang cuci cermin keta sebelah dok pandang-pandang ni ! Brader motor kapcai tadi pun sama tengok wak atas bawah tak lepas. Ehh..penampilan bergaya wak nih mendapat perhatian sangat ke ?, memang la dressing wak mantap itu hari, dengan brand baju dan seluar jenama PLAYBOY Ori.., memang mau terbeliak mata awek ! Huh ! Busuk-busuk pon kalau kena samun, mau menangis wak..itu baju dan seluar jer harga sudah dekat RM600 hinggit bro..kasut ? Malas wak nak tuliskan brand dia, kang mengelupor plak wak radenjowo, sapa yang susah ! 

 Dasat kan wak ? Belagak !! Dan wak balas dengan senyum-senyum kambing. Kontrol.. kontrol..bisik hati wak. Dan dari jauh dibalik cermin, wak nampak makwe kaunter yang cun tadi dok lambai-lambai kat wak macam nak bagitau 'something'. Apa barang main lambai-lambai dengan wak plak ni..kontrol.. kontrol, wak tak mau tunjuk gelabah. Setakat lambai - lambai dengan awek cun jaga kaunter , apa wak nak goyah beb ! Belagak !! Dan wak buat-buat pandang tempat lain.

Dan pandangan wak itu jatuh kepada mat bangla yang cuci cermin keta sebelah yang memang dari tadi dok tengok dengan muka kelat. Laaa...tak abis-abi lagi ker dia pandang-pandang, nak ikutkan sikap emosi dan belagak wak ni, mau aja aku tempeleng si bangla ni. Huh !! Dengan muka tersengih-sengih pulut ubi si mat bangla ni tanya wak, 

"Abang punya kereta ada pakai "diesel" ka ?" <--pelat bangla dia ni betul-betul tak reti wak nak gayakan. Dan wak balas: "Lu nak kene tempeleng..lu ingat gua bawak lori balak ? ", terperonyok terus muka mat bangla kena satu das semburan berapi dari mulut wak. Terkedu-kedu dia bro !

Dengan muka takut-takut dia tanya lagi sambil tunjuk ke tangki dan pump minyak yang wak pegang,

 " Itu...,apa pasal abang isi pump hitam?? " 

CILAKAKKKK...! Wak pun dah lupa apa yang jadi lepas tue....malas nak ingat..yang wak tahu, wak tiba kat Ipoh dah larut malam, Medan Kidd pun dah lengang. Teksi pun dah tak dak. Seb baik ada kereta sapu. Ahh...! Busannnn gilaa..! Hambekk lu !! 

HOT TERKINI - Omak Amalina tak bodoh, yang bodoh 'fesbuk' tu !

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.  sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi. Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. - sumber Metro



Sememangnya kemungkaran tidak boleh ditangani dengan kemungkaran. Aku berusaha untuk tidak mahu komen tetapi sakit hati dengan komentar emak Amalina dalam mempertahankan anaknya. Pandangan awal aku, kita tidak wajar menghentam tetapi sepatutnya menasihati. Namun, aku tidak dapat tidak untuk komen dan memuaskan hati aku yang geram.

Kalau macam ni la hasil A1 pelajaran Agama Islam, aku cukup kecewa. Kalau abah aku masih hidup dan aku memalukan dia sebegini, masak aku kena sental.

Nasib kau baik Amalina. Kau ada emak yang sanggup membodohkan diri untuk membela kau.

Hujah aku mengatakan emak Amalina telah membodohkan diri:

1. Apa ke jadahnya dia beli pakaian telanjang untuk anaknya?2. Kerana emaknya mengatakan gambar "peribadi" Amalina di"curi" dari laman Facebook. Mana ada yang peribadi kalau dah masuk Facebook?3. Itu gambar lama. Maknanya dah lama la kau sorokkan kemungkaran?4. Emaknya mengenali rakannya setiap seorang. Hukum jatuh halal bila memeluk bukan muhrim yang berstatus rakan?5. Kalau itu bukan gaya hidup bebas, itu gaya hidup apa? Islam?

Bukankah hujah makcik tu tidak setaraf dengan jawatan makcik sebagai Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2?

Kenapalah makcik bagi komen. Bukankah lebih elok makcik berdiam diri?

Nota kaki: Makcik tegurlah anak makcik tu. Makcik tahu ke status Facebook dia malam tadi? Kalau makcik tahu, sudah tentu makcik tak komen sebegini. - sumber harimau Menaip di SINI

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |