(Part 1) TOP Rangking Online - Dominasi unggul carta penulis-penulis neraka
Daripada pengamatan penulis, carta TOP 100 ini wajar dibahagikan kepada 2 kategori yang berasingan. Ini bagi melihat kedudukan carta yang lebih adil dan telus. Untuk ulasan TOP RANKING minggu ini, penulis hanya akan mengulas 50 blog Sosio-Politik Paling Berpengaruh muttakhir ini dari senarai carta yang diberikan kepada penulis. Oleh kerana tajuk yang dipilih untuk diulas minggu ini, lebih khusus, adalah diharap agar penulis blog kategori UMUM tidak berkecil hati.
50 Blog Sosio-Politik Paling Berpengaruh di Malaysia
(*) Sampel diambil dari turutan blog dari tangga 1-50 sahaja daripada jumlah keseluruhan blog dalam carta.
Penguasaan dan Peratus
1) Blog Pro UMNO/BN :
46 % atau 23 blog dari 50 blog yang tersenarai dilihat telah didominasikan oleh penulis blog dan blogger fanatik penjilat tegar kerajaan (Pro BN)
2) Blog Pro PR/PAS :
26.% atau 13 blog dari keseluruhan senaraian pula diungguli oleh blogger Pakatan Rakyat (Pro PR) manakala,
3) Blog Umum : 14 blog atau 28% oleh blog bukan politik.
Tangga Utama Rangking masih tidak berubah dengan blog TKO terus mengukuhkan tahta. Walau bagaimanapun dari 10 senarai terbaik masih kekal dikuasai oleh blog-blog PRO-BN yang juga dikenali dengan blog-blog penfitnah, lucah dan adu domba dimana dari perhatian penulis ia merujuk kepada blog Parpu Kari (mesin kopipes), Papa Gomo (raja fitnah yang mungkin akan menjadi ahli neraka jika dia tidak bertaubat nasuha) dan yang sejenis dengannya.
Dominasi :
Keupayaan blogger-blogger Pro BN yang bangsat mencipta berbagai kisah dan cerita fitnah menjurus kepada seks memberikan ruang terbaik mengapa aliran traffik pembaca mengunjungi blog-blog mereka.
Apa pun hakikatnya, aliran pembaca yang meramai itu sekadar 'window shopping' saja. Baca untuk melihat bodoh dan bahlolnya tulisan mereka. Untuk percaya, tidak sekali.
Biarpun ada setengah blogger mereka angkuh mengatakan bahawa itulah hakikatnya yang berlaku, dimana blog-blog mereka yang pro kerajaan telah menguasai dunia siber yang selama ini dikuasai oleh blogger rakyat atau dikenali sebagai blogger Pakatan Rakyat., tetapi realitinya..,
kemuncak penguasaan ruang siber tetap utoh didominasikan oleh penulis-penulis dan blogger pembangkang melalui penggunaan gadget terbaru seperti facebook, twitter dan live channel yang begitu hebat ledakannya dialam maya dimana kadar pengunjung dam pembaca lebih luas dan mudah dicapai hatta di telefon bimbit.
Moral :
Kewajarannya, melihat dari sudut pengisian moral dan etika, blog-blog mereka yang dikononkan menguasai ruang siber sekarang sebenarnya begitu 'miskin' dhoif lagi 'papa kedana' untuk khalayak pembaca mempercayainya.
Apa yang cukup dikesalkan adalah apabila sesetengah blogger-blogger ini dilihat terlalu TAKSUB dengan sesuatu perkara yang mendasarkan perjuangan sesebuah parti politik yang didokong oleh mereka..sehingga sangat keterlaluan melakukan dosa besar melalui fitnah-fitnah yang dilemparkan khususnya kepada pemimpin pembangkang.
Akibat terlalu taksub, blogger-blogger 'neraka' ini lebih suka menceritakan dan mencipta persepsi secara berlebihan sehingga lari daripada fakta dan realiti sebenar yang berlaku kepada landskap cerita dan politik negara amnya. Dengan hanya bersandarkan kepada sumber-sumber yang masih boleh diragui kesahihan, meletup dan diledakkan untuk dijadikan satu persepsi penceritaan yang akhirnya menjadikan politik itu sesuatu yang cukup jijik di mata rakyat, dimana 'syak' prasangka menjadi tunjung kebenaran. Itulah kiblat dan Tuhan mereka ketika menulis, atau suka penulis katakan bahawa mereka-mereka itu merupakan diantara penulis-penulis dajjal akhir zaman.
Kepada blogger-blogger yang masih jauh rangkingnya dari carta 50 blog paling berpengaruh, suka juga penulis nyatakan disini bahawa jika anda ingin membaiki rangking dengan baik, ketika menulis blog, menulis biar dengan akal, bukan emosi, baru padat dan bernas..jangan biar emosi menguasai diri, jangan biar ego menguasai hati…InsyaAllah blog anda akan kekal diingatan pembaca selamanya.
Tidak berguna satu sen pun, jika blog yang kita tulis hebat berada didalam carta, tetapi kandungan dan isinya lebih banyak membuka cerita dan membuka aib serta lucah, mencaci, memaki-hamun, membogelkan individu hanya dengan tujuan untuk menaikkan hits ketika pelayar-pelayar alam maya sibuk mencari penjelasan dalam sesuatu isu politik.
(*) Bersambung..ke bahagian 2 malam esok lebih hangat dan berapi !
Ulas TopBlog ? Jika ada yang 'terbakar' jangan salahkan wak !
Kelmarin, wak dihubungi oleh webmaster TRO. Wak tanya TRO tu apa? TRO ker TRIO ? Dia kata TRO tu, Top Ranking Online. Ohh..! Kalau itu tahulah wak. 1st. time dia call bro ! Lagipun wak mana la nak kenal siapa dia tu.
Lama juga sembang-sembang dengan webmaster yang rajin buat ranking blog nih..dalam dok sembang, sempat jugak aku menibai 2-3 jurus dan 'pundek'kan longlist blog yang dia masukkan dalam carta tu kat dia. Nasib baik dia jenis 'cool' man bro, hahaha...! Jenis lubang telinga 1 hala - masuk kiri terus kuar telinga kanan.
Rupanya untuk dia siapkan rangking mingguan tu kurang2 dia kena ambil 14 jam bro, baru siap. Mak oi..! Kalau suruh wak yang bikin, dah lama aku humbankan ke longkang. Lama..tu bro ! Jika diukur jarak masa dan perjalanan kereta dari JB dah lama sampai dan sesat banat di Pattaya, Siam sana tu bro ! Apapun wak murnikan jua usaha keras dia, sambil tunjuk tanda 'bagus', walaupun dia tak nampak.
Pagi tadi, jam 6.45 am SMS dari webmaster TRO masuk ke henfon wak. Itu tanda yang 'rangking' Terkini blog paling berpengaruh di Malaysia sudah siap dan akan diterbitkan pagi ini. Dia minta wak ulas. Ulas ikut cara wak.,katanya. Wak bagitahu dia, kalau wak ulas, boleh..tapi..bukan tak tahu, ulasan wak ni BERAPI. Apa kesian-kesian ?
Lepas dia SMS, wak jadi pelik plak, biar betul webmaster TRO ni, ker dia salah pilih pengulas ? Mana tahu mungkin dia nak cari pengulas yang namanya Joehari kaa..sudahnya tertekan nombor henfon wak yg ada diblog albanjari.
Untuk tidak menghampakan beliau, wak maklumkan, wak cuba ulas. Maka tunggu ulasan BERAPI wak di blog lewat malam nanti. Tunggu yaa..! (sambil tunjuk tanda 'peace') Perhhh..!