Talk-Talk Series (4) - Bila dalam PAS juga ada 'lembu-lembu' fitlot !
Seorang YB meluah pandangan, dan Khalil Idham Lim pun menulis :
" nasihat saya pada diri sendiri dan kepada yang lain kalau anda bersetuju....sejarah pas telah menunjukkan banyak pemimpin yang keluar dari pas kerana memperjuangan misi peribadi, yang akhirnya mereka merasa kecewa kerana sedikit demi sedikit ditolak oleh majoriti pimpinan lain...siapapun..jika sudah merasakan pandangan sendiri lebih hebat daripada orang lain kelak suatu masa dian dengan sendiri akan keluar dari parti yang dianutinya itu..! "
Sampukan yang baik oleh Mohd Zamerey Abdul Razak dan ia menulis ;
" Kadangkala kita berjaya dipermainkan oleh musuh tanpa kita sedari. Ini disebabkan kita terlalu cepat melatah & mengulas sesuatu isu yang dimainkan mereka. Berhati-hati dan dengarlah secara direct dari individu terbabit bukannya masing-masing membuat kenyataan dimedia @ alam maya.
Dimana konsep bermusyawarah yang dilaungkan selama ini? Kenapa perlu ada individu yang mendahului Presiden dalam membuat kenyataan yang sepatutnya dibuat oleh Presiden? Saya berpandangan: dalam hal Ust Nasha & Dato' Hasan Ali: Parti lawan berjaya mengocak perpaduan PAS.
Sewajarnya hal ini tidak berlaku dalam Jamaah Islam seperti PAS. Berhati-hatilah wahai PAS agar "silent voter" tidak memandang sinis kerana mereka adalah undi penentu dikebanyakan peti undi.
Kata Almarhum Ustaz Fadhil, "hanya yang TULEN yang akan terus bersama..!"
APA MACAM ? HANGPA ADA BERANI KATA APA PULAK ??
Kaum Nabi Lut yang dibinasakan Allah ini berwajah "melayu" !
Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh.
Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar.
Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh. Lihat bawah neh ;
Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia.
Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.
Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.
Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.
Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.
Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir.
Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.
sumber dipetik dari SINI (http://sozcyili.blogspot.com/)
Talk-Talk Series (3) - Mesyuarat "lembu" !
Dari Azim Nahullah, berkatalah akan penganut UMNO, dan mafhumnya :
"kenapa PAS beriya-iya sangat hendakkan sistem Islam ni? zaman sekarang ini, kita dah jauh ketinggalan jauh dengan barat. Sebarang perlaksanaan sistem Islam menyebabkan kita terus ketinggalan.
Di Malaysia, kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa (majmuk) dan kita kena sesuaikan sistem seperti yang sedia ada. Bukan kami cakap sistem Islam samada siasah mahupun perundang...an serta peradaban itu tidak bagus...cuma, ianya mesti di sesuaikan dengan keadaan atau konsep semasa. Ini dengan sendirinya mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam.
Banyak keadaan di dalam sistem Islam menampakkkan kekejaman seperti potong tangan dan pancung. Orang bukan Islam takut untuk mendampingi Islam bila mendengar perkara2 seperti itu. Sebagaimana kata al hafizah Dato'Seri Mashitah Ibrahim, kalau setiap kali orang itu mencuri dan di potong tangan dan selepas itu dia mencuri lagi, mana lagi yang hendak di potong.
Akhirnya, mangsa tidak dapat mencari rezki dan kita pulak terpaksa menyara mereka. Walaupun kita mengikut demokrasi barat, kerajaan meneruskan dasar keprihatinan dengan memperbanyakkan Masjid, sekolah dan Hospital. Malah Jalan2 yang di bina boleh di kelaskan sebagai gred A.
Kami juga sembahyang, menunaikan zakat dan membuat kebajikan...jadi kami juga layak ke Syurga kerana dosa, neraka serta dosa pahala ini hak mutlak Allah"
Dari Riwayat Megat Ibnu Tarawih pula berkata,
Hoi umngok ! Kalau setakat sembahyang yg korang sendiri tak paham...rentilah nak cari syurga Allah...syahadat pun tak kemana..bertentangan dgn iman kepada Allah..korang menyamakan Allah tidak bersifat Maha Mengetahui seolah2nya Allah terlupa bahawa malaysia ni rakyatnya majmuk tak boleh melaksanakan hukumNya seperti kata Allah dalam Al Quran...jadinya korang buang Quran dan ayat (kalimah) Allah itu..cara tak langsungnya korang dah buang salah satu dalam rukun Iman..kesiannnn!!!! letihhhh layan puak-puak suku kaum umngok totok ni...agama mana diorang pakai aku pun tak tahu..?
Wak - Sebagai Pengerusi TalkTalk hari ini, terima kasihh tuan dan insyaallah.., jawapan Megat Ibnu Tarawih ini akan dibangkitkan dalam "mesyuarat agung lembu-lembu" akan datang..sabar yaa, pasal sekarang tidak sesuai, kerana "lembu-lembu" sedang mengamuk di Cheras.
Umngok tu spesis makan ludah sendiri rupanya !
Rayuan wak kepada semua ahli-ahli umngok totok, agar jangan amalkan selalu MAKAN ludah sendiri, tak baik untuk kesihatan, kerja gilo, jangan kato menelan malah tertelan dah ghaser naik moromang bulu ketiak.,pengotor bonar umnuuuuu..nih !
2007
Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah menggelarkan rakyat yang menyertai himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’.
2011
EKSKLUSIF : Siamang, saudara sepapat dengan beruk yang menyerang dua kanak-kanak di Zoo Melaka kelmarin, sudah ditangkap dan dikuarantin pihak zoo sebagai langkah keselamatan. Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata langkah itu prosedur lazim pihaknya bagi mengelak haiwan berkenaan terus mengganas dan menyerang pengunjung. RUJUK FOTO
Katanya, kejadian serangan siamang terhadap manusia adalah pertama kali berlaku sejak Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 dan pihaknya amat terperanjat dan dukacita dengan kejadian itu. - Laporan dipetik dari Harian Metro.
Kerana "lembu", depa nak "humban" aku !
Jeng..Jeng..Jeng ! Utusan sudah 'bom' tokey lembu maa. Saat yang Dinanti-Nantikan, Perletakan Jawatan Shahrizat Bakal Membuka Peluang Kepada Dato Azalina Othman Untuk Menduduki Kerusi Utama Pergerakan Wanita UMNO kian cerah. Azalina Telah Membuktikan Kehebatannya Memimpin Puteri UMNO Tidak Seperti Pimpinan Rosnah Sekarang Umpama Hidup Segan Mati Tak Mahu. Lagi Pula Azalina Dibuktikan Tidak bersalah Oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO Mengenai Salah Laku Politik Wang. Masa Untuk Azalina Kembali ke Politik Tanahair Setelah Direhatkan Oleh Pak Lah.
Sembang-Sembang Geng Wanita Cawangan Yang Didengar Bahawa Mereka Percaya Skandal Lembu Melibatkan Ketua Mereka Itu Kerana Sehingga Sekarang Tiada Penafian oleh Shahrizat Mahupun Suaminya. Mereka Sudah Hilang Kepercayaan kepada Shahrizat Jalil Dan Berharap Azalina Bertanding Dan Jadi Ketua Wanita UMNO yang baru.
Makin Hebatlah Drama UMNO Kali Ini... Apakah Kesudahannya... Apakah Rafidah Aziz Akan Mendiamkan Diri? Kita Nantikan Episod lembu dan biawak seterusnya...pasal...UMNO Makin Huru Hara !!!
Bila si "lembu" pikul biawak hidup, Umno makin berantakan !
DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menjelaskan maksud ‘memikul biawak hidup’ adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat Abdul Jalil.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, kenyataan beliau semalam adalah berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.
“Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” jelasnya.
Kenyataan keras Syed Ali sebelum ini ditujukan kepada Mohamad Salleh supaya memberikan penjelasan secara jelas dan terperinci berhubung isu tersebut supaya tidak menjadi beban kepada UMNO dan kerajaan pada PRU ke-13 akan datang, sepertimana yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia semalam (14 Disember 2011).
“Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi,” tegasnya.
APA TERJADI SETERUSNYA?...WIRA LEMBU INI DISERANG ,DIUGUT DAN DIMAKI HAMUN OLEH WIRA-WIRA LEMBU PELIHARAAN SHAHRIZAT JALIL...kwah..kwah..kwah...UMNO BAHAGIAN CHERAS DIMANA SYED ALI ALHABSHEE DIANGGAP SEBAGAI WARLORD SUDAH HILANG RASA GERUN DAN HORMAT OLEH PENGANUT UMNO DISANA...kwah kwah kwah.....JANGAN TERPERANJAT NANTI JIKA ADA KES KEPALA LEMBU DILONTAR KE DALAM PEJABAT UMNO BAHAGIAN CHERAS...LEMBU MENGAMUK BERSAMA LEMBU PASAL KES LEMBU...kwah..kwah..kwah..! - BumiputeraBerjayaFB
Talk-Talk Series (2) - Beranak bulan lepas, malam ni baru nak nikah?
Beranak bulan lepas.... Hu hu hu malam ni baru nak nikah.... Inilah hakikat generasi kita hari ini dan bagaimana pula pada zaman yang mendatang kelak ye?
Ya Allah lindungilah kami dari segala bala bencana mu. Jodoh yang dicari melalui jalan salah. Dulu nak kahwin jumpa tok kadi,sekarang kahwin dulu, baru jumpa tok kadi. Tu pasal anak luar nikah semakin melambak di pasaran !
Celaka punya Umngok !
Talk-Talk Series (1) - Bual yang ada betul dan ada silap..!
Cebik 'hardcore' ahli PAS tukang tampal poster memalam buto. Wali Sulam kata, " orang-orang ini bekerja melemahkan parti..dan mereka terperangkap dalam agenda umno, mereka-mereka ini ialah:-
1. Nasaruddin mat isa
2. Hassan Ali
3. Shaari Shugib
Kepada shaari shugib: benda rahsia parti jangan la didedahkan kepada orang awam, lebih2 lagi kepada pihak musuh...mana letak kepala lutut anda menjadi ketua penerangan negeri, adoiyaa................ kerahsiaan sangat penting.. dalam hal ini kau lah pencetus masalah..batter ko senyap tak yah jadi hero.
Kepada hassan ali:- tindakan yang ko buat selama ini adalah betul...n mybe ada sedekit silap..tapi disebbkan dulu semasa ko memegang jawatan persuruhjaya .. ko lupa pada orang lama.ko buang semua org2 yang ko rasa tak ngam dgn ko.. n inilah akibatnya....ko tak yah lah nak wat stamnet ttg pandangn menegenai politik di dlaam utusan...dh la utusan tu umno dah mcm ko menjadi tali barut umno..aku yakin ahli pas sayang kan ko ..tetapi stemnet ko yg adik mendapat liputan di dada akhbar umno dan simpati umno kepada ko..menybebkan ramai mula membenci ko..hassan ali ko patut sedar dan faham !
Kepada nasaruddin mat isa: nasihat aku sama juga seperti di atas.. apa yang ko nak pelik... tentang pas.. org pas lagi pelik tengok ko.... yang ko sebut masalah pas dengan orang2 umno...orang pas tengok tak pelik ke? ko ni pas ke umno? if ko pikir ada yang tak kene luahkan dalam pas... bukan dengan umno... ko luahkan kat umno untuk ape? untuk bantu pas? jahanam kan pas adalah kot !
seriyes...anda semua sangat2 tak cerdik dalam berpolitik dalam kaca mata rakyat seperti aku..kalo begini la ..lama2 rakyat dan ahli pas akan makin meluat tengok kamu.. sebab kamu bekerja bukan untuk pas tapi kamu bekerja untuk jahanamkan pas, titik !
Pengundi atas pagar pulak 'cebik', sambil ushar dengan muka kelat, Illa Nur kata,
" kadang2 aku meluat jugak dengan pemimpin2 dalam PR ni ... bila mengata UMNO bukan main, macam dia tu terbaekkkkkk, tapi bila dengan ahli2 sendiri bila tak sekepala dengan dia, dah lebih kurang UMNO gak, hampeh... bila nak PRU 13 ni semua pakat nak tunjuk dia bagus, bongkar sana bongkar sini, kang orang bongkar kes dia baru dia tahu, meluat aku !! "
WAK - Malas nak komen panjang, ada betul jugak..!
Video terang hudud - ini baru 'rare' !
Bukan macam "penyamun tarbus" buat sebelum ni, makin sesat orang tengok !! layan..!! Menjawab segala persoalan tentang hudud,kan beza tu org berilmu berkata2 berbanding org xde ilmu bercakap, serius best bro !! Satu filem pendek yang menerangkan tentang hudud secara ringkas juga sebagai respon pada klip video 'sembang rakyat'. Anda boleh nilai sendiri klip video yang mana ada kredibiliti...atau klip mana yang wajib dicampak ke lubang tahi !!
Bahaya virus 18SX dan lucah di skrin facebook makin gila !
Virus terkini menyerang FB. Angkara siapa ?
Anda mungkin pernah lihat video ini di post dimana-mana wall kawan anda. Sebenarnya ini lah diantara VIRUS terbaru di Facebook.. VIRUS ni kaaau anda terkene, dia akan tersimpan dalam PC korang.. bukan dalam Account FB korang.. kalau anda nampak kat mana-mana profile ada macam dalam gmbar ni, TOLONG JANGAN KLIK.. VIRUS ini, kalau anda terklik, dia akan mengganggu Friends FB anda yang lain..
Contoh, kalau anda pergi ke profile seseorang, Facebook anda secara automatik Post VIRUS tu dalam profile orang tersebut.. jadi, kalau anda dah terkena, jangan masuk ke profile orang lain.. duk diam-diam..macam kak ijat tu ! Faham ?
Dan pada yang dah terklik, kami cadangkan anda download sofware (Malwarebytes’ Anti-Malware) untuk padam semula VIRUS itu dari PC anda.. Download ni > http://en.kioskea.net/download/download-105-malwarebytes-anti-malware siap Download & Install, Scan.
P/S : Peringatan jangan mudah terpedaya dengan video-video lucah yg dipost dan menyuruh anda click dah menontonnya kerana ia mungkin adalah salah 1 virus dan juga yang boleh menyebabkan akaun anda digodam dan sebagainya.
Video hina Hudud - Bukan UMNO yang buat, tapi angkara 'lembu' !
Agak dah..isu video hudud yg macam haramjadah tu sudah dapat ulasan daripada ulama' muda umno(ILMU), mereka bilang " diorang kata bukan umno yg buat..! " habis sapa yg buat? Ini mesti lembu-lembu fitlot yang buat..celaka punya 'lembu' Mentang-mentang tak boleh duduk kat dalam 'kondo' ni, hang(lembu-lembu) macam-bagai dok buat naa...! Sekarang sapa yang malu ?
sumber foto - http://milosuam.blogspot.com
Blogger Upahan BN semakin 'rare' !
Jika benar, ini menunjukkan BN yang dikata oleh si tua nyanyuk tak relevenlah? Jika mampu menang bergaya dan membentuk kerajaan semula apa kejadah nak buang duit juta-juta bela 'hantu raya' ? Jika duit yg mahu digunakan itu milik umngok, ok..tapi jika ia melibatkan duit rakyat, memang macam gampang punya KERAjaan !
Jika pun benar, maka sesungguhnya blogger upahan BN memang syookkk..! RM10 Juta tu bro ! bukan RM50 ribu..macam ada sekor 'macai' offer seorang blogger PR awal bulan baru-baru ini. Kalis undang-undang plak tu, ada 'imuniti' dan perlindungan kerajaan. Apapun fahamkan apa yg dikatakan oleh twitter Nik Nazmi, kalau dia bohong, maka kena bohong laa semua pembaca kat sini, tapi jika tak betul, minta Pak Najib nafikan..rakyat ingin tahu, warga internet juga nak tahu..tapi yg nak tahu sungguh-sungguh.., AKU..pasai RM10 Juta tu bukan sedikit..!!
sumber - twitter Nik Nazmi (DI SINI)
Lembu kondo versus DEBAT 12 Dis. yang gagal belaka ?
Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi daripada Pemuda Umno untuk cabarab debat mengenai skandal RM250 juta Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah.
Yang paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember.
Hanya selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno.
Lagipun, orang atasan Umno telah pun lepas tangan dan ini memberi isyarat bahawa mereka mahu apa jua yang berkaitan perkara itu dihentikan sebelum ada di antara mereka disabitkan justeru menjadikan mereka sebagai calon yang pasti tidak menang pada PRU nanti.
Bukan Rembau mungkin Kepala Batas
Sekarang, Khairy telahpun didedahkan sebagai pemain utama yang memulakan projek penternakan lembu di Malaysia. Walaubagaimanapun, jadual harian beliau yang ketat dan ketidaksabaran beliau mungkin telah menyebabkan beliau terlepas pandang beberapa perkara penting dalam memulakan perkara itu.
Beliau mungkin menyesali tindakan beliau kerana ia telahpun menghantui beliau semula dengan merosakkan masa depan kerjaya politik beliau dan juga cita-cita untuk menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia.
Khairy yang berusia 35 tahun itu telah dengan bodohnya mempertahankan skandal tersebut. Malangnya, disebabkan itu, beliau sekarang sudah menjadi orang yang tidak popular. Orang-orang atasan Umno juga sedang hangat berbincang mengenai sama ada kerusi beliau di Rembau akan diberi kepada Hassan Muhammad, MB Negeri Sembilan sekarang.
Nampaknya, satu-satunya kerusi yang ada untuk Khairy, sekiranya beliau mahu bertanding adalah di Kepala Batas, kerusi yang disandang oleh bapa mertuanya Abdullah Badawi.
Dalam kerjaya politik beliau, Khairy telah membuat banyak musuh di dalam dan di luar Umno dari zaman kebodohan beliau memikirkan bahawa bapa mertuanya akan kekal berkuasa sehinggalah jawatan PM itu diturunkan kepada beliau.
Sekarang Khairy harus berhadapan dengan realiti bahawa beliau telah pun dipinggirkan semenjak Najib jadi PM dan presiden Umno. Ramai dalam Umno yang gembira apabila Khairy tidak diberikan jawatan dalam cabinet kerana ramai yang menyalahkan beliau tentang kekalahan teruk Umno pada pilihanraya 2008.
Tidak fokus dan tidak bijak
Walaupun dengan pelbagai kelebihan, Khairy tidak fokus dan tidak bijak menggunakan peluang yang ada apabila mempunyai semua maklumat dalaman Umno semasa pemerintahan Abdullah Badawi dan sekarang Najib. Ia tidak digunakan untuk membina teras yang kukuh untuk kerjaya politik beliau tetapi telah digunakan untuk mengaut sebanyak mungkin wang.
Skandal NFC semestinya dapat dielak dengan menggunakan cara klasik Umno dengan menarik tali yang betul. Beliau sepatutnya berdiam diri dan berbuat seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa mengenai projek itu.
Sekurang-kurangnya, beliau haruslah mendapatkan fakta betul dan menyedari betapa seriusnya skandal itu memandangkan pada zaman ini, adalah sukar untuk menyembunyikan perkara seperti itu. Beliau sepatutnya meyakinkan Najib bahawa dengan membuka kesalahan beliau, Abdullah Badawi, Shahrizat atau Muhyiddin, skandal tersebut akan menyulitkan segalanya.
Sebaliknya, Khairy cuba menjadi hero, menjelaskan transaksi kompleks NFC sendirian dan tidak membantu kerana setiap kali fakta baru diketahui, Khairy gagal mengagak atau bersedia untuknya.
Akhirnya, disebabkan kebodohan beliau sendiri, delegasi Umno dalam perhimpunan baru-baru ini telah mengatakan bahawa mereka sudak muak dengan kontroversi yang melanda pemimpin tertinggi. Delegasi Umno Pahang, Wan Amizan Wan Abdul Razak mengatakan bahawa ini telah menyukarkan pemimpin bahagian untuk menerangkan kepada akar umbi yang kurang selesa mendengar khabar mengenai dakwaan rasuah yang tersebar.
Sehingga kini, 3 orang pemimpin kuat Umno telah menyeru Shahrizat untuk meletak jawatan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, bekas PM Mahathir Mohamad dan yang terbaru Ahli Parlimen Kalabakan Abdul Ghapur Salleh dan jumlah ini mungkin akan meningkat.
Gagal menggunakan kelebihan untuk kebaikan diri
Pada bulan Febuari lepas, dalam majlis bual bicara di Imperial College, London, Khairy sebagai panel jemputan dikatakan memberi fakta yang menarik, membina dan penting apabila ditanya mengenai tern politik dan penggundian dan juga bila PRU 13 akan diadakan.
Ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya ada akses kepada maklumat dalaman. Untuk kekal relevan, beliau seharusnya menggunakan maklumat-maklumat ini untuk membuat pelan untuk kepentingan dirinya.
Tetapi tidak, beliau tidaklah sebijak yang disangka. Ini boleh dilihat sebagai tanda berakhirnya kerjaya politik beliau atau beliau sememangnya sudah patah semangat.
Beliau tidak cuba mencari jalan untuk menggunakan rangkaian dan pemberi maklumat untuk kepentingan diri dan lebih nampak seperti tiada arah apabila bertindak. Beliau membuat banyak kesilapan, cipta kontroversi dan buat komen berbau perkauman yang tidak sesuai untuk seorang yang bergelar graduan Oxford. Tidak hairanlah ramai yang menuduh beliau sebagai hipokrit.
Masa depan yang gelap
Khairy sepatutnya merapatkan diri atau memasuki kumpulan yang mempunyai sokongan kuat dalam Umno,
Beliau seharusnya cuba berhenti untuk menjadi lelaki yang tersendiri seperti Zulkifli Nordin dan Hassan Ali.
Khairy tidak mempunyai kebolehan, keupayaan ataupun potensi dan apa juga peluang yang beliau ada telah beliau sia-siakan.
Masa depan untuk Khairy Jamaluddin kelihatan gelap. Sekiranya beliau memutuskan untuk menamatkan riwayat kerjaya politik beliau sebelum PRU 13, beliau sebenarnya telah berkhidmat untuk rakyat. Ini kerana beliau akan menyelamatkan rakyat daripada kesilapan yang bakal beliau lakukan kerana beliau telah melakukan banyak sebelum ini.
Khairy juga tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau tiada ketokohan ataupun sesuatu yang lain dari yang lain, karisma dan visi. Beliau gagal menjadikan sayap Pemuda Umno itu sesuatu yang kuat dan berkuasa, sekurang-kurangnya tawar menawar kuasa dengan Majlis Tertinggi Umno.
Kadang-kadang, wajah tampan, badan kuat, ijazah Oxford, kehidupan yang indah dan juga bapa mertua yang berkuasa tidak cukup. Untuk berjaya dalam politik, anda perlu lebih daripada itu dan malangnya Khairy tidak akan dapat menyatakan apa kualiti-kualiti yang diperlukan.
Malaysia Chronicle
sumber tampalan - Zakri Ali Rangkuti (DI SINI)
Jika blogger PR UMNO beli, ada siapa yang kesah ?
albanjari
9.30 pm | Sg. Petani
3 bulan. Dan semalam genap 100 hari wak slow dan lupa sebentar tentang blog. Bukan merajuk atau bukan malas menulis, bukan juga tak dak bahan mahu dikarang, jauh sekali kering idea untuk disajikan untuk pembaca blog albanjari online, tetapi tempoh panjang itu adalah tempoh yang macam-macam ada. nanti aku cerita.
September hanya 7 artikel terbit. Oktober pula hanya mampu menyajikan sedozen artikel manakala November hanya 1, seb baik ada..kalo tak..memang teruk sungguh hang ! Alhamdulillah, bulan Disember aku kembali memulakan langkah dan mahu menulis semula lantaran masa dan jadual sendiri semakin mengizinkan.
Ada sahabat menyindir, apakah aku ni dah kena beli ? sampai blog pun dah makin bersawang. Langsung tak nampak hang belasah umno seperti selalu.
Itu lah hangpa, asal tak menulis..hangpa borong semua kata ada blogger PR itu ini. 2 minggu lalu aku ada berbual panjang sama MSK, (mat saman kati) dan bab ni memang betoi..! Dia sendiri bagi tahu, dia kena borong dengan kawan rapat dia pi pekena dia di pejabat umno di Ipoh, ini bukan kebetulan, tetapi memang dirancang. Umno BN semakin tersepit sekarang ! Nak rasuah YB Pakatan Rakyat, semakin sukar pasai spesis macam osman jailu, katak behrang dan katak yee jelapang sudah pupus dikalangan pemimpin PR, mahu tak mahu kini Umno BN cuba mengalihkan sasaran kepada siapa yang rapat dan banyak simpan rahsia YB khususnya dari kem Pakatan Rakyat.
Dan dia(MSK) dengan tak malu telah ditawarkan bersama syarat. Syaratnya ? Hangpa pi tanya sendiri MSK. Ganjaran yang dia dapat, pi tanya MSK ? Agendanya..pi tanya dia laa..! Harap MSK dapat bikin satu artikel tentang pengalaman hebatnya baru-baru ini bila tetiba saja dia di'perdagang'kan hidup-hidup oleh puak puaka yang racist itu !
Macamana MSK boleh cerita benda ni kat aku, hangpa mesti nak tahu juga. Iyer laa..ini 'deal' bro..deal yang boleh memberikan kesenangan donia ! Bukan setakat senang donia, silap-silap boleh kahwin artis bro..! Boleh honeymoon kat London main salji sambil nyanyi lagu caa..caa..caa sama bini muda bro ! Huh..!!
Tapi tak semua blogger PR macam sigomoh, macam siparpuh, atau macam perak yang tak bangkit-bangkit..! Khususnya blogger PR Perak yang sama-sama bergonyoh berganyang ketika krisis Perak dahulu, tak mudah itu kami mahu dibeli dengan duit dan perempuan.
Dia terbuka hati cerita, pasal aku juga punya cerita ! Tapi cerita tentang aku tu, biarlah hari lain aku tulis, satu masa yang lain..apa pun lampiran yang akan aku paparkan kelak mungkin dapat memberi gambaran mengapa aku tulis benda ini.
Untuk mengekalkan kuasa, Umno BN sanggup buat apa saja. Setakat bomoh tu, zaman tok kadok pon depa dah guna lama dah. Untuk itu, Awas blogger PR, anda sedang diperhatikan mungkin untuk diperdagangkan. Berdagang lembu sekarang pun dah tak boleh bikin untung, mungkin berdagang blogger bisa jadi kaya. Hmmm..dah macam pelacur plak..! Boleh dijual - beli !! - bersambung
Antara londeh kain dan londeh bra, mana yang syok haa..?
Mati-mati aku hengat, isu ni dah tutup buku. Sejak PDRM masuk tv itu hari, senyum kak ijat bukan main meleret sampai ke leher. Sumpah bro..gerun dan menaikkan bulu roma aku cakap..pom pang pom pang kak ijat belasah sekor-sekor yang eksyen fitnah dia kata bela lembu fitlot dalam kondo, rupa-rupanya kelantangan kak ijat di PAU langsung tidak meredakan kemarahan pemimpin BN dan rakyat rupanya.
Yang syookkk..si zuraida ler, bukan senang nak lawan cakap dengan kak ijat ni syeikh..kalo mulut setakat buleh kulum buah cermai..baik toksah..! celah kangkang jerk dia buleh pulun...! Apapun kata orang, macamana 'kepit' pun kangkang tu..time nak berak, kena kuak luas-luas jugak bro..! betul tak ? Kini rakyat terpaksa melihat drama maki-makian dan eksyen-eksyenan dimana kalangan mereka sendiri yang berbantah-bantah sesama sendiri, malah berbantah-bantah mereka pertahan kak ijat (NFC) macam nak putus urat leher dan urat peha semakin koncopp..!
Nak kata penyokong umngok ni bodoh-bodoh semua tak boleh jugak, pasal ada jugak yg bijak..cuma yg bijak tu pulak dah serupo lembu macam kat bawah ni..! 50 tahun dah dok hangguk-hangguk ke bawah sampai telinga pong dah melondeh 'lanjut' ke tanah, tu ler pasal !!
NFC: Laporan SPRM dibuat pada Muhyiddin, Noh (BACA DI SINI)
Shahrizat, ramai nak selakkan kain hang rupa-rupanya..naa ! Walaupun begitu, isu lembu kondo bukan sahaja tidak mahu lari daripada beliau, sebaliknya semakin ramai pula yang berebut-rebut nak tolong selak kain Shahrizat selepas tamat Perhimpunan Agung Umno.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah pun bersuara supaya Shahrizat pergi ikut suami bersama lembu-lembu kondo dan cuba memperbetulkan kain yang semakin terlondeh. Dan pada waktu ini, pelbagai pihak berlumba-lumba menyatakan kesediaan untuk tolong selak dan londehkan kain Shahrizat. (sumber - KedahLanie.info)
Musa Hassan saman 3 blog PR ?
Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com
KUALA LUMPUR - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.
Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.
"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.
"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.
Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.
Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.
Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.
Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya. (sumber - UtaraNews)
http://www.utaranews.com/2011/12/tiga-blog-pro-pakatan-disaman-oleh-ts.html
Laksa Syafika..yurk ke Baling !
Macam ni yang kita mau ! Takpa..minggu depan wak ada hal kena ke Baling, so..nak pekena 'laksa' syafika..kenkawan kata sedap bro !! Yurk..!!
Seorang graduan universiti, Syafiza Mohd Sakri, 25, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak malu menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan Lebuhraya Tanjung Pari Weng, sejak tiga bulan lalu.
Syafiza, yang berasal dari Kampung Haji Yunus, nekad untuk menceburi bidang perniagaan yang diusahakannya, walaupun hanya berniaga kecil-kecilan, dia mampu meraih pendapatan bersih RM250,00 sehari.
Menurutnya, dia berniaga setelah lima kali gagal temuduga untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, namun dia tidak pernah patah semangat untuk berjaya.
“Insya-Allah, sekiranya diizinkan Tuhan, saya ingin memperbesarkan lagi perniagaan ini dan memperkenalkan lebih banyak makanan.
“Kini, saya menjalankan perniagaan makanan seperti bihun sup, laksa, nasi lemak dan rojak setiap hari kecuali Jumaat, bermula jam 7 pagi hingga 6 petang,” katanya yang merupakan anak ketiga dari enam adik beradik ini.
Syafiza berkata, sebelum ini dia pernah bekerja di Airport Kargo sebagai kerani kewangan tetapi terpaksa berhenti kerana ibunya, Zawiyah Ahmad jatuh sakit dan meninggal dunia Mei lalu.
Menurutnya, walaupun tidak ada pengalaman berniaga, dia nekad untuk menjalankan perniagaan tersebut setelah mendapat sokongan daripada keluarganya.
“Kini, saya dibantu oleh adik, Norshafira, 20, dan abang ipar, Wan Azman Abdul Ghani, 32, untuk menjalankan perniagaan ini.
“Saya berasa puas dengan apa yang dilakukan. Saya tahu, tiada siapa yang akan mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Sebab itu saya kuatkan semangat untuk berniaga seterusnya dapat membantu ahli keluarga,” katanya.
Syafiza berkata, dia tidak pernah terasa sekiranya ada yang mengatakan graduan universiti hanya mampu membuka gerai makanan di tepi jalan.
“Kenapa kita perlu malu untuk berniaga di tepi jalan. Yang penting usaha dan pekerjaan yang dilakukan. Apa gunanya pendapatan kita berpuluh ribu ringgit sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu haram.
Kemungkinan saya akan menghadiri kursus pengendalian makanan untuk memantapkan lagi perniagaan. Insya-Allah, saya akan kembangkan lagi perniagaan ini dan ingin membuktikan peniaga di tepi jalan juga mampu berjaya,” katanya.
Agenda melayu PAS-UMNO, siapa katak tua umno itu ?
albanjari
9.45 pm | Kota Kinabalu
'Agen katak tua UMNO' - itu gelar terkini untuk Hassan Ali. Dulu ada yang kata dia 'ibrahim Ali' versi Pakatan Rakyat. Bukan aku yang kata, tapi ada sebilangan orang Pakatan sendiri sebut macam itu. Perkara biasa tu bro ! Orang melayu kan kaya dengan gelarkan orang. Kiah Jonggang, cikgu bedah, Haji Tempirai, dan segala macam gelar. Sama juga dengan aku. Apa yang puak umngok tak gelar aku ? Dulu ada blogger umngok macam Parpu Kari, Gomo, Perak Bangkit dan ramai lagi, dok gelarkan aku dengan macam bagai. Ada aku kesah ? Jiwa kena besar bro !
Hassan Ali - Siapa yang tak kenal dia ? Tahun 1999, beliau menang kerusi Parlimen Parit Buntar dengan majoriti besar. Umno dan Barisan Nasional bungkus terus, langsung tak boleh bangkit !! Ia kemenangan paling gemilang dicapai oleh PAS Parit Buntar. Ia jadi satu sejarah. Untuk mencipta sejarah begitu gemilang, gerakan massa dan politiknya sudah mengakar kukuh setahun sebelum kemenangannya. Itulah hebatnya Hassan Ali mengepalai jentera PAS merasuk pengundi di seluruh Parit Buntar untuk menolak parti toghut UMNO ketika itu. Lawannya, Dato' Abdul Rahman Suliman, tergolek biawak, dan tewas teruk seterusnya membawa petaka kepada perpecahan UMNO Parit Buntar sehingga sekarang.
Hey wak ! Hassan Ali itu siapa dengan hang haa? Bodek lain macam saja. Sokong kuat nampak ? Atau hang memang orang 'Perpaduan'? macam One G ada bilang sama aku dulu, albanjari itu orang UG. Poodah yenadey...la tambi ! Sampai bergaduh bergadang berbulan-bulan hanya pasal MRK albanjari, gara-gara rakan sahabat aku hadir ke sidang media Hassan Ali dan Ustaz Nasa. Macam sial jer aku tengok masa tu..gelarkan orang main pakai 'borong' semua !! Asal tak kena dengan prinsip hangpa, suka suki hangpa borong maki hamun gelar mengelar semacam pundek !! Hmm..cerita dulu, dan aku pun dah lama tutup buku tu..! Titik.
Malam tadi, media sudah main lain macam. Aku percaya sangat, akan ada orang kampung yang tak tahu hujung pangkal, yang atas pagar, bawah pagar, hujung pagar..mesti ada yang percaya, itu Hassan Ali sudah jadi agen UMNO. Agen katak tua UMNO. Malah jika dilihat dari rentetan isu-isu yang sering ditimbulkan oleh Pakatan yang begitu anti dengan keislaman Hassan Ali yang sanggup membelakangkan kerjasama PKR dan DAP kononnya sebelum ini, maka besar kemungkinan akan ada mulut tempayan dari orang parti PAS sendiri akan bersetuju bahawa UMNO akan turut membantu Hassan Ali menang pada PRU13 akan datang dan kesannya maka gelar itu semakin tip top untuk Hassan Ali sekarang, iaitu "agen katak tua Umno".
Tapi betulkah Hassan Ali itu confirm bagai dikata? Dikata sebagai 'agen katak tua umno ? Ada mulut orang bilang dia tidak akan bertanding kerana disishkan oleh orang PAS sendiri ? Ada betul kaa bhai !! Tapi kalau dia bertanding..aku rasa bagus ! Bukan senang calon PAS dari Pakatan nak dapat undi dari orang Umno, lebih2 lagi turut membantu kemenangannya. Hah..! Okay la tu !! Kata mahu ke Putrajaya, so ini masa yang terbaik ! Masa terbaik untuk calon PAS Pakatan Rakyat diterima oleh orang umno sebagai pemimpin.
Strategi yang baik ku lihat. Kalau ada 66 orang macam hassan ali tu kan ker bagus. Dan 66 orang macam itu menang majoriti di kesemua 66 kawasan Parlimen yang ditandingi PAS diseluruh negara. Tak payah nak pening kepala. Tak ker hebat PAS ketika itu ? 66 kawasan, 66 menang Parlimen, mau sawan katak Najib bro !
Kalau pun mampu menawan Putrajaya, tak lah lekeh sangat PAS..bila dalam Parlimen sudah ada 66 orang MPnya yang menang bergaya mengalahkan BN. Jika diukur dari segi statistik yang dibuat selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu ketika tsunami politik melanda Malaysia dengan Pakatan Rakyat pertama kali dalam sejarah memenangi 82 kerusi parlimen, sasaran untuk menguasai parlimen kali ini dengan 100 kerusi bukan lagi dianggap satu misi yang mustahil tetapi mampu dilaksanakan. Apapun celaka untuk ahli parlimen PKR yang 'clear' menjadi katak bila ahli parlimennya keluar parti seorang demi seorang sehingga Pakatan Rakyat kehilangan tujuh kerusi menjadikan hanya tinggal 75 kerusi saja sekarang.
Apa yang menarik untuk disebut adalah, sebenarnya Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 112 kerusi atau lebih jika konflik dalaman sesama pemimpin di dalam parti dan Pakatan Rakyat dapat diselesaikan dan diketepikan demi PRU13. Dan masa itu hangpa nak belagak pun belagak pi lahh..! Ada kami kesah..yang kami kesah, bila wujud konflik dan pergolakan sesama pemimpin untuk menegakkan prinsip masing2, hoi ! pi mampos la dengan hangpa punya prinsip..! Yang kami mahu, ABU ( Asal Bukan UMNO) yang memerintah Malaysia, itu saja !!
Adios !!