TERKINI : (video+foto) Tsunami Mega badai Jepun
Jepun sah letupan loji tenaga nuklear Fukushima, penduduk dipindah
TOKYO, 12 Mac – Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam. Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut – sehari selepas timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.
TOKYO, 12 Mac – Kerajaan Jepun mengesahkan letupan di loji tenaga nuklear Fukushima Daini hari ini ekoran gempa bumi dan tsunami semalam. Terdahulu agensi berita Jiji memetik polis tempatan berkata letupan dan asap kelihatan di loji tersebut – sehari selepas timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun.
Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil. Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut.
“Kami sedang melihat punca dan situasi dan kami akan memaklumkan publik apabila kami ada maklumat lanjut,” kata beliau. Buat masa ini kami merasakan pengosongan kawasan dalam lingkungan 10 kilometer adalah wajar,” katanya.
Malah beliau juga berkata Jepun telah memperluaskan kawasan yang dikosongkan sekitar loji Fukushima Daini. Beberapa jam kemudian kerajaan mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk memperluaskan kawasan yang perlu dikosongkan sekali ganda kepada 20 kilometer.
Edwin Lyman dari Union of Concerned Scientists berkongsi keseriusan keadaan di pusat-pusat kemudahan nuklear yang dilanda gempa bumi dan tsunami, dan pilihan-pilihan yang ada bagi mengelakkan bencana nuklear.
Stesen TV NHK melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera dalam letupan di Unit 1 loji tersebut. Agensi berita Kyodo pula berkata, radiasi dikeluarkan setiap jam bersamaan dengan kadar yang dibenarkan bagi tempoh satu tahun.
Laporan msnbc memetik stesen Sky News dari Britain berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah.
Operator-operator di Unit 1 loji Fukushima Daiichi telah mengesan kadar radiasi lapan kali ganda di luar dan 1,000 kali ganda di dalam bilik kawalan.
Dua reaktor telah hilang keupayaan mengawal tahap kedinginan dan cairan kemungkinan berlaku di salah satu reaktor disebabkan suhu terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi, seorang pegawai di suruhanjaya keselamatan nuklear Jepun.
Ketika bercakap kepada pemberita sebelum letupan, beliau berkata, jikapun ada cairan ia tidak akan memberi kesan ke atas mereka di luar kawasan 10 kilometer. Kebanyakan daripada 51,000 orang yang tinggal dalam lingkungan kawasan bahaya sudah dipindahkan, kata Ryohei. – Reuters
Al-Fatihah buat Blogger Sam Ahmad !
Aku terima khabar duka ini melalui Topeng Perak di fesbuknya tengahari tadi. Al-Fatihah buat Allahyarham Blogger Sam Ahmad yang juga Moderator Perak Ekspress. Berita ini jua dikongsi sama bersama Dr. Arbain Wahab, Anaz, Penglipur Lara, Alfa, Chor Sniper, TP yang wak hubungi dan mengesahkan kematian beliau. Alhamdulillah, urusan pengkebumian jenazah arwah sempurna dilakukan pada jam 11.30 pagi tadi. ALFATIHAH.
Catatan Ajijoi dibawah. Pagi ini saya menerima panggilan daripada Anas, membawakan berita pilu pemergian ke Rahmatullah seorang sahabat blogger yang sama-sama memburu berita di pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu.
Sam Ahmad atau nama sebenarnya Zulfikar Samsuri, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi dimajlis perkahwinan sahabatnya di Lenggong.
Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak dan akan disemadikan sebelum Zohor hari ini. Allahyarham adalah antara blogger yang membangunkan UREKA dan Perak Express yang begitu aktif dalam alam maya.
Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak dan akan disemadikan sebelum Zohor hari ini. Allahyarham adalah antara blogger yang membangunkan UREKA dan Perak Express yang begitu aktif dalam alam maya.
Biarpun pengenalan antara kami singkat cuma, namun ada sesuatu yang masih membekam dikalbu akan kegigihan beliau biarpun dalam kepayahan menulis dan membina laman blog. Buat Allahyarham Zulfikar Samsuri @ Sam Ahmad, AL-FATIHAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat disisiNya.
Catatan yang dipetik daripada facebook Otai Manjung :
Perginya seorang sahabat penulis, Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.
TERKINI : (foto) Tsunami Mega badai Jepun
A 33ft tsunami has reportedly killed at least 44 people as it swept over Japan's northeastern coast after the country's biggest earthquake in recorded history.
Gegaran lebih 20 kali menyebabkan berlaku tsunami lebih 10 meter. Berita selanjutnya menyusul sebentar lagi..layan foto dibawah.
Untuk paparan video klik image diatas.
Ayuh...bangun semua !! Kita 'tsunami'kan UMNO sekarang !
Entah betul entah tidak, dengarnya esok ada agenda besar 'penerangan' PAS Pusat di KL. Ramai bos-bos turun. Betui kaa? Jika betul..baguslah.
Memang perlu pun gerakan yang laju-laju gitu. Ini penting dan perlu bagi jatuhkan UMNO dan perlu sangat dibuat segera, masa sudah semakin singkat, tak perlu lagi cakap hal hal barang naik, harga minyak naik, rakyat malaysia sudah tak tahu nak fikir, mereka di saluti oleh debu debu kurang peka kepada alam sekeliling.
Apa yang UMNO cakap itu ajelah yang meraka faham. Loya tekak dah, mulut dah kering jerit tapi rakyat UMNO tetap tonggong macam tu jugak. Yes ! Bagaimana untuk menghantar mesej yang tepat ke minda pengundi-pengundi yang akan menyokong PAS?
Dengan suasana politik PR yang begitu baik, cuaca makin menarik untuk pembangkang melakukan serangan kepada UMNO. UMNO sudah kehabisan tenaga, wang makin kering dan makin tiada, walaupun pelbagai cara dibuat namun kantung tetap kering dan kontang. Inilah masa terbaik untuk menerangkan kepada rakyat.
Tak payah nak tunggu ada PRK baru nak berkempen. Kempen rumah ke rumah (mouth to mouth) perlu berjalan terus dengan pelbagai tektik dan strategi. Kini UMNO sedang leka. Leka lagi mabuk dengan kemenangan palsu dan tipu. Biarkan mereka. Jangan kita pun sama hanyut. UMNO masa ini mereka tak hiraukan sangat pasal kempen, kalau PAS buat.., mereka buat sinis aje ! Lagipun sekarang, UMNO tengah mencari wang untuk isi semula kantung mereka yang dah kering. Haa...tunggu apa lagi ? jalan terusss...bro ! (fzt)
Untuk Rekod Blog : Analisa Mengapa PAS kalah teruk ?
Kekalahan "teruk" PAS di Kerdau dan Merlimau -- dengan majoriti BN yang lebih besar -- mengundang banyak kritikan. Saya kira, adalah baik sekiranya pemimpin PAS dapat meneliti setiap teguran yang dikemukakan bagi melakukan proses penambahbaikan. Tentunya dalam PAS sindrom penafian belum menjadi wabak sehingga segala pandangan berbeda diketepikan begitu sahaja.
Bukankah siri pilihan raya kecil selepas tsunami politik Mac 2008, sama ada mencatatkan kemenangan atau kekalahan, dapat menghimpunkan iktibar sekali gus mendorong pembaharuan dilakukan sebelum Parlimen dibubarkan nanti?
PRU13 dijangka merupakan "medan pertempuran" paling sengit bakal disaksikan sepanjang sejarah pilihan raya di negara kita. Buat pertama kali rakyat Malaysia benar-benar ada pilihan dan berpeluang untuk menukar kerajaan persekutuan. Justeru, semua parti politik begitu serius mengatur persiapan rapi daripada semua segi, selain bersedia mengambil manfaat daripada apa jua insiden, khususnya kelemahan yang tertonjol dalam pilihan raya kecil, bagi memastikan target tidak tersasar.
Umumnya, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kini masih dalam keadaan bertahan. Daripada 16 kali pilihan raya kecil, kedudukannya seri 8-8. Namun, yang lebih menarik perhatian umum adalah kawasan-kawasan yang menyaksikan peralihan kerusi. PAS dapat merebut satu kerusi Umno, Parlimen Kuala Terengganu tetapi hilang Dun Galas, manakala DAP mencipta sejarah di Sibu dan MIC berjaya merebut Hulu Selangor. Di Semenanjung, selepas BN meningkatkan undi di Bagan Pinang, parti yang menerima tamparan hebat pada Mac 2008 itu terus melonjak. Selain berjaya merampas kerusi KeADILan di Hulu Selangor, Umno menguasai semula Galas dan meningkatkan majoriti kemenangan di Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Bagi PAS, kekalahan dengan kemerosotan undi di Melaka dan Pahang (sebelum itu Johor) perlu dibedah-siasat secara menyeluruh. Segala kealpaan atau kepincangan harus diakui bagi dirumuskan jalan keluar yang tepat dan berkesan. Reformasi masih sempat dilakukan jika didapati ia memerlukan berbuat demikian. (Sehebat mana pun sesebuah parti, ia masih terbuka kepada pembaharuan). Tiada hinanya mengaku kesilapan dan bersedia membuat pembaharuan daripada hanya berkeras menyalahkan pihak musuh.
Mungkin ia bukan lagi melibatkan perubahan dalam soal-soal taktikal dan penyelarasan jentera pilihan raya, tetapi juga membabitkan hal-hal lebih besar seperti penekanan, keutamaan dan pendekatan parti. Sebarang persepsi negatif tidak boleh dibiarkan biarpun ia mungkin nampak tidak berasas. Dan yang perlu dirombak atau diperbetulkan bukan sekadar berkaitan sesebuah parti yang bertanding, misalnya PAS dalam kes Kerdau dan Merlimau, tetapi juga parti-parti sekutu, seperti KeADILan dan DAP.
Bagi Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar memberikan signal jelas kepada Pakatan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Isu-isu yang memberi kelebihan kepada Pakatan dalam PRU12 mungkin tidak lagi memberi kesan kepada pengundi. Tambahnya, trend nasional menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. Beliau turut menegur pendekatan PAS menangani beberapa isu lokal, termasuk berkaitan Felda. "Misalnya, bagaimana hendak mengatasi perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal?" ujarnya.
Dahulu, ketiga-tiga negeri di selatan yang menjadi gelanggang siri pilihan raya kecil terkini itu bukan dikira wilayah tradisi PAS (walaupun prestasi PAS di Pahang pada 1999 boleh dianggap membanggakan juga). Bagaimanapun selepas 2008, apabila Putrajaya dilihat turut terbuka untuk dikuasai Pakatan, maka setiap kerusi tidak boleh diremehkan. Di pihak Pakatan, sasaran bukan lagi menjadi pembangkang yang kuat di peringkat Dun, tetapi adalah mengambil alih teraju pemerintahan negeri-negeri berkenaan.
Tidak pelik apabila pemimpin BN sering mengingatkan agar setiap penggerak kempennya agar tidak memandang rendah kemampuan calon Pakatan meskipun melibatkan kerusi yang dahulunya tidak tergambar dapat dimenangi pihak lawan. Segala kekuatan dan sumber (tentunya daripada kerajaan) dikerah semaksimum mungkin. Sepanjang kempen, media, khususnya akhbar harian dan siaran berita TV, diperalatkan dengan begitu dahsyat. Lihatlah cara agresif Ali Rustam dan Adnan Yaakob berkempen. Mungkin komitmen mereka menemui pengundi jauh lebih besar berbanding sikap sebahagian pemimpin Pakatan sendiri.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, kekalahan berturut-turut PAS itu juga menunjukkan wujudnya kelemahan dari aspek strategi, taktikal dan operasi politik apabila kepentingan-kepentingan demografi, geografi dan antropologi politik tidak diterjemahkan dengan sempurna sebaliknya kebergantungan terhadap kepercayaan dan amalan politik lama.
"PAS belum mampu memperbaiki imej dan strategi dengan mengukuhkan bentuk dan kandungan pembawaan politik yang lebih moden, lebih dinamik, lebih pragmatik tanpa bergantung secara total pada nilai-nilai ulama, sebaliknya mesti menjadi sebuah sistem dan organisasi yang memiliki kekuatan kedua-duanya iaitu ulamak dan profesional," tegasnya.
Seterusnya beliau menggesa PAS agar mempunyai strategi komunikasi dan rencana ekonomi, politik dan sosial yang benar-benar bersepadu dan terancang dalam membina kepercayaan, terutama di kalangan orang Melayu. "Kepercayaan ini tidak hanya boleh dibina dengan nilai-nilai perlawanan setiap masa, ada kala nilai-nilai progresif iaitu konstruktif perlu dibentuk juga. PAS perlu melihat sikap baru yakni menerima intelektualisme, profesionalisme, progresvisme sebagai bentuk dan kandungan politik maka barulah masyarakat akan lebih menerima dan yakin," tambah Dr Abu Hassan.
Kerdau dan Merlimau membabitkan dua Dun di kawasan majoriti Melayu ketika slogan "PAS Ganti Umno" mula dipopularkan. PAS pula pada akhir Februari lalu menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang Melayu. Di Tenang, PAS turut dilihat gagal menarik sokongan pengundi Melayu. Malah sebelumnya juga di kerusi majoriti Melayu, di Manek Urai, Kelantan, walaupun PAS bertahan tetapi majoritinya jauh merosot, daripada 1,352 undi kepada hanya 65.
Ramai pemerhati menjangkakan pengundi Cina masih meyakini Pakatan dalam PRU13 nanti. Mereka bimbang masyarakat India akan kembali kepada BN. Lebih kritikal adalah sikap pengundi Melayu. Jika mereka bertahan seperti tahun 2008, BN tetap mengekalkan kuasa, tetapi andai kata benar pengundi Melayu (apatah lagi jika membabitkan orang muda dan kelas menengah) mulai mempercayai Umno, Pakatan berada pada kedudukan berbahaya.
Apakah sebilangan besar pengundi Melayu masih sangsi dengan keupayaan, kemampuan dan keikhlasan PAS untuk membela dan mempertahankan hak Melayu, seperti sering ditohmahkan? Berkesankah propaganda media yang membayangkan PAS hanya alat kepada DAP dan mudah bertolak-ansur sehingga meleburkan prinsip perjuangan? Ataupun, pimpinan PAS dianggap tidak berketrampilan untuk sama-sama menerajui Pakatan bagi membentuk kerajaan persekutuan nanti?
Bagi sesetengah pemerhati politik, PAS yang mendapat manfaat besar daripada peralihan undi orang Melayu pada 1999 kini seolah-olah berada di persimpangan. Apakah ia terpaksa menukar strategi untuk menawan hati pengundi Melayu? "PAS tidak boleh dilihat panik mengubahsuai pendekatan politiknya, dibimbangi pengundi bukan Melayu curiga dengannya, tetapi orang Melayu pula, terutama di luar bandar, masih ragu-ragu memberi sokongan," kata seorang pensyarah IPTA. "Mesej pilihan raya kecil memang penting tetapi ia harus ditafsirkan seadanya sahaja," tambahnya.
Dalam pada itu, ada pemimpin PAS sendiri yang membuat teguran sinis: "Tak ramai wakil rakyat kita yang turun berkempen, apatah lagi untuk berkampung di sana, seperti dilakukan pemimpin tertinggi BN dan para menterinya. Ramai pemimpin PAS yang berkempen 'Touch-N-Go' saja, sekadar berceramah, tidak menyapa dan menyantuni rakyat secara dekat dan rapat, malah ada yang tak turun langsung. Hinggakan saya sendiri malu untuk bermunajat dengan Tuhan meminta pertolongan. Apakah kita sudah bekerja bersungguh-sungguh atau hanya mengharapkan Tuhan bekerja untuk kita?"
Blogger Nobisha, dalam analisisnya terhadap keputusan di Merlimau dan Kerdau menekankan: "Sejak mara bergaya dalam pilihan raya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai Uumno atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau."
Beliau turut memuji sikap Pengerusi BN, Najib Razak, yang dilihat lebih reseptif kepada kritikan. Nobisha yang sering diundang dalam Analisis Awani, terutama pada malam keputusan pilihan raya kecil diumumkan, menulis: "Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "saya sanggup berubah"."
Mungkin pandangan-pandangan yang dilemparkan itu tidak menggambarkan realiti sebenar, namun banyak manfaatnya jika kritikan berkenaan boleh diolah untuk kebaikan parti.
18SG : Samad mengangkang, terkangkang kaku di atas..?
Pakcik Samad Polis pencen. Dia pencen awal, ada duit simpanan sikit, beli rumah kat Taiping. Rumah asalnya kat Ipoh - tempat dia bekerja sebelum dia pencen.
Baru beli rumah, jadi masih perlu berulang-alik ke Taiping untuk settle kan beberapa perkara. Besa la, tengah pindah rumah.
Malam tu dia dan Makcik Salamah bertolak dari Ipoh lambat, lepas midnight, sebab melayan tetamu yang datang ke rumah.
Kawan lama dari Tg. Rambutan datang bertanya khabar dan kiranya nak say goodbye, kawan dah nak berpindah jauh. Sure, dulu-dulu aku rasa Taiping dan Ipoh tu jauh, masa tu takde highway. Kampong aku kat Pokok Sena, dan perjalanan ke Alor Setar tu tu pun aku masih rasa jauh.
Sampai sekarang perasaan "jauh" tu aku masih rasai. Korang bebudak sekarang mana ada "feeling" tu. Bapak aku tak pernah ada kereta. Kalau kami nak jalan-jalan, kami sekeluarga kena naik bas stop-stop. Itu sebab aku rasa jauh.
Lepas bandar Kuala Kangsar, jam dah dekat 2 pagi. Tak banyak kereta di jalanan, dan cuaca sejuk, mendung macam hari nak hujan, tapi takde pulak nampak petir atau terdengar guruh. Selepas selekoh hospital Kuala, belok kanan, Pakcik Samad terus menghalakan keretanya ke arah Taiping.
Selepas kilang simen yang aku cakap tadi tu, jalan terus jadi sunyi, kengkadang ada sebijik-dua lori berat yang jalan perlahan, dan dia kena la potong. Berhampiran kawasan berbukit, bila sampai kawasan Bukit Berapit, tiba-tiba kereta Pakcik Samad macam tersenguk-sengguk. Takde berasap, atau apa-apa ke... cuma macam habis minyak gitu. Tapi, Pak Samad confident dia ada cukup minyak. Baru isi minyak siang sebelum tu.
Dia pun perlahan-lahan drive keretanya ke bahu jalan, dan terus berhenti. Enjin kereta tu terus mati dan Pakcik Samad terus tarik hand-break, sebab jalan tu kawasan lereng bukit, kereta tu akan menggelongsor turun kalau tak parking betul-betul. Dia dan Makcik Salamah saling berpandangan, dan makcik tu bertanya, "apa hal bang?". "Entah lah, abang pun tak tahu. Minyak cukup, tapi apekehenye kereta ni buat hal?", kata Pakcik Samad.
Tiada satu kereta pun ada di jalan raya waktu tu, jam dah dekat 3 pagi. Pakcik Samad teragak-agak nak keluar kereta tengok enjin, sebab dia tahu, dia memang tak pernah pandai apa-apa hal pasal kereta. Nak isi minyak hitam pun dia selalunya hantar woksyop aje. Dia sembang kosong beberapa minit dengan Makcik Salamah, mengharapkan kalau ada kereta atau lori lalu, tapi dekat setengah jam, apa pun tarak. Akhirnya, dia cakap kat Makcik Salamah, "baik abang pegi ke pekan Padang Rengas. Tak apalah, abang jalan kaki aje. Salamah tunggu aje dalam kereta, nanti kereta kita dilarikan orang pulak, kalau kita dua-dua sama pegi sana". Makcik Slamah terus kecut perut nak ditinggalkan sengsorang, tapi pakcik Samad berjaya memujuknya, dan seterusnya dia pun memulakan perjalanan menapak patah balik arah ke belakang. Nak cari kalau ada orang boleh bantu. Dia rasa dia ada kenal seorang pegawai polis kat balai Pdg. Rengas.
Makcik Salamah periksa balik yang kempat-empat pintu kereta tu berkunci, dan dia cuba untuk melelapkan mata. Dalam hati, makcik tu sememangnya takut duduk sorang-sorang dalam kereta, kat tepi bahu jalan, kat atas bukit pulak tu. Dia cuba baca ayat-ayat Quran dan selawat, kasi hatinya tenang. Tengok keluar sekeliling kereta tak nampak apa-apa, gelap-gelita. Lebih-kurang dalam setengah jam, kesepian dan kesunyian disekelilingnya tiba-tiba terganggu dengan bunyi yang mengejutkannya. Tengah dia mengelamun, separuh sedar separuh tidor, tiba-tiba...
Duummm!
Ada benda jatuh atas bumbung kereta tu dengan hentaman yang kuat. Dalam tersentak tu, Makcik Salamah dengan jantung yang berdebar-debar, terkejut sungguh dengan dentuman tu, cuba menarik nafas perlahan-lahan... dan selang beberapa minit kemudian, dia macam terdengar macam ada makhluk lain yang melompat dan landing atas bumbung kereta tu. Dia mendengar ada macam bunyi benda tersiat macam orang mencarik kain, di atas bumbung kereta. Dan lepas tu, ada bunyi mendengus macam binatang liar. Ada bunyi macam anjing tengah makan dengan lahap, cuma bunyi itu lebih kuat dan lebih liar daripada seekor anjing, seakan bunyi binatang yang lebih ganas, lebih hebat lagi daripada seekor anjing. Yang dia teringat macam bunyi singa tengah makan dan mengoyak-ngoyak badan rusa. Macam cerita rencana pasal alam semulajadi kat TV hitam-putih masa dulu-dulu. Gggrrreeeuuughhh!!!! Arrrghhhheeuughhggrrrhhh!!! Bunyi semacam seekor binatang liar yang lapar yang tengah mencarik-carik daging binatang yang berjaya diburunya. Dalam kegelapan itu, Makcik Salamah hanya dapat mendengar, tetapi tidak dapat melihat langsung apa yang berlaku.
Perkara ni berlaku dalam 10 hingga 15 minit, tapi yang Makcik Salamah hairan, kenapa dia di dalam kereta tidak diganggu sedikit pun. Dalam ketakutannya itu, dia mempelosokkan dirinya ke bawah daripada kerusi penumpang tempat duduknya, kerana terlalu takut. Merengkok dia kat bawah tu menggigil, terasa nak terkencing-kencing. Tiba-tiba dia terdengar macam binatang tu berhenti dari makan, dan seterusnya melompat turun, dan terus bergerak menjauhi kereta. Tak lama kemudian, keadaan sekeliling kembali sunyi, dan tiada bunyi apa-apa pun kedengaran. Makcik Salamah yang ketakutan, kembali dapat bernafas lega, dan cuba untuk melihat keluar kereta, tetapi dengan kegelapan tanpa apa-apa lampu, tiada apa yang dapat dilihat.
Selang 5 minit kemudian, Makcik Salamah tiba-tiba nampak cahaya lampu kereta datang menghampirinya dari jauh, memanjat bukit dari bawah, ke arah di mana kereta itu berhenti. Semakin hampir, dia melihat lampu itu bertambah terang dan besar, dan apabila lalu di sebelah kereta, baru dia menyedari bahawa ianya lampu daripada sebuah lori. Lori membawa tentera. Di Taiping memang ada beberapa kem tentera dan renjer, kalau tak silap. Hendak dia keluar dari kereta untuk menahan lori itu, tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, lori itu sendiri berhenti secara mendadak, seperti pemandunya menekan emergency-break. Berhenti betul-betul di tengah jalanraya, dan beberapa orang lelaki melompat turun, masing-masing beruniform askar.
"Assalamualaikum... elo, elo... ada sesiapa di dalam?", kata salah seorang tentera tersebut, sambil menghalakan lampu suluh ke arah kereta Makcik Salamah. Makcik Salamah cepat-cepat menjawab ada, dia ada di dalam katanya, dan terus dia bergegas mahu keluar. "Makcik... jangan bergerak. Tunggu sebentar", balas lelaki tersebut. "Kami ada di sini, makcik jangan takut. Mintak tolong makcik keluar dari kereta perlahan-lahan, lepas tu bergerak ke depan ke arah kami. Mintak tolong makcik jangan tengok belakang". Itu arahan tentera tersebut.
Makcik Salamah yang masih dalam ketakutan, sekarang berasa bertambah lega sedikit, dan dia pun membuka pintu keretanya, dan dalam samar-samar lampu belakang lori yang merah, terus bergerak ke arah ke hadapan, menghala di mana tentera-tentera tersebut berdiri. Apabila dia menapak dalam beberapa langkah ke hadapan, dia perasan ada lampu kereta yang terang datang dari belakang dengan laju, sama arah dengan lori tadi. Dia pun terfikir, nanti lori tentera tu kena langgar kereta tu la pulak. Dia pun menoleh ke arah kereta yang datang, dan dengan cahaya lampu kereta itu, dia ternampak satu lembaga di atas keretanya sendiri, terbaring dengan perut terburai - usus perut bersepah, dengan darah segar hitam yang mengalir dan berlopak di seluruh bumbung dan cermin kereta, dengan tangan dan kaki seorang manusia yang herut-merut terbongkang luas, dalam keadaan yang sangat mengerikan. Sebentar kemudian, Makcik Salamah menjerit sekuat hati, terus jatuh terduduk.... meraung mendayu.
Aaaaaaaaaaaaahhhhhh!!!
Kat atas bumbung kereta tu, Pakcik Samad terlentang terkangkang, perut terburai dan kaku diatas bumbung kereta. (sumber - Aidid Mu'addib... You Know My Name)
PANAS BERAPI : RON naik, tunggu carutan berapi rakyat !
Harga minyak RON atau diesel pasti akan naik. Tak esok lusa. Jangan ler najid dengan mael pecker nak tipu rakyat Malaysia.
Tiada alasan lagi bisa diucapkan untuk menaikkan harga barang sekarang. Percayalah, bahawa harga barang yang bakal naik, setelah kenaikan harga RON akan lebih mencekik dan bisa memutuskan halkum rakyat.
Harga RON naik lagi..itu PASti ! Dan yang pasti rakyat akan diautakan lagi. PAStu, insflasi juga akan ikut mencanak naik. Baik diatas, mahupun dibawah habis..ditipu oleh UMNO bangang.
Nampaknya rakyat masih belum bangkit lagi sebenarnya. Masih terus bersabar! Walaupun blogger upahan UMNO kata sokongan kepada UMNO sudah mulai pulih. Pulih kepala hotak lu ! Pulih dengan bohong dan tipu, untuk sogok sokongan yang palsu menyebabkan mereka merasakan mereka terlampau kuat sekarang.
Kalau depa ingat dah kuat, maka bermakna pilihanraya Sarawak dan Semenanjung akan bercantum. Tapi langsung tak berani. Pasai apa? Sarawak tu, fixed Deposit bagi UMNO/BN. Jika berjalan PRU13 dan Sarawak serentak, BN akan hilang fokus. Tu pasal bikin asing-asing. Faham ker?
Banyak lagi skim-skim untuk rakyat akan dilemparkan, walaupun semua itu tak berjalan seperti perancangan kerana ekonomi Malaysia sudah makin mampus. Wang sudah tiada dalam kantung. Pelbagai aset negara juga sudah dilupuskan tanpa pengetahuan umum. Kecairan wang terlampau laju mengikut nafsu bangang pemimpin negara.
Imbau semula yang berlaku di Kerdau, diberitakan duit memang dah tak berapa nak ada, tu pasal la.. Daud Kilau terpaksa kena gelek kuat-kuat, sampai sakit pinggang orang tua tu. Pasai apa? Pasai No Money No UMNO. Ada faham machaa...!
Sudahnya, blogger UMNO pun gaduh sesama sendiri, dah duit upah tak dapat? Mau tak sasau..? - fzt
Sudahnya, blogger UMNO pun gaduh sesama sendiri, dah duit upah tak dapat? Mau tak sasau..? - fzt
18SX : 'I was forced to sleep with 31 men' - Jang Ja Yeon
Ajer nyer handey...kata orang Parit. Di paksa? Di desak? Arghh...kerja-kerja durjana..dimana saja. Selagi nafsu itu hidup, selagi itu 'buas' manusia tidak bertepi.
IN pula lain kisahnya, malang bertimpa buat seorang ibu muda apabila dia bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan oleh suaminya, 26 tahun yang dipercayai telah melarikan bayinya itu bersama isteri tuanya di Selangor.
Wow ! Lepas crett...croottt, hang pi kidnap anak hang sendirik, sama bini tua. Syok la bini tua hang, tak payah..terhenjut2 peluh mercik kat muka tahan sakit beranak, cara mudah nak dapat anak! Ada jugak jantan, dan betina macam ni kat Mesia. Mungkin si betina claim tak mau beranak, takut lepas beranak semua yg ada kat dia jadi kendur dan 'luas', so suruh laki dia kahwin sorang lagi, semata-mata nak kan anak. Cian bini muda, letih beranak belum habis, dah kena cerai, anak pulak kena bawak lari.
Nasihat wak, buat bini muda yang baru berumur 21 tahun tu, lawan tetap lawan. Kasi lunyai itu perempuan. Yang sedap menyedap, bini tua..yang teruk beranak hingga nak kuar buasir, aku ! Mana buleh jadik...! Cerita lanjut klik di sini.
'I was forced to sleep with 31 men' - Jang Ja Yeon
Police may reopen case into Korean actress' suicide. The Korean police are determining if they should reopen investigations into the case of actress Jang Ja-yeon's suicide, after broadcaster SBS made her posthumous letters public on Sunday.
Police may reopen case into Korean actress' suicide. The Korean police are determining if they should reopen investigations into the case of actress Jang Ja-yeon's suicide, after broadcaster SBS made her posthumous letters public on Sunday.
In over 50 letters, Jang alleged that she was made to offer sexual favours to prominent figures within the industry, as well as to heads and officials of private and media enterprises.
The rookie actress, who was 30 when she hanged herself in March 2009, accused her agent of forcing her to have sex with 31 people over 100 times.
The agent, known only as Kim, was arrested in July that year and served a one-year jail term last year. The other 31 men were under investigation as well, though they were all acquitted.
The case caused a sensational scandal in Korea over who was on ‘Jang's list', as financial regulators launched their own investigations into an industry known for ‘enslaving' their up and coming stars.
18SX : "gred A, gebu-gebu dan bulu pun sikit.." Tak buleh tahann..!
2-3 hari ni gua lemas kena himpit bro! Himpit lain macam. Tapi bukan gua kena himpit dengan bini gua. bukan..! Lagi bukan dan bukan jika dok kata gua kena himpit dengan kekasih-kekasih gelap gua. Gua mana ada kekasih gelap! Semua terang-terang macam bulan penuh. Apa barang nak gelap-gelap yer tak?
Kawan gua telpon, bilang mau 'kelapa' bro ! Gua cakap, lu mau kelapa..datang la rumah gua..setakat 3-4 bijik tak der hal..Free jer gua bagi ! Tapi kalau nak lebih. lu panjat sendirik ler..pokok kelapa tu.., tapi kalo nak guna 'beruk' gua kat sini pun boleh, tapi kena charge ler..! Hahaha..! Beruk-beruk moden mana ada free sekarang. 1 bijik dia petik, kurang-kurang lu kena bayar RM500 bro ! Tak percaya ? lu tanya sama itu Azmin ka sapa !
Melalut plak gua! Dia cakap, 3-4 bijik apa barang, dia mau 30 ribu bijik 1 bulan bro ! 3 kali gua mintak dia ulang. 30 ribu ka 3 bijik ! Kalau gua ada kelapa 30 ribu bijik buleh supply sama dia, dia mau angkat MOU 6 bulan sama gua. 1 bijik dia mau beli RM1.50 sen bro. Lu kali ler 30 ribu..apa macam machaaa..! Sudah siap kira kaa? Apa ?? RM45 ribu tu bro..! Wow ! Ini baru betul-betul hol-liaw maa...!
Tapi...., tapi, mana nak gua carik 30 ribu bijik? Belakang rumah gua, memang ada pokok kelapa, tapi ada 3 batang pokok jer bro..! Tu pun..tunggu nak tumbang ke bumi jer..! Hadoii...!! Bisnes kawan gua ni, betul2 bikin kelapa kepala gua jadi kusut. Bukan apa, kalo lepas 1st shipment itu kelapa, memang syiok gua kempen kat PRU Sarawak bulan depan ni...! Itu time, memang gua boleh eksyen maa...! Duit kepul-kepul maa..!
Tapi dont worry, be happy maa ! Waa..mentang2 mau bisnes kelapa, lu punya cakap pun sudah tiru UMNO punya cakap haa..! Ada sikit-sikit englis...hahaha..! Pundek punya UMNO..! Semua benda karut dan puaka, semua lu nak claim UMNO punya..manyak cilakak !
Tapi takpa, ini gua bro! Jiwa kena mau jadi besar maa..! Keliling Mesia gua call bro..! Dari Perlis sampai ke JB. Carik kelapa. Tapi semua hampeh..! Ada satu pemborong (baca cap UMNO) dia mau tolak kelapa sebijik dari JB, RM1.70 kupang. Transport(lori) lu carik sendiri dan lu tanggung. Dia bilang dia tak tanggung subsidi minyak utk hantar kelapa ke Penang. Lagi dia bilang, apa-apa jadik atas jalan, gua kena tanggung sendirik. Dia bilang 'lanun-lanun' sekarang bukan rompak kat laut, sekarang lanun-lanun sudah advance, dia rompak lu atas jalanraya dan lebuhraya bro! Tu pasal, 'lanun' pas SPM pun ada yang sudah boleh pakai BMW bro! Dahsyat betul lanun-lanun made in Malaysia ni..eh ! depa belajar dari sapa tu? Dari UMNO la..tak kan dari Mufti kot?
Gila ka apa? Kelapa Indon mau tolak RM1.70 sen sebijik. Kelapa indon orang bilang, santan kurang maa..! Gua mau carik kelapa yang banyak santan. Lagi 1 hal, itu harga lu jual sama gua, mampus la gua..! Lu meniaga betul2 serupa UMNO meniaga. Lu satu orang saja mau kaya. Lain orang kasi mampuss kaw-kaw ! Betui UMNO la lu...!
Takpa..gua sudah cakap tadi bukan, hati mesti mau jadi besar! Gua ingat gua mau angkat AP. Angkat AP import kelapa dari Vietnam, Mindanao, dan Burma. Gua call kawan gua di Sa Pheu Hea, Vien Phu Thean, di Tean Aien Jyang, sana dia bilang kalau mau kelapa, belambak-lambak macam pelacur kat Bukit Bintang..! Harga macamana? Dia cakap..gred A, gebu-gebu dan bulu pun sikit-sikit jer , baru 3 kupang duit Mesia bro ! Hoo...syiokkk la macam tu. Gua sudah boleh kira untung maa..! Hahaha..! Cakap saja..dia boleh suruh orang dia panjat kelapa siang malam 24 jam sehari dan 7 hari seminggu pergi petik itu kelapa.
Semalam petang gua call kawan gua, tanya mana mau angkat AP. Import kelapa masuk Mesia. Dia cakap, lu cakap apa? Gua cakap..gua mau angkat AP..import kelapa. Dia bilang, lu sudah mandi belum? Gua cakap..mandi pagi sudah...mandi wajib belum lagi laa..tapi per ke jadah...wa bukan ada projek pun sama bini gua..! Gua tanya apa pasal bro?
Dia bilang itu AP import kelapa sudah habis. Lagi itu AP import kelapa hanya boleh mendarat 2 tempat saja ini dalam Mesia. Batu Pahat sama Pelabuhan Pasir Gudang. Kalau lu mau, lu mesti carik itu orang laa. Cinabengg pundek....babi kontot punya kerjaan. 17 juta rakyat Mesia nak makan santan, dia buleh kuarkan AP byk tu jer ? Ini sudah kira monopoli. Dah macam sistem komunis nih..! Mana sistem pasaran terbuka nyer ngok? UMNO mesti tak boleh nak jawab. Tapi apasal kena mendarat di Johor? Lain-lain tempat takder pantai ker?
Melopong gua mau jadi kaya. Cilakak ! Semua pintu sudah katup maa. Agak-agak lu..lu mau cakap itu kerjaan bagus ker? Kalau AP import kelapa pun depa nak kontrol sama, itu sudah lebehhh bro..! Tapi betul laa..tanpa sistem monopoli, harga tak boleh kasi naik dan naik. Tu pasal harga kelapa mentah di pasaran sudah lonjak RM2.50 sebijik dan siap parut RM3.00. Cilakak punya UMNO..! Kelapa pun lu mau konker..!
(3) Eksklusif Bob Lokman - sebelum dollah 'halau', baik aku blah dulu..!
Sejak keluarnya bob lokman dari program RL 2011, tidak sedikit yang terkejut dan bungkam kata-kata. Memang ramai peminatnya sedih dan kecewa. Sedih kerana tidak upaya lagi melihat dan mendengar komen-komen dan jenakanya di tv khususnya di rancangan RL. Kecewa kerana bob lokman mengambil langkah menyertai PAS. Seperti kata Afdlin Shauki,
"sebenarnya gua sedih yang bob lokman pun meninggalkan raja lawak...Gua rasa kehilangan dua kawan baik gua... Bila bob blah dan sebegitu mudah gimmik pemergiannya, dan macam tak ada apa apa penghormatan atau penghargaan dibuat...Gua rasa tak best..langsung ! "
Benar kata dia, sebelum ini Din Baramboi (arwah) pergi meninggalkan RL. Dan kini Bob pula. Namun pemergian bob terisi bersama misi dan visi perjuangan untuk agama dan islam.
Dari apa yang dketahui, selesai saja kata-kata 'akhir' beliau dalam program RL itu, situasinya, " saya ada kat luar studio masa abg bob lokman kuar..terkejut sangat..apasal dia start kete dan terus blah..sebab time tu seat penuh, kami takleh masuk studio..tengok ulangan kat astro baru tahu..sedih sangat saya lihat muka abg bob lokman time dia keluar tu..".
NEKAD ! Itulah hebatnya Bob Lokman. Bob Lokman sudah tinggalkan dunia lawak dan beliau pergi ke 'dunia' yang sebenarnya..memang betul cakap bro afdlin, astro tak patut suruh dia blah macam tu saja. Patut bagi ler penghargaan yang selayaknya untuk beliau.
Bagi penulis, tak salah Bob Lokman diberikan penghormatan selayaknya yang harus beliau terima. Tapi seperti kata bob, "tak nampak dollah dah roll tangan tu, dollah dah suruh kluar dah tu..". Sedih plak aku malam ni. Sudah menjadi resam di dunia ni agaknya, bila kita dah pergi dan tak kembali lagi baru diorang nak bukak mata dengan pengorbanan yang kita dah buat. Apapun dibawah dengarkan dan hayati, betapa bob lokman yang aku jumpa dan sempat berbual-bual bersama beliau di Kerdau, bukan cokia-cokia punya orang. Aura dan pengikutnya buleh bikin UMNO bisa bungkus..!
CARUTAN BERAPI - Dia ni wanita ke betina??
Oleh kerana bulan ini bulan March, aku fikir nak slow down bab carut-carut di blog. Tapi aku tak buleh laa.., aku tak boleh tahan bila ada yang kurang hajau macam kes macam ni. Orang macam ni, halal kita carut sampai muntah. Macam agama umno halalkan 'hadiah' kajol dimusim PRK. Agak-agak hangpa nak aku carut macamana betina jenis ni?
Dibawah aku petik dari fesbuk. Dia ajak kita belajar faham hipotesis. So oleh kerana, niat dah pasang nak belajar, kita belajar ramai-ramai untuk jawab hipotesis kat bawah ni. Jom kita cuba !
Hipotesis Pertama
Ho - Farahana Jamaludin berkata TG Nik Aziz bahawa ajaran yg dibawa TGNA adalah Islam sesat dan ala Islam kafir...
H1 - Farahana Jamaludin berkata TG bahawa ajaran yg dibawa TGNA adalah Islam yang tidak sesat ala Islam kafir...
Hipotesis Kedua
Ho - Ayah Pin membawa ajaran yang dia adalah sesat dan ala Islam kafir...
H1 - Ayah Pin tidak membawa ajaran yang dia adalah sesat dan ala Islam kafir...
Kita tahu Hipotesis Pertama Ho adalah BENAR dan Hipotesis Kedua Ho adalah BENAR dan .... kita ringkaskan.
Hipotesis Ketiga
Ho - Farahana Jamaludin berkata TG Nik Aziz bahawa ajaran yg dibawa TGNA dan ajaran AYAH PIN adalah Islam sesat dan ala Islam kafir...
H1 - Farahana Jamaludin TIDAK berkata TG Nik Aziz bahawa ajaran yg dibawa TGNA dan ajaran AYAH PIN adalah Islam sesat dan ala Islam kafir...
Maka, kita yakin Hipotesis Ketiga Ho adalah BENAR ! Dan... Farahana Jamaludin telah menuduh semua ajaran Islam di Malaysia adalah sesat dan ala ISLAM Kafir.
Waahhh.... BAHAYA NIH.... FARAHANA JAMALUDIN dah boleh dijatuh-kan HUKUM MURTAD...kerana menuduh ISLAM di Malaysia SESAT dan ALA KAFIRUN.
Hujan salji di Selangor dan cuti sekolah !
Cuti sekolah dah nak tiba. Anak-anak suka ria. Minggu depan beb ! Sekarang macam-macam plan anak-anak promokan dari otak depa yg geliga.
Mak bapak pulak jadi luar biasa. Nak fikir petrol naik, atau pergi berpoya-poya. Seluk poket dompet macam tak bermaya. Apapun hasrat budak-budak kena jaga juga. Err..maknyer , boleh cash advance dulu ker, hujung bulan nanti i ganti balik..hahaha ! Kantoi la pulak..!!
Nak buat macamana, mau tidak..kena redah juga. Duit bini..duit aku, duit aku, aku ler punya..wakaka..! Amaran ! jangan tiru aksi ini. bahaya..!
Nak tunggu hujan asid, lambat lagi..so kita bawa ajer lah anak-anak main hujan salji. Kat mana ? Baca kat bawah,
Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut. Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.
Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 ekar (72 hektar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.
Dikunjungi oleh lebih 90,000 orang pengunjung setiap minggu, i-City kini merupakan pusat tumpuan pelancongan malam hari yang paling popular di tanah air.
Kata Eu, mulai 19 Mac ini, para pengunjung ke i-City akan berpeluang bukan sahaja menikmati suasana dan pengalaman sebenar bermain salji malah menyaksikan bagaimana ‘salji turun ke bumi’ apabila mereka melalui “Laluan Salji” atau “Snowalk” dalam satu kawasan tertutup seluas 50,000 kaki persegi yang dibina khas untuk memberi kesan khas kepada pembentukan salji.
Projek tersebut, katanya dapat direalisasikan dengan kerjasama i-City dan sebuah konglomerat dari Korea iaitu BarsKorea yang merupakan pakar teknologi penghasilan ais untuk industri makanan sejak 10 tahun lalu.
Kedua-dua pihak telahpun menandatangani perjanjian eksklusif di Korea Selatan lebih kurang dua minggu lalu untuk memberi hak penggunaan teknologi itu bagi Malaysia.
Pengalaman menikmati salji buatan manusia ini adalah yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga bagi rantau ini.
Ia mempunyai tiga komponen iaitu mesin penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan air daripada suhu bilik kepada 15 darjah selsius. Komponen kedua ialah unit kondenser (mesin pemeluwap) untuk berfungsi untuk menyejukkan tong dram yang bakal menghasilkan salji dan komponen ketiga ialah 16 unit tong dram yang akan digunakan untuk menghasilkan emping salji.
Hasilnya ialah, para pengunjung yang melalui Laluan Salji ini akan berpeluang untuk merasai pengalaman bersalji, bermain salji dan menikmati suasana sebenar salji sepertimana di negara-negara Eropah atau negara-negara lain yang bersalji.
Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran i-City, Monica Ong, Laluan Salji ini terletak di dalam sebuah kawasan seluas 50,000 kaki persegi dengan suasana dan persekitaran artik beserta suhu di bawah 5 darjah selsius serta salji setebal 100mm.
Oleh kerana air yang akan diguna untuk menghasilkan salji ini katanya telah ditulenkan maka ia pada asasnya adalah selamat untuk dirasa atau dimakan.
Dan sempena dengan pelancaran Laluan Salji pada 19 Mac ini, beliau memberitahu, para pengunjung berpeluang untuk berkenalan dan menemui personaliti kartun Nickelodeon iaitu “Dora the Explorer” yang akan dibawa khas ke i-City dengan kerjasama Nickelodeon Asia Tenggara.
i-City juga dijangka membawa satu lagi watak kartun popular Nickelodeon iaitu SpongeBob untuk menghiburkan para pengunjung Laluan Salji pada bulan Jun nanti. Kos untuk membina Laluan Salji di i-City adalah sekitar RM10 juta dan pengunjung hanya dikenakan caj sebanyak RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak).
Layan radio Durian aku malam ni ! Jom...!
Ikut hati memang aku nak menulis banyak malam ini. Tapi apasal hati macam tak tenteram jer? Ooo..nasib baik ada radio Durian. Jom dengar celoteh Topeng Perak UnMasked yg sedang on air sekarang. Dia bilang malam ni dia mahu nyanyi lagu 'daud kilau' bro ? Tak boleh ku bayangkan...wakakkaa..!
Klik untuk dengar radio Durian di SINI
N.28 : (edisi pagi) Sokong? dan 'mesra BN' dari kalangan bukan manusia !
Tak sangka aku rupanya banyak juga haiwan yang sokong BN ni. Patut ler BN kempen dah tak ada malu macam manusia, agaknya yang tebar bahan 'lucah' di Merlimau dan Kerdau tu.., geng-geng 'binatang' yang sokong BN la kot ?
Anak Gadaffi : Mewah membawa rebah !
Seorang bekas penari kelab malam, Dafinka Mircheva berusia 21 tahun dan berketurunan Bulgaria mendedakan kehidupan mewah Saadi yang merupakan anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Mailonline kelmarin.
Menurutnya, Saadi membayar sebanyak £500,000 (RM2.46 juta) untuk kumpulan Pussycat Dolls membuat persembahan pada hari ulang tahun kelahiran anak Gaddafi itu yang turut dihadirinya. Gadis tersebut berkata, anak Gaddafi yang berusia 31 tahun itu juga menawarkan kokain dan memukul pembantu-pembantunya.
Dafinka menyatakan, pembantu-pembantu Gaddafi memberitahunya bahawa Saadi membelanjakan £170 juta (RM837.46 juta) setahun untuk mengembara dengan jet peribadi, menginap di hotel lima bintang, membeli kereta sport, mengupah penari tiang, membeli barang kemas dan pakaian.
"Dia selalu mempunyai beg hitam yang mengandungi ribuan wang tunai. Jika dia (Saadi) mengembara, dia akan menghubungi pihak kedutaan dan kakitangan kedutaan itu akan menghantar lebih banyak wang ke hotelnya," kata gadis tersebut. Menurut Dafinka, dia menjalin hubungan dengan Saadi selepas mereka bertemu pada 2004.
Anak Gaddafi itu memberikannya hadiah. Dia yang sudah beristeri masih mahu melamar Dafinka. Saadi merupakan bekas pemain bola sepak profesional di liga Itali. Selepas berkenalan, Saadi memberikannya barang kemas Bulgari bernilai £20,000 (RM98,525), subang, sebentuk cincin dan rantai leher dihiasi berlian.
Pada 2005, dia bersetuju untuk keluar dengan anak Gaddafi itu. Mereka menonton filem Four Brothers di sebuah pawagam di Champs-Elysees, Perancis. Dafinka berkata, semasa mereka berkenalan, dia berbual dengan anak Gaddafi itu di dalam sebuah bilik peribadi tetapi tidak pernah diminta menanggalkan pakaian semasa dirinya menjadi penari di sebuah kelab malam.
Menurutnya, semasa dia menemuinya pada tahun lalu, Saadi kelihatan enggan berbual mesra. Dafinka berkata, Saadi membelinya pakaian berharga £25,000 (RM123,156). Anak Gaddafi itu dikatakan mempunyai sebuah kereta Bugatti Veyron bernilai £1 juta (RM4.92 juta).
"Kali terakhir saya melihatnya ialah pada November lalu. Dengan apa yang berlaku di Libya, kemungkinan saya tidak akan melihatnya lagi," katanya. Libya kini dilanda pergolakan apabila sejumlah rakyat menentang pemerintahan Gaddafi dan mereka menuntutnya meletakkan jawatan. - Agensi
Komen Ibnu Hasyim: Kalau ada anak-isteri pemimpin-pemimpin Malaysia yang mempunyai ciri-ciri begini (bermewah-mewah seperti anak perempuan Gaddafi ini), bererti mereka juga turut menyumbang ke arah menjadikan negara ini seperti seperti Libya sekarang.