HOT ! Gila punya 'kaya', Ketua Pemuda PAS Pusat sila jawab !
Apa nak kisah...yang kaya tu orang kita juger...! Kaya hasil usaha sendiri, atau kaya 'segera' ? Kalo kaya 'segera'..Hmmm...itu memang nak kena 'kesah' yeop ? Kalau lah ketua Pemuda PAS Pusat se'kaya' ini...tak cukup tanah Ustaz tu kena sesah...hahaha..!!
Harta Kekayaan Terkini Ketua Pemuda PAS Pusat :
Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.
"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap. Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.
"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.
"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya. "Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki.
Harta Kekayaan Ketua Pemuda Umno Perak - sila baca di SINI
Harta Kekayaan Ketua Pemuda Umno Perak - sila baca di SINI
HOT@18SX - itu namanya hukum 'karma'...!
Ada siapa boleh sahkan ketulinan klip video ini ? Jika dapat ditulinkan, ada harapan jadi jutawan...kembar IC wak tu ! Hah...no komen...tengok saja...ada rasa, komen kalau berani !
..
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
Saatnya kereta kebal ATM mula menganyang kubu Sulu ?
Jangan diberi muka kepada penceroboh yang datang mengaku tanah Sabah ni milik mereka, doa kami - agar perjuangan kalian sentiasa dilindungi...di kurniakan kesihatan yang baik.., akal yang tajam.., minda yang cerdas dan hati yg cekal.
Tentanglah habis habisan...tuntutlah kembali darah teman juang kalian..., doa kami sentiasa bersama perjuangan kalian. ALLAHU AKBAR !
' kiram kata nak lancarkan perang gerilla...deii kiram tamby..porraaahhh..ko ingat malaysia ni ape? kami percaya kekuatan ATM, PDRM dan PGA kami...mereka adalah wira kami, sekiranye mereka kekurangan anggota, kami sebagai rakyat akan tampi ljadi sukarelawan benteras bangsat macam koranng....all 4 one, , one 4 all...malaysia sebuah negara berdaulat...bukan cam korang jadi ulatttt nak serang sabah...pundeeekkk punye kiram..lu langsi lu matiiiii...! "
PASUKAN KESELAMATAN SEDIA TENTANG HABIS-HABISAN PENGGANAS SULU
Lahad Datu, 18 Mac - Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang
dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
HOT@Lahad Datu - "sihir" makanan militan Sulu !
Jika bukan ilmu hitam atau sihir, apa lagi mahu kita katakan kepada misteri akan kisah yang menyelubungi ramai anggota tentera kita di Lahad Datu. Setan Kiram bisa angguk-angguk kalau kita bilang, celaka apa yang sering terbang saat anggota tentera kita buat rondaan diatas tanah, sedang dicelah2 dahan dedaun sawit banyaknya 'kera-kera' melompat-lompat dan beterbangan ?
Gila sungguh kerabat pengganas ini. Coba kalian bayangkan...anggota kita meronda dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah-celah ranting pokok. Malah tembakan yang di hambur kan bertalu-talu, tidak sedikit pun mengoyah lutkan tubuh anggota pemakan sihir itu.
Dari apa yang dikisahkan oleh seorang pegawai yang ditugaskan di sana, fikir saja tentang bagaimana sekotak magazin pelurunya habis dihambur..satu pun tak memberi kesan.., lalu jalan akhir.dia yang mempunyai sedikit ilmu itu terus membenamkan peluru ke tanah, sebelum membaca beberapa ayat daripada surah al Quran....kesan terus, peluru itulah yang pantas terus menembusi tubuh pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, lantas akhirnya tumbang menyembah bumi dan mukanya terus jadi hitam seperti dibakar api.
Kerna itu jika mahu ditulis banyak lagi kisah pelik yang dialami oleh anggota kita yang bertugas di sana. Mahu lagi..tunggu jika ada waktu wak tulis satu-satu.
Sinar Harian | March 17, 2013
Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya. Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.
“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.
“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.
Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.
Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.
“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” katanya.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "